Tuesday, January 18, 2011

Syiling pun syilinglah janji duit

Kutip duit macam pesta

SEREMBAN, 18 Jan. : Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

"Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Debat sesama Umno pasti hebat

Penyokong Md Isa cabar penyokong Shahidan berdebat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKvVlw8oajoEJktCmKsF2MeyF5MbVAzSMI0t-zM9AStTzXJwaDVvuM77OarerjleejYCqlCJ0CphyphenhyphennFzc7NSJ-kLijzLXawK8ybvEtPc7KT29-fnKOtyNt9XutisS6W8aB5Fl3Ejw0p8c/s320/mdisa+shidan.gif

PADANG BESAR, 19 Jan: Konflik yang melibatkan Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh dengan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Padang Besar, Ali Ismail terus berlanjutan dengan perkembangan terbaru timbulnya desakan supaya diadakan perdebatan antara kedua-dua pihak berhubung isu 'mentalkinkan Umno Perlis' yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Menurut sumber dalaman Umno negeri itu kepada Harakahdaily, cabaran supaya Hashim yang dilihat menyebelahi bekas menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim menerima pelawaan Ali sebagai penyokong Menteri Besar, Datuk Seri Isa Sabu untuk berdebat, telah diusulkan dalam mesyuarat Umno Bahagian yang diadakan pada minggu lalu.

Cabaran itu dikatakan bertujuan merungkai segala permasalahan yang timbul dan isu yang melibatkan Umno Negeri Perlis.

Isu 'mentalkinkan Umno Perlis' dikatakan tercetus dalam satu majlis melibatkan sebahagian pemimpin vateran Umno Perlis yang kecewa dengan tindakan Umno pusat yang masih lagi mengekalkan Md Isa sebagai Pengerusi Umno negeri.

Keadaan dikatakan lebih parah apabila Shahidan yang dilihat tidak sehaluan dengan Md Isa dilantik pula sebagai timbalan pengerusi mengantikan tempat Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Shahidan sendiri seperti dilaporkan media pernah mendakwa keputusan mengekalkan Md Isa sebagai pengerusi mempunyai kaitan dengan campur tangan pihak tertentu.

Malah beliau turut mempersoalkan sejauh mana Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dijadikan penanda aras oleh pucuk kepimpinan Umno terhadap pencapaian seseorang pemimpin, terutama di negeri itu.

Shahidan juga secara terbuka mengakui sukar untuk bekerjasama dengan Md Isa yang disifatkan merampas jawatannya sebelum ini.

"Jika tanya pasal gandingan, bagi saya itu suatu yang mustahil terutama untuk bekerjasama dengan individu yang saya lihat sebagai 'menyamun' jawatan saya sebelum ini," kata Shahidan lapor sebuah akhbar arus perdana.

Sementara itu perlantikan Shahidan pula mendapat tentangan penyokong Zahidi yang mahu beliau terus dikekalkan sebagai timbalan pengerusi.

Sehubungan itu pemarhati meramalkan konflik antara 'team' Shahidan dan 'team' yang menyokong Md Isa akan tidak akan berhenti dalam masa terdekat, malah dipercayai kedua-duanya akan lebih agresif menjelang pemilihan pimpinan peringkat cawangan-cawangan yang akan bermula Mac nanti.

Najib tiada modal kritik buku Jingga

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Keengganan Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu janji 100 hari Pakatan Rakyat, menunjukkan perdana menteri itu sebenarnya tiada modal untuk mengkritik tawaran tersebut.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, tawaran yang dikemukakan Pakatan Rakyat sebenarnya sangat bertanggungjawab dan telus sehingga pemimpin Umno takut untuk menerima kenyataan.


Beliau berkata demikian pada forum 100 hari Pakatan Rakyat malam tadi yang turut membidas keengganan Khairy menyertai forum tersebut.

"Sebab kenapa Najib dan kenapa Khairy tak ada di sini malam ini kerana mereka tidak mungkin boleh menolak hujah dan fakta yang telah kita berikan. Kalau Najib ada jawapan dah lama beliau buat debat terbuka dan siar di televisyen.


"Tapi sebab beliau tak ada jawapan, hari ini bila ditanya sekali lagi kenapa beliau mengelak dari berdebat yang dijawabnya adalah serangan peribadi , sebab Anwar itu bersalah, ada kes mahkamah, masalah lompat parti dalam PKR. Apa kena mengena lompat parti dengan pemberian subsidi? soalnya sinis.


Selain Rafizi, Forum anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu turut disertai dua lagi ahli panel iaitu Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.


Dr. Dzulkefly dalam hujahnya mendakwa program 100 hari Pakatan Rakyat bukan sekadar angan-angan kosong namun disertai dengan formula dan perkiraan yang tepat untuk dilaksanakan.


Beliau yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS berkata, Pakatan Rakyat sebelum ini telah membuktikan mereka berjaya menggunakan hasil negeri untuk kebajikan rakyat.


"Yang kami kemukakan dalam buku jingga itu bukan satu cita-cita yang melangit, sebabnya kami telah lakukan sejak tiga tahun sejak kami mentadbir negeri Selangor, Pulau Pinang dan lain-lain," katanya.


"Apabila kami bentangkan buku jingga, tak ada cara lain mereka (Umno) boleh takutkan rakyat kecuali mengungkapkan kata-kata keramat bahawa negara akan bankrap kalau Pakatan memerintah termasuk kalau kita berikan RM500 kepada setiap guru di negara ini," katanya lagi.


Ahli Parlimen Kuala Selangor itu juga berkata, semua negara ketika ini sedang berhadapan dengan "peperangan mengatasi hutang dunia".


Malaysia yang menanggung hutang kira-kira RM362.69 bilion juga tegasnya tidak terlepas daripada menghadapi peperangan itu dan menyebabkan kerajaan cukup takut untuk memberikan subsidi kepada rakyat.


"Perdana Menteri mengingatkan rakyat bahawa kalau rakyat diberikan subsidi RM19 bilion setahun, maka negara akan bankrap.


"Kalau sebelum 8 Mac 2008 bolehlah gunakan kaedah menakut-nakutkan rakyat kerana rakyat belum berapa celik maklumat tapi hari ini dengan politik baru, rakyat sudah diperkasakan dan dimerdekakan dengan maklumat dalam media baru," katanya.


Tony Pua pula berkata, melalui Program 100 Hari Pakatan Rakyat, negara boleh mengambil alih konsensi lebuh raya tanpa menyebabkan negara bankrap.


“Mereka (BN) kata pengambilan ambil alih lebuh raya akan memufliskan negara tapi tidak sebaliknya kita boleh membantu rakyat," kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.


Pakatan Rakyat menggariskan 10 perkara asas dalam Program 100 mereka jika diberi mandat memerintah Malaysia.


Perkara tersebut adalah:


1. Mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan;

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA);
3. Mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan kepada mereka;
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar;
8. Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA;
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus;
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.

