Friday, March 5, 2010

Pulau Pinang adakan pilihan raya kerajaan tempatan


GEORGETOWN, 6 Mac : Dua hari sebelum Pakatan Rakyat meraikan ulang tahun kedua mereka merampas, Pulau Pinang, kerajaan negeri hari ini mengumumkan pilihan raya kerajaan tempatan akan diadakan semula.


Pilihan raya itu membabitkan dua majlis tempatan - Majlis Tempatan Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Tempatan Seberang Perai (MPSP)

Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, surat telah dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf pada 4 Mac lalu meminta mereka menguruskan perjalanan pilihan raya berkenaan.

Perkara itu, kata Lim terkandung dalam Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi "undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri boleh memberi kuasa kepada SPR menjalankan apa-apa pilihan raya yang lain daripada yang dinyatakan dalam Fasal (1)."

Lim juga berkata pihaknya bersedia berbincang dengan SPR bagi menyelaraskan perjalanan pilihan raya kerajaan tempatan itu.

Pilihan raya kerajaan tempatan yang terakhir dihentikan sejak 40 tahun lalu oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sebelum itu, pilihan raya itu didakwa mampu mengembalikan keberkesanan pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas di kawasan masing-masing.

Lim juga pernah dilaporkan berkata, pelbagai masalah yang berlaku di peringkat tempatan sekarang adalah kerana kegagalan pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas seperti yang diharapkan oleh rakyat.Malaysiakini

PR Perak belum putuskan hadir

IPOH , 6 Mac : Pakatan Rakyat (PR) masih belum membuat keputusan sama ada akan hadir atau tidak ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan 30 Mac ini.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, ini berikutan kes-kes yang melibat tuntutan bekas Speaker DUN, V Sivakumar masih belum diselesaikan di mahkamah.

“Sivakumar cuba mendapatkan tarikh berkenaan kes-kes yang melibatkan tiga Ahli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jamaluddin Md Radzi (Behrang), Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya sama ada ketiga-tiga kawasan itu perlu melalui pilihan raya semula selepas peletakan jawatan mereka,” katanya dalam satu sidang akhbar di Wisma DAP di sini, semalam.

Hadir sama, ADUN Kepayang, Loke Chee Yan dan Peguam PR, Cheong Lek Cheng.

Beliau berkata, PR akan membuat keputusan itu selepas bermesyuarat dengan ADUN-ADUN PR yang dijadualkan diketahui hari ini.

Menurutnya, PR sangat kesal dengan tertangguhnya kes itu sejak Oktober lalu.

Katanya, jika kes-kes yang menyebelahi PR, ia pasti akan mengambil masa yang lama untuk diberi perhatian, namun jika ia menyebelahi Barisan Nasional, keputusan akan dibuat pada kadar segera.

“Saya hendak menegakkan kehakiman, oleh itu kami di PR meminta supaya tarikh yang ditetapkan diperolehi dan menerima keputusan berhubung kes-kes berkenaan sebelum 30 Mac ini iaitu pada 28 atau 29 Mac ini,” katanya.

Selain itu beliau turut mempertikaikan pelantikan Datuk R. Ganesan sebagai Yang Dipertua Dewan atau Speaker juga bercanggah dengan Perlembagaan Negeri Perak.

Koo Ham berkata, antara alasan mengapa Ganesan tidak layak diiktiraf sebagai Speaker adalah disebabkan beliau dipilih sebelum Sidang Pembukaan Dewan disempurnakan secara rasmi.SH

Dr. Mujahid ziarah veteran PAS Parit Buntar

Imej005-1.jpg picture by paspb










PARIT BUNTAR , 6 Mac : Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Yang Di Pertua PAS Parit Buntar Harun Hashim telah meluangkan masa menziarahi tiga orang veteran PAS yang terlantar sakit dan uzur di rumah masing-masing.

Menurut Setiausaha Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman, program ziarah pimpinan veteran PAS berkenaan adalah aktiviti tahunan Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar.

“ rombongan ziarah ini telah melawat bekas pimpinan PAS Parit Buntar iaitu Ust. Zulkarnain Haji Ahmad, Ust. Ghazali Haji Ahmad dan Tahit Arshad “ katanya

Adnan berkata Ust. Zulkarnain Haji Ahmad adalah bekas Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan pernah menjadi calon pilihanraya parlimen Parit Buntar pada tahun 1974.

“ Ust. Zulkarnain sudah lama uzur namun masih bersemangat, walaupun dalam keadaan badan yang lemah. YB Mujahid meluangkan masa lebih setengah jam bertanya khabar” katanya

Menurutnya, rombongan ziarah juga melawat Ust. Ghazali Haji Ahmad bekas Ketua Ulama PAS Parit Buntar di Parit Tok Ngah.

