Sunday, December 19, 2010

Umno habis modal, MCA pula tabur fitnah

MCA main sentimen perkauman - Guan Eng

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/12/guan-eng-speaks-to-pgcc-campaign-group.jpgGEORGETOWN, 20 Dis: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, membidas MCA kerana cuba menjuarai masyarakat Cina dengan memainkan sentimen perkauman bagi meraih sokongan yang semakin lama semakin pudar terhadap mereka dan juga Barisan Nasional (BN).

Mengulas kenyataan Timbalan Bendahari MCA Selangor, Lee Ban Seng yang mendakwa Kerajaan Pulau Pinang tidak melaksanakan pemberian tender secara telus bagi semua projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ekoran 100 peratus nilai projek diserahkan kepada kontraktor Melayu yang layak, Lim menegaskan dakwaan tersebut berunsur perkauman.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, oleh kerana mempunyai kepentingan politik maka MCA melempar tohmahan dan fitnah dengan mengaitkan isu ini sebagai satu isu murahan mereka.

"Sebelum ini Umno mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai anti Melayu. Kemudian MCA pula menuduh kita sebagai anti Cina. Hakikatnya kita yang menerajui kerajaan tidak menjadikan perkauman sebagai modal politik.

"Kita tidak anti kepada mana-mana kaum kecuali BN yang ditentang kerana sikap mereka yang sering mempolitikkan isu dan sentimen kaum untuk kepentingan politik mereka, " ujarnya.

Lim menjelaskan, Kerajaan Negeri tidak melaksanakan dasar berasaskan kepada kaum dan memilih bulu atau kronisme, tetapi pemilihan adalah berdasarkan kepada kredibiliti dan kepakaran serta kualiti tugas yang pernah dan akan dilaksanakan oleh kontraktor yang diberi kepercayaan.

Baru-baru ini Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan mendakwa Kerajaan Negeri tidak menyatakan jumlah nilai projek dan tender dengan benar.

Ekoran itu Lim mendedahan bahawa 100 peratus projek JPS serta 98 peratus projek Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri di bawah peruntukan Kerajaan Pulau Pinang diberikan kepada kontraktor Melayu yang layak.

Manakala 18 tender JPS yang bernilai RM40.94 juta juga dianugerahkan kepada kontraktor Melayu yang mempunyai kepakaran seperti mana yang dikehendaki. Sementara itu 16 dari 17 tender JKR yang bernilai RM20.4 juta turut diberikan kepada kontraktor Melayu membabitkan 98 peratus nilai projek.

Karpal buka episod baru muafakat dalam PR

Negara Islam: Karpal tutup mulut Umno

KUALA LUMPUR, 20 Dis:
Sebelum ini, biarpun duduk sebumbung dibawah payung Pakatan Rakyat, isu negara Islam antara yang dilihat masih menjadi tembok pemisah antara PAS-DAP.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pendirian terbaru Karpal itu ujarnya adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik.

Ketika dihubungi Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat.

"Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu," katanya.

Penegasan terbaru DAP itu juga katanya memperlihatkan komitmen sebenar Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Islam dan apa sahaja yang terkandung dalam Perlembagaan negara.

Ianya juga sekaligus menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan menjual Islam dan Melayu jika menguasai pemerintahan negara.

Beliau juga yakin, kenyataan Karpal itu akan menutup mulut Umno BN dari terus memanipulasi isu yang sejak dahulu membelengu PAS dan DAP itu, khususnya berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

"Dalam isu negara Islam ini, kita sebenarnya dikelirukan oleh permainan musuh-musuh kita.

"Namun keterbukaan Karpal menerima Islam sebagai agama rasmi, memperlihatkan satu komitmen bersungguh-sungguh DAP mempertahan Islam dan perlembagaan negara," katanya lagi.

Karpal yang juga Pengerusi kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas semalam berkata, beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

DAP katanya boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Karpal juga meletakkan keyakinan, isu tersebut boleh mencapai konsensus sekira satu perbincangan bersama diadakan.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim memaklumkan satu pertemuan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu akan dibuat secepat mungkin bagi merealisasikan hasrat itu.
Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat.

‘over my dead body’ dieksplotasi Umno bukan kerana Umno mahu negara Islam

Sambut Baik Hasrat Karpal, Hadi Sedia Jelas Negara Islam


KUALA LUMPUR, 20 Dis.: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyambut baik hasrat Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bersedia membincangkan isu negara Islam yang sering digunakan Umno-Barisan Nasional(BN) untuk memecah-belahkan ke dua-dua parti itu, lapor The Malaysian Insider.

Ujar Presiden PAS itu, partinya sentiasa terbuka untuk menjelaskan isu negara Islam kepada rakyat dan juga pemimpin-pemimpin politik negara ini.

“Kita sentiasa terbuka untuk beri penjelasan dalam isu ini (negara Islam), kita juga bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal.

“Saya sentiasa berjumpa dengan Karpal, cuma kita perlukan masa, berikan masa kepada PAS untuk jelaskan isu ini kepada rakyat,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Isu negara Islam ini menjadi pendebatan utama PAS dan DAP, dan dilihat menjadi “duri dalam daging” dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR sekiranya tidak mencapai kata sepakat berhubung isu itu.

Semalam ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Pulau Pinang, Karpal mahu isu negara Islam yang dibawa oleh PAS selama ini dan dilihat menjadi ‘halangan’ kepada Pakatan Rakyat terus bergerak ke depan, diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Karpal berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” katanya. Dalam ucapannya Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.

“Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.

“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat), (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi (Awang),” kata beliau.

Tambah Hadi, PAS yang mempunyai keanggotaan lebih dari satu juta ahli mempunyai kewajiban dan tanggungjawab untuk menjelaskan perkara itu kepada seluruh rakyat.