Mahkamah arah Tharmendran dibebaskan, tahanan tidak sah



KUALA LUMPUR 19 Jan. : Bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), N. Tharmendran yang ditahan secara tidak sah diarah dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Tharmendran kini ditahan di kem tentera di sini.

Hakim Datuk Su Geok Yiam berkata, penahanan staf itu adalah sah tetapi tindakan menahan dia di Kem Batu Kentonmen, Jalan Ipoh di sini melanggar undang-undang kerana ia bukan pusat tahanan yang sah.

Peguam Tharmendran, Amer Hamzah Arshad berkata sebaik sahaja perintah mahkamah diperoleh mereka akan menuju ke kem tersebut bagi membolehkan Tharmendran dibawa keluar.

“Saya sangat gembira. Esok saya akan menyambut Thaipusam dengan anak saya,” kata bapanya N. Nagarajah kepada pemberita.

Tharmendran memfailkan permohonan habeas corpus pada 26 November lalu dengan menamakan Leftenan Kolonel Mohd Razif Ramli, Komandan Pusat Tahanan Kem Batu Kentonmen, Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Menteri Pertahanan sebagai responden.

Semalam, Amer dalam hujahnya berkata penahanan itu adalah salah atas alasan Tharmendran tidak lagi berkhidmat dengan TUDM selepas perkhidmatannya ditamatkan, selain gaji turut diberhentikan.

Katanya, Tharmendran tidak diberitahu mengenai lanjutan perkhidmatannya iaitu selama 12 bulan selepas tamat tempoh perkhidmatan pada 28 Mei tahun lepas.

Tharmendran, 42, mendakwa penahanan itu tidak mengikut undang-undang kerana dia adalah orang awam dan tidak lagi berkhidmat dengan TUDM sejak 28 Mei lalu.

Dia juga mendakwa keempat-empat responden itu bertindak di luar bidang kuasa yang melakukan tangkapan dan tahanan secara tidak sah.

Pada 25 November lalu, Tharmendran ditahan semula oleh TUDM di pekarangan tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Shah Alam kerana kesalahan meninggalkan tugas.

Penahanan itu dilakukan oleh lima pegawai Jabatanarah Provos Marsyal TUDM selepas Tharmendran menghadiri pendengaran permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya di mahkamah itu.

Pada 6 Januari tahun lepas, Tharmendran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.

Dia didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop untuk mencuri dua enjin itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini.

Pemain kebangsaan dari Selangor akan terima ganjaran

Ganjaran Negeri Pemain Selangor Dalam Skuad Kebangsaan Yang Menang Piala AFF Suzuki



SHAH ALAM 19 Jan. : Kerajaan Selangor akan memutuskan dalam sebulan lagi bentuk ganjaran kepada pemain-pemain Selangor yang memainkan peranan dalam Skuad Kebangsaan merangkul kejuaran Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta baru-baru ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selaku Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berkata, "Kita perlu melihat apa yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri lain kepada pemain-pemain mereka, kalau kita nak beri mesti ada nilai tambah," katanya.

Abdul Khalid berkata kalau boleh ganjaran yang bakal diberikan itu membolehkan pemain membuat persediaan bagi meneruskan kehidupan mereka selepas menggantung kasut bola mereka.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Memperkenalkan Pasukan Bolasepak Liga Super dan Piala Presiden Selangor dan Pelancaran Jersi untuk Musim Baru di sini.

Pemain Selangor yang mewakili negara pada Piala Suzuki ialah Mohd Amri Yahyah, Mohd Razman Roslan, Mohd Nasriq Baharom, Mohd Asraruddin Putra Omar,Safiq Rahim, Mohd Amirulhadi Zainal dan Mohd Safee.

Pada majlis itu, wartawan diperkenalkan jersi baru Selangor berwarna merah bila beraksi di gelanggang sendiri dan kuning di gelanggang lawan, ditaja oleh Novature Sdn Bhd.

Penaja utama bagi pasukan merah kuning pada tahun ini ialah Menteri Besar Inc dengan tajaan berjumlah RM4 juta setahun.

Buku Jingga buat pemimpin Umno gelisah

Pemimpin BN risau kemampuan PR: Mohd Firdaus

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzDJUcBIG4TCkYeI9AqmkiMY4PN5GrI78v6rmmpJgL0Oi6vchBP1TKfbUVp6F6w0jJzrz382Ioceoyleiej1Rx3UhPbr3v-7l9N5yvDORE0CQmKzadv2jhX36a_oZwVYRoTns1cGQIdFYH/s400/Gambar+1,+3nd+lead+(Mohd+Firdaus+Jaafar)s.JPGALOR SETAR , 19 Jan. : Pemimpin Barisan Nasional (BN) risau apabila Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan resolusi yang dicapai dalam Pelan 100 Hari PR kerana apa yang disyorkan itu mengatasi pencapaian BN selama 53 tahun mentadbir negara.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, apa yang terkandung dalam Buku Jingga PR itu adalah di luar jangkauan BN sendiri, sebaliknya menjadi realiti sekiranya PR menawan Putrajaya.

“Setelah 53 tahun memerintah pun BN tidak mampu memberi apa yang tercatat dalam Program 100 Hari PR itu. Contohnya, imbuhan khas pendidikan kepada guru dan pegawai pendidikan tidak dilakukan oleh BN,” katanya.

Mohd Firdaus yang juga Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Pusat berkata, imbuhan ini akan menelan belanja sebanyak RM3.2 bilion setahun, namun lebih baik berbanding menyalah guna wang dengan penyelewengan, korupsi dan pembaziran melalui projek tidak berfaedah.

Beliau berkata demikian apabila mengulas serangan bertali arus pemimpin BN terhadap janji-janji PR sejak PR mengumumkan Pelan 100 Hari bulan lalu.

Sebelum ini PR mengeluarkan Buku Jingga yang menggariskan rancangan jangka pendek dan jangka panjang mentadbir negara sekiranya diberi peluang mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.

Antara 10 perkara yang akan dilakukan oleh PR dalam tempoh 100 hari pertama memerintah, ialah mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan untuk menghapuskan tol.

Seterusnya, menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menyediakan perkhidmatan Internet Wi-Fi percuma kepada rakyat serta menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.SH

Hasil Perjuangan ANAK; Generasi kedua dapat 500 Lot tanah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiBdD57d5xakckRSdWZZ6sUSrb-GRYg_LUBqP4vNrWqg59TPx9lwM1ihACFdDoHMx9XourLGylsgLG3H5crHQL6q5ZmFsLcF8azZtEITWGT6cPIneF0HOGR_UyzRTgR9_7s2Kd9b5bb4U/s320/LOGO+ANAK+2.jpgParti Islam Semalaysia Pas mengucap tahniah kepada perjuangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang dipimpin oleh Saudara Mazlan Aliman Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang telah berjaya menampakkan hasil, sehingga memaksa Datuk Najib Tun Razak selaku orang yang menjaga urusan FELDA meluluskan peruntukan sebanyak RM8.5 juta untuk 500 lot bagi generasi kedua Felda Johor.

