Thursday, January 6, 2011

Pengundi DUN Tenang perlu maklumat tepat, bukan fitnah sebaran Umno

PRK DUN Tenang : PR Pastikan Pengundi Dapat Maklumat Tepat


SHAH ALAM 7 Jan. : Pakatan Rakyat akan memastikan masyarakat Felda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dengan penuh kesedaran.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman berkata, walaupun ia bukanlah satu tugas yang mudah, namun Pakatan katanya akan memastikan masyarakat Felda di Tenang akan mendapat akses kepada maklumat yang tepat.

Menurut beliau, tugas untuk membawa kesedaran kepada peneroka menjadi rumit apabila mereka terkongkong dengan pelbagai institusi yang mengelilingi mereka.

"Sebab itu bila kesedaran itu wujud, saya optimis dengan perkembangan ini dan saya percaya warga Felda pun terutamanya orang muda tidak mahu selama- lamanya menjadi alat, mereka menjadi golongan yang dipergunakan dan diperkudakan oleh kerajaan kerana undi mereka," jelas Mazlan kepada Tv Selangor.

Menurut Mazlan juga, beliau yakin bahawa Tenang akan menyaksikan kebangkitan anak muda yang sedar dengan permainan politik Umno-Barisan Nasional.

"Saya punya keyakinan yang tinggi berdasarkan perkembangan terbaru anak-anak peneroka bangkit dan mereka berjumpa kami, meluahkan rasa tidak puas hati dengan tahap pembangunan untuk golongan belia, mereka melihat apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan Felda hanya kosmetik.

"Kalau di DUN Tenang itu, undi orang muda meningkat daripada 18 peratus dari ketiga-tiga Felda dari Pilihan Raya Umum yang lalu sekurang-kurangnya kepada 25 peratus, kalau isyarat ini boleh dibawa oleh orang muda, saya fikir ini akan menggerunkan kerajaan," tambah Mazlan lagi.

Malah ujarnya selain memastikan masyarakat Felda di Tenang mendapat penjelasan berhubung Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang menggariskan dasar untuk membantu golongan peneroka, Pakatan Rakyat juga akan mengingatkan pengundi yang terdiri daripada masyarakat Felda tentang janji-janji kerajaan Umno-BN yang masih belum ditunaikan.

"Janji lama yang tidak ditunaikan oleh kerajaan iaitu lot-lot tanah kosong untuk perumahan generasi kedua. Mereka janjikan sejak sekian lama. Tapak itu sudah menjadi hutan tetapi setiap kali ada pilihan raya ia disodok, tetapi selepas itu dibiarkan tetapi bila ada balik pilihan raya, ia disodok kembali. Tidak tahulah ini kali ke berapa ia disodok, ujarnya.

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang akan diadakan pada 30 Januari, manakala penamaan calon pada 22 Januari ini.

Menurut Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof, DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabahenam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).

Pilihan raya kecil ini adalah yang ke-14 sejak tahun pilihan raya umum Mac 2008, dan pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008.

No comments:

Post a Comment