Setelah diarah bercuti bergaji sejak 14 november lalu
SHAH ALAM: Lembaga Pengarah Yayasan Selangor memecat Timbalan Pengurus Besarnya, Mohd Saifulruddin Sulaiman yang diarah bercuti bergaji sebulan Pada 14 November tahun lalu berhubung kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang melebihi RM300,000.
Menurut sumber Pejabat Menteri Besar, keputusan dibuat pada mesyuarat Lembaga Pengarah bulan lalu selepas meneliti laporan audit berhubung isu itu.
Dia sudah digantung oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga siasatan selesai tetapi ingkar dan tetap menghadiri mesyuarat. Keputusan Menteri Besar untuk menggantungnya tidak dipatuhi dan sekarang sudah dipecat,” katanya semalam.
Abdul Khalid berkata, tindakan itu diambil kerana siasatan awal menunjukkan ada pembabitan pejabat Mohd Saifulruddin dalam urusan mengeluarkan kos perbelanjaan tidak munasabah itu.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan keberangkatan ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya melebihi RM300,000.
Sumber berkata, Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki menghantar surat rayuan bagi pihak Mohd Saifulruddin, namun ditolak Abdul Khalid.
“Kedudukan Ilham juga dinilai dan mungkin menerima nasib seperti timbalannya,” katanya.
Sementara itu, berkata secara dasar pihaknya tidak bersetuju dengan pemecatan Mohd Saifulruddin kerana ia dibuat berdasarkan cadangan laporan audit bukan atas arahan mahkamah.
“Kami masih ada hak memberi jawapan berhubung isu ini. Laporan blog mengatakan Mohd Saifulruddin muflis juga tidak benar.
“Anda boleh merujuk Jabatan Insolvensi sama ada namanya dalam senarai orang muflis atau tidak,” katanya.
Bernama
No comments:
Post a Comment