Pas memanjat syukur kepada Allah kerana tuntutan untuk rakyat sudah di ambil berat oleh Datuk Najib.

Walaupun beliau mengumumkan sempena lawatan beliau ke Felda Chempelak dalam dewan Undangan negeri Tenang.

Apa yang pentingnya kerajaan sudah mula mengambil perhatian atas usaha gigih perjuangan ANAK selama ini.

Keputusan kerajaan mengambil berat masalah peneroka felda kesan daripada kesedaran peneroka bahawa hak mereka selama ini dinafikan oleh kerajaan BN.

Semuanya hasil perjuangan melalui wadah ANAK. Pas yakin keputusan ini dibuat terutama sambutan di kalangan masyarakat Felda amat menggalakkan, ditambah dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat yang akan menghapuskan Felda Plantation yang dianggap tidak adil kepada rakyat.

Pas yakin stok penimbal Umno di Felda semakin reput, sebab itu tindakan Datuk Najib meluluskan projek di Tenang. Mungkin inilah risikan yang telah sampai kepada beliau, jika tidak generasi kedua akan beralih sokongan.

Pas mengharapkan Datuk Najib perlu juga mengumumkan peruntukan kepada generasi kedua selain daripada negeri Johor, kerana di seluruh negara terdapat 317 rancangan dengan bilangan 900,000 peneroka.

Tidak adillah jika peneroka Johor sahaja yang dapat, kebetulan ada pilihnaraya kecil Tenang, bagaimana pula nasib peneroka yang tidak ada pilihanraya kecil.

Walau bagaimana pun Pas yakin peneroka sudah celik maklumat, terutama generasi muda Felda. Selama setengah abad hak mereka dinafikan oleh kerajaan BN.

Sekarang baru kerajaan sedar untuk cakna kepada peneroka kerana BN tidak lagi boleh berada di zon selesa hasil daripada perjuangan ANAK di bawah kendalian Pas.

Ust. Idris Ahmad - Ketua Penerangan PAS Pusat

Puak-puak Songkok Tiga Jengkal pun ada Tentera Jihad

Teo Nie Ching terima nota ugutan

KAJANG, 19 Jan: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching tengah hari ini akan membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Kajang selepas menerima sepucuk surat ugutan terhadapnya.

Pembantu peribadinya, Chen Fan Dao yang dihubungi
Harakahdaily
memberitahu, seorang kakitangan yang bertugas di pejabat DAP cawangan Kajang Baru menemui seekor ayam yang dipenuhi darah digantung pada pintu masuk pejabat mereka.


Ayam tersebut diletakkan bersama sekeping nota yang dilekatkan pada pintu tersebut bertulis 'Ingat, ini satu peringatan Teo Nie Ching! Tentera Jihad'.

"Kita jumpa benda itu lebih kurang jam 8.30 pagi ini.


"Darah masih lagi keluar dari ayam ini, dan kita rasa ia baru disembelih," katanya.


Ekoran itu, beliau bersama Teo akan membuat laporan polis berhubung perkara itu jam 11.30 pagi ini.


Teo Nie Ching sebelum ini pernah menjadi sasaran kecaman oleh akhbar Utusan yang mendakwa beliau memakai baju kebaya ketat dan tidak memakai tudung ketika hadir di sebuah surau di Kajang Ogos tahun lalu.


Manakala serangan kedua pula pada Disember lalu apabila Teo sekali lagi didakwa tidak menutup aurat ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid di Cheras.

KITA akan jadi 'KITAK'

Parti dirasmikan : KITA tidak lagi berseorangan

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim dirasmikan pagi ini dengan dibarisi nama-nama terkenal daripada pelbagai parti.

NONEAntara mereka termasuk ahli parlimen Padang Serai dari PKR, N Gobalakrishnan dan presiden PPP Datuk M Kayveas. Selain itu perwakilan daripada Snap dan bekas pemimpin PKR yang lain termasuk bekas setiausahanya, Datuk Salahuddin Hashim dan bekas timbalan setiausahanya yang dipecat P Jenapala juga hadir.

"Kita tidak lagi berseorangan," kata Zaid dalam ucapan perasmiannya.

Beliau yang juga bekas ahli majlis tertinggi PKR meninggalkan parti itu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan kepimpinan.

Zaid mengambil kepimpinan sebuah parti kecil yang berpangkalan di Kelantan, Akim sebelum menamakannya semula sebagai KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan pada Disember lalu.

Utusan jelas berbohong tidak disiasat

Shuhaimi Cabar Menteri KDN Ambil Tindakan Terhadap Utusan


SHAH ALAM 18 Jan. : Shuhaimi Shafie mencabar Datuk Seri Hishammudin Hussien mengambil tindakan segera terhadap pengurusan akhbar Utusan Malaysia dan pengarangnya, Awang Selamat berikutan laporan yang dibuat ke atasnya berhubung isu menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda itu turut mempersoalkan tindakan Hishammuddin yang menyatakan polis telah menyelesaikan siasatan terhadapnya walhal semalam, polis baru sahaja menggeledah pejabatnya buat kali kedua dan sekali lagi mengambil keterangan pembantu khasnya, Azmizam Zamanhuri di Ibupejabat Polis, Shah Alam.

Menurut Shuhaimi, kenyataan yang dikeluarkan Hishammudin itu jelas berat sebelah dan ia adalah satu pembohongan.

Pertama sekali, kalau kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin yang menyatakan sisatan selesai persoalan saya, kenapa polis masih menyerbu pejabat saya lagi? Ambil Modem, ambil peralatan pejabat dan sebagainya?

Kedua hari ini, jam 1.30 petang tadi, staf saya Azmin dipanggil lagi ke IPD,Shah Alam, untuk direkodkan lagi kenyatan dia, kenapa nak siasat lagi? Siapa yang berbohong sebenarnya? Menteri Dalam Negeri atau pegawai penyiasat yang bohong? Siapa yang bohong sebenarnya?

Shuhaimi berkata demikian ketika dihubungi Tv Selangor bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa kes beliau telah selesai disiasat dan hanya menunggu peguam negara menentukan dan mengambil tindakan susulan terhadapnya.

Jelas Shuhaimi, Individu yang sepatutnya disiasat adalah pihak pengurusan Utusan Malaysia dan Awang Selamat sendiri.

Jadi memang benar negara kita ini hanya akan mengambil tindakan kepada pihak pembangkang, tetapi tidak kepada penulis-penulis yang mengampu Umno BN.

