Sunday, December 12, 2010

Polis bersekongkol dengan Umno

Wikileaks: Usaha Jahat Polis Musnah Karier Anwar














GOMBAK, 12 Dis. : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata sumber cetek dan palsu yang dirujuk oleh agensi perisikan Singapura bersandarkan maklumat daripada Polis Cawangan Khas Malaysia membuktikan Umno begitu terdesak menghalang kebangkitan rakyat.

Azmin berkata pendedahan WikiLeaks membuktikan bahawa fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah usaha jahat Polis Malaysia untuk memusnahkan kredibiliti serta karier politik Anwar.

Menurut Wikileaks, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu dengan sengaja mengiyakan dan memanjangkan fitnah ke atas Anwar kepada agensi perisikan Australia, Office of National Assessment (ONA).

"Namun begitu, petikan laporan tersebut menunjukkan bahawa ONA yakin bahawa tuduhan terhadap Anwar adalah satu perangkap sekaligus menolak kenyataan jahat pimpinan tertinggi serta agensi perisikan Singapura.

"Pandangan ini adalah hasil daripada pantauan secara dekat oleh peguam senior Australia, Mark Terence Trowell QC serta kenyataan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Bebas Australia Selatan yang mewakili 61 Senator Australia mempertikai prosedur perbicaraan kes fitnah terhadap Anwar yang jelas melanggar prinsip-prinsip asas keadilan," kata Azmin.

Ujarnya, kerjasama agensi perisikan Singapura dan Cawangan Khas Polis Malaysia sekian lama berpaksi kepada keuntungan politik kerajaan masing-masing dan bukan keselamatan serantau.

"Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya kerana ia akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini.

"Mereka lebih rela pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura.

Justeru tegas Azmin, fitnah kali kedua terhadap ketua umum PKR itu tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik.

No comments:

Post a Comment