Thursday, November 25, 2010

Blogger Umno luah perasaan



KUALA LUMPUR, 26 Nov. : Penulis blog UMNO yang hadir dalam program yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan di Shah Village Hotel melihat bagaimana penulis-penulis blog handalan UMNO menyuarakan kekecewaan kerana usaha mereka dalam mempertahankan UMNO tidak dipandang oleh kepimpinan UMNO.
Yang mengecewakan bagi mereka adalah UMNO menyalurkan bantuan kepada mereka yang salah – tidak menjurus kepada penulis dan pemilik laman blog yang baik dan ramai pembaca.

Penyaluran bantuan dibuat oleh UMNO secara membuta tuli – lebih kerana pemberian kepada kronis yang tidak menyumbang tenaga untuk berada di barisan depan mempertahankan UMNO.
UMNO masih leka sehingga ada “bloggers” yang mengatakan bahawa dia kecewa dan benci dengan perangai sesetengah kepimpinan UMNO yang masih tidak sedar apa yang berada di depan mereka.

Kepimpinan ini patut disingkirkan – kerana mereka gagal melihat kedudukan sebenar UMNO dan gagal menyedari hakikat yang ada masa kini.
Program yang sebenarnya mahu membincangkan peranan media arus perdana dan bloggers dalam menuju kepada tuntutan demokrasi yakni pilihan raya menjadi medan untuk bloggers UMNO menyuarakan kekecewaan mereka.

Kekecewaan ini lebih memuncak kerana ada kepimpinan UMNO yang dikatakan menyalah salurkan dana bantuan yang sepatutnya di terima oleh bloggers UMNO tetapi tidak.
Kegusaran bloggers UMNO adalah kapasiti dan kemampuan mereka semakin berkurangan. Mereka terpaksa melakukan kerja-kerja mempertahankan UMNO dengan kedudukan yang daif sedangkan UMNO mampu membantu.

Selain dari itu bagi mereka UMNO masih gagal melihat diri, membuat penilaian diri untuk memacu kemenangan. Nasihat demi nasihat diberi tetapi kepimpinan yang bertanggungjawab hanya kaku dan beku.
UMNO bagi mereka masih tidak sedar. Dalam kemelut suara kekecewaan itu – timbul satu kenyataan kuat oleh salah seorang bloggers – jangan salahkan saya sekiranya akhirnya saya tidak mengundi – kerana saya tidak mahu memberi undi kepada mereka yang buruk – gagal melihat kepentingan perjuangan UMNO secara total, gagal memperakui keperluan media baru dan hanya mementingkan diri dalam UMNO.

Kami bloggers tidak akan menerima kepimpinan tersebut dan seharusnya menjadi tanggungjawab kami membersihkan mereka diri terus memimpin UMNO dan akhirnya merugikan UMNO.

Di petik dari :
http://umno-reform2.com/front/

Blogger pro Umno perlu berani berdepan


PARIT BUNTAR, 26 Nov. :
PAS Parit Buntar menyokong usaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) untuk berdebat secara terbuka dengan semua pengendali laman web atau blogger pro Umno BN.


Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, hanya melalui debat terbukalah peluang blogger pro Umno untuk menyokong tindakan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu.

“ Blogger pro Umno perlu berani berdepan di atas satu pentas untuk mengemukakan hujah-hujah mereka .

“ Sesiapapun boleh memberikan hujah satu hala, namun kebenaran hujah itu boleh dipersoalkan. Berdebat atas satu pentas adalah lebih matang lagi bersifat professional” katanya

Fakhrurrazi berkata, sekiranya blogger pro Umno tidak boleh menerima dakwaan Dewan Pemuda PAS Perak , sepatutnya mereka menerima cabaran debat bagi membersihkan nama baik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“ Anggapan pihak tertentu, debat itu tidak akan menyelesaikan masalah adalah salah kerana kebenaran itu dinilai melalui hujah kedua-dua pihak.

“ Rakyat boleh memutuskan sama ada hujah itu benar atau salah melalui kekuatan berhujah. Blogger pro Umno perlu berani berhadapan dengan rakyat, bukan hanya berani di hadapan komputer “ katanya

Sementara itu Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman menyifatkan cabaran Dewan Pemuda PAS Perak itu sebagai terkehadapan dan mengharapkan blogger pro Umno menerima hasrat tersebut untuk melangkah ke kancah pembukaan minda dan wacana ke arah politik baru.

“ Malah, dengan langkah mengadakan debat dan perbincangan, khususnya secara terbuka bukan lagi persoalan baru.

“ Memandangkan pernah berlaku ketika debat Palestin antara Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Mohd Nor bersama Tun Mahathir, dan debat minyak antara Shaberry Chik dan Anwar Ibrahim” katanya

Adnan juga berpendapat jika blogger pro Umno benar-benar ikhlas, cabaran Dewan Pemuda PAS Perak wajar dipersetujui, khususnya dalam membuktikan kebenaran hujah-hujah mereka.

Ekspo Cheng Ho dapat sambutan walaupun media perdana tidak beri liputan

NONEKOTA BHARU, 25 Nov. : Misi Pelayaran Laksamana Cheng Ho, bukan sahaja untuk berdagang tetapi pada masa yang sama kesempatan itu diguna untuk menyebar risalah Islam, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Akhbar rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, berkata Cheng Ho, yang diberi tugas oleh Maharaja China, juga berjaya membuktikan bahawa Islam bukan sahaja milik Melayu, tapi semua bangsa di dunia.

"Kelantan dengan dasar 'Membangun Bersama Islam', melangkah ke hadapan, melangkaui sempadan bangsa, yang ditiup pihak tertentu, berjaya menganjurkan Ekspo Cheng Ho yang julung kali diadakan di rantau ini.

Bijak pilih pemimpin

"Alhamdulillah, di tengah seruan perkauman yang hebat, ditiup politik bangsa yang melampau, kita bangkit menerobos sempadan dengan mengenengahkan Islam sebgai dasar berpolitik," katanya.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup Ekspo Cheng Ho 2010 di Kelantan Trade Centre, di Kota Bharu, semalam.

Menurutnya, dengan penganjuran itu juga, rakyat di negara ini diharap bijak memilih pemimpin dan tidak memilik mereka yang berjuang atas dasar bangsa.

