Monday, December 27, 2010

Dapat RM 700 jadi ahli Umno ?

40 peratus masuk UMNO bukan ahli PAS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiW6KUMvc1VmkW0q2Vm8oPYtoXfyTGVKaTgmj7vbKz-mlyW3aWqDwxtxVS41MTXLYID8Sgg286s3AyEMuVg9TV5wAxkyNk5zuno4xsWfo7cPjsI6PLEFx3aWFOghQ31HouVKRnqkBQt3s4_/s400/umno+KAH+KAH+KAH.jpg
KUALA TERENGGANU, 28 Dis. : Pengundi muda di negeri ini tidak akan tergugat dan beralih arah untuk terus memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, dakwaan mengatakan seramai 40 peratus daripada pengundi muda di kawasan Marang beralih arah dengan menyertai program UMNO adalah palsu.

“Dakwaan yang mengatakan sebelum ini kebanya-kan pengundi muda itu tidak mengikuti program UMNO kerana mengikut Pas juga tidak benar.

“Mengikut fakta diterima, seramai 40 peratus pengundi muda yang masuk UMNO itu dikategorikan sebagai pengundi atas pagar dan mereka bukan ahli Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, banyak program dilaksanakan UMNO untuk golongan muda bagi menarik mereka supaya mendaftar menjadi ahli UMNO.

“Saya sendiri mendapat maklumat dan pengakuan daripada golongan pengundi muda yang telah terjebak dalam perkara ini.

“Contoh, program Bakti Remaja diadakan di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan bagi menarik pengundi muda. Mereka ditawarkan lebih RM700 sekiranya mendaftar menjadi ahli UMNO,” katanya.

Beliau ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Ketua UMNO Bahagian Marang, Razali Idris yang menyifatkan Presiden Pas akan tumbang pada PRU ke-13 kerana pe-ngundi muda mula beralih arah berkata, Razali sengaja menimbulkan isu dan suka meraih publisiti murahan.

“Pemuda Pas menafikan secara terang-terangan dan dakwaan itu langsung tidak berasas. Bahkan, kenyataan itu sengaja direka untuk memenangi PRU akan datang.

"Kita tunggu dan lihat PRU ke-13 nanti,” katanya.

Terdahulu, Razali dilaporkan membuat kenyataan dengan menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan tumbang dalam PRU-13 akan datang kesan ‘silent protes’ apabila parti itu menyertai Pakatan rakyat (PR).

‘Silent protes’ dimaksudkan apabila pendaftaran ahli UMNO Marang terus meningkat kepada 700 pengundi baru bulan lalu di mana 40 peratus terdiri dalam kalangan pengundi muda yang sebelum ini tidak pernah menyertai program UMNO kerana menjadi pengikut Pas.
SH

Sokongan peneroka Felda kepada PR meningkat

Mood rakyat lebih terarah PR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhUDvZHiBuCSgziQvM6a9eqbPLM5rfaFy8b2mELp3ngxqckLBxWxPNoeWWF8JllsbOqjZuTcw5z5Tdlx5QeE_NCv0pFrfnf-pRv85XVepTwwxddW5GfMqYNnhldcipvD8ZVuqYfhbtoRZS/s1600/03122010199.jpgKUALA TERENGGANU, 28 Dis. : Mood rakyat yang kini dilihat lebih terarah untuk bersama Pakatan Rakyat (PR) dan sokongan peneroka Felda antara kekuatan dijangka memberi kemenangan kepada Pas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kelak.

Pengerusi DAP negeri, Ng Chai Heng berkata, Pas selama ini memang sudah lama memperjuangkan hak peneroka Felda, menyebabkan sokongan dalam kalangan peneroka semakin meningkat.

Malah katanya, kejayaan tuntutan mahkamah terhadap Felda baru-baru ini juga menguatkan lagi sokongan dalam kalangan peneroka Felda terhadap Pakatan Rakyat (PR).

“Kita akui dulu Johor memang kubu kuat UMNO, tetapi tidak lagi selepas pilihan raya umum pada 2008. Kita dapat lihat dengan jelas, mood rakyat sudah banyak berubah.

“Ia ditambah pula dengan isu kenai-kan barang yang berulang kali sehingga membebankan rakyat menyebabkan rakyat rasa bosan dan marah, ditambah pula dengan kes rasuah dan penyelewengan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha yang merupakan wakil rakyat daripada UMNO pada 17 Disember lepas.

