JEMBALANG,HANTU DAN SETAN MENUTUP TIRAI MAC 2011
*Hantu dan Jembalang*
Ketika melakukan lawatan awalnya ke Sarawak,Al Malikul ul Syeikh Timbalan Mamanda Menteri Negara telah membuat kenyataan bahawa penduduk Sarawak perlu menolak kedatangan "hantu" dan "jembalang" dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri itu dalam Pilihanraya Negeri April ini.
Menurut Sang Timbalan lagi,para hantu dan jembalang yang akan datang itu kelak akan cuba untuk menghasut penduduk supaya berpecah belah.Sang Timbalan kemudiannya mengeluarkan satu fakta yang cukup hebat,bahawa adapun negara Malaysia ini adalah sebuah negara yang paling aman dan bersatu padu dalam dunia ini.
Adapun kedatangan hantu jembalang tersebut,tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyuruh rakyat menyokong Parti Kian Runtuh (PKR),dan parti berlainan ideologi Pas dan DAP.Pun begitu,tidak pula dikhabarkan samada hantu jembalang itu adalah daripada Barisan Nasional itu sendiri ataupun Pakatan Rakyat.Boleh jadi,hantu-hantu ini diupah untuk mengkucar-kacirkan Barisan Nasional Sarawak.Siapa yang untung jika BN berpecah belah?Sudah tentunya Umno yang masih belum bertapak di Sarawak hingga sekarang.
Muhyiddin dan tuai rumah melakukan upacara menghalau hantu jembalang Pakatan Rakyat |
CERITA DUA
*Syaitan Bisu*
Adapun gemparlah seminggu dua ini akan satu rakaman video seks Anwar Ibrahim itu.Seluruh masyarakat bercerita tentang video ini,baik yang ingin mempercayai ianya benar ataupun cuma sekadar satu lagi konspirasi tertinggi negara.Tidaklah aku sang periwayat hendak mengkhabarkan cerita ini sekali lagi.
Aku kira ramai yang sudah sedia maklum akan perkara ini.
Cuma,apa yang hendak aku khabarkan adalah mengenai beberapa ekor Syaitan Bisu.Cerita ini timbul ketika lebih kurang sepuluh ribu rakyat berkumpul di Stadium Malawati Shah Alam,Isnin lalu.Ketika berucap dalam majlis tersebut, Presiden Parti Islam Malaysia,Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang berkata, mufti di Malaysia tidak sepatutnya menjadi syaitan bisu dalam isu ini.
Bayangkanlah,sebagai sebuah negara majoriti umat Islam (kalaupun tidak menjadi negara Islam), adalah sesuatu yang memalukan apabila ada pihak yang bukan sahaja melakukan kemungkaran secara terbuka, malah lebih daripada itu berbangga-bangga atas kemungkaran mereka kononnya atas prinsip moral. Apa yang lebih malang,tiada seorang pun mufti yang memberi respons semerta ke atas perkara tersebut.
Selepas kenyataan syaitan bisu itu menjadi heboh,maka tampillah Mufti Perak yang menyatakan bahawa kenyataannya telahpun disorok oleh Utusan Malaysia,walaupun akhbar tersebut telahpun menemuramah beliau.Mungkin agak terasa dengan ungkapan syaitan bisu,Mufti Perlis Dr.Juanda Jaya pula senada dengan lain-lain pihak menyatakan bahawa haram mendedahkan video seks terbabit.
Rupa-rupanya,Utusan Malaysia yang menjadi syaitan dalam perkara ini!
CERITA TIGA
*Syaitan Besar*
Parlimen kecoh lagi.Kali ini gara-gara Bung Mokhtar yang menggelarkan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai Syaitan Besar.
Ketika bangun untuk bertanya soalan tambahan mengenai kursus kemahiran kepada golongan wanita luar bandar,Bung telah menyoal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah samada kerajaan bercadang atau tidak untuk menyediakan kursus kemahiran seperti kursus memasak, membuat kuih dan kraftangan kepada rakyat di Sabah.
Tatkala itu,MP Ipoh Barat M.Kulasegaran bangun mencelah dan bertanya kepada Menteri samada perlu atau tidak diadakan kursus kepada golongan wanita.Bung menuduh Kulasegaran cuba memanipulasi kenyataannya berhubung pemandu wanita sebelum ini untuk memancing golongan itu agar mengundi Pakatan Rakyat.
Ketika itu kedengaran juga suara Datuk Mahfuz Omar (PAS -Pokok Sena) yang berkata bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga tidak bersetuju dengan kenyataan Bung itu.
Adakah ini hantu dan jembalang? |
Atau ini? |
Para mufti? |
Yang ini? |