Shuhaimi berkata, Hishammuddin sepatutnya menyiasat laporan polis yang dibuat lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan atau NGO terhadapnya sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Saya beranggapan aduan langsung tidak mempunyai asas dan hishammudin berkata laporan tersebut dibuat oleh NGO yang tiada kaitan dengan politik, saya nak sanggah kenyataan beliau yang buat laporan itu termasuk ketua pem uda Umno Kota Raja, Ketua-ketua Pemuda seluruh Selangor, Gaps[Gabuangan Anggota Pemikiran Serabut] yang mana mereka ini semua adalah ahli-ahli Umno," katanya.

Rosmah Menderhaka! Di mana PERKASA?

Artikel : Bagi memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan, Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu, Memperkasakan kaum Pribumi, Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia dan Mempertahankan kedaulatan Negara.

Kesemua diatas adalah asas atau tujuan PERKASA ditubuhkan.

Namun begitu motif yang diperjuangkan kononnya untuk membela nasib orang Melayu itu dengan mengadakan demontrasi jalanan dan menyemai sentimen perkauman secara melampau mengundang pelbagai persoalan.


Sasaran mereka juga kelihatan terpilih, mereka hanya dilihat vokal atau lantang memperjuangkan nasib Melayu di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dan mereka juga amat lantang bila isu yang melibatkan kedaulatan Raja-Raja Melayu disentuh oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Hinggakan ada pihak yang telah mentafsirkan tindakan mereka mengadakan demontrasi dan mengemukakan memorandum bantahan sekadar gimik politik murahan yang dipimpin oleh ahli politik yang semakin dipinggirkan.

Kita telah membaca suatu masa dulu Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah pernah menyifatkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ‘pelacur politik’ kerana sanggup melakukan segala-galanya demi meraih sokongan daripada masyarakat Cina dan India, hanya kerana Dr Wan Azizah mencadangkan agar konsep ‘ketuanan Melayu’ ditinggalkan.

Arman Azha Abu Hanifah juga melabelkan Dr Wan Azizah sebagai pengkhianat dan bagai kacang lupakan kulit.

Ketika Presiden PKR DS Wan Azizah menganggap bahawa suaminya itu sebagai pemimpin yang dianugerahkan Allah untuk membebaskan rakyat Malaysia dari cengkaman kuasa jahat UMNO, Ketua Wanita PERKASA Zaira Jaafar pula mengatakan Anwar adalah utusan dari Neraka untuk memusnahkan Melayu..

Oleh sebab itu Zaira mahu darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri dan segala darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan dilucutkan dari Anwar kerana mempertikaikan ketuanan Melayu..

Dan ketika timbulnya krisis mengenai perlantikan SUK Negeri Selangor pula, PERKASA muncul bersama Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Barisan Nasional mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar ekoran menderhaka kepada perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu.

Yang terbaru pula PERKASA juga telah bersama Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membuat laporan polis berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, yang dianggap menghina Sultan Selangor.

Menurut mereka ADUN Sri Muda itu terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru dalam kenyataan melelui blognya http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember.

Bagi mereka “Kenyataan ADUN itu seolah-olah memberi amaran bahawa Sultan Selangor akan berdepan dengan tindakan rakyat. Ia berunsur fitnah, menghina, menggertak, menggugut dan derhaka kepada institusi raja di Selangor.

Tetapi!! Dimana PERKASA? Dimana PERKASA ketika Rosmah jelas melanggar peruntukan Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong sebagai Ketua Negara dengan menganggap dirinya sebagai ‘First Lady of Malaysia’?

Selain dari menyalahi protokol Negara Rosmah juga tidak menghormati kedudukan mulia Permaisuri Agong dengan menganggap dirinya sebagai ‘First Lady of Malaysia’.

Apa Ibrahim Ali masih tidak menyedari akan ujudnya Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

Dan Perkara 70 (1) berhubung "Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri" menyatakan "Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain".

Perkara 70 (2) pula menyatakan, "Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda".

"Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau "seniority" Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing. Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan diikuti oleh yang lain.

Jadi dimana Ibrahim Ali, Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah dan Ketua Wanita PERKASA Zaira Jaafar?

Kenapa kini membisu pula? Sudah buta atau hilang suara untuk berkata-kata..

Adakah kerana yang menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong itu Rosmah Mansor ianya tidak mengapa??

'Ada udang sebalik mee' , Gobala menentang PKR

Gobalakrishnan bimbang kedudukan

http://2.bp.blogspot.com/_5hd7oe3kKow/TSCbKSRO9uI/AAAAAAAAFOA/JM4vXcpyIZU/s1600/gobalakrishnan.jpgALOR SETAR, 19 Jan. : Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan didakwa terpaksa mengambil pendekatan menentang parti disebabkan bimbang kedudukannya sebagai wakil rakyat bakal terjejas berikutan kes mahkamah yang sedang dihadapinya ketika ini.

Seorang pemimpin kanan PKR Kedah mendakwa, Gobalakrishnan yang didapati mengaku salah terhadap pertuduhan menghalang tugas polis dan dihukum denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang tahun lalu bimbang permohonan yang dibuat di Mahkamah Rayuan ditolak berikutan pernah melakukan perbuatan serupa pada 2007.

Menurutnya, peluang Mahkamah Rayuan menerima permohonannya dianggap tipis dan Gobalakrishnan kini terpaksa menentang parti bagi membolehkan beliau mengekalkan kepentingannya sekiranya bertindak melompat parti.

“Bagi saya, Gobi (Gobalakrishnan) membuat kesilapan apabila mengaku salah di atas pertuduhan ke atasnya kerana ianya membatasi peluang beliau untuk mengemukakan rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan.

“Mungkin beliau sudah berasa tidak selamat berada di kerusi Parlimen yang diduduki, Gobi terpaksa menyerang parti bagi membolehkan beliau tidak berputih mata dengan melompat parti sekiranya rayuannya ditolak,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian di sini.

Pemimpin kanan PKR negeri yang enggan dikenali itu turut mendedahkan Gobalakrishnan adalah antara pengikut setia Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim dan tidak menolak kemungkinan bakal mengikut jejak langkah bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu tidak lama lagi.

“Semua ahli PKR sudah maklum Gobalakrishnan adalah orang kanan Zaid dan tindakan beliau lantang mengkritik parti sudah dapat diduga.

“Segalanya bergantung kepada keputusan Mahkamah Rayuan dan sekiranya rayuannya ditolak, kemungkinan beliau keluar parti adalah 80 peratus,” katanya.

Ditanya sama ada ketiadaan Gobalakrishnan akan melemahkan jentera PKR Kedah bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, pemimpin kanan PKR Kedah menegaskan parti itu kini di bawah proses pemutihan.

“Kita tidak memerlukan pemimpin yang meletakkan kepentingan diri mendahului kepentingan parti,” katanya.

Sebelum ini, Gobalakrishnan yang juga bekas Ketua Cabang Padang Serai, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown, selepas didapati bersalah menghalang tugas polis dan menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Padang Serai jika Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu.

