Tuesday, January 11, 2011

Kerja puak-puak Songkok Tiga Jengkal nak rosakkan nama PR

Isu SUK: Pakatan nafi naik kain rentang

Pakatan Rakyat Selangor hari ini menafikan bahawa gabungan itu menggantung kain rentang yang yang didakwa menolak campur tangan sultan dalam pentadbiran negeri.

NONE"Kami menafikan ianya daripada pihak kami. Daripada isu kandungan (kain rentang) ia bercanggah dengan (pendirian) Pakatan.

"Kita tidak mahu ada sengketa dengan pihak Istana. Ia terbukti apabila MB dan Exco hadir dalam majlis Sultan (dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri," kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad (dua dari kiri).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, terdapat tiga kain rentang, di mana salah satu daripadanya berbunyi "Dimanakah Keadilan Sultan Dalam isu pemilihan SUK Siapa Lebih Berhak?" ditemui di Seksyen 9, Shah Alam.

Dua lagi kain rentang ditemui di seksyen 13 dan satu lagi bulatan di kawasannya.

NONEMenurutnya lagi, dalam kain rentang tersebut tertera bendera ketiga-tiga parti gabungan Pakatan, dan tertulis biro penerangan PKR Selangor.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah ahli Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor (MPN) Yahya Sahri, timbalan setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim dan Presiden Kelab Penyokong Menteri Besar Selangor Khairul Anuar Othman.

Mengulas lanjut, Khalid berkata pendirian Pakatan Rakyat jelas terus mempertahankan Islam, Institusi Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan.

Katanya, perkara tersebut telah diputuskan dan ditandatangani oleh ketiga-tiga presiden gabungan itu pada September 2008.

"Tetapi sikap kita terhadap (pihak) Istana dan orang Melayu sering dijadikan isu," kata beliau yang juga yang dipertua PAS Shah Alam.

Ditanya jumlah kain rentang yang ditemui, Khalid menjelaskan setakat ini hanya tiga yang diperolehi dan beliau tidak menolak kemungkinan "ada lebih daripada itu" terutama di luar kawasannya.

"Saya meminta ahli majlis menurunkan kain rentang tersebut dan Dr Badrul Amin (pengarah penerangan Selangor) juga mengarahkan AMK menurunkkannya sekiranya jumpa," katanya.

Sementara Yahya menyifatkan tindakan menggantung kain rentang itu adalah "satu provokasi dan ianya bukan satu perkara baru" kerana sebelum ini Pakatan menghadapi situasi yang sama di Johor.

Malah katanya, isu pelantikan SUK melibatkan soal pentadbiran dan kuasa Sultan serta menteri besar perlu dihormati.

Manakala Suee Lim pula berkata DAP Selangor sepakat menjunjung perlembagaan dan komited menjunjung prinsip demokrasi.

"Kita tidak ada unsur-unsur untuk melakukan apa yang dinyatakan dalam kain rentang di Shah Alam," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat terperinci perkara tersebut serta mendesak ahli politik mengamalkan budaya politik sihat dan membendung perbuatan "jijik" seperti itu.

Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa PAS Shah Alam telah membuat laporan polis berhubung kain rentang tersebut.


Mohd Sofian Mohd Shariff membuat laporan tersebut di balai polis Seksyen 11, Shah Alam.

Dalam laporannya, Mohd Sofian berkata, beliau menemui kain rentang tersebut pada jam 9 pagi di Seksyen 9 dan mengesyaki ianya dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"PAS tidak pernah mempersoalkan keadilan Sultan. YDP (yang dipertua) mengarahkan saya menurunkan banner (kain rentang) tersebut. Sejurus selepas itu, sebuah kereta peronda polis datang dan mengambil banner (kain rentang) tersebut.

"Saya membuat laporan polis ini kerana ia merupakan fitnah jahat yang dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab untuk menimbulkan perasaan benci oleh rakyat kepada Pakatan rakyat," laporan polis itu dipetik.

Sehubungan itu, Mohd Sofian meminta polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab membuat hasutan tersebut dan dibawa kemuka pengadilan.

No comments:

Post a Comment