Beliau juga berkata, PAS yang turut menerajui pentadbiran dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah sudah membuktikan bahawa negara Islam boleh dilaksanakan.

“PAS mempunyai kewajiban yang besar untuk jelaskan isu ini kepada seluruh rakyat. Beri kita peluang untuk jelaskan perkara ini kerana kita yakin negara Islam adalah yang terbaik bukan hanya untuk orang Islam tetapi bukan Islam juga.

Ketika konvensyen sulung tahun lalu Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam.

Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.

Karpal berkali-kali menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.

Penjara 6 tahun, denda RM 620 ribu

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Dipenjara











KUALA LUMPUR, 20 Dis.: Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Yusof Abu Bakar, 56, hari ini dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM620,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau didapati bersalah terhadap 14 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500 pada 2008.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Pada 14 Okt 2008, Yusof didakwa menerima rasuah berjumlah antara RM500 dan RM18,500 pada setiap transaksi daripada seorang pengurus jualan antara 21 Mac dan 25 Jun 2008.

Menurut kertas pertuduhan, Yusof didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat beliau bertugas di Bahagian Kawalan Aras 7, Jabatan Imigresen Malaysia, Blok 2G4, Presint 2, Putrajaya; di Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang; dan di Stesen Minyak Caltex, Jalan Pudu.

Semua pertuduhan itu mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum menurut Seksyen 16 Akta yang sama.Malaysiakini

Selepas ini Umno anti warna jingga pula

Selesai konvensyen, ‘Buku Jingga’ jadi azimat pilihan raya

KEPALA BATAS, 19 Dis. : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu sesi penggulungan Konvensyen Pakatan yang baru sahaja selesai, menyifatkan konvensyen kali ini sebagai satu kejayaan yang besar.

Ini kerana, menurut Anwar, kebulatan sikap serta persefahaman yang ditunjukkan parti-parti yang menghadiri konvensyen kali ini walaupun masing-masing mempunyai sentimen politik yang berlainan, adalah bukti bahawa perpaduan di kalangan parti Pakatan tetap utuh dan kejap.
Pada majlis yang sama juga Anwar mengumumkan tiga perkara sisi yang disepakati pimpinan Pakatan pada hari ini.

Pertama, Pakatan Rakyat akan meletakkan PAS bertanding di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang.

“Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk bertanding di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang. PAS akan mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tersebut dan ketiga-tiga parti telah memberikan komitmen mereka untuk bersama-sama memenangkan PAS dalam pilihan raya tersebut,” umum Anwar.

Satu lagi persidangan Menteri Besar serta Ketua Menteri Pakatan akan dilangsungkan hujung bulan Februari 2011 ekoran kejayaan persidangan yang lalu.

Pada bulan Mac pula, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan menghadiri satu Kongres Ekonomi Pakatan Rakyat bagi membincangkan usaha bersama menggembleng sumber serta kekuatan ekonomi di antara negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Acara paling signifikan dalam konvensyen ini adalah pengenalan ‘Buku Jingga’ yang menggariskan Dasar Bersama Pakatan.

Dasar Bersama ini menggariskan iltizam Pakatan untuk mengalih hala negara dan bangsa ke arah landasan yang betul setelah dihantui salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman di bawah kerajaan BN.

Dasar Bersama ini adalah berlandaskan empat kerangka asas iaitu demokrasi yang telus dan tulen, memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan, keadilan sosial bagi pembangunan insan yang menyeluruh, serta hubungan luar persekutuan-luar negeri yang adil dan setara.
Menurut Anwar lagi, ‘Buku Jingga’ ini adalah dokumen penting kerana ia menyambung beberapa kerangka dasar Pakatan yang diluluskan tahun lalu.

“Buku ini juga diperkenalkan lebih awal agar setiap peringkat parti dapat meneliti serta menghadami intipati yang ingin disampaikan dalam buku ini dan menjadikannya panduan dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang,” kata Anwar.

Umno celarukan pemikiran umat Islam


KEPALA BATAS, 19 Dis. : Umno dan Barisan Nasional adalah ejen yang menyebabkan kewujudan persepsi negatif oleh masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kecelaruan dalam pemahanan terhadap Islam yang berlaku adalah kerana contoh dan tafsiran yang ditunjukkan oleh Umno dan Barisan Nasional, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah dan berkuasa melalui penipuan,” katanya dalam ucapan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kedua di Dewan Millenium, Kepala Batas, hari ini.

“Mereka (Umno-BN) yang tidak menghormati demokrasi dan memberikan nama yang buruk kepada negara di persada antarabangsa.

“Sedangkan keadilan yang dianjurkan dalam Islam bersesuaian dengan fitrah manusia dan boleh dijadikan tiang seri bagi menyatukan hati, mengiktiraf kepelbagaian kaum dan menjalinkan sikap hormat-menghormati atas sikap kemanusiaan,” tambah Hadi.

Justeru, Hadi berpesan kepada pimpinan di negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat agar berusaha gigih agar segala buah fikiran tidak sekadar menjadi catatan di atas kertas semata-mata.

“Semua ketetapan di dalam konvensyen sudah menjawab tohmahan. Tetapi cabaran terbesar apabila hendak menterjemahkan perancangan ke dalam bentuk tindakan.

“Bukan sekadar difahami oleh kakitangan awam di negeri-negeri terbabtit, bahkan kepada rakyat jelata,” ujarnya.

Sementara itu, Hadi berpesan kepada pimpinan dan aktivis parti untuk komited mempertahankan negeri-negeri Pakatan yang ditadbir, kerana saat dan detiknya semakin hampir untuk pilihanraya umum yang ke-13 .

