KUALA TERENGGANU, 11 Jan. : Pas yakin pengundi dan pemilih pada hari ini adalah lebih intelek dan bersifat adil bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik berkata, rakyat pada hari ini ingin melihat apakah perubahan dan pembaharuan yang dibawa oleh pemimpin bagi menjamin kehidupan yang lebih naik.
“Setelah 50 tahun merdeka, rakyat kini inginkan pembaharuan, dan Pas sudah memulakannya sekarang dengan penerbitan risalah Merah dan Jingga,” katanya ketika dihubungi Sinar harian.
Menurutnya, pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini tidak nampak seperti menyelesaikan isu rasuah, keruntuhan moral yang semakin parah, gejala sosial yang semakin menjadi-jadi, malah ia dilihat semakin hari semakin teruk.
Abu Bakar berkata, setakat ini tiada jaminan yang diberikan oleh BN untuk mengatasi masalah ra-suah, dan mereka seharusnya menyelesaikan dahulu segala masalah dan bertindak memulihkan keadaan, bukan memburukkan lagi.
“Hal ini ternyata berbeza dengan Pas yang lebih menjaga dan menitik beratkan kepentingan rakyat demi menegakkan serta memperjuangkan keadilan banyak perkara,”katanya.SH
No comments:
Post a Comment