“ Ust. Ghazali pernah bertanding dalam pilihanraya untuk DUN Kuala Kurau pada tahun 1982.

"Walaupun uzur, beliau masih mampu melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan oleh jamaah PAS" kata Adnan

Imej008.jpg picture by paspb
Adnan berkata, rombongan ziarah juga mengunjungi Tahir Arshad salah seorang pengasas PAS di Tebuk Haji Musa dan di Parit Buntar. Beliau mula menjadi ahli PAS sejak mula-mula PAS ditubuhkan pada tahun 1952.

“ Beliau bergerak dalam PAS sejak dari muda dan tidak pernah meninggalkan perjuangan sehingga ke hari ini.

“ Malah, masih lagi bersemangat bercerita tentang politik PAS walaupun sudah berumur 90 tahun” katanya

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Kagum dengan semangat dan kegigihan veteran PAS Parit Buntar walaupun uzur dan sakit.

“ Ziarah ini adalah tanda penghargaan saya terhadap pengorbanan mereka yang telah lama berjuang menegakkan Islam di bumi Malaysia” katanya

Pelancaran Sekretariat & Himpunan Wanita Pakatan Rakyat Perak

IPOH 6 MAC: Pelancaran Sekretariat & Himpunan Wanita Pakatan Rakyat Perak yang diadakan di Hotel Hillcity, Ipoh pagi ini menyaksikan perhimpunan yang julung-julung kalinya oleh wanita daripada ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS, PKR dan DAP.

Sekretariat yang telah ditubuhkan dengan 4 orang wakil daripada setiap parti itu dengan rasminya telah dilancarkan hari ini. Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan bersama secara berterusan dan kini segala gerakerja itu telah dimeterai dengan satu perjanjiian yang lebih kukuh dengan pelancaran sekeretariat tersebut hari ini.


Buku pelancaran di majlis yang gilang gemilang ini


Ustaz Fairuz diberikan penghormatan untuk membacakan doa

Ustazah Bariah sebagai Ketua Muslimat PAS Perak

Puan Fatmawathy Salim (Wanita Keadilan) bersama
YB Leong Lee Meng daripada DAP





Meja pendaftaran untuk wanita Keadilan

Meja pendaftaran untuk muslimah PAS

Setiap tempat duduk telah mulai dipenuhkan oleh hadirin

Jurang di antara PAS dan DAP kini telah tertutup dengan
tertubuhnya Pakatan Rakyat

Dato Ngeh Koo Ham bersama anggota sekretariat di pentas utama

Dewan kini mulai penuh

Di antara tetatmu kehormat yang turut serta

Ajijoi

Lagi dakwaan peserta PLKN di cabul

TAPAH , 6 Mac : Seorang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sentosa, Chenderiang di sini, mendakwa dicabul kehormatannya ketika mendapatkan rawatan di kem berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad berkata, pada 1 Mac lalu, mangsa dikatakan pergi ke Medik Klinik PLKN kem berkenaan untuk mendapatkan rawatan akibat sakit perut.

Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian pada jam 10.20 pagi, mangsa telah menerima rawatan daripada Pembantu Perubatan yang bertugas.

“Ketika rawatan, mangsa mendakwa Pembantu Perubatan itu ada memberikannya ubat dan menyentuh serta menekan dengan tangan ke atas anggota badannya iaitu di payudara dan alat sulit,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini, semalam.

Roslan Bek berkata, mangsa berasa malu, marah dan takut di atas perbuatan itu dan tidak puas hati dengan apa yang berlaku.

Katanya, keesokan hari mangsa membuat laporan di Balai Polis Chenderiang dan dibawa ke Hospital Ipoh (HI) untuk menjalani pemeriksaan.

“Hasil daripada laporan doktor bertugas menyatakan tiada kesan dicabul dan mangsa seterusnya menjalankan pemeriksaan di hospital pakar.

“Suspek yang disyaki terlibat dalam kes ini sudah ditahan untuk siasatan dan setelah diambil keterangan, suspek diberi pelepasan dengan jaminan polis,” katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.SH

Harussani guna kaedah tokok tambah













IPOH, 6 Mac :
Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad (kiri) mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

Fenomena politik 'Perak 2'

SHAH ALAM, 6 Mac : Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan parti itu kini berhadapan fenomena politik ‘Perak 2' di mana beliau percaya ada ramai lagi pemimpinnya akan keluar parti dalam masa terdekat.

Katanya, UMNO akan menggunakan apa jua cara termasuk mempengaruhi beberapa orang lagi Ahli Parlimen PKR untuk menyokong parti pemerintah bagi memastikan Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti dua pertiga kerusi Parlimen.

“UMNO menyerang PKR bertubi-tubi supaya BN dapat mengekalkan majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen. Dengan kuasa dua pertiga itu, mereka boleh pinda Perlembagaan Persekutuan, boleh ubah suai kawasan Parlimen.

“Sekarang bukan saja ada ‘Sodomy 2’ tetapi kita juga berhadapan dengan fenomena politik 'Perak 2' di mana apa yang terjadi di Perak sudah pun bermula di peringkat Pusat.

"Fenomena menggunakan wang, sogokan dan imbuhan ditawarkan untuk orang-orang PKR agar berpaling tadah,” katanya dalam blognya :myzaidibrahim.wordpress.com:.

Menurutnya, perkara ini bukanlah kenyataan untuk menutup kelemahan kepimpinan PKR sebaliknya ianya benar-benar berlaku.

“Memang ada aspek tertentu dalam pengurusan parti yang perlu kita perbaiki. Walaupun beberapa pem:impin parti melompat, sebenarnya sokongan rakyat bertambah. Inilah kekuatan kita yang sebenar, perpaduan yang kukuh dan ikhlas,” katanya.

Beliau yakin setelah fenomena pemimpin lompat parti ini selesai, PKR akan kembali tenang dan lebih kuat lagi.SH

"bukannya udang di sebalik batu, tapi buaya"



KOTA BHARU , 6 Mac : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dari Parti keadilan Rakyat (PKR) yang keluar parti seperti ada ‘buaya di sebalik batu’.

“Sedihnya, ribut tidak, hujan pun tidak, tiba-tiba bah melanda! Syak saya teramat kuat akan adanya kepentingan politik tersendiri. Ini bukannya udang di sebalik batu, bahkan buaya,” katanya semalam.

Beliau berkata, sebagai pemimpin mereka sepatutnya menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dengan pelbagai cara dan bukannya dengan cara mengambil keputusan untuk keluar parti.

“Usulkan sahaja sidang tergempar. Ambil tindakan kepada mana-mana pemimpin yang bersalah. Paling tidak, adakan perbincangan dari hati ke hati. Bukankah ini menjadi amalan biasa turun temurun di dalam menyelesaikan urusan rumah tangga parti?,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin parti sepatutnya perlu berfikir dengan jujur dalam membuat penilaian sebelum mengambil keputusan untuk keluar parti.

“Bukan sahaja pengundi mereka, kalau saya sendiri pun ditipu oleh wakil yang dipilih seperti ini, saya akan marah,” katanya.

Beliau berkata, secara logiknya, pemimpin yang melompat parti perlu meletakkan jawatan.

“Kembalikan saja mandat kepada rakyat. Bertanding di atas tiket parti lain, tiba-tiba menukar haluan. Bukankah ini satu penipuan? Umpama meminang anak dara orang dengan perwatakan lebai, alih-alih bertukar rupa menjadi pencuri,” katanya.

Beliau berkata demikian berikutan tindakan beberapa pemimpin PKR yang bertindak keluar parti termasuklah Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Lepas), bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).

Sehubungan itu, beliau berharap pemimpin PKR yang ada tidak mudah berputus asa kerana parti itu masih muda di dalam gelanggang politik tanah air.

“Hari ini, PAS sudah dewasa dan matang, tidak lagi kedengaran pimpinan yang melompat sebagaimana dahulu. Bahkan Kelantan pernah diperintah dengan kelebihan satu kerusi dan dua undi. Alhamdulillah, tidak ada yang melompat,” katanya.SH

Semboyan halilintar mampu pulih imej PR













SHAH ALAM , 6 Mac :
Pelancaran Program Semboyan Halilintar ke Putrajaya Pakatan Rakyat (PR) dilihat mampu mengembalikan parti itu ke landasan sebenar perjuangan sekali gus memulihkan kembali imej parti itu.

Pensyarah Kanan Sains Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman berkata, menerusi platform itu, ia memberi peluang kepada PR kembali semula ke matlamat utama penubuhan parti itu.

Menurutnya, pemimpin PR akan memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung kedudukan sebenar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu yang melanda PKR

“Apakah Anwar akan terus memimpin PKR dengan lebih lama di saat sedang menghadapi perbicaraan kes perbicaraan di mahkamah.

“Bagi mengelakkan pengundi daripada berpaling arah, program itu menjadi platform penting untuk memperjelaskan situasi dan kedudukan sebenar pergolakan PKR yang,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.

Bagaimanapun, Ahmad Nizamuddin berpendapat pemimpin PR mempunyai masa yang singkat untuk menerangkan kepada rakyat apa yang diperkatakan sebelum ini dalam media cetak dan elektronik bagi menarik kembali sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.SH