Gani Patail tak senang duduk pula

RPK Dedah Salinan Laporan Mata Lebam Yang Disorok AG


SHAH ALAM, 19 Dis. : Portal www.malaysia-today.net hari ini mendedahkan salinan laporan pemeriksaan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah disorok dan tidak disertakan di dalam laporan Suruhanjaya Di Raja, 12 tahun lalu.

Di dalam laporan itu, Gani mempertikai dan mempersoalkan pendapat dan penemuan hasil pemeriksaan yang dibuat doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Abdul Rahman Yusof.

Pengendali laman tersebut yang juga blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK di dalam kolumnya berkata walaupun bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan ditendang keluar daripada jawatannya itu tetapi Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang turut terlibat dalam memalsukan laporan tersebut, masih lagi berada di dalam pejabatnya.

"Beliau terlepas dari semua salah laku yang dilakukannya yang mana ketika ini isu tersebut menarik perhatian umum.

"Lihat bukti di mana Peguam Negara mengarahkan doktor untuk mereka-reka laporan perubatan untuk mengatakan bahawa kecederaan Anwar pada tahun 1998 adalah disebabkan beliau terjatuh atau pun menumbuk dirinya sendiri.

Laporan itu ujar RPK kemudiannya disembunyikan dan tidak ditunjukkan kepada Suruhanjaya Di Raja.

"Adakah ini jenis Peguam Negara yang kita mahukan," soal beliau.

Sebelum ini, bekas pegawai polis kanan Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang kedua mendakwa laporan Suruhanjaya Di Raja yang dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong telah dimanipulasi.

Beliau turut menegaskan Gani turut terlibat dalam menyorokkan dan memalsukan dokumen perubatan tersebut.

Sehingga kini, beliau belum lagi dipanggil oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi memberikan penjelasan berhubung pendedahan yang dibuat itu.

Isnin lalu, Putrajaya telah memutuskan untuk menutup isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim 1998 “sama sekali” dengan mengetepikan dakwaan terbaru kononnya wujud unsur pemalsuan bukti oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam jawapan itu, kerajaan mengambil pendirian mengetepikan dakwaan yang dibuat oleh bekas pegawai siasatan Mat Zain bahawa Abdul Gani telah memalsukan dokumen dalam kes itu — dakwaan yang dibuat menerusi dua surat terbuka.

Sebaliknya, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, tidak perlu bagi Mat Zain membuat aduan bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat dakwaan pemalsuan bukti telah gagal untuk membersihkan nama beliau dalam insiden itu.

Ini menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan panel dan hanya dipanggil sebagai seorang saksi untuk memberikan keterangan.

Rakyat berubah, BN rebah

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/harakahdaily/person/pimpinan_ajk_PAS/idris%20ahmad%202.jpgKUALA LUMPUR, 19 Dis: Pemimpin Umno BN takut berlaku perubahan kerana mereka manusia yang tidak mahu berubah, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

“Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik dan telus kerana takut perut mereka kurus,” ujarnya sambil mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR), urusetia dan peserta Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang yang telah berjaya dengan jayanya.

Katanya, konvensyen telah berjaya mencapai matlamatnya.

“Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Disember lalu yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, MCA dan Gerakan, Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku,” ujarnya.

Katanya lagi, Konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti.

Beliau menambah, cadangan yang dicadangkan di dalam konvensyen begitu praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat.

“Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan PR,” katanya.

Sehubungan itu, ujarnya PAS mencabar pemimpin BN memberi peluang kepada PR dahulu dalam masa 100 hari kepada PR untuk membuktikan sama ada janji PR palsu atau angan-angan.

Mereka, tambahnya akan berhujah di mana wang akan diambil untuk diberi kepada rakyat kerana itulah otak pemimpin BN yang lemah dan tidak kreatif untuk manfaat rakyat.

Sebaliknya, kata beliau mereka begitu kreatif macam mana untuk perut mereka dan keluarga mereka.

Untuk itu, menurutnya PAS ingin mengingatkan kepada Umno BN bahawa PR mampu untuk mentadbir negara di mana PAS sudah membuktikan di Kelantan selama 20 tahun mentadbir.

Tambahnya, Kedah di bawah Umno mengalami masalah kewangan, tetapi mampu ditadbir dengan baik selepas 8 Mac 2008.

“Tawaran yang PR berikan kepada rakyat, kami ada asas untuk melakukannya.

“Apabila rasuah kita buang dalam amalan, ketelusan dalam mengurus, insya Allah PR mampu menunaikan semua pada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Anwar tetap Ketua Pembangkang walau digantung

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAgDZc4wMoMf8TI3nbPyUePGtiH0G-CFnUkk-du6FL5SaZI1Dkg45sJSURm_MWPIgWq6TSq2nvh4OSQIuYuWkg95mLaKQomTIWyk6P8Jcp_WalQnBvhlwows7q6qXMsD7SQw7AWfnsxSE/s281/AP_Malaysia_Anwar_Ibrahim_210.jpg

KEPALA BATAS, 19 Dis.: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung dari Parlimen selama enam bulan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata majlis pimpinan membuat keputusan itu sungguhpun ketika ini DAP mempunyai jumlah kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat.

Anwar, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali dari PKR dan Pengerusi DAP Karpal Singh Khamis lalu digantung enam bulan sebagai ahli Parlimen tanpa diberi peluang membela diri bersabit isu Apco.

Karpal berkata partinya tetap menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

“Saya yakin konvensyen ini akan diadakan di Putrajaya tahun depan tetapi kita tidak akan ke sana tanpa tanpa Anwar,” tambah beliau dalam ucapannya kepada perwakilan Pakatan Rakyat.

