Wednesday, July 13, 2011

Lepas ni pencacai UMNO dalam kerajaan negeri tak boleh dah sabotaj kerajaan Selangor melalui perobohan rumah ibadat

Dewan S'gor Lulus Usul Tindakan Roboh Rumah Ibadat Perlu Kelulusan Exco Dahulu

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2010/12/dun-selangor.jpgSHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri Selangor pada Rabu meluluskan usul supaya sebarang tindakan untuk meroboh atau memindahkan rumah ibadat Islam dan bukan Islam perlu mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

Untuk itu, kerajaan negeri diminta mengeluarkan surat pekeliling kepada pihak-pihak berkuasa tempatan agar mematuhi arahan tersebut.

Usul yang dibawa oleh M.Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) pada sidang dewan itu juga menggesa Kerajaan Negeri untuk menentukan semua masjid, surau, kuil Hindu, tokong Cina, gereja dan semua rumah ibadat lain kekal di tempat asal masing-masing.

Usul itu disokong oleh Lau Weng San (DAP-Kg Tunku), Gan Pei Nei (PKR-Rawang)dan Lee Kim Sin (DAP-Kajang).

Manoharan juga berkata, sudah sampai masanya garis panduan pembinaan rumah ibadat Islam dan bukan Islam di taman-taman perumahan dipanjangkan kepada syarikat-syarikat pemaju milik kerajaan negeri dan bukan hanya pemaju swasta.

Lee semasa membahaskan usul berkenaan berkata, Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam telahpun mengeluarkan pekeliling bahawa rumah ibadat bukan Islam yang dibina sebelum 2008 tidak boleh dirobohkan tanpa persetujuan Exco negeri.

Persidangan dewan kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment