Wednesday, June 22, 2011

Polis larang jual baju BERSIH , guna undang-undang Malaysia atau undang-undang UMNO?

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Polis malam tadi mengarahkan seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur agar tidak menjual baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' kepada orang ramai atau bakal berdepan tindakan.

Amaran tersebut yang didakwa "arahan pihak atasan" diberikan kepada beliau pada majlis ceramah Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas 2) di Kampung Sungai Merab Luar, Bangi.

Ceramah tersebut dihadiri Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

"Pada mulanya dia datang ke gerai saya, minta ambil gambar. Lepas ambik gambar, saya tanya awak siapa. Dia bagi tau dia polis sambil tunjuk IC polis.

"Kemudian dia ambik dua helai baju Bersih, dan suruh saya jangan jual baju itu. Katanya arahan dari atasan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, beliau kemudiannya dijemput ke Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda dan dirakam kenyataan selama 20 minit.

Arahan tersebut dipercayai ada kaitan dengan rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.

Dalam respon segera, Shuhaimi turut mempersoal tindakan pihak berkuasa itu.

"Sejak bila jual baju tak boleh? Umno BN makin gila," tulisnya di Twitter.

Sebelum ini, polis juga telah memberi amaran kepada penganjur himpunan itu agar membatalkan hasrat mereka.

Ratusan laporan polis juga turut dibuat diseluruh negara termasuk oleh Umno.

Selain itu, polis juga memberi amaran akan membuat tangkapan awal sebagai pencegahan.

Bagaimanapun, Bersih sehingga kini tetap dengan pendirian akan meneruskan himpunan itu.

2 comments:

  1. BAGUS, keluarkan arahan dan amaran ini, tapi KALAU PERLEMBAGAAN ATAU UNDANG-UNDANG YANG LARANG KAMI AKUR, SEBALIKNYA KALAU UMNO ATAU MENTERI BODOH YANG LARANG jangan harap kami nak ikut, lagi larang lagi bagus, biasanya manusia suka pada benda yang terlarang. kepada pembekal tolong sediakan stok lagi banyak sebab iklan telah dibuat oleh pihak yang melarang.

    ReplyDelete
  2. MAHLUK YGB TAKUT KPD BAYANG2 SENDIRI, BAYANG2 SENDIRI PUN DIKATAKAN HANTU... UMPORNO TERDESAK, CABUL TELAH GUNAKAN POLIS UTK MENGHALANG BERSIH 2.0 KAMI AKAN BERJUANG BERMATIMATIAN DAN TENTUKAN umporno terkubur pru13 nanti..

    ReplyDelete