Perjuangan atas nama bangsa katanya, hanya menyubur semangat permusuhan yang tidak akan berkesudahan.

"Kalau memilih tempat mandi, yang pertama teluk, kedua pantai.

"Kalau memilih pemimpin negeri, pertama elok, kedua pandai,” katanya berpantun disambut tepukan hadirin.

Beliau juga turut mengkagumi sikap Cheng Ho yang hanya menjalankan perniagaan dan tidak menjajah kawasan yang dikunjunginya.

"Cheng Ho, dia tak jajah negara yang dia pergi, dia tak kaut harta, dia tak kacau orang, dia hanya berniaga.

"Ini mungkin sebab kefahaman Islam yang ada pada dia," katanya lagi.

Kesal tiada liputan

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, Nik Aziz melahirkan rasa terkilan di atas tindakan beberapa media arus perdana yang tidak membuat liputan berhubung perjalanan program Ekspo Cheng Ho 2010.

Menurutnya, program berkenaan cukup baik dan pertama kali ia diadakan di negara ini, apa lagi di peringkat negeri.

“Namun kerana ia dianjurkan oleh Kerajaan Kelantan, mereka menyembunyikan program berkenaan dalam akhbar mereka kecuali hanya beberapa buah media lain termasuk akhbar berbahasa Cina sahaja.

“Atau mungkin mereka ada sebab lain, saya sendiri tak tahulah, tak mahulah komen lebih-lebih,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu tidak menjadi halangan kepada kerajaan negeri memandangkan ia tetap berjalan dengan lancar, bahkan berjaya melebihi apa yang dijangkakan.

“Cuaca dengan izin Allah bukan sahaja tidak hujan, sebaliknya redup dan agak tidak panas, jadi ia memberi keselesaan pada pengunjung untuk mengikuti program ini termasuk menyaksikan persembahan,” katanya.Malaysiakini

Jangan jumpa BN , berita bohong jadi betul











ALOR SETAR, 25 Nov. : Ahli Majis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi mengingatkan pemaju perumahan di negeri ini supaya datang menemuinya

jika timbul sebarang masalah berhubung perumahan, khususnya isu berkaitan kuota perumahan 50-50.

Ketika menjawab soalan yang ditimbulkan oleh YB. Lee Guan Aik (DAP-Kota Darul Aman) yang bertanya sama ada ‘70-30’ (70 peratus wajib dijual kepada Bumiputera) menjadi dasar baru Kerajaan Negeri bagi tanah Simpanan Melayu yang diswapping, Dato’ Ir. Phahrolrazi menegaskan bahawa, "ia bukan dasar baru Kerajaan Negeri."

“Sewaktu kita tangguh swapping untuk bincang formula terbaik ada pemaju yang nak segera (kelulusan) tak mahu swapping, ada yang buat rayuan mencadangkan sendiri 70 peratus jualan untuk Bumiputera, masuk (mesyuarat) Exco kita timbang walaupun sepatutnya kita tak timbang,” ujar Phahrolrazi sewaktu menggulung perbahasan usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan KDYMM Tuanku Sultan Kedah di Persidangan DUN Kedah baru-baru ini.

Apa pun situasinya, kata beliau, kuota 50-50 jualan rumah bagi Tanah Simpanan Melayu yang diswapping jadi tanah pegangan bebas kekal menjadi dasar perumahan Kerajaan Negeri kini.

“Kalau sekiranya berlaku syarat-syarat yang tidak memuaskan hati yang diuruskan oleh pegawai saya, dia (pemaju) boleh jumpa Exco tak ada masalah, jumpa saya, patut mengadu kat saya kalau ada apa-apa persoalan, pi jumpa pembangkang heboh dalam akhbar buat apa?

“Apa-apa hal pun pemaju ada peluang buat rayuan, mahkamah pun ada (benarkan) rayuan, mengapa perkara ini mesti jadi isu politik oleh parti politik hingga (bertukar) jadi isu perkauman?” soal Phahrolrazi.

Berhubung kesan terhadap ekonomi akibat penangguhan projek perumahan akibat isu swapping, beliau menjelaskan bahawa kesannya amat kecil. Jumlah projek yang terbabit dalam permohonan swapping ini adalah kira-kira 40 projek sepanjang tahun 2008 hingga 2010, iaitu hanya 10 peratus dari keseluruhan projek.

Sektor pembinaan, katanya, hanya menyumbang 2.8 peratus dari KDNK, itu pun aspek pembinaan dalam semua bidang bukan perumahan semata-mata.

Menurut beliau lagi, swapping dibuat berdasarkan keperluan yang ditentukan kerajaan bukan atas kehendak pemaju. “Ia cuma satu pilihan bukan mandatori (kerajaan mesti buat),” terangnya.

Menurut Dato’ Phahrolrazi, bukan semua Tanah Simpanan Melayu swapping ke pegangan bebas tertakluk kepada syarat kuota 50-50. Bagi tanah Simpanan Melayu yang dimiliki bukan Bumiputera, jika berlaku swapping ia masih mengikut kuota lama iaitu hanya 30 peratus jualan wajib untuk Bumiputera.

Baginya, isu kuota 50-50 ini adalah persoalan kecil yang sengaja diperbesarkan, kerana ia hanya melibatkan jumlah tanah yang sedikit berbanding tanah pegangan bebas yang lebih besar dengan unit rumah yang lebih banyak.

“Memang kita akan terus buka banyak tanah free hold untuk semua kaum, tidak ada masalah,” ujarnya.

RM 1juta tak siasat , RM 300 ribu sepantas kilat


IPOH, 25 Nov. : Dewan Pemuda PAS Negeri hairan dengan sikap double standard Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri terhadap kes lebih kurang sama sepertimana berlaku di Selangor berkaitan penahanan seorang pegawai atasan Yayasan Negeri Selangor berhubung dakwaan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang melebihi RM300,000 baru-baru ini.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Mei lalu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) di bawah pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar telah mendedahkan terdapat kos majlis perasmian disalahgunakan oleh pihak tertentu termasuk di Pejabat Menteri Besar melebihi RM1 Juta.


“Namun, malangnya tiada sebarang tindakan daripada SPRM dalam perkara ini sehingga sekarang. Kami rasa seolah-olah ada usaha campur tangan pihak tertentu menyebabkan kes itu disenyapkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.


