Sunday, August 7, 2011

Kes Scorpene: Polis Perancis jumpa dokumen penting, Ke mana Najib mahu lari?


Pihak polis Perancis telah berjaya memperolehi ‘dokumen penting’ dalam siasatan berkaitan rasuah oleh DCN, kompeni gergasi senjata Perancis kepada pegawai Malaysia termasuk Perdana Menteri Najib Razak, untuk mementerai kontrak pembelian.

Najib, 58 yang merupakan Menteri Pertahanan pada ketika itu telah memeterai pembelian tersebut pada tahun 2002.


Pada masa yang sama, rakyat juga kesal di atas harganya yang terlalu tinggi.


Dikhuatiri juga kapal selam yang serba canggih itu tidak sesuai untuk kawasan perairan Malaysia yang cetek.


Kapal-kapal tersebut masih tersadai di perairan Sabah pada masa ini dan jauh sekali digunakan.


Ada juga laporan yang menyatakan bahawa kapal-kapal tersebut mengalami kerosakan sistem akibat ketidak stabilan perairan kita.


“Kita berkemungkinan akan dapat maklumat pertama berkaitan penyiasatan polis Perancis yang telah bemula sejak 18 bulan yang lalu pada bulan September.


Kita tahu bahawa polis telah menemui maklumat yang penting, “ berdasarkan kenyataan yang diberi Peguam Perancis William Bourdon kepada Asia Sentinel.


Personaliti VIP


William merupakan peguam Perancis yang dilantik oleh Suaram, NGO Malaysia yang telah membuat laporan bagi pihak rakyat terhadap DCN yang telah mendapatkan kontrak dengan cara tidak sah.


Di Perancis, memberi rasuah untuk mendapatkan kontrak adalah kesalahan yang serius dan jika sabit kesalahan, DCN berhadapan kemungkinan membayar pampasan kepada rakyat Malaysia akibat meninggikan harga pembelian kepada kerajaan Malaysia.


Peguam Perancis dijadualkan tiba pada hari Khamis, di mana beliau akan berucap di hadapan rakyat Pulau Pinang mengenai perkembangan terbaru kes tersebut.


Suaram juga telah memberi gambaran bahawa William juga akan memberi maklumat tentang beberapa lagi identiti yang terlibat di dalam skandal itu.


Pihak penyiasatan Perancis juga dipercayai telah dapat mengenalpasti individu penting yang turut menyertai Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu, ke Macau untuk menghadiri sebahagian dari rundingan kompleks untuk pembelian kapal selam. Altantuya Shaariibu telah menjadi mangsa pembunuhan kejam.


Spekulasi hangat mengatakan bahawa individu itu adalah Najib sendiri.


Jika benar, ini akan membuktikan bahawa Najib bebohong mengenai dakwaannya tidak mengenali Altantuya.


Selain itu, Altantuya juga dikatakan pernah menjadi kekasihnya sebelum diperkenalkan kepada Razak yang juga merupakan orang kanan dan wakil Najib.


Pendedahan tersebut akan membuka ruang untuk perbicaraan semula kes pembunuhan yang menyaksikan dua bekas pengawal peribadi Najib dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuhnya.


Namun demikian, perancang pembunuhan tersebut dipercayai masih bebas.


Pesonaliti-personaliti lain yang terlibat dalam skandal besar itu juga telah dikenal pasti dan identiti mereka juga akan didedahkan.


William juga dijangka akan memberi kejutan tentang beberapa pemberian komisyen lain yang baru dibongkar oleh pihak penyiasat.


Lebih banyak lagi pembongkaran kotor akan diketahui melibatkan pembelian yang yang meragukan yang telah diketuai oleh Najib sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap pembelian peralatan pertahanan.


Tiada ruang untuk bersembunyi bagi Najib


Hanya jika kerajaan Perancis sanggup membantu Najib dalam mendiamkan kes, Najib mungkin sudah tidak boleh bersembunyi lagi.


Waktu yang diperlukan untuknya sudah semakin habis.


Bagi pihak yang memahami akan implikasi undang-undang bagi pihak Malaysia dan Perancis, adalah sukar untuk Najib melepaskan diri.


Najib tidak boleh mengelak untuk terpaksa memberi penjelasan kepada rakyat bukan sahaja tentang sejauh mana penglibatannya didalam rasuah, sekaligus pembunuhan Altantuya.


Umno juga tidak mampu untuk menyelamatkan Najib.


Dengan perbicaraan tentang skandal Scorpene yang bakal beerlangsung di mahkamah pada Ogos atau September, ramai di antara pemimpin parti yang tidak sabar untuk menyaksikan berakhirnya episod pemerintahan Najib yang dipenuhi dengan kegagalan, politik kotor dan rasuah yang berleluasa.


Kini, Najib telah merasakan tekanan yang kuat dan lebih memburukkan, dia telah mengambil beberapa keputusan yang tidak bijak.


Terbaru adalah kekerasan terhadap rakyat yang berarak bagi menuntut kebebasan dan ketelusan pilihanraya dua minggu yang lepas.


Ini mengurangkan populariti dan kredibiliti Najib yang semakin menjunam di mata rakyat justeru menjadikan Najib sasaran mudah.


Kerajaan BN sepatutnya melapor kepada pihak berkuasa Perancis apabila laporan mengenai skandal besar Scorpene mula-mula diketahui.


Namun, oleh kerana pengaruh Najib yang kuat, tiada seorang pun yang berani menuntut supaya siasatan awam dijalankan.


Peliknya, sejumlah 114 juta euro (RM570 juta) yang diberikan kepada firma Perimekar sebagai perjanjian sampingan hanya dianggap sebagai kontrak servis dan penyelengaraan sahaja.


Ironinya, umum mengetahui firma yang meragukan itu tiada langsung pengalaman dan rekod dalam industri berteknologi tinggi itu.


Banyak laporan telah diterima dari rakyat Malaysia yang musykil akan kos sebenar yang telah mencapai lebih dari RM7 bilion.


Nyata sekali Najib telah menyembunyikan kos sebenar dari Parlimen dan mengambil keputusan untuk sentiasa memohon bajet tambahan untuk menyelengara kapal-kapal tanpa memberitahu berapakah kos sebenar yang telah ditanggung oleh pembayar cukai.


Sehingga kini, polis Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah enggan mengambil tindakan untuk menyiasat kes ini.


Kisah lain disebalik perjanjian kotor


Berbagai soalan bakal diajukan oleh mereka yang akan menghadiri sesi bersama William pada 21,22 dan 23 Julai nanti.


Selain dari status kes dan pembongkaran yang telah dibuat, perhatian juga akan tertumpu pada Altantuya, si cantik yang malang, pernah menjadi juru bahasa untuk Baginda.


Apa yang bermain dalam minda rakyat Malaysia adalah apakah sebenarnya hubungan di antara Najib dan Altantuya?


Rakyat bukanlah ingin menjaga tepi kain hubungan antara Najib dan Altantuya tetapi ini penting untuk mengetahui sejauh mana PM yang merupakan DPM pada ketika itu sanggup berbohong untuk menjadi perdana menteri.


Jika ingin tahu dengan lebih lanjut lagi, anda mesti datang ke majlis makan malam untuk mendengar dan bertanya soalan, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysian Chronicle.JP

No comments:

Post a Comment