Gobalakrishnan, 50, didapati bersalah menghalang tugas seorang anggota polis, Cif Inspektor V Salavanan pada sambutan Thaipusam di Jalan Utama, Georgetown, kira-kira jam 12.20 tengah hari pada 29 Januari 2002.

Gobalakrishnan yang ditahan di lokap mahkamah selepas hukuman dijatuhkan, membayar denda itu di pejabat Pendaftar Mahkamah petang semalam bagi membolehkan beliau memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakannya apabila disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.SH

PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang

LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia hari ini apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid pagi Selasa lepas.)

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau kerana risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.


"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi Selasa lepas.


Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.


"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.


"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.


Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa lepas. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.


Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.


Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.


Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.


Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.

Dah tahu Anwar akan demam, berdebatlah wahai Najib

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya.

"Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya.
"Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi?

"Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebelum itu, ketika berucap kepada para peneroka di Felda Chemplak, Tenang, Najib berkata: "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam".

Mahfuz juga membidas Najib yang menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya sedangkan beliau sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadinya.

"Tak usahlah menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya kalau diri sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadi ekoran pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Penyiasat diculik, muka yang didakwa sebagai pembunuh sentiasa ditutup dan hari ini tak tahu di mana mereka berada, akhbar-akhbar antarabangsa tuduh terang-terangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dia tak berani ambil tindakan walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh tetapi terus bersifat bacul melarikan diri dari masalah peribadi," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengingatkan Najib supaya jangan cuba melarikan diri dari membahaskan masalah ekonomi negara dengan bercakap besar kononnya dia boleh mengakibatkan Anwar demam kalau dia mendedahkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu.

Beliau mengingatkan Najib bahawa debat di antara beliau dan Anwar bukan isu peribadi tetapi debat tersebut adalah untuk rakyat dan berpaksi kepada isu-isu negara.

Anwar, kata Mahfuz, mengajak Najib berdebat dalam hal dan isu pengurusan negara selepas Najib menghentam program 100 hari Pakatan Rakyat (PR).

"Sebagai Perdana Menteri, Najib harus berani mempertahankan dasar-dasar dan tatacara pentadbirannya di khalayak umum ketika Anwar sendiri bersedia mempertahankan program 100 hari PR yang diburuk-burukkan oleh Najib," katanya.

Mahfuz mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidak tahu membezakan hal ehwal negara dengan isu peribadi?

"Kalau isu peribadi, orang tidak berdebat, malah boleh bersembang kedai kopi sahaja. Susahlah negara kalau Perdana Menteri mempunyai gaya pemikiran yang setahap pemikiran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk) Ahmad Maslan," katanya.

Tenang masih tenang, tapi Umno bergelora

Artikel : Besar kemungkinan Umno tidak akan mencalon wanita untuk bertanding dalam pilihan kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini. Seorang calon wanita yang disebut-sebut akan diletakkan bertanding dikatakan ada masalah. Umno akan mengumumkan calonnya petang esok. Muhyiddin Yassin dijangka melakukannya.
Pas telah pun mengumumkan calonnya untuk diletakkan pada pilihan raya kecil Dun Tenang pada 30 Januari nanti. Calon Pas seperti diduga awal, Normala Sudirman, 35 seorang bekas guru.

Sambutan dan komen awal terhadap Normala sebaik diumumkan sebagai calon memberangsangkan. Blog Merah Tinta sendiri menimangkan Normala sebagai Shopia Loren

Umno dijangka mengumumkan calonnya esok. Ia mungkin dilakukan sendiri perdana menteri. Najib kena turun sendiri sebab pilihan raya Tenang tidak berapa tenang buatnya. Pilihan raya Tenang akan dijadikan petunjuk. Najib perlu Tenang menang bagi menolak analisa sesetengah pihak mengatakan pengaruh Umno di Johor sudah mulai berkurangan sejak kebelakangan ini.

Najib juga perlu Tenang dimenangi Umno untuk membuktikan bahawa orang Cina masih menyokong Umno. Undi orang Cina yang beralih angin pada pilihan raya umum lalau dikatakan sudah berjangkit ke Johor. Sejauh mana wabak "PRU12" itu benar akan terjawab menjelang malam 31 Januari nanti.


Pilihan raya Tenang juga akan membuktikan sejauh mana pengaruh peribadi Chua Soi Lek dan Chua Jeng Meng di Johor. Mudah saja.. kalau Tenang dimenangi dengan majoriti besar oleh Umno bermakna Jeng Meng tidak mempunyai pengaruh besar dan mampu merubah suasana. Kehadiran Jeng Meng dalam PKR tidak lebih dari gendang naga saja. Kemenangan Umno di Tenang juga memberi gambaran bahawa Umno masih kuat dan totok di negeri berjiran dengan Singapura itu.


Sebaliknya kalau Umno kalah dan Pas menang, maka Umno Johor perlu bersiap sedia untuk membungkus diri. Selat Johor terbatang luas untuk menerima bangkai dan jenazah Umno dalam pilihan raya ke -13 kelak.


Perkembangan hari ini menggambarkan bukan senang untuk Umno menang besar di Tenang. Bukan saja kerana Pas menurunkan "Shopia Loren" tetapi antara puncanya nakti kerana masalah dalaman parti tersebut. Tenang sebenarnya bergelora bagi Umno.


Sehingga kini khabarnya Umno belum memutuskan siapa yang akan diletakkan berdepan dengan Shopia Loren. Ada empat nama yang disebut-sebut akan dipataruhkan oleh Umno. Mereka ialah timbalan ketua Umno Labis, Rsudin Mahmud, naib ketuanya, Hashim Daud. Dua nama lagi ialah ketua wanita Haslina Salleh dan seorang ahli biasa, Mohd Azhar Ibrahim.


Rusdin dan Hashim masing-masing adalah guru. Rusdin pernah berkhidmat di sekolah di Chaah manakala Hahsim adalah pesara. Haslina pula seorang ahli perniagaan dan Azhar penolong pegawai Daerah Rengit.


Itulah mpat nama yang disebut-sebut dan sedang berebut. Lobi melobi hangat dijalankan sehingga sampai ke Oman katanya? Kenapa Oman, tanya Mat Maslan ibnu Felda?


Selain dari empat nama itu ada satu lagi nama yang bergerak dari bawah dan mendapat sokongan ramai. Dia dimaksudkan ialah bekas Pegawai Khas bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba, Rahman Yunus. Walaupun Rahman ahli biasa tetapi mempunyai pengaruh meluas di Labis. Sudah timbul cerita kalau beliau tidak dicalonkan, beliau akan membuat onar. Katanya 12 cawangan sudah berada di tangannya yang akan dibubarkan bila-bila masa saja kalau Rahman tidak dicalonkan.


Sama ada benar atau tidak, katanya berdasarkan sumber yang layak dipercayai, Rahman juga sudah menemui Anwar Ibrahim. Apa cerita sila telefon Tamrin Ghafar.