DUN Tenang salah satu daripada dua kerusi negeri dalam Parlimen Labis dan mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos. Kawasan itu mempunyai tiga Felda dengan pengundi dianggarkan lebih 3,000 orang.

Daripada keseluruhan jumlah pe-ngundi, pengundi Melayu seramai 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus) dan lain-lain 11 orang (0.07 peratus).

Menurutnya, rakyat kini berasa terbeban dengan kos sara hidup tinggi, menyebabkan mereka sudah letih untuk mendengar janji manis kerajaan.

Malah katanya, isu larangan penggunaan slogan 1Malaysia yang kini sedang hangat diperkatakan itu, hanya sekadar untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu semasa.SH

PR perlu Badan Pemikir Bebas

PR perlukan ‘think thank’: DHPP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMYc1ojx1JzImYTCE3FhgviqP5eHcH9qLaW67UjDHJNbeuem0nd7sYyBYouscS7hhl7hceS-swclU2HAYthszirQe4SL9aiSchvYax_szC9cQgn8OBse2TBv1MyYBY_GTq7drH41ptYu28/s1600/huH+pang+chow03.JPG
KOTA BHARU, 28 Dis. : Pakatan Rakyat (PR) digesa menubuhkan pasukan ‘think thank’ ataupun badan pemikir bebas bagi menggubal dan menyelaraskan dasar dalam gabungan tersebut.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw berkata, cadangan tersebut penting supaya dasar dan pelaksanaan dalam gabungan tersebut dihasilkan melalui buah fikiran yang luas dan bukan terhad kepada pimpinan atasan sahaja.

Beliau mengakui bahawa dalam situasi kini, masih ramai rakyat yang tidak memahami dasar yang digubal dalam PR dan perkara ini perlu diambil perhatian oleh barisan pimpinan tertinggi parti.

“Kita tidak mahu dasar dalam PR seperti ‘syok sendiri’, ia mungkin difahami oleh orang kuat dalam parti tetapi bukan rakyat biasa, oleh itu saya mencadangkan setiap dasar yang ingin dibuat perlu mengambil pandangan dari orang luar termasuk orang yang tidak terlibat dalam politik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah melantik 400 orang ‘think thank’ yang bertindak memberi nasihat dalam penggubalan sesuatu dasar dan ia membawa kebaikan kepada kepimpinan beliau.

Katanya, PR perlu menjejaki langkah itu kerana gabungan itu kini diterima rakyat dan bergerak untuk memerintah negara di masa hadapan dan bukan lagi menjadi pembangkang semata-mata.

Dalam masa yang sama, katanya beliau menggesa kepada pimpinan PR agar menggunakan bahasa yang mudah dalam mendekati dan menjelaskan sesuatu isu kepada rakyat.

Bantahan PAS diterima bukti SPR tukar sesuka hati

Nama pemilih undi pos dikeluarkan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCwEkIhxascYNniZN-vTQfLRA_qut9maXOLjLBme1P-aN6TTyMKYKJhLh9a6XjrQErZlAqMR0c2jqNPs35ig-SxJdD8_NlmV-Ma5_uODWVSZYYRBxmUqdLuLeJdHhg_5gvzwn54LZqEYtf/s400/spr+love+umno.jpg
SIK, 28 Dis. : Keputusan Pilihan Raya Negeri bagi mengeluarkan 133 nama pemilih yang didaftarkan sebagai pemilih undi pos di Kem Gubir ternyata memberi kelegaan kepada pihak pembantah.

Pengarah Pilihan Raya Negeri, Juhari Abd Rahman, berkata, pihaknya menjalankan proses biasa dengan melakukan perbicaraan sekiranya terdapat sebarang bantahan setelah senarai nama pemilih dipamerkan.

Katanya, dalam kes ini, seramai 15 orang pembantah mengemukakan bantahan mereka berkaitan senarai nama 133 orang pemilih undi pos tidak mempunyai tempat kediaman di Kem Gubir seperti yang tertakluk dalam peraturan pilihan raya.

“Bantahan yang diterima mempunyai kewajarannya dan munasabah kerana Kem Gubir sememangnya tidak mempunyai tempat kediaman keluarga serta fungsinya adalah sebagai tempat persinggahan operasi anggota tentera sering bertukar dalam tempoh tiga bulan.

“Kami menerima bantahan berkenaan dan proses selanjutnya keputusan perbicaraan ini akan dihantar ke ibu pejabat pendaftar serta surat mengenai keputusan perbicaraan juga akan dihantar kepada pihak pembantah,” katanya.

