Wednesday, July 13, 2011

Pengalaman Bersih 2.0 Group Transnasional Parit Buntar ( Siri 3 )

Catatan Bersih Oleh Omar Abdul Aziz Bah 3

Berbalik kepada kumpulan kami, dalam samar-samar muncul pimpinan yang kami tungu-tungu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa (Ahli Perlimen Parit Buntar). Baru lah semangat datang semula.

Memang Ana perasan sejak dari awal pagi Ana tak Nampak langsung muka pimpinan. Sangkaan Ana semua pimpinan telah di tangkap. Allhamdulillah Allah telah pertemukan kami dengan seorang pemimpin yang boleh mambawa kami berjuang.

Dengan pasukan FRU 100 meter di hadapan kami yang sudah sedia untuk belasah kami tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya. Kata Ustaz
Mujahid dalam taklimat ringkas beliau Allah SWT telah turunkan tenteranya iaitu HUJAN dalam perjuangan kita, terdengar lah laungan Takbir beberapa kali.

Kami bersyukur disebabkan hujan turun dengan lebat maka banyak angkatan FRU yang angkat kaki. Hanya beberapa belas orang sahaja yang ada di hadapan kami, Kami pun terus memulakan perhimpunan, berarak dengan kapisiti orang yang sudah mencecah puluhan ribu orang (Ana tak tau jumlah sebenar berapa, Ana agak sahaja) kami memulakan perarakan di jalan berhampiran Petaling Street. Maka bermulalah demonstrasi jalan dalam lingkungan jam 2.10 pm.

Disebabkan kumpulan kami mempunyai penunjuk arah yang mahir selok-belok jalan KL, di bantu pula oleh polis yang sudah menutup jalan, maka mudahlah kami bergerak dengan puluhan ribu orang tanpa ganguan kenderaan di jalan raya. Kami menyusuri jalan- jalan kampung, jalan-jalan desa yang Ana pun tak pasti jalan mana. Yang Ana ingat kami melalui Kg Pandan, Menara AM Bank, dan last di Dataran KLCC.

Kumpulan kami tidak diganggu polis dan FRU disebabkan mereka sibuk berperang dengan kumpulan pertama yang mana kumpulan tersebut diketuai oleh pimpinan yang hebat seperti Dato Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi, Hj, Mat Sabu, Aabiga, Tian Chua dan ramai lagi. Kami adalah kumpulan kedua.

Kami berarak tanpa sebarang ganguan. Shamsul hanya sempat menyertai kumpulan tersebut sehingga jam 3.00ptg sahaja. Beliau tidak mampu lagi disebabkan kakinya tarik mengkarung. Biasalah umur dah lanjut paham-paham ja lah.

Ana meneruskan legasi perjuangan berseorangan di sebabkan telah berpecah dari awal. Selepas berpisah dengan Shamsul Ana tidak mendapat berita lagi dari beliau. Kemuncak demonstrasi Bersih adalah di dataran KLCC iaitu sekitar jam 4.03 pm .

Di sana terjumpa lah pemimpin muda iaitu Cikgu Bard, Dr Hatta, Ketua Pemuda Pas dan orang kanan Ambiga. Kami berkumpul dengan kekuatan ratusan ribu orang, dengan permulaan menyanyikan lagu Negaraku. Laungan Daulat Tuanku dan laungan Takbir. Bayangkanlah baper jam kami jalan tanpa henti.


Ketika orang ramai mula duduk dalam keadaan tenang ketika mendengar pidato dari kesemua pimpinan, munculah abang kepala merah (FRU) sekitar jam 4.40 petang. Kami bertempiaran melarikan diri. Ketika Ana melarikan diri, beg Ana di rentap dari belakang sempat lagi Ana meloloskan diri.

Ketika itulah Ana dapat rasakan sesuatu di belakang Ana. Rupanya Ana ditembak dari belakang dengan Gas Pemedih mata. Ana hampir jatuh, Ana lari kearah utara dataran dan Ana ditembak kali kedua. Tetapi nyaris terkena, mata Ana pedih seakan terkena cabai (Cili). Ana gunakan garam untuk pulihkan semula.