Dr Raja Ahmad berkata, peliknya isu sama berlaku kepada Selangor apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya mencecah setengah juta ringgit.


Katanya, persoalan kenapa di Perak ia tidak diambil tindakan bahkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hanya mengatakan akan menunggu laporan penuh daripada PAC sahaja.


“Tetapi sehingga kini, status laporan berkenaan tidak diketahui dan dalam masa yang sama SPRM tidak pula bertindak menyiasat pendedahan berkenaan.


“Kami berharap SPRM bersikap profesional dalam bertindak tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Desak pecat imam muda















KOTA BHARU 25 Nov.: Kira-kira 500 penduduk Kampung Geting, Tumpat mengadakan demonstrasi secara aman bagi mendesak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memecat imam muda yang bertugas di Masjid As-Somadi di sini hari ini.


Perhimpunan selama tiga jam itu bermula kira-kira pukul 9 pagi di pekarangan Kompleks Balai Islam Lundang di sini sebagai tanda tidak puas hati penduduk terhadap imam muda, Rosli Abdul Latif, 31, yang didakwa gagal menjalankan tugas dengan baik kerana mengutamakan tugas-tugas lain.

Mereka turut membawa poster 'Allahuakbar Tuanku kekalkan imam tua kami', 'Dato' Wan Konok (Yang Dipertua MAIK) jangan jadi dalang' dan 'Dato' Wan Konok jangan bermain politik'.

Jurucakap penganjur perhimpunan, Abdullah Isa, 64, mendakwa, imam muda yang dilantik sejak dua tahun lalu tidak mengutamakan tanggungjawab di masjid itu sebaliknya sering mengadakan kuliah agama di tempat lain.

"Imam muda tersebut pernah meletakkan jawatannya itu tetapi ditarik semula dan bertugas seperti biasa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pada 5 Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan Rosli telah dipulaukan oleh ahli jawatankuasa Masjid As-Somadi gara-gara tindakan bapa mertuanya, Abdullah Sa'amah yang juga pengasas Pondok Geting kerap mengkritik Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah setiap kali imam muda itu mengimamkan solat, ada antara makmum melakukan solat berjemaah dengan imam yang lain secara berasingan di belakang.

Rosli pernah meletakkan jawatannya pada Jun lalu tetapi menarik balik selepas memikirkan beberapa faktor.

Sebelum ini, bapa mertuanya kerap mengkritik Nik Abdul Aziz kerana berpendapat Mursyidul Am Pas itu telah mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam seperti tidak menggalakkan sambutan Maulidur Rasul dan mengatakan Allah pun mencarut.

Sementara itu, Rosli ketika ditemui di pejabat MAIK berkata, beliau masih imam muda yang sah untuk bertugas di Masjid As-Somadi dan belum ada surat mengarahkannya meletakkan jawatan.

Tambahnya, beliau akan terus menjalankan tugasnya selagi MAIK tidak mengeluarkan arahan.

''Saya terkilan apabila ahli jawatankuasa masjid itu tidak memberi peluang kepada saya menjalankan tugas selaku imam muda," katanya.

200 000 pelancong China sasaran ke Kelantan


KOTA BHARU , 25 Nov. : Kelantan Negeri berhasrat menyasarkan sejumlah 200,000 pelancong China ke negeri ini setiap tahun dalam usaha mempertingkatkan ekonomi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, inisiatif itu dirancang dengan Kerajaan Negeri bercadang menggunakan sistem flight charter.

“Kita akan adakan ‘charter flight’ dengan beberapa bandar di China dan permulaan dari Kota Bharu kemudian ke Lanzhou,” katanya ketika berucap selepas forum Friendship and Prosperity Through Business, Trade and Investment sempena Ekspo Cheng Ho di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, kekangan utama mencapai matlamat tersebut adalah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang tidak mendaratkan pesawat yang lebih besar.

“Kerajaan Pusat perlu memahami hasrat kita ini. Kita mintak agar lapangan terbang di negeri ini dipanjangkan agar kapal terbang dari mana-mana negara boleh mendarat terus di sini tanpa perlu ke Kuala Lumpur, ini hasrat yang sangat penting” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya akan mengkaji untuk memperluaskan kerjasama antara wilayah- wilayah lain di negara China.

“Kita akui kerjasama ini sangat bermanfaat kepada kedua-dua tempat ini, kita akan lihat perkara ini secara lebih dekat,” katanya.

Dalam pada Ekspo Cheng Ho yang berakhir hari ini terus menerima sambutan dari pengunjung dalam dan luar yang ingin mengetahui lebih dekat pengembaraan pahlawan China itu.

40,000 risalah tolak pembohongan media Umno


ALOR SETAR , 25 Nov. :
Risalah untuk menjelaskan situasi sebenar banjir terburuk yang melanda Kedah awal November lalu diedarkan kepada orang ramai bagi menangkis dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri ‘lepas tangan’ dalam isu berkenaan.


Pegawai Khas (Penerangan) kepada Menteri Besar, Musoddak Ahmad berkata, risalah empat halaman itu antara lain memperjelaskan tindakan Kerajaan Negeri ketika berdepan bencana itu, termasuk perancangan yang dibuat ketika dan selepas banjir.

“Kita mahu rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku, terutama apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dalam menangani banjir. Ini secara tidak langsung menjawab semua tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap Kerajaan Negeri,” katanya.

Menurutnya, turut dimuatkan petikan ucapan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menjelaskan secara terperinci berhubung isu banjir.


Musoddak berkata, sebanyak 40,000 risalah diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah dicetak dan akan diedarkan dalam masa terdekat.


“Risalah ini akan diedarkan ke setiap pejabat daerah dan pusat khidmat wakil rakyat selain boleh diperoleh di pejabat urusetia penerangan. Kita harap rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab, dan mendapat gambaran sebenar mengenai penglibatan aktif Kerajaan Negeri ketika bencana berlaku,” katanya.


Menurutnya, Urusetia Penerangan turut menghasilkan cakera padat (CD) penjelasan isu banjir untuk diedarkan ke pusat khidmat wakil rakyat sebagai rujukan.