PR sedia lapisan kedua kepimpinan berkaliber hadapi PRU 13

PR Siap Sedia Hadapi PRU Dengan Lapisan Kepimpinan Baru

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/08/anwaribrahim1.jpg

KEPALA BATAS, 19 Dis. :Pakatan Rakyat telah melahirkan lapisan kepimpinan kedua yang berkaliber dan bersiap-sedia untuk mengambil-alih obor Malaysia Baru dari kepimpinan hari ini.

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin pelapis ini telah melalui pentarbiyahan serapinya untuk meneruskan cita-cita reformasi.

Beliau meminta para perwakilan dan akar umbi parti-parti dalam komponen Pakatan Rakyat supaya menghayati kandungan buku "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia" yang disediakan sepenuhnya oleh pemimpin generasi baru itu.

"Katakan kepada mereka yang meragui kita, bahawa kita mempunyai barisan kepimpinan lapisan kedua. Kita telah bersiap-sedia dengan lapisan kepimpinan baru, dan ini buktinya Pakatan Rakyat mempunyai potensi yang amat besar," tegas Anwar dalam ucapan penggulungan Konvensyen Pakatan Rakyat ke-13 di Pulau Pinang, petang tadi.

Kongres Pakatan Rakyat ini dipercayai adalah Kongres terakhir sebelum PRU-13 nanti. Setiap parti komponen sedang bersiap-siaga memperkemaskan jentera menghadapi pembubaran Parlimen.

Menghadapi cabaran itu, Anwar kembali mengingatkan saf kepimpinan Pakatan Rakyat supaya menggiatkan lagi pengkaderan ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama.

Beliau menjelaskan misi Pakatan Rakyat tidak akan mampu dipikul, tanpa hati yang teguh dan kefahaman yang kuat akan makna dan arti perjuangan.

"Hayati buku jingga ini, kerana di dalamnya kesinambungan dari Dasar Bersama yang dicapai sebelum ini. Cetak dan buat salinan buku ini, dan sebarkan kepada rakan-rakan di luar," kata Anwar.

Kepada perwakilan berbangsa Melayu, Anwar menyorot perhatian mereka kepada nilai-nilai yang menjadikan bangsa Melayu bangsa yang terkenal hebat.

Beliau menjelaskan Umno-BN sentiasa mengheret isu kesetiaan orang Melayu kepada perjuangan bangsa, setiap kali kedudukan politik mereka tergugat.

"Melayu hebat bukan kerana rasuah, bukan kerana perompakan kuasa. Melayu tegak kerana hebat dengan ciri-ciri keadilannya, kerana keterbukaannya," tegas Anwar.

Mansuh Felda Plantation yang menindas peneroka

Batal Felda Plantation Untuk Bela Nasib 79,000 Anak Peneroka

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibsr_DuUo7WKv8ReF7lHl7MBeJc-Xx75GNpvBQOP1mBhsZ7Utn4UGtqOnzAjfIA4ONCyODiB6SIVwGSJ_mCULC-HuD2v2wS29YeUvVInX1tLp7B4D-_IWHibtjTvPnOGOKEtQQmkkqxFYZ/s400/mazlan+aliman.jpg

KEPALA BATAS 19, Dis. : Pengerusi lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman menyambut baik cadangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk memansuhkan Felda Plantation.

Ujar, Mazlan dalam sesi perbahasannya hari ini berkata, dengan membatalkan Felda Planttation ini, sekurang-kurangnya 79,000 nasib anak peneroka akan terbela.

"Saya menyokong penuh ucapan Datuk Seri Wan Azizah dalam 100 hari Pakatan Rakyat memerintah, perkara paling besar yang harus dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah memansuhkan Felda Plantation," kata Mazlan.

Menurut Mazlan, perjuangan masyarakat peneroka dan generasi kedua Felda telah memasuki fasa kritikal untuk mempertahankan survival peneroka.

Dalam program 100 harinya turut merancang melaksanakan reformasi ke atas organisasi yang bertanggungjawab menguruskan Felda Plantation bagi membuka ladang-ladang diuruskan oleh generasi kedua dan ketiga anak peneroka.

Justeru katanya, beliau mencadangkan agar Pakatan Rakyat, parti yang sekian lama memperjuangkan hak rakyat, menggubal semula akta-akta yang menzalimi nasib para peneroka.

"Saya mencadangkan apabila kita memerintah akta GSA 1960 yang menjadi kekangan ini digubal semula bagi menjamin hak berdasarkan kaedah farait," tegas Mazlan.

Selain itu, beliau menggesa kebebasan diberikan kepada para peneroka untuk membuat keputusan sendiri dalam pelbagai isu penerokaan, demokrasi dalam memilih pemimpin serta badan-badan yang wujud di skim Felda juga harus dikembalikan.

Malah wang Tabung Tanaman Semua (TTS) juga harus dikembalikan kepada peneroka yang memilih untuk menanam semula secara persendirian secara automatik, mewujudkan semula jawatan Pegawai Agama di semua rancangan Felda serta memastikan 30 peratus kakitangan Felda serta anak–anak syarikat Felda diisi oleh anak-anak peneroka.

"Apa yang berlaku di tanah rancangan Felda ialah soal perjanjian-perjanjian berat sebelah.Perjanjian di antara peneroka dan Felda,perjanjian di antara peneroka dan Felda selepas hak milik, perjanjian taman semula dan pengurusan kebun,perjanjian pemulihan kebun,perjanjian tanam semula untuk tempoh 36 bulan.

"Kesemua klausa-klausa dalam perjanjian ini daripada A sampai Z peneroka hanya bersetuju sahaja," tambahnya lagi.