Alhamdulillah beransur hilang kesan cabai tersebut. Apabila Ana buka mata Ana, Ana Nampak beberapa orang aktivis seperti Ana terbaring atas jalan dengan tangan di ikat kabel plasticdi belasah oleh FRU tanpa belas kasihan.

Betul kata ustaz Sharir Long, sejahat-jahat manusia ialah manusia yang bernama abang kepala merah. Tanpa belas kasihan Ana nampak ramai pemuda yang dibelasah tanpa belas kasihan. Ana pun kena bantai jugak di belakang tapi sempat lagi lari, memang kena bantai nie Ana ingat sampai mati.

Belum sempat Ana bangun Ana dengar suara lantang “jangan lari”, tanpa menoleh Ana teruskan lari kearah satu bangunan yang Ana tidak tahu bangunan apa. Belum sempat larian 100 meter berpagar Ana habiskan.

Ana ditembak dengan Gas Pemedih mata kali yang ketiga dan ketika Ana mengelak dengan asap gas tersebut, Ana bertembung dengan seorang aktivis dan Ana terjatuh melambung di sebelah kon penutup jalan seperti kita lihat yang selalu di gunakan oleh JKR.

Mata Ana pedih untuk kali yang ke 3, sempat lagi Ana makan garam untuk menutrel kan semula peglihatan Ana. Ana bingkas bangun, dalam fikiran Ana terbayang lah Wajah Anak Ana, Wajah Isteri Ana dan wajah parent Ana. Tidap dapat dibayangkan jika Ana tertangkap bagaimana.

Bermacam-macam yang terfikir dalam kotak pemikiran Ana. Dalam keadaan seperti di Medan peperangan, Ana sekali lagi lari menyelamatkan diri. Kali ini Ana tekad lari ke Arah Dataran dan Ana Berjaya panjat salah satu tembok batu tersebut.

Tummm, terdengar bunyi tembakan dan tembakan ke 4 betul-betul di depan muka Ana. Bahang gas dirasai kali yang ke 4. Ana lompat dan terjun ke jalan dan meyelamatkan diri. Ketika hampir pasti polis tidak mengejar Ana, Ana ternampak seorang kakak yang terjatuh di bersebelahan Ana.

Cepat-cepat Ana tarik anak kecil dan terus mendukung berlari mambawa anak tersebut kearah satu restoran bersebelahan pondok jaga. Ana dengan pantas dapat melompat dan melintasi longkang yang besar. Ana pun tak pasti bagaima Ana lompat dengan jarak longkang yang agak luas.

Mungkin ini bantuan Allah SWT. Sempat juga Ana mengucapkan syukur kerana Ana tidak ditangkap. Kakak tadi datang melalui jalan yang jauh (jalan belakang) untuk mengambil anaknya semula.

Ana rasa anak kakak tue baya anak Ana 3-5 tahun. Ana berpesan kepada akak tersebut supaya pesan makanan dan jangan pergi selagi FRU ada. Ana meninggalkan dua beranak tersebut dan terus ke belakang restoran.

Di belakang restoran Ana menghilangkan lelah, bersihkan diri dari siraman air asid, dan salin baju lain agar Ana tidak dapat dikesan. Hampir 15 minit berlalu Ana tabahkan hati untuk keluar dari tempat persembunyian Ana.

Ana memandang sekitar kawasan tersebut masih ramai polis yang masih mencari aktivis perjuangan seperti kami. Ana rasakan seperti Ana dah lakukan rompakan besar dan polis sedang buru Ana.

Itulah perasaan yang Ana rasakan, Bagaimanakah anda rasa jika Anda di tempat Ana. Ana bergerak seorang diri dalam keadaan berpura-pura tenang, supaya polis tak dapat cam Ana. Ana teruskan destinasi ke geduangI-Setan, dikuncinya pula semua pintu gedung membeli belah I- Setan. Hah sudah bentak Ana.

