PULAU PINANG 31 Jan. : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempunyai analisis tersendirinya berhubung keputusan pilihan raya kecil Tenang yang berlangsung semalam dengan mengangap kemenangan besar bukan kepada calon tetapi ada pihak lain.
"Saya rasa pemenang yang paling besar bukanlah calon, pemenang paling besar ialah Menteri Besar Johor,Datuk Seri Ghani yang telah menunjukkan kemampuan dan kebolehan beliau.
Pihak yang paling kalah yang paling besar bukanlah Pakatan Rakyat ,saya rasa kita tahu pihak siapa yang kalah yang paling besar," kata Guan Eng dalam sidang medianya di sini hari ini.
Apabila ditanya tentang pihak yang dimaksudkannya itu, beliau masih enggan menyatakannya.
"Dalam hari, kamu tahulah siapa dia," katanya Lim lagi, dipercayai merujuk kepada kemampuan MCA di kawasan Cina di Labis.
Tambah Guan Eng lagi beliau merasa kesal SPR tidak menangguhkan pilihanraya kecil tenang semalam yang menghadapi banjir sehingga menyebabkan ramai penduduk di kawasan itu terjejas dan terpaksa dipindahkan serta menyebabkan beberapa laluan utama di situ ditutup sementara.
"Saya rasa kesal sedikit bahawa apabila masalah banjir yang begitu teruk berlaku di Labis, mereka sepatutnya menangguhkan hari pengundian untuk membantu mangsa-mangsa banjir,tetapi ini tidak dilakukan,dan ini telah menyebabkan penyokong-penyokong yang mengundi Pakatan Rakyat tidak dapat keluar mengundi," katanya.
Guan Eng juga berkata bahawa sokongan kepada Pakatan Rakyat di kawasan pekan menunjukkan peningkatan walaupun BN membuat pelbagai bentuk serangan dan tohmahan kepada calon PAS,Normala Sudirman.
" Tetapi analisa menunjukkan sokongan kekal di kawasan pekan untuk Pakatan Rakyat tetapi BN menambah sokongan di kawasan Felda," katanya.
Pilihan Raya Kecil (PRK) N 5 Tenang berakhir semalam dengan keputusan rasmi, calon Barisan Nasional (BN) Azahar Ibrahim memperoleh 3,707 majoriti undi menumpaskan calon PAS-Pakatan Rakyat, Nomala Sudirman.
Bagaimanapun terdapat sedikit kekeliruan berkaitan jumlah yang keluar mengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan 71.8 peratus atau lebih 10,592 pengundi keluar mengundi sebelum membetulkannya kira-kira jam 10 malam tadi.
Peratusan keluar mengundi rasmi pilihanraya kali ini mengikut SPR ialah 66.7 peratus atau kira-kira 9,736 pengundi mencatatkan penurunan berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 73 peratus jumlah keluar mengundi.
TERERLAH USTAZ LIM. BANYAKKAN LAGI TEORI MACAM TU. BAGI PAS SERONOK, LEKA DAN LALAI.
ReplyDeleteSENANG HANG NAK KONTROL. LAMA LAMA PAS DENGAN HANG SEKALI TERJUN LAUT.
Cukup lah hang luncai terjun laut tak payah ajak orang. Jenis Umno tak basuh berak. Berak cirit pulak, tak berjenis punya Umno. Perut Buncit tahik banyak , luncai la tu
ReplyDeleteaduhh..kesiannye kau ckp luncai mcm tuh......dah kalah tu buat cara kalah..jgn ckp mencarut boleh tak.inikah sikap puak2 pas???.malu la sikit..Tak de alasan lagi PAS tu kalah tetap kalah.
ReplyDeleteAlah luncai nak menyamar anon pula, konon nak bela luncai tapi bahu tahik tu kenal. sebab luncai berlemoih tahik
ReplyDelete