LABIS : Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin muafakat dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat akan memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang (N05).
Menurut Wan Azizah, meskipun Tenang merupakan kubu kuat Umno, namun tidak ada yang mustahil untuk Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya kecil itu sekiranya gabungan itu memperkuatkan jentera dan menolak provokasi Umno-BN.
“Kekuatan kita bergantung kepada muafakat erat sesama komponen Pakatan Rakyat. Ingat lagi Dun bukit Selambau di Kedah? Pada PRK itu, calon kita ditentang 15 penjuru, antara yang teramai dalam sejarah pilihan raya negara.
“Namun, muafakat erat sesama komponen PR membuktikan kita tetap mampu menjana kemenangan dalam lautan penipuan BN ketika itu,” katanya pada majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat pada 16 Januari lalu.
Hadir dalam program malam tadi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta puluhan pimpinan Pakatan Rakyat pusat dan negeri.
Sementara itu, Kit Siang dalam ucapannya turut menyokong kenyataan Wan Azizah.
“Sebelum kita ke Putrajaya, tuan-tuan dan puan-puan harus memastikan kita menang atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti Umno BN di sini. Jika kita berjaya kurangkan majoriti pun, kita anggap kita sudah menang di Tenang dan laluan kita ke Putrajaya selepas itu lebih mudah,” katanya.
Beliau turut memberitahu, komposisi pelbagai kaum yang seimbang bagi pengundi Dun Tenang menjadi jadi kayu ukur terhadap sokongan 1Malaysia.
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat pelbagai kaum di Tenang bersatu untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat.

No comments:
Post a Comment