“Hampir 2000 keping CD 18 minit itu akan ditempatkan di pusat khidmat wakil rakyat untuk tatapan umum,” katanya.

ADUN Pulau Betong terima tekanan pemimpin Umno Pulau Pinang

SHAH ALAM, 24 Nov. : Pengarang lidah rasmi PAS Harakah, Taufek Yahya memberitahu pihaknya yakin tidak ada kepentingan bagi akhbar Harakah memohon maaf kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad kerana memutarbelitkan fakta seperti yang diminta oleh ADUN Barisan Nasional (BN) berkenaan.

Laporan yang disiarkan Harakah bertarikh 15 November lalu adalah benar dan bersandarkan fakta, ujar beliau.

“Kalau dilaporkan itu benar, apa kepentingan Harakah untuk minta maaf.” “Pada saya apa yang diucapkan, itulah yang dilaporkan. Lagipun program itu dihadiri ratusan orang. Dan setakat ini tidak ada pula kita mendapat bantahan daripada peserta seminar itu sendiri atau lain-lain ahli panel mengatakan laporan itu tidak tepat,” ujar Taufek.

Bernama hari ini melaporkan, Farid meminta akhbar berpengaruh pembangkang itu untuk meminta maaf berhubung laporan berjudul “Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian” dalam forum anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 Nov lepas. Seraya beliau memberikan tempoh 14 hari kepada Harakah berbuat demikian, sebelum tindakan perundangan diambil.

Bagaimanapun, menurut Taufek, tindakan Farid itu mungkin ada kaitannya dengan tekanan yang diterimanya dari kepimpinan Umno negeri berikutan tindakan mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa di negeri itu.

“ADUN Pulau Betong itu juga rasanya membuat komen mungkin setelah mendapat teguran atau tekanan daripada pemimpin pemimpin Umno negeri.

“Kalau itu merupakan satu pengakuan, apa yang hendak dipertikaikan sendiri oleh ADUN Pulau Betong itu,” soal Taufek yang hairan dengan tindakan Farid itu.

Tambah Taufek lagi, apa relevannya Farid mengambil masa yang lama untuk ‘mengesan’ laporan Harakah yang dikatakan memutar belit kenyataannya.

“Kalau berita itu tidak benar, mengapa beliau mengambil masa yang lama bagi ADUN Pulau Betong itu untuk mengeluarkan kenyataan menafikan apa yang dilaporkan oleh Harakah.

“Buat masa ini kita masih bertegas mengatakan bahawa apa yang dilaporkan itu benar,” ujarnya lagi.

Taufek turut mengingatkan Farid bahawa laporan yang disiarkan oleh Harakah berdasarkan kepada apa yang diperkatakan oleh Farid dalam forum yang dihadiri ratusan orang dan bukannya dipetik dari mana-mana.

“Kalau laporan itu tidak tepat dan terbukti laporan itu tidak tepat, mereka boleh menafikan dan kita boleh menyiarkan penafian itu. Tetapi kalau apa yang dilaporkan itu benar, mereka harus menerimanya lah,” tambah Taufek lagi.

Harakah dalam keluaran 15 November itu turut melaporkan Farid sebagai generasi muda dalam Umno mahu memperbaikinya sekaligus memastikan tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan tidak terancang./TVNews

Noh Omar samseng kerana benih dan baja padi

NONE



















KUALA LUMPUR, 25 Nov. : Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (bawah, kanan) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakan kerajaan membekalkan benih padi kepada syarikat yang didakwa tidak mempunyai loji benih.

NONEKatanya, siasatan juga wajar dijalankan berhubung pemberian kontrak membekalkan baja organik di bawah skim subsidi padi kepada syarikat yang tidak berpengalaman dalam menghasilkan baja organik.

"Satu siasatan harus dibuat di peringkat dalaman dan juga oleh SPRM untuk melihat kenapa proses pemberian tender ini tidak dibuat secara telus iaitu diberi kepada syarikat yang sebahagiannya tidak mempunyai loji benih. Sebaliknya mereka ini menyewa loji benih di bawah Kementerian Pertanian.

"Kontrak membekal baja organik skim subsidi padi Malaysia 2010 juga diberi kepada syarikat yang tak ada pengalaman dalam membuat baja organik," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menurutnya, mengikut syarat yang ditetapkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, hanya syarikat yang mempunyai loji benih sahaja layak menerima bekalan benih.

"Kenapa diberikan kepada satu syarikat yang tidak punya loji benih? Syaratnya ia mesti diberikan kepada syarikat yang ada loji benih untuk proses benih padi," katanya.

Beliau berkata, kementerian seharusnya mengutamakan syarikat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk diberikan bekalan benih kerana ia memberikan pulangan yang lebih banyak kepada petani.

NONEMenurut Mahfuz, Selasa lalu, beliau telah membangkitkan perkara itu sewaktu berbahas di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Dalam jawapannya dia (Noh) mengakui salah satu syarikat individu itu ada kaitan dengan petani di kawasan parlimennya di Tanjung Karang tetapi dia elak menjawap soalan saya sama ada dia mempunyai kepentingan dalam syarikat itu,” kata Mahfuz.

Menurut Mahfuz menteri itu gagal menjelaskan mengapa pertubuhan besar seperti MADA hanya diarahkan mengeluarkan 5,000 tan padi sedangkan ia berkemampuan mengeluarkan sekurang-kurangnya 15,000 tan.

Alasan naik harga gula kurang kencing manis mengarut

mahfuz-jan4























KUALA LUMPUR, 25 Nov. : Menggunakan alasan untuk mendidik masyarakat mengurangkan pengambilan gula dengan menarik subsidi gula merupakan satu alasan yang tidak munasabah.

Demikian kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato Hj Mahfuz Omar ketika berbahas di Dewan Parlimen hari ini.

Beliau memberitahu Parlimen bahawa kenaikan harga gula tidak membantu mengurangkan jumlah pengidap penyakit kencing manis di negara ini.

"Untuk mengurangkan pengambilan gula ni, bukanlah dengan mengurangkan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga gula.

"Ini, menunjukkan kita tiada kaedah yang munasabah untuk memastikan orang ramai kurangkan mengambil gula. Sepatutnya bila harga gula naik, orang pun kurang makan gula dan pesakit kencing manis pun jadi kuranglah," ujar beliau.