Sekiranya isu Rahmat ini tidak dapat diselesaikan Umno akan menghadapi masalah besar di Tenang. Isu Rahman inilah juga menjadikan Umno tidak tenang dan akan bergelora sehingga ke hari mengundi di Tenang. Apakah sempena dengan kunjungan Najib untuk meletak kerja hari ini, Rahman sudah dibawah berjumpa Najib? Apakah?MSO

Isa Samad biadap

Pemuda PAS Gesa Isa Samad Tarik Balik Ucapan Biadap


KUALA LUMPUR 19 Jan. : Tan Sri Isa Samad yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pengerusi Felda yang baru kelihatan hilang waras apabila melemparkan kata-kata kesat kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai gila sewaktu berkempen di Tenang, Johor.

Memetik laporan Harakah Daily, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan At-Tantawi berkata, apa yang diungkap Isa persis ucapan dan tindakan yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah yang gagal menyangkal hujah Nabi s.a.w. ketika mengajak mereka beriman kepada Allah, Tuhan yang Maha Mencipta.

"Inilah sifat jahiliah sepanjang zaman, setelah gagal berhujah lalu mereka akan melemparkan sumpah seranah dan caci maki sekaligus menunjukkan betapa rendahnya keperibadian serta tahap berfikir," ujarnya.

Tambahan pula, katanya ucapan dan kata-kata kesat sedemikian dilemparkan oleh Isa dalam keadaan beliau berada di dalam satu majlis yang sangat jelek.

"Tanpa sedar diri yang sedang bergelumang dosa, lalu ia menuduh liar ke arah orang lain terutama insan seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang terkenal dengan ketinggian peribadi dan ilmunya," katanya.

Justeru, tegasnya Isa Samad wajar menarik balik kata-kata yang celupar dan biadab andai berasa dirinya seorang pemimpin yang baik.

Jika tidak, katanya tentu sahaja rakyat bijak menilai terutamanya masyarakat Felda terhadap tahap keperibadian Isa yang dilihat tidak memaparkan nilai akhlak pemimpin yang bermoral dan terpuji, malah lebih kelihatan seperti gengster berdepan musuhnya.

"Dewan Pemuda PAS sangat kesal dengan pendekatan politik sedemikian, kelihatan seperti mereka sangat terdesak mendepani gelombang yang digerakkan oleh PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang diperkaya pula dengan ketinggian budi dan akhlak pemimpinnya," katanya.

Ini kerja pemimpin Umno semasa perintah Selangor

SHAH ALAM, 18 Jan. : Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan Dr Mohamad Khir Toyo ketika berkuasa, memberi sekurang-kurangnya lima projek bernilai kira-kira 63 juta secara terus kepada sebuah syarikat yang dipercayai kroni bekas Menteri Besar Itu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, berkata lima projek runding terus diberi kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai berbeza termasuk pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 dengan nilai RM22,880,000 bagi fasa 1 dan fasa 2 (RM61 juta).

Katanya, tiga lagi projek ialah mereka bentuk, membina dan menyiapkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju (RM71,080,000), cadangan membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama, Sepang (RM73,750,871.53) dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan, Dengkil (RM14,999,000)

Beliau berkata, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd turut diberi projek secara penswastaan.

“Getrahome mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Sepang bernilai RM16 juta pada 2000.

“Kanasutra pula diberi projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas Tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta, sbelum dibatalkan pada 27 Januari lalu,” katanya.

Faekah berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 16 Disember 2010 membuat keputusan untuk mendedahkan maklumat dan nilai projek yang diberi kepada syarikat milik Shamsuddin Hayroni, didedah kepada umum.

Mengikut kenyataan media, beliau berkata, pendedahan itu bagi memastikan kerajaan Selangor dan kakitangan awam tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni.

“Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran Pakatan Rakyat yang menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

“Kerajaan negeri berpendapat maklumat ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan,” katanya, menambah ia juga mengelak timbul tanggapan buruk terhadap kerajaan negeri menjelang perbicaraan kes Dr Khir.

Dr Khir didakwa mendapatkan dirinya dan Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan balasan yang diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli Ditamas dengan harga RM6.5 juta.

Faekah berkata, kerajaan Negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada mana-mana syarikat termasuk yang dimiliki Shamsudin.

Gelombang PAS ganti Umno semakin bersemarak di Terengganu

GELOMBANG TAHUN 1999 KINI KEMBALI KE TERENGGANU

Tahun 2007 adalah setahun sebelum Pilihanraya Umum ke 12.Pada tahun itulah Terengganu dikejutkan dengan insiden di Batu Buruk,di mana dua orang pemuda telah ditembak dengan peluru hidup oleh polis dalam kejadian tersebut.

Peristiwa itu telah menjadi isu besar dalam landskap politik negeri,di mana 37 orang ditahan dan dibicara di mahkamah kerana terlibat dalam perhimpunan haram.Pelbagai versi cerita didengari,termasuk daripada Pas dan Umno.

RTM mengambil pelbagai tindakan jahat,termasuklah membuat satu dokumentari pendek setiap kali selepas slot berita yang menunjukkan gambar seorang pemuda bertopi keledar membakar bendera Malaysia selain gambar seorang lelaki berserban yang bertindak ganas dengan melempar batu kepada pihak FRU.


Pun begitu,gelombang kebangkitan rakyat ketika itu masih belum cukup kuat untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional di Terengganu.

Negeri yang menganjur jauh ke Laut China Selatan ini tidak terkena tsunami politik yang melanda negeri-negeri di Pantai Barat.

Pas masih gagal merampas kembali Terengganu di bawah Umno walaupun pada dasarnya berjaya menjatuhkan Umno di beberapa buah kerusi termasuk di Dun Sura, Bukit Payong,Bukit Tunggal dan Ladang.

Ini menjadikan Pas menguasai kawasan berkepadatan penduduk di tengah-tengah Terengganu iaitu kawasan Kuala Terengganu dan Marang kecuali di Dun Sura yang terletak ke arah Selatan Terengganu.


Dalam Pilihanraya Umum ke 12,Barisan Nasional yang diwakili oleh Umno dan MCA telah memperoleh undi terkumpul sejumlah 240 178 undi yang membentuk peratusan sebanyak 55.0% berbanding Pas dan PKR yang mengumpul 196 268 undi yang membentuk 45% undi di seluruh Terengganu.

Secara umumnya,Pas bukanlah ditolak di Terengganu cuma masih belum mampu untuk merampas kerusi-kerusi bagi membentuk majoriti yang mudah.


Asasnya mudah untuk mengetahui mengapa Umno masih mengekalkan kuasa di Terengganu walaupun tewas di negeri-negeri lain.

Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah Umno telah mengumpulkan segala kekuatannya termasuk jentera kerajaan dan wang ringgit bagi menawan Kelantan dan mempertahankan Terengganu.