Tambah Mazlan, cukuplah selama ini masyarakat peneroka hidup dalam kesengsaraan dan perjanjian berat sebelah yang hanya menguntungkan Felda sahaja.

"Apa yang berlaku di tanah rancangan Felda ialah soal perjanjian-perjanjian berat sebelah. Perjanjian di antara peneroka dan Felda,perjanjian di antara peneroka dan Felda selepas hak milik, perjanjian taman semula dan pengurusan kebun,perjanjian pemulihan kebun,perjanjian tanam semula untuk tempoh 36 bulan.

"Kesemua klausa-klausa dalam perjanjian ini daripada A sampai Z peneroka hanya bersetuju sahaja.

"Saya mencadangkan apabila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, maka pentadbir tanah peneroka, dasar mengenai hak dan keadilan bagi masyarakat Felda, perjanjian-perjanjian ini dirombak semula bagi memberi keadilan kepada masyarakat Felda," tambah Mazlan lagi.

Karpal sokong Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia

http://thestar.com.my/archives/2008/5/10/nation/n_pg10karpal.jpg



















KEPALA BATAS, 19 Dis. : Pengerusi DAP Karpal Singh menegaskan bahawa partinya terbuka kepada rundingan dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat mengenai isu Malaysia sebagai negara Islam.

Karpal berkata beliau tidak lagi mahu Umno-Barisan Nasional memutarbelitkan isu negara Islam untuk melaga-lagakan pemimpin PR, khususnya DAP dan PAS.

Beliau menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.

“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit Negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” kata Karpal.

Ini kali pertama Karpal membuat ketetapan sedemikian dan menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

Karpal : Perketatkan Pemilihan Calon PRU

Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh, meminta Pakatan Rakyat supaya lebih berhati-hati dan berwaspada memilih calon untuk dipertandingkan dalam pilihanraya mendatang.

Di hadapan perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat ke-II petang tadi, Karpal berkata Pakatan Rakyat tidak boleh lagi bersikap mudah dalam soal ini, memandangkan beberapa wakil rakyat gagasan itu telah melompat ke Barisan Nasional.

Dalam teguran terbukanya kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Karpal berkata keengganan menghayati tegurannya telah menyebabkan imej Pakatan Rakyat tercalar.

"Saya memberi amaran kepada Dato Seri Anwar untuk tidak menerima Zaid Ibrahim ke dalam PKR. Saya kenal siapa Zaid, saya terlibat dalam dunia guaman lebih 41 tahun, dan saya tahu orang itu tidak boleh dipercayai," katanya.

PR jamin kuasa kerajaan negeri

PR Mahu Jamin Hak Kerajaan Negeri Di Bawah Perlembagaan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_OKZ0yoq1WYsXtT7uwU1NRwwxo8-J7ftZJQXA58OpJUU4sut8qShO0Obr2DHfPcObz2dArnBhyphenhyphenxl3rpb2zVGDfYJSgR1d1fzl-Tjbwez9jGSkToK37DA3iU6ZAfCFgsSnvh-j3egrAkU/s400/haji+nasharudin+mat+isa.jpg










KEPALA BATAS, 19 Dis. : Pakatan Rakyat(PR) akan menghormati dasar federalisme demi menjamin hak kerajaan negeri dan rakyatnya tidak menjadi mangsa percaturan politik kerajaan persekutuan sebagaimana yang berlaku sekarang.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, Pakatan Rakyat akan memastikan geran pembangunan yang adil di samping peruntukan lain untuk kerajaan negeri tetap disalurkan oleh Putrajaya sebagaimana yang ditetapkan dibawah Perlembagaan.

Ini akan memastikan tidak ada negeri yang ketinggalan dari arus pembangunan semata-mata kerana dibawah teraju pembangkang.

"Perlembagaan yang baik adalah perlembagaan yang memberi jaminan bahawa setiap wilayah mempunyai kuasa ekonominya yang tidak boleh diceroboh sewenang-wenangnya oleh kerajaan Pusat," jelas Nasharuddin.

Menurut beliau, hak rundingan saksama di antara Persekutuan dan negeri akan dilaksanakan dalam memastikan ekonomi negara bertambah baik.

Beliau berkata taktik kerajaan Umno-Barisan Nasional menubuhkan agensi-agensi persekutuan semata-mata untuk mengelak daripada menyalur bantuan menerusi kerajaan negeri hanya merugikan rakyat.

Beliau merujuk kepada bantuan skim 'Beras Untuk Rakyat', yang tidak disalurkan menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tetapi menggunakan agensi persekutuan untuk menyalurkan peruntukan berkenaan.

"Malangnya, rakyat mahupun golongan sasar yang sepatutnya menerima peruntukan-peruntukan atau bantuan-bantuan skim ini tidak mendapatnya. Tindakan tersebut hanya kerana mereka itu mungkin PAS, Keadilan atau DAP.

Nasaruddin berkata jika PR menubuhkan kerajaan persekutuan, autonomi secukupnya akan diberikan kepada kerajaan negeri untuk menetapkan hala tuju dan strategi pembangunan ekonomi masing-masing.

Beliau berkata Pakatan Rakyat tidak akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Rakyat miskin subsidi tidak sampai disapu kroni Songkok Tiga Jengkal

40 Peratus Rakyat Malaysia Golongan Paling Miskin

http://i986.photobucket.com/albums/ae343/toirtap/050508-monkey-404_668094c.jpg









KEPALA BATAS, 19 Dis. : Jawapan pentadbiran sedia ada kepada kemelut ekonomi hari ini adalah dengan menabur janji-janji melalui kempen slogan yang memakan belanja ratusan juta wang rakyat.

