Pelepasan Kuota Perumahan Belum Diputuskan, TV3 Tipu Rakyat
SHAH ALAM 22 Feb. : Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad menegaskan laporan Buletin Utama berhubung penghapusan kuota perumahan Bumiputera di negeri ini hanyalah berita berupa propaganda untuk menipu rakyat.
Jelas beliau, berita yang tersiar pada 21 Februari itu hakikatnya tidak tepat apabila hanya menyebut koata perumahan di Selangor adalah 30 peratus.
"Pada hakikatnya kuota tersebut adalah berbeza menurut daerah dan mukim iaitu dari 30 hingga 70 peratus," jelas Iskandar dalam satu kenyataan media hari ini.
Tambahnya, melalui beberapa siri perjumpaan dengan wakil pemaju iaitu Majlis Persatuan Hartanah dan Pemaju Perumahan (REDHA) memang telah dibangkitkan tentang pelepasan kuota secara automatik.
" Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri setakat ini belum lagi membuat sebarang keputusan tentang "automatic release" yang diminta oleh REHDA.
" Kerajaan Negeri telah hanya menubuhkan sebuah syarikat, (iaitu) Syarikat Perumahan Dan Hartanah Selangor, untuk membantu pemaju memasarkan hartanah di bawah kuota Bumiputera," jelasnya lagi.
Menurut Iskandar, tindakan penubuhan syarikat itu bertujuan untuk meringankan beban pemaju di samping untuk memastikan pemilikan hartanah oleh masyarakat Bumiputera terus terbela.
Justeru itu, Iskandar menggesa semua pihak supaya tidak terpedaya dengan taktik Umno-Barisan Nasional yang menggunakan media milikan mereka untuk mengaburi mata rakyat.
" Umno sentiasa memainkan sentimen perkauman di dalam setiap isu tetapi sebenarnya bersifat hipokrit.
" Contohnya di dalam isu kuota perumahan Bumiputera, UMNO berkokok kononnya mahu mempertahankan kuota ini tetapi di dalam masa yang sama pemaju-pemaju UMNO juga adalah di antara yang kerap mempertikaikan kuota tersebut," tambahnya lagi.

Nama pemaju: TARAF WAJAR SDN BHD.
ReplyDeleteCompany no: 575988-m.
Lokasi: Nilai / Seremban / Gadong / Gadong Indah labu.
Poskod: 71900
Negeri: Negeri Sembilan
Saya merupakan salah seorang pembeli rumah dengan pemaju ini (TARAF WAJAR SDN BHD) pada nov 2009. Rumah telah siap tidak sepenuhnya pada Sept 2011 (meter TNB ada tapi MCB letrik takda). Sepatutnya projek rumah ini dijangka siap FEB 2011 (cepat betul jangkaan), Ade satu masalah iaitu bumbung depan rumah tidak ikut plan akitek (sepatutnya 1 rumah 1 bumbung, pemaju buat dua rumah 1 bumbung - Bermaksud plan dalam S&P pon lain, yang siap nye lain - 28 pemilik rumah tidak setuju design yang salah buat.). Alasan pemaju (TARAF WAJAR SDN BHD) pembekal kekuda bumbung salah buat kekuda.
Pemaju (TARAF WAJAR SDN BHD) memberitahu bahawa pihak pemaju akan memohon CF (Certificate of Fitness) dengan pihak majlis perbandaran dan akan mengubahsuai balik bumbung tersebut. Sebelum Hari Raya Aidilfitri (28 sept 2011) pemaju (TARAF WAJAR SDN BHD) memberitahu CF dah lulus dan boleh mengambil kunci rumah. Minggu berikutnya Pemaju (TARAF WAJAR SDN BHD) memberitahu pemasangan meter paip air akan dibuat.
Apabila saya ingin mengambil kunci bayaran Rm250 dikenakan. Oleh kerana Saya tidak setuju dengan design bumbung tersebut saya tidak dibenarkan mengambil kunci kerana pihak Pemaju (TARAF WAJAR SDN BHD) mendakwa ingin membuat kerja-kerja pengubahsuaian bumbung. Tujuan saya ingin mengambil kunci untuk kerja pemasangan Grill pintu dan sebagainya (tak dapat la nak buat). Kata pihak pemaju lagi (TARAF WAJAR SDN BHD) kene tunggu 2-3 bulan sampai bumbung siap baru boleh buat pemasangan grill.
Semalam 16 sept 2011 saya meninjau keadaan rumah saya itu dan mendapati meter paip air rumah saya dan rumah sekitar hilang.
Sedangkan jalan masuk ke taman perumahan saya ini dihalang (ditutup) batu oleh pihak (TARAF WAJAR SDN BHD).
Kerja-kerja pengubahsuai bumbung pon nampak kurang rancak. Adakah pemaju (TARAF WAJAR SDN BHD) ini bermasalah?
Dan bagaimanakah ciri kelulusan CF dibuat? sedangkan MCB (Miniature Circuit Breakers) belum dipasang serta rumah tidak mengikut plan akirtek (S&P) dan Saya telah pon melunaskan sepenuhnya bayaran TNB serta SAINS kepada pihak pemaju (TARAF WAJAR SDN BHD). Mengapa Tidak boleh mengambil kunci dan mendiami rumah saya sendiri (bayaran penuh rumah telah pon dibuat kepada pihak bank)..
Kelemahan rumah saya:-
1) Simen mudah pecah (Lantai dan dinding -Mungkin Kurang nisbah simen & pasir).
2) Bumbung depan tidak ikut plan dalam S&P (dalam proses pengubahsuaian). 28 pemilik rumah tidak setuju design yang salah buat.
3) Meter air baru dipasang Hilang.
4) Nak diduduki Lambat walaupun CF dah dapat.
5) Pihak pemaju cuba berdalih (pemasangan meter air dikenakan rm185).
6) MCB (Miniature Circuit Breakers) belum dipasang.
Apakah pendapat saudara dan saudari di atas pemasalahan saya ini? Harap dapat membantu saya..
Insan terluka,
Semak..