"Kencing orang ni ramailah"


Menurut Mahfuz, mendidik masyarakat agar mengurangkan pengambilan gula dengan menaikkan harga bahan tersebut di pasaran merupakan kaedah yang salah dan tidak berjaya.

"Ini menunjukkan menaikkan harga gula tidak memberikan pendidikan dan kesedaran kepada pengguna untuk mengurangkan penggunaan gula untuk kesihatan. Maknanya tidak berjayalah bagi saya.

"Ianya cuma kerajaan sengaja mencari rasional untuk menaikkan harga gula dan ia tidak lebih dari hanya menambahkan beban rakyat sahaja," ujar beliau lagi.

Disamping itu, Mahfuz sempat menempelak pemimpin-pemimpin kerajaan apabila mengatakan pemimpin kerajaan lebih gemar menipu rakyatnya sendiri.

"Bukan sahaja tidak berjaya mengurangkan pesakit kencing manis tetapi berjaya menambahkan penyakit kencing manis dan kencing orang," sambung beliau lagi.

"Kencing orang ni ramailah. Membabitkan pemimpin-pemimpin dan kerajaan dok kencing rakyat memang berlaku banyak. Yang ini memang Doktor tak boleh ubat penyakit kencing orang ni," kata beliau lagi

Blogger pro Umno Taiping Mali takut berdebat



IPOH, 25 Nov. :
Blogger pro Umno Taiping Mali hari ini menzahirkan sikap sebenar para blogger pro Umno apabila menolak cabaran Dewan Pemuda PAS Perak untuk berdebat.


Blogger Taiping Mali memberi alasan yang tidak boleh diterima untuk menolak cabaran debat ini.

Malah blogger ini masih lagi berhujah secara satu hala untuk menunjukkan bahawa pemimpin Umno kesayangannya tidak bersalah.

Blog ini memaparkan tulisan blogger ini yang gagal membuktikan daya intelek yang tinggi sebaliknya membuktikan bahawa blogger ini tidak berani menyahut cabaran Dewan Pemuda PAS Perak.

Ikuti jawapan blogger pro Umno ini :

Hari ini TM dimaklumkan oleh beberapa rakan bahawa Dewan Pemuda Pas Negeri Perak (DPPNP) teramat marah hingga tidak dapat dikawal lagi dan menyuruh TM membuka laman web Harakah Daily bersabit isu 'ancak' yang telah diputar belit oleh DPPNP..

Wah memang betul lah Pemuda Pas marah 'gilerr' dengan TM sehinggakan mencabar TM dan Perak Today untuk berdebat.


TM faham tujuan sebenar DPPNP bukan untuk berdebat sangat sebaliknya untuk melihat wajah TM dan juga Perak Today. Itu lah motif utama mereka.


Pas ajak TM berdebat bukan perkara baru, sewaktu PRK Bukit Gantang juga Pas telah mencabar TM dan beberapa rakan blogger yang lain untuk berdebat.


Malah blogger Pas Al- Banjari juga telah menyiarkan wajah TM dalam blognya dan beliau pernah mengugut untuk menyaman TM.


Sebenarnya trend berdebat ini ialah trend orang kalah. DPPNK ternyata sudah kalah sebab usaha mereka untuk mengkritik dan mencela Menteri Besar Perak tidak menjadi.


Taipingmali dan Perak Today telah mengkritik balik dan DPPNK juga telah cuba menghasut Mufti Perak agar menghukum Dr Zambry tetapi ternyata usaha mereka gagal.


Tan Sri Harussani sendiri menyatakan Dr Zambry tidak mengamalkan amalkan kurafat . Dr Zambry hanya hadir sebagai VIP.


Istilah
mengamalkan amalan kurafat bermakna perbuatan Dr Zambry dilakukan setiap hari setiap bulan dan setiap tahun tanpa gagal. Itu barulah diistilah sebagai amalan.

DPPNK faham akan hukum Islam dan isu yang dibawa mereka hanyalah retorik politik yang amat murah.


Setelah gagal dalam perencanaan mereka maka dihalakan muncung meriam berkarat Pas ke arah Taipingmali dan Perak Today. (PT)


Kalau dah kalah bersilat dengan Tan Sri Harussani seorang Ulamak ( bukan Ularmak) tak payah sibuk-sibuk nak berdebat dengan TM dan PT.


Bagi TM isu yang dibangkit dan diungkit oleh Pas Perak adalah satu usaha untuk mengalih isu yang sedang panas melanda Pas, Dap dan juga PKR.


PKR sedang dalam masalah dan bakal rebah, ditambah lagi isu liwat yang semakin panas, Anwar telah mengupah Mat Sabu Hotel Perdana dan Hishamudin Rais Tukar Tiub untuk mengadakan Forum Awam Anti ISA di Komtar Walk di Pulau Pinang.


Mat Sabu juga terlibat kerana mahu tutup kes Memali, sehinggakan Pemuda Pas memprotes penjualan buku isu Memali yang diterbitkan oleh penulis yang menyanggah cerita kelentong Pas.


DPPNP seolah-olah sudah bankrup modal untuk berpolitik sehingga mengajak blogger untuk berdebat buat kali ke dua. Bab berdebat dengan Pas ini sudah banyak disiarkan dalam internet.


Berdebat dengan orang Pas umpama berdebat dengan anjing. menyalak sehingga mengeluarkan taring, hingga ternampak urat leher dan sampai merah cuping telinga. Bercakap seperti orang makan tak baca bismilah. Punyalah emosi dan egois, penuh dengan perkataan dan bisikan setan.


Akhir kata, kenyataan Mufti, YB Ramle Zahari Adun Manong, jawapan YAB DS Dr Zambry sendiri dan juga penulisan dalam blog sudah cukup untuk mematahkan hujah Pas, tak perlu berdebat 4 mata kerana orang Pas bukan reti berdebat. Apa yang mereka pandai ialah bertengkar sahaja sehingga merah butir mata macam setan.


Berdebat ini adalah ketinggalan zaman kerana sekarang kita boleh berdebat dan berhujah dengan blog, facebook , twitter dan lain-lain medium yang ada.