Data ini diperoleh daripada booklet Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia pada Konvensyen Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat berpendapat program-program yang diperkenalkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak adalah penjenamaan semula dasar lama, yang disandarkan kepada kepada dasar yang tidak ikhlas melaksanakan reformasi yang amat diperlukan negara.

Kesannya kepada ekonomi negara amat ketara. Selama 12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit.

Purata hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar juga melonjak kepada 53.3 peratus tahun lalu, berbanding 35.1 peratus pada tahun 1998.

Lebih mendukacitakan, 10 tahun berturut-turut Malaysia dibawah pentadbiran sekarang gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi selama 10 tahun berturut-turut.

Purata pertumbuhan ekonomi dari tahun 2001 hingga 2005 sekadar mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus sahaja, jauh lebih kecil dari sasaran 7.5 peratus.

Manakala dari tahun 2006 hingga tahun ini, purata pertumbuhan terus menguncup kepada 4.2 peratus, juga jauh dari sasaran 6 peratus.

Kelesuan ekonomi dan kegagalan pentadbiran sedia-ada memacu ekonomi negara ke paras yang lebih baik memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000 hingga 2010 berligar sekitar 2.6 peratus sahaja, berbanding purata kenaikan 3.2 peratus di seluruh dunia.

Apa yang lebih membimbangkan adalah 40 peratus dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan pendapatan seisi rumah kurang dari RM1,500 sebulan. 3 dari 4 keluarga paling miskin ini adalah keluarga Melayu/Bumiputera.

Kira-kira 34 peratus dari 4 juta pekerja Malaysia dibayar gaji kurang dari RM700 sebulan. Menyesakkan lagi keadaan, kuasa membeli rakyat menguncup 4 peratus antara tahun 1990 dan 2009.

Subsidi berbilion ringgit yang dijanjikan kerajaan Malaysia bagaimanapun tidak disampaikan kepada rakyat memerlukan. Kira-kira 62 peratus dari RM39 bilion bayaran subsidi dan pampasan setiap tahun diberi kepada sektor korporat, khususnya penjana tenaga bebas dan konsesi lebuhraya yang didominasi oleh syarikat-syarikat kroni.

Ini berbeza dengan jumlah RM4 bilion yang diperlukan untuk menampung subsidi makanan dan RM11 bilion untuk minyak. Kedua-dua subsidi ini cuba ditarik balik oleh Umno-BN, atas alasan ia membebankan Perbendaharaan Negara.

Pakatan Rakyat kemuka program reformasi 100 hari












KEPALA BATAS, 19 Dis. : Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara khususnya keselamatan dan ekonomi berdasarkan kepada prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat berikrar untuk melaksanakan pelan 10 program reformasi awal, dalam 100 hari mendapat mandat rakyat.

Di sektor keselamatan, Pakatan Rakyat fokus untuk mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihanraya bagi membuka laluan kepada sistem pilihanraya yang adil, telus dan berwibawa.

Agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia ditransformasikan kepada pasukan yang profesional dan berdaya-maju, dengan wujudnya Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis, penambahbaikan kebajikan anggota bawahan, dan kelengkapan pembanterasan jenayah yang canggih.

Turut disasarkan adalah SPRM dan Pejabat Peguam Negara, bagi mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuh bagi memulihkan demokrasi di negara ini.

Manakala satu suruhanjaya diraja akan ditubuhkan bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan.

Di sektor ekonomi pula, Kerajaan Pakatan Rakyat bercadang menghapuskan tol dengan mengarah Khazanah Berhad, Kumpulan Wang simpanan Pekerja dan badan-badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan pengambil-alihan aset lebuhraya.

Sementara itu, semua konsesi pengurusan air swasta akan diminta supaya mengembalikan air yang menjadi hak rakyat kepada kerajaan.

Isu subsidi juga diberi perhatian. Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengalihkan subsidi yang diberi kepada pihak swasta, seperti subsidi gas bernilai RM19 bilion ringgit kepada penjana tenaga bebas, kepada subsidi menampung keperluan rakyat.

Mengotakan janji kepada rakyat di negeri-negeri pengeluar minyak, Pakatan Rakyat mahu menaikkan royalti kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus.

Manakala Felda Plantations akan dibatalkan bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskan kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Mengiktiraf pentingnya pendidikan kepada pembangunan negara, struktur gaji dan imbuhan bulanan para pendidik akan dikaji semula.

Bagi mengalakkan capaian maklumat, kawasan bandar dan separa bandar akan dilengkapi dengan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat.

Rakyat diharap beri mandat lebih besar kepada PR



















BATU KAWAN, 19 Dis. : Mandat lebih besar daripada rakyat diperlukan Pakatan Rakyat (PR) bagi membolehkan perubahan menyeluruh dilakukan ke atas negara ini menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menyatakan sokongan penuh diperlukan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri berbanding Mac 2008 bagi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal menjelang.

"Parlimen dan Negeri mesti kena kuat kalau mahukan perubahan," kata Anwar ketika berucap pada Majlis makan malam Keadilan di Juru Malam tadi.

Beliau mengulas mengenai kepentingan mendapat sokongan penuh segenap lapisan masyarakat yang persis PRU 12 lalu yang membolehkan PR menafikan majoriti 2/3 Parlimen Barisan Nasional sejak sekian lama dan menggondol lebih 3.8 juta undi popular.

Dalam ucapannya Anwar juga menyentuh isu memikat pengundi dan mahu PR mempertingkatkan usaha untuk menerokai kawasan-kawasan orang Melayu untuk mendapatkan sokongan besar dalam pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.

Katanya, parti-parti komponen perlu menyampaikan mesej dan menjelaskan isu kepada orang-orang Melayu.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR mendakwa rakyat sudah tidak boleh mengharapkan perubahan di bawah pemerintahan Umno-BN kerana mereka hanya boleh mengubah gaya dan penampilan mereka semata-mata, bukannya membawa dasar-dasar yang lebih baik.

