Monday, August 15, 2011

PECAH TERDEDAH!!! PAPA GOMO cipta surat palsu MBPJ untuk burukkan pimpinan Pakatan



Saya petik:

[KD] PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan penipuan blogger Umno, PapaGomo yang menyiarkan satu surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di laman blognya.


Surat palsu itu berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church awla bulan ini.


Surat itu dihitamkan di beberapa bahagian kononnya ditulis oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ dan kini tersebar di internet.


Ia kononnya mengandungi bukti campurtangan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mengarahkan pembatalan sita gereja DUMC.


Namun, surat itu sebenarnya tidak pernah dikeluarkan bahagian itu, kata Nik Nazmi.


“Ini satu dakwaan olok-olok oleh blogger Umno yang terdesak untuk mengekalkan kuasa,” kata Nik Nazmi dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.


Menurutnya, pembohongan paling ketara dalam surat itu adalah apabila ia mendakwa MPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tentang kewujudan gereja DUMC itu yang dianggap haram.


“DUMC terletak di Seksyen 13, PJ, jauh dari Damansara Utama,” kata Nik Nazmi.


Beliau seterusnya menyifatkan blogger Umno itu sebagai kurang bijak dalam mereka cipta fitnah sedemikian rupa.


“Blogger Umno dibayar gaji mahal tapi tak buat kerja betul-betul,” kata Nik Nazmi.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selanjan, Elizabeth Wong yang turut disebut namanya dalam surat itu akan membawa penerbitan surat palsu itu di blog PapaGomo kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


“Saya bersama Nik Nazmi akan bawa perkara ini kepada SKMM.


“(Ia menunjukkan) betapa terdesaknya Umno untuk membuatkan orang marah terhadap perkara yang tidak wujud,” kata Elizabeth Wong.


Difahamkan, MBPJ akan membuat laporan polis berhubung isu itu di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada jam 2.30 petang ini.


P/s: Jika dibaca betul-betul, banyak lagi artikelnya berunsur fitnah.

2 comments:

  1. PAPA GOMO BERANI LA SEBAB KEBAL KERANA JADI PENCACAI UMPORNO, POLIS PUN TAK BERANI

    ReplyDelete