Juhari berkata, soal bermastautin tidak menjadi isu dalam kes ini kerana bermastautin dalam kes melibatkan anggota tentera berlainan daripada orang awam dan lokasi tempat mengundi mereka bergantung kepada tempat mereka bekerja.

“Pihak kami tidak menghalang mana-mana pihak untuk membuat sebarang bantahan atau rayuan terhadap senarai nama daftar pemilih yang dikeluarkan namun, tertakluk kepada tempoh ditetapkan.

“Sekiranya kami menerima sebarang permohonan bantahan, satu sesi perbicaraan akan dilaksanakan bagi menentukan status pemilih berkenaan sebelum sebarang keputusan mengenainya dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantek, Mohd Isa Shafie, berkata, pihaknya tampil mengemukakan permohonan bantahan berkenaan pada 26 Oktober kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Keputusan berkenaan dibuat setelah kami mengenal pasti kesemua nama-nama berkenaan adalah nama isteri tentera yang pernah bertugas di Kem Gubir sedangkan mengikut peraturan pilihan raya hanya mereka yang tinggal dalam kediaman kem boleh menjadi pemilih undi pos.

“Kami bersyukur kerana keputusan perbicaraan mengenai bantahan daftar pemilih undi pos berpihak kepada kami dan kesemua nama itu akan dikeluarkan dari senarai nama pemilih berkenaan,” katanya.

Pengarah Urusan Pemilihan Jabatan Pilihan Raya Pas Kedah, Zulkifli Ismail, berkata, tindakan yang dilaksanakan pihak pembantah adalah wajar dilaksanakan kerana mereka mempunyai hak dan memastikan peraturan pilihan raya sentiasa dipatuhi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Yahya Abdullah dan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.SH

Menteri rogol banyak kali, terbongkar dilihat isteri sendiri

Kes perkosa bermula bila adik mangsa buat aduan

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.

Rakyat perlu baca Buku Jingga

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/Image015-4.jpg?t=1277117165
PARIT BUNTAR, 28 Dis. : Rakyat perlu diberi penerangan dan kefahaman kandungan Buku Jingga yang dilancar semasa Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua di Pulau Pinang pada 19 Disember lalu.

Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa berkata, apa yang terkandung dalam Buku Jingga ini adalah sesuatu yang diluar jangkauan Barisan Nasional sendiri.

“ Pemimpin Barisan Nasional sendiri terkejut dan mengelabah apabila membaca kandungan Buku Jingga ini.

“ Sebab itulah mereka membuat kenyataan mengelirukan rakyat mengenai kandungan Buku Jingga ini , supaya rakyat tidak membaca kandungannya” katanya
Bahrain berkata, setiap anggota parti Pakatan Rakyat perlu menyebar luaskan kandungan Buku Jingga dalam apa jua cara kepada rakyat agar mereka memahaminya.

“Buku ini perlu diperkenalkan lebih awal kepada rakyat agar mereka memahami kandungan buku ini, yang akan menjadi realiti sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjadi pemerintah.

“Rakyat yang tidak mengetahui kandungan Buku Jingga ini akan menjadi mangsa putar belit pemimpin Barisan Nasional melalui media massa yang dikuasai” katanya

Menurutnya, Buku Jingga ini mengariskan rancangan jangka pendek dan jangka panjang Pakatan Rakyat mentadbir negara sekiranya diberi peluang mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.

“ Buku Jingga ini menggariskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Dasar Bersama ini menggariskan iltizam Pakatan untuk mengalih hala negara dan bangsa ke arah landasan yang betul setelah dihantui salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman di bawah kerajaan Barisan Nasional.

"Kenapa Barisan Nasional mesti takut dengan kandungan Buku Jingga sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa rakyat sememangnya menyokong kepimpinan mereka. Apa yang jelas mereka gentar kerana kandungan Buku Jingga mencabar kewibawaan dan kredibilit mereka," ujarnya.

Bahrain berharap setiap anggota masyarakat seperti pimpinan masyarakat, pemimpin agama, pemimpin pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan orang perseorangan membaca kandungan Buku Jingga berkenaan.

“ Jangan membuat keputusan menolak cadangan Pakatan Rakyat ini tanpa membaca kandungan Buku Jingga ini terlebih dahulu.