Kalau tak puas hati buatlah artikel lain untuk mencabar apa semua nama di atas. berilah hujah dan nas yang munasabah, tetapi sebelum itu lihatlah sendiri kemunafikan Pas terlebih dahulu.
Taiping Mali

Utusan rugi berjuta kerana suka berbohong





























SHAH ALAM, 25 Nov. :
Kerugian yang dicatatkan akhbar Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, berpunca daripada pembaca yang tidak lagi menggemari corak laporan akhbar itu kata tokoh wartawan veteran, Said Zahari.


Melihatkan kepada perkembangan dan trend pembaca hari ini, Said berkata, sebenarnya pembaca mulai bosan dengan corak pemberitaan terkongkong yang diamalkan oleh Utusan.

Utusan katanya harus kembali sebagai sebuah medium yang bebas dalam melaporkan jika mahu memulihkan kembali jumlah edarannya.

"Utusan Melayu sebelum ini melakukannya dengan baik tetapi sampai apabila ia dikuasai oleh parti politik(Umno) dan pemberitaannya dan juga dasar-dasarnya, ia menjadi sempitlah. Sebab surat khabar ini untuk seluruh rakyat," katanya.

Tambah Said lagi, walaupun Utusan tidak mengisytiharkan mereka adalah lidah rasmi Umno dan kerajaan, namun rakyat katanya bijak 'membaca' berdasarkan laporan akhbar itu.

Lalu masyarakat menzahirkan rasa tidak senang mereka melalui memboikot atau tidak membeli akhbar berkenaan dan fakta itu dikuatkan lagi dengan kerugian lebih RM10 juta yang dialami oleh Utusan kata Said.

"Saya fikir ini bukan soal muak tetapi soal apa yang dipaparkan oleh Utusan Melayu ini terlalu tersekat, ataupun banyak laporan-laporan dari parti pembangkang dan umum yang tidak tersiar dalam surat khabar itu kerana mungkin penguasa akhbar itu tidak suka selain daripada partinya sendiri," ujar beliau.

Said menambah, untuk menjadi sebuah media yang digemari dan dapat menarik ramai pembaca, ia bukan lagi seperti zamannya dahulu, apabila Utusan yang pada asalnya dikeluarkan dalam edisi Jawi, menukarnya kepada rumi untuk menarik pembaca pelbagai kaum, namun dasar dan corak pemberitaan itu perlulah lebih diutamakan.

"Tetapi itu sahaja tidak cukup untuk orang ramai membaca surat khabar itu.Ertinya surat khabar itu harus memainkan peranan yang bebas daripada penguasaan parti politik atau kerajaan," katanya lagi.

Bercakap kepada Tv Selangor, Said yang juga bekas pengarang akhbar tersebut suatu ketika dahulu berkata, kurangnya minat pembaca membeli akhbar Utusan mengakibatkan para pengiklan sekaligus berpindah kepada media-media lain yang lebih mendapat perhatian pembaca di negara ini.

"Kalau soal iklan, iklan ini berkaitan dengan perniagaan. Pengiklan-pengiklan ini akan mengiklankan produk mereka di dalam surat khabar buku atau apa pun yang banyak pembacanya kerana ia ditujukan kepada pembaca.

"Orang-orang tidak akan mengiklankan produk-produk mereka sekiranya surat khabar itu pembacanya makin menurun," kata Said Zahari ketika diminta mengulas penurun edaran Utusan Melayu yang mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, akhbar itu mengalami kerugian akibat kurang mendapat sambutan dari pengiklan-pengiklan selain mendapat saingan sengit dari saluran media lain.

Pendapatan akhbar itu dikatakan merosot akibat pengiklanan daripada RM253.847 sebelumnya kepada RM244.564 juta.

Manakala untuk suku ketiga berakhir 30 Sept, 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas lapor Bernama.

Jangan ingat Ust. Azizan tak tahu bidang kewartawanan











ALOR SETAR, 25 Nov. : Sebaik sahaja banjir di negeri ini surut, Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pun membuka tirainya selama tiga hari bermula tanggal 14 November yang dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kedah.

Semuanya berjalan dengan lancar dan tenang bahkan berlangsung secara aman' walaupun tanpa 'kehadiran' dua media elektronik arus perdana yang dianggap pembohong sewaktu membuat liputan banjir, membabitkan bantuan kerajaan negeri yang dituduh 'lepas tangan.'

Bukan sahaja rakyat mahupun para petugas, kakitangan kerajaan negeri, sukarelawan, agensi penyelamat dan semua yang terlibat dalam operasi banjir merasa kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu, tetapi turut menarik perhatian Tuanku Sultan Kedah yang dukacita dengan perkhabaran itu.

Dalam titah ucapannya sewaktu merasmikan pembukaan siadang DUN Kedah, baginda melahirkan rasa dukacita dengan suara-suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan serta pengorbanan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

"Beta dukacita kerana ada suara sumnbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan Kerajaan Beta serta semua pihak yang terlibat di dalam membantu mangsa banjir," titah KDYMM Tuanku Sultan pada majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet.

Sehubungan itu baginda merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan Jabatan Negeri dan Persekutuan yang terlibat termasuklah badan-badan sukarela dan lain-lain pihak yang saling membantu dan bekerjasama tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik ketika negeri ini dilanda bencana banjir.

Titah baginda, kerjasama serta pengorbanan dan bantuan yang dihulurkan amatlah disanjungi dan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat negeri ini yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana banjir.

Perasmian berakhir dan bersurai dengan baik, namun di luar pagar Wisma Darul Aman, kumpulan media eletronik terdiri daripada RTM dan Tv3 yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri yang 'tidak menjemput' mereka membuat liputan sidang DUN, cuba mendapatkan komen-komen negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung kebebasan media yang disekat.

Antara yang tampil menjawab soalan provokasi media terbabit ialah pemuda Gerakan dan Adun-Adun BN seperti Ketua Pembangkang Dato' Mahadzir Khalid, Adun Kuala Nerang Dato Syed Sobri, Adun Belantek, Tajuddin dan lain-lain lagi.

Wartawan RTM cuba mengemukakan soalan "adakah hak Sultan dinafikan?" berikutan sekatan media kepada Adun-Adun BN namun sebilangan cuba mengelak daripada menjawab isu Sultan dan tidak mahu terperangkap dengan soalan-soalan yang tidak berasas itu.

