Monday, August 15, 2011

VIDEO PANAS!!! Serbuan atau Pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya


Rakaman ringkas kunjungan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah majlis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu kini boleh dilayari di internet.

Rakaman selama satu minit 25 saat itu dipercayai mula dimuat naik oleh laman blog Screwkuat.

Ia menunjukkan sekumpulan anggota penguatkuasa JAIS menuju ke sebuah dewan bagi majlis kesyukuran di perkarangan gereja itu.

JAIS sebelum ini menafikan tindakannya itu sebagai satu serbuan dan berkata ia hanya satu 'pemeriksaan' selepas mendapat maklumat bahawa terdapat kehadiran umat Islam pada majlis 'buka puasa' yang dianjurkan itu.

Siasatan dibuat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Video berjudul 'Jalan-jalan buka puasa, Thanksgiving Dinner Hall 3 Damansara Utama Methodist Church 3 Ogos 2011' bermula dengan sekumpulan pegawai JAIS bergerak menuju ke sebuah dewan.

Dalam video itu juga kelihatan beberapa peserta yang hadir pada majlis itu berada di luar dewan serta dua batang bunga manggar yang diletakkan di hadapan pintu masuk dewan.

Video itu bagaimanapun berakhir dengan rakaman beberapa anggota JAIS memasuki dewan yang dipenuhi dengan orang ramai dan disusuli dengan perkataan 'to be continued' (akan bersambung).

'Video itu membuktikan bahawa pihak JAIS tidak melakukan serbuan seperti yang didakwa.

''Ternyata pihak di sebelah sana terutamanya Malaysiakini dan The Malaysian Insider berbohong dan telah memfitnah pihak JAIS kerana mahu menutup kerja jahat mereka," kata blog itu.

Menurut penulis itu lagi, video itu sekadar permulaan yang membuktikan pihak JAIS memiliki bukti rakaman lengkap dan akan didedahkan pada masa yang sesuai.

Semalam seramai 12 umat Islam, yang berada di bangunan gereja berkenaan, tampil memberi keterangan dan menerima kaunseling di pejabat JAIS di Bangunan Sultan Idris Shah di Shah Alam.

1 comment:

  1. hello...kenapa x letak full video. video yang mana lelaki islam berucap di atas pentas tentang islam...video yang menunjukan jais ada bukti mengenai nyanyian alhamdulillah dalam gereja.....jais hanya berunding di luar dewan, selepas mendapat kebenaran bawu jais masuk. satu malaya dah tahu....jais BETUL. mau pusing lagi ka.?? tengok dekat youtube video full.

    ReplyDelete