“ Negara kita mengamalkan demokrasi , setiap rakyat berhak mendapat peluang membacanya. Baca dahulu Buku Jingga ini, kemudian baru buat keputusan” katanya

Dakwah kepada bukan Islam : Islam bukan agama ekstremis

Dakwah bukan Islam
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8wCFgxI_nfbC9PzKA8rfkHcagMp9xrmcWiU3OBaA9qXjVoCyFyHJ70gnrpTSjoNug9SGnYFKJyCJl9ZR2WOPxC8YOmxrGae-WvhLiPRzgJekkhiGHFDcZ6ciRwGIpQ57e_YMq4QISxtc/s1600/nik+aziz+nik+mat+01.jpg

KOTA BHARU, 28 Dis. : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan kepada pemimpin agama seperti ustaz dan ulama di negara ini agar tidak mengasingkan masyarakat bukan Islam seperti kaum Cina ketika berdakwah.

Menurutnya, pendekatan PAS untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR) dan menolak konsep Perpaduan Melayu yang dilaungkan oleh Barisan Nasional (BN) adalah kerana ingin menyebarkan agama Islam kepada semua kaum di negara ini.

“Sebelum ini kita hanya mengajar Islam kepada Melayu sahaja, ini tidak sihat, seakan-akan Cina ini makhluk lain.

"Dengan adanya perjuangan politik PAS, kita akan dekatkan masyarakat Cina dan kaum lain kepada Islam,” katanya ketika berucap merasmikan Konvokesyen Pelajar-Pelajar Tahfiz al-Quran, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW membawa masuk masyarakat bukan Islam ke dalam masjid supaya mereka dapat memahami agama ini dengan lebih dekat.

Menurutnya, sama ada mereka menerima atau tidak perjuangan yang dibawa Islam tidak menjadi persoalan, kerana tanggungjawab sebenar sebagai individu Islam adalah menerangkan perjuangan sebenar agama suci ini.

Nik Aziz berkata, beliau sedia menerima jemputan bagi menghadiri majlis masyarakat bukan Islam selagi ia tidak bertentangan dengan Islam.

“Baru-baru ini ada sami berkunjung ke rumah untuk menjemput saya bagi menghadiri majlis kahwin, saya kata kepada beliau, upacara agama (majlis kahwin) anak kamu jangan buat di hadapan saya, tetapi saya boleh hadir untuk meramaikan majlis, itu tidak mengapa,” katanya.SH

Realiti masyarakat Melayu miskin menjadi mangsa diperbodohkan Umno

Masyarakat miskin dan demokrasi perut

Kajian yang dijalankan oleh Economist Intelligence Unit mendapati bahawa demokrasi di Malaysia jatuh kepada anak tangga ke-71 berbanding tangga ke-68 pada tahun 2008.

Penilaian tersebut dibuat melalui lima kriteria iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, fungsi kerajaan, penyertaan politik, budaya politik dan kebebasan sivil. Malaysia mengalami penurunan dalam budaya politik dan kebasan sivil, meskipun meningkat dalam peratusan fungsi kerajaan. Lihat berita di sini.

Malaysia dan masyarakat miskin


Saya pernah berbual-bual dengan masyarakat kampung berkenaan dengan keluarga, pekerjaan, pendapatan, bantuan kewangan, politik dan kerajaan. Saya mendapati ramai di antara mereka yang berada di bawah paras kemiskinan tegar, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rupanya, ada lagi masyarakat sebegitu dalam negara membangun seperti Malaysia pada zaman pasca moden ini.

Mereka yang dikategorikan sebagai miskin ialah yang sukar memenuhi keperluannya yang amat asasi sebagai manusia, yang dinamakan kemiskinan mutlak. Namun pengkategorian kemiskinan adalah relatif, berbeza mengikut kumpulan pendapatan, kumpulan etnik dan penghuni bandar dan luar bandar.

Ada di antara mereka yang mempunyai penghasilan gaji tetap, swasta, usahawan kecil dan bekerja sendiri. Akan tetapi penghasilan yang diperoleh setiap bulan tidak mencukupi untuk hidup secara selesa, apatah lagi untuk mendapatkan tempat tinggal yang layak, pendidikan anak-anak, kemudahan kesihatan yang terbaik dan sebagainya. Ada pula yang tidak mempunyai penghasilan tetap, bahkan ada yang tidak bekerja. Mereka mendapatkan sumber wang melalui cara meminta sedekah dan mencuri.