Selesai 'sidang media' luar pagar itu, kedengaran suara wartawan RTM berkata kepada para Adun-adun BN dengan jelas:"Tak pa...Dato' bagi semua saya spin (putar) berita ini."

Hakikatnya media terbabit terasa 'terhina' berikutan larangan tersebut sedangkan 13 agensi media yang dianggap bertanggungjawab dan beretika telah dijemput melalui surat pekeliling Setiausaha Akhbar Menteri Besar terdiri daripada The Star, Sinar Harian, Bernama, 6 akhbar Cina, 2 akhbar India dan Harakah.

Pada sebelah petangnya, Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Razak membentangkan bajet 2011 bermula jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira setengah jam kemudian. Pembentangan bajet itu, disampaikan secara ringkas dan padat tanpa sebarang gangguan.

Selesai ucapannya, di luar Dewan, Syed Sobri berjabat tangan dengan Ustaz Azizan dan mengucapkan tahniah di atas bajet yang dibentangkan.

Desas-desus pada awalnya, membayangkan kononnya ada usul tergempar ingin dibawa oleh Adun-adun BN untuk menghangatkan suasana dewan ekoran larangan dan sekatan ke atas RTM dan TV3 melaporkan perjalanan sidang DUN, namun telahan itu meleset kerana tidak ada sesiapa pun berani untuk 'membela' media yang diragui kewibawaannya itu.

Sungguhpun begitu, pada hari berikut perbahasan dijalankan, beberapa Adun BN membangkitkan persoalan kebebasan media, namun dibidas oleh kalangan Adun Pakatan Rakyat antaranya Adun Kubang Rotan Nasir Mustafa.

Kata Nasir, sikap tidak bertanggungjawab media pembohong telah mencetuskan suasana resah di kalangan rakyat yang ketika itu dilanda musibah banjir yang teruk. Sepatutnya media terbabit sama-sama 'menenangkan' keadaan dan melaporakn berita benar supaya semua pihak berada dalam kedaan yang tidak stabil, katanya.

Dalam masa yang sama beliau bangkit mempertikaikan tindakan media yang melaporkan cerita seorang mangsa banjir yang kononnya tidak mendapat makanan di pusat penempatan banjir tetapi pada keesokannya, mangsa menyesal dengan kenyataannya itu yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid.

Nasir juga membidas Adun Bakar Bata Dato' Ahmad Bashah yang dalam perbahasannya mendakwa ada pihak menghalau mangsa banjir kerana berbeza fahaman politik.

"Dato' sila bertanggungjawab. Sila nyatakan tempat, siapa dan di mana kejadian itu berlaku supaya boleh disiasat. Jangan buat dakwaan tidak berasas," kata Nasir kepada Ahmad yang kemudian kelam kabut seraya menjawab ringkas:" Saya dengar orang kata ja..."

Sementara itu di sidang yang sama , Adun Alor Mengkudu Dr Ismail menangkis tohmahan yang dibuat oleh blog yang menfitnah beliau 'mengangkat' balik sumbangan kepada mangsa banjir atas isu politik.

"Kawasan khemah itu kosong dan bukan pusat penempatan banjir, setelah bincang dengan jawatankuasa kampung itu, saya pindahkan barang-barang sumbangan ke suarau berdekatan.

"Bila masa saya tarik balik...sedangkan belum ada sesiapa pun yang menerima sumbangan itu. Ini jelas nak menjatuh nama baik saya...," jelas Dr Ismail tegas.

Dalam pada itu Sidang DUN sekali lagi dipersembahkan isu rasional kenaikan tarif air yang kemudian diperjelas secara panjang lebar oleh Exco berkaitan Dato' Amiruddin Hamzah kepada Adun-adun BN yang seolah-olah keliru dan tidak mahu memahami keadaan.

Amiruddin sempat mendedahkan sikap kerajaan Bn terdahulu yang menswastakan air sehingga menyebabkan kerajaan negeri kini menanggung kerugian dan hutang yang banyak di samping kos rawatan dan penambahbaikan saliran air yang semakin meningkat malah kenaikan berlaku setelah 17 tahun pada kadar negeri kedua terendah di Malaysia.

Dalam keseriusan, ada juga gurau senda dan gelak ketawa di dalam sidang DUN Kedah. Lazimnya dua Adun bebas iaitu Tan Wei Shu (Bakar Arang) dan Radzi (Lunas) dianggap sebagai 'pelawak' dalam sidang DUN dengan idea-idea yang mencuit hati pemerhati dan adun-adun.

Apa tidaknya, Radzi yang mendengar perbahasan berkaitan pusat penyembelihan babi, bangkit mencadangkan Kedah Agro, anak syarikat kerajaan negeri yang terlibat dengan produk pertanian dan ternakan di negeri ini agar menguruskan pula hal berkaitan penyembelihan dan pengedaran daging babi.Pecah perut satu dewan mendengar saranan bernasnya itu!

Exco baru dilantik, Tan Chow Kang disifatkan antara yang pandai menarik perhatian dalam ucapannya penggulungannya dengan keletah dan bahasanya yang bersahaja.

"Kalau nak tunggu bintang jatuh, sampai tunggu air laut keringlah..." katanya membidas kata-kata adun BN tentang usaha dipihaknya yang belum menampakkan hasilnya.

Chow Kang terus mencetuskan ketawa Dewan apabila memuji adun-adun BN:"Saya pujilah , sidang DUN kali ini soalan-soalan pembangkang nampaknya sudah matang. Saya banyak happylah!"

Ketegasan dan suasana sedikit tegang, tatkala Exco berkaitan perumahan Dato' Ir Pharolrazi mempertahankan isu kuota tanah dan pemilikan rumah yang dibangkit oleh seorang Adun BN yang dilihat cuba mengheret sentiman perkauman.

"Selepas ini, saya tak mahu lagi dengar isu ini dimainkan sebagai sentimen perkauman.

"Saya bukan wakil rakyat daripada politik kaum Melayu, yang dilihat mempertahankan hak melayu. Saya adalah wakil rakyat parti Islam yang memberi keadilan kepada semua kaum," kata Pharolrazi tegas.