“Umno tidak akan berubah yang berubah cuma gaya mereka, bukan polisi, makin sombong, kita cakap dia buang kita.Oleh kerana tidak mahu kita bercakap, dia buang saya, ” kata Anwar mengulas mengenai hukuman gantung 6 bulannya dari Parlimen minggu ini.

Selain Anwar, turut mengalami nasib yang sama ialah Azmin Ali, Karpal Singh dan R Sivarasa kerana membangkitkan isu APCO di Parlimen.

"Apa gunanya saya jadi Ketua Pembangkang kalau tidak mahu bercakap di Parlimen,” kata Anwar.

PR akan lindungi rakyat

Melindungi Hak Rakyat Intipati Ekonomi PR













KEPALA BATAS, 19 Dis. : Pakatan Rakyat memperkenalkan pelan tindakan ekonomi yang menjurus kepada pembanterasan pembaziran dan perbelanjaan boros serta memansuhkan amalan memberi keistimewaan kepada kroni.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata pelan tindakan ini menyentuh dua perkara iaitu melindungi kepentingan rakyat melalui pengagihan kekayaan yang adil, serta meningkatkan daya ekonomi rakyat.

Bagi perkara pertama, Pakatan Rakyat menawarkan beberapa langkah seperti menukar paradigma ekonomi dari persoalan pemilikan ekuiti kepada persoalan berasaskan pendapatan isi rumah.

"Cara ini akan memastikan pengagihan kekayaan negara yang lebih adil dan saksama," kata Anthony dalam pembentangannya di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-II hari ini.

Menginsafi bahawa kronisma yang sinonim dengan pentadbiran Umno-BN antara faktor yang menghakis daya ekonomi negara, Pakatan Rakyat mahu merombak sistem subsidi negara supaya ia lebih terarah kepada golongan masyarakat yang benar-benar memerlukan.

"Kita bercadang untuk mengkaji semula subsidi gas yang diberikan kepada penjana tenaga bebas, yang menguntungkan syarikat-syarikat terpilih dan membebankan Petronas," kata Anthony.

"Pakatan Rakyat akan mempertahankan hak rakyat yang lebih berhak untuk mendapat bantuan kerajaan seperti subsidi minyak dan subsidi barangan keperluan asas," tambahnya lagi.

Pakatan Rakyat akan melancarkan perang besar-besaran terhadap rasuah dan pembaziran di setiap lapisan kerajaan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diperkasakan dengan meletakkan ia dibawah Parlimen, manakala sistem tender terbuka akan menjadi amalan standard di setiap susun-lapis kerajaan.

"Pakatan Rakyat akan bertindak keatas kes-kes membabitkan kepentingan rakyat seperti penyelewengan saham bumiputera bernilai RM52 juta ringgit," kata Anthony.

Manakala bagi perkara kedua, pendapatan rakyat akan dipertingkatkan melalui penstrukturan semula empat bidang prasarana iaitu air, elektrik, lebuhraya dan jaringan internet jalurlebar.

"Antara yang dicadangkan adalah menghapuskan tol lebuhraya, memperkenalkan wi-fi percuma di kawasan-kawasan bandar dan separa bandar di seluruh negara, dan menjamin tidak akan ada penswastaan sektor kesihatan," kata Anthony.

Sementara itu, Pakatan Rakyat bercadang mewujudkan Perbadanan Perumahan Negara untuk menyelaras dan mengurus-tadir skim perumahan nasional yang membolehkan rakyat Malaysia menduduki rumah selesa dengan mudah.

"Selain itu, Pakatan Rakyat bercadang meningkatkan lagi skim mikrokredit untuk golongan termiskin, bagi melonjakkan kedudukan ekonomi mereka," kata Anthony.

"Program ini telah dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Bayangkan sekiranya kita mentadbir Putrajaya, lebih banyak wang ringgit dapat digunakan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia," tambahnya.

Janji PR kepada rakyat

PR Janji Pertahan Subsidi Rakyat, Hapuskan Tol, Rasuah dan Kronisme














KEPALA BATAS, 19 Dis. : Tender terbuka untuk projek awam, pertahan subsidi rakyat, hapuskan pemberian kontrak kepada kroni, tidak ada lagi tol lebuhraya, sediakan rumah selesa yang rakyat mampu beli – itu intipati pelan tindakan ekonomi Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Putrajaya.

Pelan itu menjurus kepada membanteras pembaziran dan keborosan, khususnya memansuhkan amalan memberi keistimewaan kepada kroni kerajaan, kata Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, mengenai rancangan ekonomi yang dipersetujui bersama oleh Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP.

Ketika membentangkannya pada Konvensyen PR, beliau berkata pelan tindakan itu berpaksi kepada melindungi kepentingan rakyat melalui pengagihan kekayaan yang adil, serta meningkatkan daya ekonomi mereka.

Beliau berkata kronisma yang mewarnai pentadbiran Umno-BN telah menghakis daya saing ekonomi negara,

Justeru Pakatan Rakyat mahu merombak sistem subsidi negara, dengan mensasarkan golongan masyarakat yang benar-benar memerlukan dan bukan syarikat-syarikat yang disuapkan dengan kontrak-kontrak mewah.

"Kita bercadang untuk mengkaji semula subsidi gas yang diberikan kepada penjana tenaga bebas, yang menguntungkan syarikat-syarikat terpilih dan membebankan Petronas," kata Anthony.

"Pakatan Rakyat akan mempertahankan hak rakyat yang lebih berhak untuk mendapat bantuan kerajaan seperti subsidi minyak dan subsidi barangan keperluan asas," tambah beliau.