Masyarakat miskin dan demokrasi perut


Saya boleh membuat rumusan, tekanan hidup yang mereka hadapi memberi kesan kepada sokongan politik. Disebabkan tekanan hidup yang tinggi, mereka cenderung untuk mengharap kepada bantuan. Ada juga yang berpendapat masyarakat miskin adalah masyarakat warung, sesiapa yang membeli dan membayar akan dilayani. Apa maksudnya?

Masyarakat miskin sangat dipengaruhi oleh pemberian yang memberi kesan kepada sokongan. Ini bermakna, sesiapa yang membayar mereka, maka itulah pihak yang akan diundi di dalam pilihanraya. Maka timbul persoalan, dapatkah masyarakat sebegini mengamalkan demokrasi secara baik, penuh kesedaran dan tanggungjawab?

Terdapat sarjana yang berpendapat demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat miskin adalah demokrasi perut (stomach democracy). Ia bermaksud mana-mana pihak yang dapat memenuhi keperluan mereka secara pragmatik seperti memberi wang, bahan makanan dan sebagainya menjelang pengundian, pihak itulah yang akan mereka undi dalam pilihanraya (Musni Omar: 2007)

Apabila ditanya kepada masyarakat kampung, khususnya masyarakat di pedalaman mengenai politik, maka jawapan mereka sangat membimbangkan. Mereka akan memilih pihak yang memberi bantuan wang (yang sebenarnya hanya diberikan apabila menjelang hari pengundian). Apa yang menarik, ada juga di antara mereka yang mempertaruhkan 1 undi hanya untuk mendapatkan wang 50 ringgit yang dijanjikan.

Impak kemiskinan kepada budaya politik


Masyarakat di kawasan pedalaman juga mempunyai kadar akses maklumat yang terhad, yang hanya boleh didapati melalui media dan akhbar perdana. Tanpa akses kepada media dan akhabr alternatif, masyarakat sebenarnya lebih terdedah kepada maklumat sebelah pihak akibat daripada penguasaan media yang hanya terhad kepada pemerintah.

Dalam faham demokrasi, yang berkuasa adalah rakyat. Tetapi secara realiti, rakyat hanya menjadi instrumen untuk keabsahan suatu kekuasaan melalui mekanisme pilihanraya yang pada umumnya dimenangkan oleh pmilik modal dan pemegang kuasa politik. Maka demokrasi dalam kalangan masyarakat miskin hanya nampak di permukaan sebagai berjalan dengan baik.

Dalam masyarakat miskin dan akses kepada pendidikan kualiti yang kurang, demokrasi tidak dapat tumbuh dan berkembang dengan baik. Demokrasi dapat dijual kepada kuasa ekonomi dan politik dengan harga yang murah, kerana tekanan kemiskinan dan ketidaktahuan. Maka, masyarakat sebegini akan menyalurkan aspirasi politik mereka kepada mereka yang mempunyai kuasa wang.

Justeru, mimpi Malaysia untuk melahirkan masyarakat sivil, yang berbudaya politik partisipasi masih jauh. Kesedaran ke atas tanggungjawab masyarakat masih minimum tanpa usaha sosialisasi yang konsisten daripada mana-mana pihak.

Masturah Abu Bakar,

API Universiti Malaya.

Pemikiran Umno : Perasuah dilantik untuk mengurangkan rasuah

Felda: Patutlah usaha perangi rasuah gagal

http://maidoali.files.wordpress.com/2009/10/umnorasuah.jpg?w=278&h=292

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Perlantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda menggambarkan watak sebenar Datuk Seri Najib Razak dalam memerangi rasuah.

“Patutlah usaha untuk memerangi rasuah tidak berjaya, malahan semakin parah,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris ahmad.

Beliau berkata, pemilihan itu seolah-olah Najib tidak nampak di kalangan ahli Umno seramai 3.5 juta orang, melainkan hanya nampak insan yang bernama Isa Samad sahaja.

“Apa rahsianya beliau dipilih, hanya Allah dan Datuk Seri Najib sahaja yang tahu,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

PAS, ujarnya menyifatkan perlantikan Isa Samad sebagai pengerusi Felda, berkuat kuasa 1 Januari 2011, sebagai satu lagi pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diuar-uarkan oleh yang dilancarkan pada 20 Januari 2010.

Antara NKRA telah diputuskan oleh Kabinet ialah membanteras rasuah melalui Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

“PAS merasa hairan Perdana Menteri yang terkenal dengan berbagai-bagai slogan retorik, untuk membuat pembaharuan (transformasi), tiba-tiba boleh melantik Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin Umno yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail,” katanya lagi.