Malah, Umno sendiri tidak pernah menjangkakan bahawa Selangor yang hampir menjadi sifar pembangkang boleh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Mereka asyik menabur janji dan wang di Terengganu sehingga terlupa kepada negeri lain.


Oleh itu,keadaan dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti akan menyaksikan kekuatan Umno yang menggunakan jentera kerajaan dan wang terpecah-pecah.

Seperti anda bermain catur.Tatkala anda asyik menyerang dan mengasak raja musuh,anda tidak begitu mempedulikan nasib dan pertahanan raja anda sendiri.

Ketika itulah jika musuh menyerang secara tiba-tiba,anda akan kucar-kacir menyebabkan strategi diubah bagi membaiki kembali pertahanan.


Begitulah juga dengan Umno.Jika dalam PRU 12 mereka bertindak menyerang kubu lawan dalam permainan catur politik,dalam PRU 13 nanti mereka terpaksa menjadi pasukan yang bertahan pula.

Masa menyerang sekarang telah berada dalam tangan Pakatan Rakyat.Jentera mereka akan berpecah-pecah terutamanya untuk mempertahankan kerajaan haram di Perak,menawan kembali lubuk emas di Selangor,menyelamatkan Negeri Sembilan selain mencuba nasib di Kedah.

Di Pulau Pinang mereka telahpun redha yang kerajaan DAP akan kekal selain menghadapi tugas berat di Kelantan.


Dalam keadaan sebegitu,Pas sebenarnya mempunyai peluang yang baik untuk menang bukan sahaja di Terengganu,malah di Perlis dan tidak ketinggalan menjadi pembangkang yang kuat di Pahang kalaupun tidak mampu menang di sana.

Apapun,jangan terlampau obses untuk menyerang.Dalam masa yang sama,pertahanan juga penting terutamanya di kawasan yang telah dimenangi oleh Pas.

Hal ini kerana penulis khuatir betapa kucar-kacir dalam Pilihanraya Umum tahun 2004 akan kembali direncana oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Apapun,keadaan di Terengganu pada masa kini penulis lihat tidak kurang hebatnya seperti dalam tahun-tahun 1999 di mana mood dan sentimen pengundi itu berpihak kepada Pas.

Pas sememangnya mempunyai penyokong yang ramai di Terengganu dan begitu juga Umno.Satu-satunya cara untuk menang adalah menarik sokongan pengundi di atas pagar.

Mungkin Dana Wang Ehsan akan ditabur-tabur selepas ini,namun begitu tidak kesemua pengundi tidak tahu berfikir dan menilai.

Bak kata pepatah Nik Aziz yang terkenal,"beri duit ambil,beri kain pakai,masa mengundi pangkah Pas".Untuk menang,Pas perlu pandai berstrategi untuk memainkan isu rakyat terutamanya isu kenaikan harga barang,gejala sosial dan rempit yang membarah selain isu pembaziran yang dibuat oleh kerajaan Ahmad Said.


Memainkan isu nasional mungkin satu strategi,tetapi ianya tidaklah begitu dipedulikan oleh penduduk Terengganu yang rata-ratanya golongan luar bandar dan separa bandar.

Isu tersebut mungkin laku di Kuala Terengganu tetapi tidak di Kuala Berang.Apa yang paling dekat di hati rakyat Terengganu bukanlah isu APCO mahupun rasuah,tetapi lebih kepada isu harga minyak dan harga barang.

Kenaikan harga makanan yang mendadak perlu diperjelaskan dengan Agenda 100 hari Pakatan Rakyat.

Pun begitu,isi-isi dalam Buku Jingga tersebut perlu diterjemahkan secara ringkas dan mudah difahami oleh semua golongan supaya kelihatannya Pas adalah parti untuk semua.


Perhimpunan Pas Ganti Umno baru-baru ini di Kemaman yang khabarnya menarik kedatangan sehingga hampir 30 000 orang adalah satu petanda positif dengan gelombang kebangkitan rakyat di Terengganu.

Walaupun diketahui bahawa Umno Bahagian Kemaman mempunyai jumlah ahli terbesar di Malaysia, kehadiran para penyokong Pas di seluruh negeri yang berkampung di Kemaman baru-baru ini mampu memberikan mesej bahawa Umno akan menghadapi tentangan sengit daripada Pas.

Jika Umno tidak gusar akan kebangkitan Pas,masakan Majlis Perbandaran Kemaman bertindak mencabut beribu-ribu bendera Pas di Kemaman.Ini menunjukkan bahawa mereka perlu berhati-hati selepas ini.


Tatkala Umno di Terengganu masih berkrisis melalui pertembungan terbuka Utara-Selatan, Pas perlu mengambil peluang ini memenangi hati rakyat Terengganu.

Di saat ini,penulis teringatkan kata-kata seorang sahabat lama,"Umno ni hanya mampu bersatu ketika dia lemah je.Bila menang,semua berebut-rebut nak kuasa.Peteh sana peteh sini."
kamisokongpas

Najib ulangi janji Santa Claus di FELDA


SHAH ALAM 18 Jan.: Pengumuman peruntukan RM1.6 bilion bagi memajukan masyarakat FELDA di seluruh negara oleh Perdana Menteri disifatkan sebagai 'janji Santa Claus' oleh Mazlan Aliman.

Ini kerana katanya yang juga Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan atau ANAK, Datuk Seri Najib Razak tampak jelas berniat untuk meningkatkan sokongan peneroka menjelang pilihanraya umum ke-13

Taktik ini sering diutarakan pemimpin Umno-Barisan Nasional(BN) setiap kali menjelang atau menghampiri kemuncak pilihanraya. Tetapi mengabaikan nasib peneroka selepas berakhir.

"Bila berlaku pilihanraya, barulah mereka hadir dengan pelbagai janji seperti 'Santa Clous', sedangkan dari pemantauan selepas pilihanraya kecil janji itu tidak dilaksanakan.

"Sememangnya menjadi tabiat pemimpin BN, sering kali mengunakan angka mengelirukan rakyat apabila beliau (Najib Razak) mengumumkan RM1.6 billion itu menggunakan wang siapa.

"Jadi kita sebagai rakyat perlu tahu, RM1.6 billion itu beliau menggunakan wang siapa, samada diambil dari wang rezab FELDA ataupun wang kerajaan,"katanya.

Mazlan ketika dihubungi Tv Selangor turut menjelaskan ada dikalangan penduduk menyatakan inilah kali pertama Perdana Menteri melawat kawasan mereka.

Hari ini Najib yang juga Pengerusi BN mengadakan lawatan ke Tenang dan pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka di FELDA Chemplak, Najib turut mengumumkan peruntukan RM8.5 juta untuk program pembangunan prasarana 500 buah lot yang akan diberi kepada generasi kedua peneroka FELDA.

Realitinya, Felda menjadi kubu kuat Barisan Nasional khususnya Umno selama ini.

