SHAH ALAM 22 Feb.: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin hari ini mendedahkan bukti terbaharu bahawa Umno menjadi dalang menerbitkan akhbar 'Selangor Terkini'.
Dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini, Faekah memberitahu penglibatan ADUN Kuang, Abdul Syukur Idris.
Katanya, Ahad lalu pihaknya mengesan kalendar Syukur diedar bersama akhbar tersebut kepada penduduk setempat.
Syukur sebelum ini menafikan terlibat dalam penerbitan akhbar itu.
Faekah juga mengesa polis menyiasat segera perkara ini kerana tindakan pihak yang menerbitkan akhbar ini jelas melanggar undang-undang apabila menggunakan lambang kerajaan negeri dan gambar Sultan Selangor.
Pihak kerajaan negeri juga bersedia menyediakan penyiasat persendirian bagi membantu polis menyiasat perkara ini.
kalau jenis umnoapco ni memanglah tak mengaku punya... lagi 1 hal pihak berkuasa memanglah tak siasat punya selagi tak dapat arahan KDN gua caya kes akn terkubur akhirnya. tapi bila libatkan PR petang tu jugak buka kertas siasatan.. itulah realitinya 1 MALAYSIA = UMNOAPCO = PERKASA dh byk cth dah... apa nama apa nama apa nama.... cara mengatasinya tukar kerajaan bila PRU 13 nanti krn sistem yg ade ni terlalu teruk dgn kebobrokan..... INGAT Melayu berjiwa HAMBA aje sokong UMNOAPCO...
ReplyDelete