Isa telah dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan. Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Perbuatan rasuah itu telah dilakukan oleh Mohd Isa melalui agennya merangkap setiausaha politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan September tahun 2004.

Idris berkata, Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.

Markah itu, ujarnya membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

“Memang kita jarang kedengaran Presiden Umno sekarang ini bercakap tentang memerangi rasuah secara agresif, berbanding dengan zaman Tun Abdullah,” ujarnya.

Katanya, Walaupun nampak lembut, sekurang-kurangnya zaman Tun Abdullah ada juga daya usaha menubuh Institut Integriti Malaysia, Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peduli apa pelabur, yang penting selepas PRU 13 kekal jadi PM

Pelabur kurang: Najib hanya sibuk pertahan kuasa

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Ketika para pelabur diingatkan supaya mengurangkan pelaburan ke negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula sibuk dengan kepentingan sendiri untuk mempertahan kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Syarikat pengurusan dan penasihat kewangan tersohor, Bank of America Merrill Lynch baru-baru ini mengingatkan supaya dikurangkan pelaburan ke negara ini, suatu tanda yang jelas bahawa Najib tidak diyakini sebagai pengurus ekonomi yang boleh diharapkan yang sekaligus menjadi ancaman kepada ekonomi negara.

"Tetapi, tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan kerajaan Najib berusaha menangani perkara itu sebaliknya beliau hanya sibuk untuk mempropagandakan konsep 1Malaysia yang dilihat sebagai peniruan konsep One Israel termasuk membawa pemain import ke ke Jabatan Perdana Menteri, antaranya (ketua stesen televisyen Media Prima Berhad milik Umno, Datuk Seri Ahmad) Farid Ridzuan," kata beliau.

Najib, kata Mahfuz, ternyata lebih berminat mempertahankan kuasanya dengan memberi tumpuan kepada mempropagandakan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu setelah konsep itu gagal menarik perhatian rakyat.

"Sama seperti pelbagai hingar-bingar dan kebisingan Najib dalam bidang ekonomi seperti Model Ekonomi Baru (MEB) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang gagal menarik minat pakar-pakar ekonomi dan para pelabur dan menyebabkan mereka diingatkan supaya mengurangkan pelaburan, apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu juga gagal menarik perhatian rakyat.

"Tindakan mengambil pemain import seperti Farid ke JPM amat jelas membuktikan Najib menggelabah dan Apco Worldwide pula gagal menjalankan kerjanya untuk mempromosikan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu walaupun lebih dari RM70 juta wang rakyat dibazirkan kepada firma milik Yahudi Zionis itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz bagaimanapun yakin Ahmad Farid tidak akan mampu mencapai keinginan Najib untuk mempropagandakan apa yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu.

Konsep tersebut diharapkan oleh Najib dapat membantu Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"1Malaysia yang dilihat sebagai One Israel tiruan itu bukan TV hiburan yang penuh dengan pelbagai cerita menarik dan persembahan nyanyian yang mudah mengasyikkan orang ramai.

"Berapa banyak program yang sudah basi seperti Jom Heboh yang mahu dibuat oleh Ahmad Farid? Adakah setiap malam menjelang pilihan raya akan diisi dengan program Jom 1Malaysia pula?

"Benda-benda mengasyikkan seperti itu mungkin menarik minat muda mudi Melayu seperti yang berlaku dalam program-program Jom Heboh. Tetapi kaum lain yang semakin kecewa dengan api perkauman Umno tidak berminat pun dengan hiburan-hiburan seperti itu," katanya.

Ketika ditanya tentang desas-desus bahawa pihaknya sedang mempersiapkan pelbagai program untuk menghadapi "kempen cara Ahmad Farid" termasuk menggunakan kepakaran mereka yang pernah berkerja dengan orang kuat TV3 itu, Mahfuz enggan mengulas.

Polis pukul sebelum lari

Kes Aminulrasyid : Saksi Utama Mendakwa Beliau Dipukul

SHAH ALAM 28 Dis. : Mahkamah Sesyen di sini semalam diberitahu bahawa saksi utama kes itu, Muhammad Azamuddin Omar mendakwa beliau dipukul sebelum melarikan diri daripada anggota polis selepas mangsa Aminulrasyid Amzah ditemui mati di dalam kereta Proton Iswara putih yang dipandunya pada 26 April lepas.