Ana bergegas pula ke LRT di atas. 10 orang polis menunggu di situ dan tak benarkan semua orang menaiki LRT sehingga waktu yang ditetapkan. Ana rasakan Ana terkepung dan tidak boleh keluar lagi. Ketika itu terfikir dalam hati ini untuk bertanyakan kepada seorang hamba Allah yang memegang Helmet.

Dah tentu dia orang tempatan sebab naik motosikal. Rupanya lelaki tadi adalah student UM. Student tersebut mengatakan Ana perlu berjalan 6 km untuk keluar dari kawasan kepungan ini. Ana ikut jalan dan penunjuk seperti yang telah diberitahu student tersebut.

Penat berjalan hampir 40 minit, Ana sampai di Menara Standart Charted. Terus Ana ambik teksi bermeter dan berjumpa dengan Fauzan di jalan Brickfield. Tambang jangan cakap la, RM 22.80. Ranap duit Ana.

Ana bertemu Fauzan dalam lingkungan jam 6.02 ptg. Di Brickfield, Ana, Fauzan dan birasnya naik teksi dan terus ke Masjid Wilayah. Kami semua berkumpul di sana. Walaupun letih masing-masing berasa gembira dapat menyertai perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Ada antara kumpulan kami dintangkap dan dilepaskan semula jam 8.00 mlm. Ada juga berita yang mengatakan sahabat kami Amir ditangkap sebelum berjuang. Ana pun tak tahu nasib beliau macamana. Jumlah yang ditangkap hanya 3 orang.

Kami semua mendapat berita tentang kematian saudara Baharuddin yang sesak nafas akibat terhidu Gas Pemedih Mata berlebihan. AL-Fatihah kita sedekahkan kepada beliau. Moga beliau ditempatkan pada para shuhada.

Amat bangga diri ini dapat merasakan satu pengalaman yang tidak ternilai dalam hidup ini. Kami solat Isyak dan jamak solat Maghrib di sini dan bertolak ke hentian Jalan Duta jam 10.30 pm.

Rugilah kepada pejuang di luar sana tidak dapat hadir di sini. Pengalaman memang best sangat-sangat. Bertolak balik dengan bas dan pemandu bas yang sama jam 11.15 mlm. Kami tiba di stesen bas PB jam 3.25 pagi.

Terima kasih pada sahabat kerana sudi menelefon bertanya khabar dan jangan mara kalau tak diangkat atas sebab hidup umpama pelarian di bumi KL ini. Antara sahabat yang sempat call Ana adalah Hj. Latiff, Kak Zah, Mahyuddin dan ramai lagi.

Kenapakah kami sanggup menyertai perhimpunan ini ?

Antara 8 Tuntutan Bersih 2.0 Adalah :
- BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
- Reformasikan Undi Pos
- Gunakan Dakwat Kekal
- Akses Media Yang Bebas & Adil
- Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
- Kukuhkan Institusi Awam
- Hentikan Rasuah
- Hentikan Politik Kotor

Dalam tuntutan Bersih tidak pun menyebut untuk mengubal Hak Keistimewaan Melayu, Tidak pula menyebut untuk menghapuskan hak imuniti Raja-raja melayu dan juga tidak menyebut untuk tukarkan Agama rasmi Agama Islam kepada Agama Lain.

Kesimpulan disini adalah hanya menuntut pilihanraya yang bersih dan adil kepada semua parti dan diutuju khas kepada SPR. Persoalannya mengapa UMNO pula yang melatah dan paling kuat membantah dengan 8 tuntutan Bersih ini. Mari kita berfikir sejenak.

Dalam erti kata lain salahkah kami menyertai perjuangan ini.

Berdosakah kami
- menegakkan hukum Allah di bumi Malaysia ini?
- menentang arak diharamkan di Malaysia?
- menentang Judi diharamkan di Malaysia?
- mahukan pemimpin yang amanah?
- menentang kerajaan yang zalim?
- mahukan Agama Islam yang Hakiki di Malaysia?
- menentang Rasuah di Malaysia?

Penulis yang membahasakan Ana di dalam artikel di atas adalah Omar Abdul Aziz (Nama Di Facebook)

No comments:

Post a Comment