Ketika, umat Islam khususnya di Kedah pada sebalah petangnya sedang berpusu-pusu pulang untuk berhari raya pada Selasa 16 November, di Dewan Undangan Negeri semua adun kerajaan dan pembangkang masih setia pegun, khusyuk dan fokus kepada agenda terakhir sidang iaitu sesi penggulungan perbahasan oleh Ustaz Azizan.

Mukadimah yang bersahaja, Ustaz Azizan kemudian memulakan buah kilas dan libasan tajamnya kepada media yang memutarkan belitkan cerita.

"Mereka silap kalau nak kenakan saya. Saya pernah jadi Pengarah Urusan Harakah selama lima tahun dan saya pun tahu jenis soalan wartawan.

"Harakah pun dulu dan sekarang pun disekat. Ada tempat yang kita tidak dibenarkan membuat liputan, tapi saya tak pernah komen.

"Tapi saya nak ucapkan terima kasih kepada media tersebut kerana tayangan itu, menyebabkan saya mendapat publisiti yang meluas. Saya harap gambar-gambar saya itu ditayangkan sehingga pilihan raya akan datang...bukan senang muka saya nak masuk tv...

"Cuma saya ni lama dah bersabar...jangan jadi pembohong. Saya bukan ular senduk yang naik kembang tapi jenis ular kapak yang jika terpijak ekor terus patuk!" katanya yang merupakan Adun Sg Limau, Adun yang paling lama dan 'senior' dalam DUN Kedah.

Laksana pahlawan, beliau kemudiannya mengepak, mengunci dan mencantas soalan-soalan yang dikemukakan oleh adun-adun BN dengan penjelasan mudahnya. Sungguhpun sesekali, beberapa adun mencelah, Ustaz Azizan tetap tenang mengahadapinya.

Tidak ada latah atau raut emosi beliau memarahi soalan-soalan provokasi, bahkan mengucapkan terima kasih di atas saranan dan kritikan yang diberikan disamping berjanji akan berusaha memperbaiki dan memantapkan lagi pentadbirannya.

Ketika menjawab persoalan Adun Kuala Ketil tentang kewajaran menurunkan harga hantaran kahwin, bagi memudahkan perkahwinan,Ustaz Azizan dengan nada perlahan berseloroh:

"Kalau harga hantaran kahwin dapat turun sikit, dapatlah yang lain-lain tumpang sama," katanya disambut gelak ketawa kedua-dua belah pihak.

Dengan nada yang rendah dan bersifat ramah kepada rakan dan lawan, Ustaz Azizan mencuri tumpuan kerana mampu 'mengawal' dewan daripada sebarang terjahan mahupun pencak silat pembangkang. Sesekali ayat-ayat jenaka dan pemanisnya mengubat keadaan.

"Terima kasih atas cadangan dan kritikan yang diberikan. Marilah sama-sama kita mengembleng tenaga untuk memastikan rakyat dan negeri ini kekal sejahtera," katanya mengakhiri penggulungannya kira-kira jam 5.30 petang.

Secara purata, pemerhati dan penganalisis memuji Bajet 2011 kali yang amat mengutamakan kesejahteraan rakyat khususnya untuk meningkatkan pendapatan dan membantu bagi golongan yang memerlukan.

Selain itu perjalanan sidang DUN selama tiga hari yang begitu lancar, malah dilihat proses demokrasi di sini berada dalam suasana yang begitu harmoni antara kedua-dua belah pihak, sungguhpun berlainan fahaman politik.

Seperti titah Sultan Kedah yang memuji pentadbiran kerajaan negeri dibawah pimpinan Ustaz Azizan kerana berjaya menerajui Kedah secara adil, amanah dan proaktif.

Baginda bertitah, rakyat negeri ini diberi layanan yang adil malah hubungan antara kaum semakin erat menerusi pelbagai aktiviti.

"Beta merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar yang berjaya menerajui kerajaan dengan baik. Beta dapati Kerajaan Negeri memberi sepenuh usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah baginda yang menjadi pemangkin semangat buat semua khususnya rakyat negeri Kedah.

Ekspo Cheng Ho satukan dua bangsa seagama



KOTA BHARU, 25 Nov:
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersyukur Ekspo Cheng Ho 2010, telah berjaya menyatukan dua bangsa muslim dari dunia berbeza, iaitu Malaysia, China, serta beberapa buah negara lain.

Katanya, kejayaan itu juga telah berjaya memecahkan fahaman golongan tertentu selama ini yang berpandangan negatif terhadap bangsa terbabit, khususnya dari benua lain.


Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat pameran ekspo serta mengikuti persembahan istimewa dari Khairat Aziz, Adili dan persembahan kebudayaan dari Khazastan termasuk Shao Lin.


Menurutnya, program yang bermula 21 November lepas di Kota Bharu telah berjaya merapatkan hubungan bangsa China muslim dan Melayu muslim khususnya, kerana Islam adalah agama suci sedunia.


“Saya sentiasa terfikir bagaimana cara untuk menyatukan semua bangsa di dunia ini khususnya sesame Islam biarpun dari negara serta benua yang lain agar ianya dapat berkenalan di antara satu sama lain,”ujarnya.

(Gambar: Antara persembahan yang dibuat oleh Muslim dari China di Kota Bharu)
Menurutnya lagi, lebih 50 tahun kerajaan secular negara ini telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk membangunkan negara, bagaimanapun rasa curiga di antara satu sama lain masih wujud.

“Kita hanya diperangkap oleh orang Eropah yang tidak mahu melihat Islam bersatu, terutama yang Yahudi agar manusia di dunia ini hanya memandang mereka dan bukannya Islam.


“Konsep hiburan juga telah disalah ertikan sehingga mereka memahami berhibur mesti ada perempuan, namun kita telah ketengahkan sesuatu yang lebih baik,”ujarnya lagi.


Katanya, kerajaan Kelantan telah mengenengahkan hiburan tanpa menggunakan perempuan, sebaliknya hanya kecerdeikan dan kepakaran manusia bagi menggambarkan masyarakat berkenaan yang hebat.


Pada masa yang sama beliau mengakui begitu terhibur dengan persembahan berkenaan begitu mengagumkan.


“Seronok sungguh saya, terhibur inilah antara hiburan yang tidak bercanggah dengan Islam apa lagi tidak membabitkan golongan wanita,”ujarnya gembira.