Pegawai Penyiasat kes itu, ASP Abdul Halim Ismail berkata beliau mendapat tahu bahawa Azamuddin membuat laporan polis kerana dipukul oleh anggota polis pada 27 April lepas.

Beliau berkata Azamuddin yang hanya cakar-calar di tubuh badannya akibat dakwaan itu, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang olehnya pada pukul 2.45 pagi, 27 April lepas bagi membuat pemeriksaan perubatan.

Abdul Halim berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan Koperal Jenain Subi, 48 yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lepas.

Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Aminulrasyid dilaporkan meninggal dunia kerana luka tembakan di kepala.

Sebelum ditemui mati, dua kereta peronda polis telah mengejar dan melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu yang turut dinaiki Azamuddin.

Semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar sama ada beliau nampak sebarang kecederaan pada fizikal Azamuddin, Abdul Halim berkata beliau tidak nampak dan cuma ada kesan calar berdasarkan laporan perubatan.

Abdul Halim turut memberitahu mahkamah sebelum beliau membawa Azamuddin ke HTAR, beliau telah mengambil keterangan daripada remaja itu pada pukul 1 pagi 27 April.

Azamuddin memberitahu Abdul Halim mengenai insiden itu dan beliau telah menyimpan baju yang dipakainya yang terkena darah Aminulrasyid pada malam kejadian di rumah rakannya, Zubir Salleh.

Abdul Halim berkata beliau bersama lima anggota polis dengan Azamuddin kemudian pergi ke rumah Zubir di Jalan Gedombak Seksyen 11 di sini dan menemui pakaian itu, baju dan seluar di dalam beg plastik, berhampiran longkang kira-kira 150 meter dari rumah Zubir dan telah dibasuh oleh Azamuddin sebelum disembunyikan.

Semasa proseding hari ini, Abdul Halim mengesahkan seluar pendek berwarna biru muda dengan corak bunga raya dan kemeja-t berwarna merah muda yang ditunjukkan kepadanya oleh pihak pendakwaan sebagai pakaian yang ditemui pada27 April lepas.

Abdul Halim juga memberitahu mahkamah beliau yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) telah diarahkan oleh Pegawai Turus D9 Selangor SUP Dennis Leong Soon Kuai supaya mengambil alih penyiasatan kes itu daripada Pegawai Penyiasat, ASP Ahmad Fauzi Mohamed Zin pada pukul 12 tengah hari 26 April lepas.

Sementara itu semasa disoal balas oleh peguam bela Jenain, Salim Bashir, Ahmad Fauzi berkata beliau ada melihat sebilah parang di dalam kereta Iswara yang dipandu oleh Aminulrasyid dan foto parang itu telah dirakamkan oleh jurugambar Lans Korporal Ahmad Zamzami Abdul Wahab semasa kehadiran beliau.

Bagaimanapun Ahmad Fauzi berkata beliau tidak melakukan siasatan bagi mengetahui siapa pemilik parang itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar disambung hari ini.

BERNAMA

Lebih 50 tahun merdeka : Masih ada 'hamba berhutang'

Lima keluarga masih dikurung.Mangsa dijadikan hamba majikan selepas gagal lunas hutang

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya lima keluarga lagi dipercayai dikurung dan dijadikan hamba di Bahau, Negeri Sembilan kerana tidak mampu membayar hutang mereka. Maklumat itu didedahkan seorang mangsa yang berjaya melarikan diri bersama isteri dan tiga anaknya sebelum membuat aduan kepada Astivaaram Foundation, 19 Disember lalu.

Ketua Biro Pengaduan Awam Astivaaram Foundation, Sri Sanjeevan, berkata kegiatan itu dipercayai sudah lama berlaku, terutama membabitkan mangsa di kalangan kaum India yang bekerja sebagai buruh ladang.

“Biasanya, gaji buruh estet memang rendah dan terpaksa meminjam wang tauke (kontraktor) untuk meneruskan hidup. Difahamkan, mangsa kebanyakannya tahu pinjaman itu dikenakan kadar bunga yang tinggi.

“Namun, apa pilihan yang mereka ada untuk menyara isteri dan anak-anaknya. Bila hutang bertambah dan tidak mampu dibayar, mereka akhirnya diperangkap menjadi hamba,” katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa dikurung bersama isteri dan anak mereka di lokasi tertentu sebelum dipaksa bekerja sebagai buruh ladang tanpa gaji. Tidak cukup dengan itu, katanya, ada antara mangsa turut ‘dijual’ kepada kontraktor lain bagi menebus hutang, sekali gus menguntungkan majikan asal mereka.

