Sunday, August 7, 2011

Duit syiling baru Malaysia : Lambang bulan bintang diganti lambang mirip bendera yahudi Israel

MUNGKIN ramai pembaca yang sudah mengetahui tentang berita kemunculan matawang syiling baru Malaysia yang diumumkan di laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia baru-baru ini [BNM].

Pembaharuan yang jelas boleh diperhatikan, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling berwarna kuning keemasan dengan nilai RM 0.50 dan RM 0.20 di samping duit syiling bernilai RM0.10 dan RM0.05 bewarna perak dengan cetakan corak yang baru.

Namun begitu, satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak "Star of David" yang menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10. Rujuk gambar di bawah ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZyOYJQMurc5TWxAWMX65noYaG4ULonV2DGQjHeTf0KlCDdS_tD-M3h8c0Niu-uuVVhC67iN0jLDfgGL58BnHRohgpXoCfasSKtf1B1xmb3fGrm2FdPxd2lCYa7CX-GlzqFm-BHvwK5vI/s1600/bendera-israel.png

Persoalannya, adakah "Star of David" sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama?

Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Jika "Star of David" pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason?



Jelas sekali, inilah hasil nasihat Yahudi APCO yang dibayar RM77 juta setahun oleh kerajaan sebagai penasihat pentadbiran kerajaan Rosmah Mansor.

ReJaM© "Sengaja tak mahu pakai lambang bulan dan bintang, tak mahu dunia tahu Islam agama rasmi Malaysia..."

1 comment:

  1. Saya sarankan saudara blogger mengenali pattern-pattern dalam Islam. Kita boleh kritikal, tetapi jangan jadi kritikal yang bodoh seperti kebanyakan blogger UMNO. Mereka menulis seperti otak di lutut. Sekadar peringatan sahaja. Terus kan perjuangan, REFORMASI!!!

    ReplyDelete