Beliau menegaskan iltizam gagasan pembangkang itu melancarkan perang besar-besaran terhadap rasuah dan pembaziran di setiap lapisan kerajaan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diletakkan dibawah Parlimen, manakala sistem tender terbuka akan menjadi amalan standard di setiap susun-lapis kerajaan.

"Pakatan Rakyat akan bertindak keatas kes-kes membabitkan kepentingan rakyat seperti penyelewengan saham bumiputera bernilai RM52 juta ringgit," kata Anthony.

Saham berkenaan diperuntukan kepada bumiputera sejak tahun 70an tetapi dibolot oleh segelintir kroni Umno-BN dan menghakis pegangan ekuti bumiputera dalam ekonomi Negara.

Pakatan juga bertekad meningkatkan pendapatan rakyat melalui penstrukturan semula empat bidang prasarana iaitu air, elektrik, lebuhraya dan jaringan internet jalurlebar.

"Antara yang dicadangkan adalah menghapuskan tol lebuhraya, memperkenalkan wi-fi percuma di kawasan-kawasan bandar dan separa bandar di seluruh negara, dan menjamin tidak akan ada penswastaan sektor kesihatan," kata Anthony.

Gagasan itu juga bercadang mewujudkan Perbadanan Perumahan Negara untuk menyelaras dan mengurus-tadir skim perumahan nasional yang membolehkan rakyat Malaysia menduduki rumah selesa dengan mudah.

"Selain itu, Pakatan Rakyat bercadang meningkatkan lagi skim mikrokredit untuk golongan termiskin, bagi melonjakkan kedudukan ekonomi mereka," kata Anthony.

"Program ini telah dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Bayangkan sekiranya kita mentadbir Putrajaya, lebih banyak wang ringgit dapat digunakan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia," tambahnya.

Rakyat miskin, Kroni Umno kaya
















KEPALA BATAS, 19 Dis. : Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun, sebilangan besar rakyat Malaysia masih dicengkam pelbagai bentuk kemiskinan manakala kroni umno-Barisan Nasional mengaut kemewahan negara, ujar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

" Rakyat yang bertambah miskin. Kroni BN (yang) kaya. Rakyat miskin ekonomi, dibeban dengan kos sara hidup yang meningkat dan gaji yang semakin rendah kuasa membeli.

"Subsidi rakyat cepat dipotong kerana dapat kononnya jimat RM1.2 bilion manakala subsidi kepada kroni melebihi RM23 bilion...bukan saja lambat dipotong (tetapi) digantikan pula dengan sumber kekayaan projek lain," Izzah memberitahu Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Rakyat negara ini juga terus miskin dalam bidang pendidikan apabila dibebani dengan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala isteri Perdana Menteri diberi berjuta-juta ringgit untuk kelolakan program bagi golongan elit, tambah beliau.

" Rakyat miskin pendidikan bilamana kita dapati bahawa program Permata yang bukan dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran tetapi oleh isteri Perdana Menteri
menawarkan pendidikan sekolah menengah. Mereka bukan sahaja dapat menduduki peperiksaan SPM tetapi juga peperiksaan antarabangsa seperti SAT.

"Pelajar tersebut belajar dua bahasa asing. Pelajar tersebut diberikan kokurikulum berkualiti tinggi. Mengapakah program Permata ini tidak menjadi program asas pendidikan menengah untuk semua rakyat Malaysia bukan hanya untuk segilintir elit?," tambah Izzah lagi.

Menurut beliau, rakyat Malaysia juga miskin demokrasi kerana menjadi mangsa kekejaman polis dan undang-undang zalim.

"Rakyat Miskin masih menunggu untuk demokrasi kerana walaupun 53 tahun kita merdeka, masih ada undang-undang masa zaman perisytiharan darurat. Musuh-musuh negara sudah lama tewas. Siapa pula yang dianggap BN sebagai musuh Negara sekarang? Komunis? Teroris? Ekstremis? Atau Rakyat? kata Nurul.

"Rakyat miskin demokrasi kerana masih wujud undang-undang anti-demokratik seperti ISA dan AUKU. Undang-undang ini untuk selamatkan dan lindungi
siapa? Barisan Nasional? Umno? Kroni? Atau Rakyat?," tambah beliau Izzah.

Rakyat negara ini juga miskin demokrasi apabila pilihanraya yang dijalankan di negara ini tidak telus dan bersih. Paling malang, rakyat negara ini katanya miskin demokrasi apabila Parlimen negara dicemari dan dinodai oleh kerajaan Umno-BN.

"Kita cabar Barisan Nasional untuk kembalikan hak dan maruah rakyat yang merdeka dengan menerima huluran tangan dwi- partisan dimana Pakatan Rakyat bersedia untuk bersama-sama Barisan Nasional didalam membentangkan AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI dengan memanggil sidang tergempar parlimen 30 hari dari sekarang.

"Akta ini adalah tanda keikhlasan Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Negara dari ambang kehancuran," tambah Izzah lagi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mengingatkan seluruh jentera parti bahawa perjuangan politik adalah untuk memenuhi impian rakyat.

Justeru katanya, penting kepada seluruh jentera parti merapatkan saf perjuangan dan mengeratkan tali persaudaraan untuk mengemudi bahtera parti yang berasaskan kepentingan rakyat ini.

" Kita berkumpul pada hari ini untuk mengeratkan tali persaudaraan satu perjuangan menghadapi satu cabaran dan memenuhi satu impian di dalam satu Pakatan demi Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Demokrasi.

" Kita berkumpul hari ini untuk membawa Politik Harapan dan Pembebasan.

" Pakatan Rakyat adalah untuk menewaskan politik ketakutan dan kehancuran,"tegas Izzah.