“Mangsa memberitahu, kebanyakan mangsa dan isteri mereka akan dijadikan buruh paksa, manakala anak dipaksa melakukan kerja rumah, termasuk memandi dan memberi makan anjing pengawal yang menjaga rumah tempat mereka dikurung.

“Difahamkan, anak-anak itu ada didera. Ini perbuatan tidak berperikemanusiaan dan menentang hak asasi manusia. Tidak sangka dalam keadaan moden hari ini, masih wujud kegiatan perhambaan di Malaysia,” katanya.

Sanjeevan berkata, aktiviti perhambaan itu sukar dikesan kerana berlaku di kawasan terpencil, selain keengganan mangsa membuat laporan berikutan bimbang dengan ancaman dalang kegiatan berkenaan, termasuk ugutan bunuh.

“Mangsa sebenarnya lebih bimbangkan keselamatan anak yang dijadikan tebusan. Lagipun, bagaimana mereka boleh buat laporan jika sentiasa dikurung dan pergerakan diawasi,” katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan dan pihak berkaitan, termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera dalam membanteras kegiatan itu, termasuk menyelamatkan mangsa “Selepas Berita Harian mendedahkan kegiatan ini, dalang utama dipercayai cuba memindahkan mangsa ke beberapa lokasi lain bagi memastikan pergerakan mereka tidak mudah dikesan.

“Justeru, kita berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelamatkan mangsa, terutama anak yang teraniaya itu. Astivaaram Foundation yang memperjuangkan hak asasi manusia sedia bekerjasama dalam usaha itu,” katanya.amkns

Mahkamah tak bantu mangsa keganasan polis ?

Kes Chia: Mahkamah bersekongkol dengan polis?

http://www.loyarburok.com/wp-content/uploads/2010/08/1-n-surendran.jpg
KUALA LUMPUR, 26 Dis. : Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi perlu bertanggungjawab terhadap kecederaan dialami mangsa siri keganasan polis, antaranya Chia Buang Hing, Kugan dan ramai lagi, kata Naib Presiden KEADILAN N Surendran.

“Tidak dinafikan, polis adalah pihak yang melakukan keganasan tetapi kita tidak dapat menafikan kehakiman membenarkan polis berbuat demikian apabila gagal mengaplikasikan undang-undang secara ketat dan meneliti tindak-tanduk polis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang mengulas kejadian terbaru keganasan pihak polis terhadap tahanan di dalam lokap.

Surendran juga kesal kerana badan kehakiman tidak membantu mangsa keganasan polis, sebaliknya tidak mempeduli rayuan mangsa sepertimana kes melibatkan Chia.

“Chia memaklumkan mahkamah majistret yang beliau dipukul polis. Malangnya, Majistret tidak mempeduli aduan dan rayuan beliau. Malah, mengarahkannya untuk terus direman pihak yang menyeksanya,” kata Surendran.

Mengulas lebih lanjut, Surendran menyifatkan kecederaan yang dialami Chia adalah contoh terbaru kegagalan berterusan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) dalam melindungi rakyat.

Chia Buang Hing, 34 tahun ditahan polis selama tiga hari atas alasan cukai jalan keretanya tamat tempoh dan wangnya sebanyak RM13,000 diambil oleh polis yang menahannya.

Beliau hanya dibawa ke hadapan Majistret untuk perintah reman setelah cedera teruk akibat dibelasah kira-kira sebelas orang polis.

Semalam, dua konstabel ditahan bagi membantu siasatan tetapi mereka dibebaskan atas alasan polis boleh mencari mereka di balai polis pada bila-bila masa kerana mereka adalah anggota polis.

Sehubungan itu, Surendran mahu reformasi menyeluruh segera dilakukan terhadap sistem pengadilan jenayah, terutama berkaitan pelantikan dan latihan yang diberikan kepada Majistret.

Beliau turut menegur Zaki yang dianggap tersilap fokus dalam memperbaiki sistem kehakiman negara.

“Ketua Hakim sibuk memenuhi indikator prestasi utama (KPI) dan ‘kecekapan berdasarkan statistik’ semata-mata sedangkan keadilan sebenarnya berkisar tentang kesamarataan, keabsahan serta perlindungan hak asasi rakyat.

“Kesilapan ini mendorong keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman berada pada tahap paling rendah,” katanya.