Sunday, July 17, 2011
Mari baca jawapan kepada tuduhan Bekas Penyangak No 1 Negara
Bahaya, cukup bahaya!!
Di saat rakyat Malaysia masih lagi bercerita himpunan Bersih 2.0 yang diadakan Sabtu minggu lalu, tiba-tiba dengan tak semena-mena, seorang lagi konspirator dalam Liwat Fasa 1 pada 1998 mula berkokok!!
Rahim Noor, antara watak penting yang menyumbat Anwar Ibrahim ke Sungai Buloh dengan kes mata lebam pada 1998 hingga ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja, kini mempersoalkan serta meluahkan "kebimbangannya" terhadap anasir sosialis dan subversif ke dalam politik negara kita.
Persoalannya, mengapa sekarang baru hendak bersuara?
Apakah dengan kejayaan himpunan Bersih, malaon ni mula merasakan "bahangnya"?
Siapa yang mengatur wawancara dan mendapatkan komennya berhubung dengan anasir luar terutamanya Yahudi sedang mencatur "negara Islam" seperti Malaysia akan jatuh ke tangan puak Yahudi?
Persoalan malaon ni terjawab dengan ENAM fakta yang dikemukakan oleh seorang pembaca bagi "membangangkan" kembali malaon dari Melaka ini!
Kah kah kah...
Kah kah kah...
ENAM FAKTA - Fan Pakatan Rakyat
1. Polis Yahudi tidak tangkap / sembur gas rakyat mereka bila ada demo. Kita? Lebih kejam dari Yahudi.
2. Sistem Demokrasi bermula dari Greek bukan dari Yahudi. Demokrasi bermula dari mula kejadian manusia di mana Nabi Adam AS dan Hawa diberi kebebasan untuk menelan / tidak buah khuldi. Demokrasi Islam juga telah wujud d zaman 4 khalifah awal.
3. Penubuhan negara Israel bukan menggunakan demokrasi tapi autokrasi, kerana tiada pungutan suara dari penduduk-penduduk di Palestin.
4. Revolusi Perancis adalah untuk jatuhkan sistem beraja yang korup, tiada kaitan dengan Israel.
5. Kerajaan sekarang mengggunakn isu Yahudi bila tersepit, padahal selama ini tiada sokongan ketenteraan untuk Mujahidin di Palestin. Bahkan menyokong Mubarak yang menutup pintu Gaza, menangkap anggota Mujahidin dan haramkan Ikhwanul Muslimin.
6. Adalah lebih mudah bagi Yahudi masuk ke Malaysia melalui BN, kerana perjuangannya sama iaitu berasaskan bangsa nasionalis. Perlembagaan kita juga dihijacked dari Yahudi.
Kah kah kah...
Kah kah kah...
JALAN PULANG
Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor berkata beliau yakin di sebalik tirai isu hak asasi, sebenarnya ada puak yang menentukan supaya negara yang menentang Yahudi dan Israel, akan jatuh dan Malaysia adalah salah sebuah negara tersebut.
"Pihak itu akan gunakan segala-galanya dan menjadikan orang politik tempatan yang telah dikaji latarbelakangnya sebagai sasaran atau alat menghalalkan cara mereka.
"Saya yakin ada tangan yang tersembunyi menggunakan soal hak asasi untuk menentukan kerajaan sesuatu negara yang ghairah membaham Israel akan jatuh," kata Rahim dalam wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.
Berdasarkan pengamatan dan bacaannya, kata Rahim, istilah hak asasi manusia sebenarnya lahir dari Ghetto of the Jews, di mana bangsa Yahudi mengalami tekanan, penindasan oleh pelbagai kuasa besar untuk beratus tahun lamanya sehingga tertubuhnya negara Israel.
"Akibat daripada hidup dalam buangan mereka melahirkan arus pemikiran menerusi penulisan, malah ada yang menyebut revolusi Perancis tercetus akibat bibit-bibit tulisan pemikir Yahudi di Eropah.
"Kita sebagai orang tepi, menerima bahangnya sekarang kerana saya yakin dan percaya bibit sejarah penderitaan orang Yahudi yang dizahirkan menerusi tulisan, telah di hijacked oleh pelbagai pihak termasuk AS," tambahnya.
Rahim percaya ada sesuatu "yang kita tidak nampak di peringkat antarabangsa" bertujuan mahu menentukan survival Yahudi dalam memastikan 'the promise land' yang disebut dalam kitab-kitab dalam pegangan mereka.
Kumpulan tanpa wajah ini, menurut beliau, bergerak di mana-mana dan "bagi saya AS kini menjadi Israel terbesar di dunia."
"Manakala tangan tersembunyi mencari mana-mana individu yang boleh dijadikan puppet (boneka), mereka boleh berpangkalan di mana-mana baik di Washington, Paris, Jakarta atau di mana saja.
"Tidak perlu ramai, mereka mungkin hanya tiga tokoh yang faceless dan merekrut beberapa wakil beberapa orang secara tidak untuk menyebarkan kerosakan dan menyalurkan dana yang bukan sedikit.
"Saya bimbang orang tempatan yang digunakan, akan fikir mereka lebih pandai umpama cerita Do Re Mi yang nak kenakan Pak Lebai untuk makan percuma, akhirnya mereka yang terkena," tegasnya.
Menurut Rahim lagi, beliau bimbang kelompok tersebut, akibat terlalu ghairah, tidak dapat melihat apa kaitan isu dalaman seperti pilihan raya dengan tangan-tangan tersembunyi ini.
Satu2 nya IGP dlm dunia ni yg bangang kelas pertama. yg melanggan firma yahudi APCO tu sape ??? Samseng beruniform ni lupa ke kes mata lebam - tangkap, tutup mata dan belasah ala gestapo tu bukan ala yahudi ke haramjadah.... memang low class punya IGP si rahim ni....
ReplyDeleteini orang tua tak bolih pakai punya,melayu mudah lupa dulu dia lebih ganas dari israel pukul dan bunuh penduduk palestine.....kita jangan layan dia,buang masa saja,terus lawan untuk menang...
ReplyDeleteJangan beruk sangka dan beranggapan tanpa bukti nyata . Jangan menumbuk mata orang dengan hawa nafsu amarah.
ReplyDeleteDunia ini hidup ia sentiasa berubah -rubah. Orang disangka jahat pernah menjadi mulia dan bagitulah sebaliknya.