Friday, April 29, 2011

Jemaah masjid tuntut Eskay ditangkap bukan bersumpah




SENTUL 29 APRIL : Upacara angkat sumpah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay yang dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat tadi, yang secara tiba-tiba dibatalkan, kini dikatakan akan diteruskan.

Terdahulu, Pengerusi Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin mengesahkan bahawa ia dibatalkan.

Bagaimanapun, wartawan-wartawan kemudian diberitahu bahawa Eskay dalam perjalanan menuju ke masjid berkenaan untuk melaksanakan sumpah laknat.

Keadaan selepas solat Jumaat menjadi agak tegang apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Semalam, Shazryl Eskay mengumumkan beliau akan melakukan sumpah itu selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun, beliau tidak kelihatan di masjid itu, mungkin kerana faktor keselamatan.

No comments:

Post a Comment