Mengulas pengumuman tersebut, Mazlan menyatakan ia hanya satu gimik yang sama dilakukan pada PRK Hulu Selangor April lalu dan sehingga kini tiada sebarang pembangunan projek dilakukan seperti yang dijanjikan kepada penduduk di FELDA Soeharto.

Pengumuman tersebut dibuat ketika BN bersedia menghadapi PRK DUN Tenang hujung bulan ini jelas membuktikan FELDA bukan sahaja kubu kuat mereka malah ia juga merupakan talian hayat buat mereka.

Rambut pelajar berbangsa Singh dipotong semasa ikuti program PLKN

Potong Rambut Remaja Sikh: Gobind Gesa Kaji Sistem PLKN


SHAH ALAM 18 Jan.: Kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi meneliti sistem program Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dianggap kurang berkesan terutama dalam aspek menghormati amalan agama lain.

Justeru, menurut Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, individu yang terlibat tidak boleh terlepas daripada tindakan disiplin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu, Basant Singh, pelajar 18 tahun yang mengikuti latihan Khidmat Negara di Kem Seri Impian Sungai Bakap, Kedah terkejut apabila mendapati rambut beliau dipotong semasa tidur di bilik kem yang dikongsinya dengan sembilan pelatih lain, Ahad lalu.

"Jadi memang terdapat satu yang tidak betul dengan sistem program ini dan saya rasa satu kajian yang teliti harus dilaksanakan untuk meninjau bagaimana perkara ini boleh berlaku," jelas beliau.

Gobind yang dihubungi Tv Selangor petang tadi berkata, kejadian seumpama ini wujud berikutan kurang pendedahan patriotik dan agama lain yang dianuti segenap lapisan masyarakat di Malaysia.

Tambahnya lagi, perbuatan remaja tersebut tidak langsung menitikberatkan perasaan kaum lain khususnya membabitkan agama.

"Saya rasa itu perkara yang cukup penting tapi selain daripada itu apa yang perlu dilakukan adalah tindakan tegas perlu diambil untuk menghantar satu mesej kepada semua hadirin dan juga mereka yang terlibat dalam program ini bahawa tidak ada ruang untuk insiden sebegini berlaku.

"Saya rasa kalau seseorang pergi ke program seperti ini matlamat dia adalah untuk meningkatkan disiplin dalam peserta tersebut. Itu adalah tujuan kem ini. Kalau kita lihat dari segi logiknya sepatutnya perkara ini tidak berlaku dalam program ini," ujar beliau.

Bapa Basant, Surinderpal Singh, Ketua kuil Sikh Gurdwara Sahib berkata insiden tersebut merupakan satu perkara yang amat serius mencerminkan betapa kurangnya pemahaman anak-anak muda terhadap kepentingan amalan menyimpan rambut oleh agama Sikh.

Gobind menambah, keselamatan peserta-peserta PLKN perlu dititikberatkan agar kejadian sama tidak berulang.

"Ini juga satu isu yang perlu dilihat dari segi keselamatan para hadirin di kem-kem ini di mana kelihatan seolah-olah mereka dapat melakukan apa jua yang mereka suka tanpa sebarang perasaan takut berkenaan akibatnya," katanya lagi.

Dalam pada itu Gobind bersimpati dengan keluarga Surinderpal Singh dan mengharapkan agar mesej dapat disampaikan kepada semua rakyat di negara ini.

Cikgu Mala ada pakej, ada aura tarik sokongan pengundi

Cikgu Mala calon popular, punyai pakej menarik


SEREMBAN, 18 Jan. : Calon Pas, Normala Sudirman, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari ini, dilihat mempunyai pakej bagi menarik sokongan pengundi.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar berkata, pemilihan dibuat berdasarkan populariti bekas guru berumur 38 tahun itu dalam kalangan masyarakat setempat.

"Kerjaya sebagai guru sebelum ini memberi banyak ruang kepadanya berdamping dengan orang ramai.

"Selain itu, pimpinan Pas semua peringkat yakin, Normala yang pernah menerima anugerah guru cemerlang peringkat daerah memiliki komitmen tinggi sebagai calon PRK DUN Tenang,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Normala sebagai calon PRK DUN Tenang oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Labis, Johor, malam kelmarin.

Menurutnya, Normala bukan sahaja cemerlang ketika bertugas sebagai guru, malah dia sentiasa bergiat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Normala turut mempunyai reputasi membanggakan sebagai aktivis masyarakat,” katanya.

Zulkefly berkata, pemilihan bekas guru Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah itu dibuat selepas melalui beberapa tapisan pada peringkat pimpinan Pas negeri dan Pusat.

"Dalam senarai awal, Normala yang juga Ketua Dewan Muslimat Kawasan Labis adalah calon wanita tunggal.

"Pemilihannya membuktikan Pas tidak mendiskriminasikan golongan wanita dalam parti, malah mengiktiraf kebolehan dan keterampilan mereka menjayakan perjuangan kita,” katanya.

Jika Najib tak boleh tegur, mohon Seri Paduka nasihat Ro$mah

Mohon campur tangan istana untuk tegur Rosmah

PETALING JAYA, 18 Jan.: Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri berhubung tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap biadap serta derhaka ekoran menggunakan gelaran wanita pertama dan mencampuri urusan rasmi kerajaan.

Seorang jurucakap memberitahu FMT bahawa kumpulan dari pelbagai latar belakang akan dianggotai oleh pertubuhan politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam isu yang melibatkan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini.

Menurut jurucakap kumpulan yang bakal menggerakkan penyerahan memorandum ini menjelaskan dua memo berasingan dengan isu yang hampir sama akan diserahkan kepada Seri Paduka dan Najib setiap satu.

Menurut sumber itu, antara isi kandungan memorandum kepada Seri Paduka ialah memohon agar pihak istana campur tangan atau menyatakan pendirian berkenaan penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah.

“Sebagai rakyat yang kasihkan Rajanya, kami hanya memohon pihak istana menyatakan pendirian dan membuat teguran tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan gelaran Wanita Pertama selain Permaisuri Agung.

Katanya lagi, lebih malang lagi apabila Rosmah turut menunjukkan sikap angkuhnya apabila dengan beraninya menggunakan gelaran Wanita Pertama walaupun telah dikritik hebat sebelum ini.

‘Rosmah semakin angkuh’


“Rosmah semakin angkuh dan keterlaluan nampaknya. Ini bukan kali pertama. Dahulu pun masa lawatannya ke Amerika Syarikat dan menganjurkan Persidangan Wanita Pertama pun telah dikritik hebat tetapi mungkin tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menyebabkan dia semakin berani. Ini adalah biadap dan derhaka kepada Agong dan Permaisurinya.

“Tindak-tanduk Rosmah semacam mahu cuba menjadikan gelaran wanita pertama sebagai gelaran yang sah dan gelaran rasmi untuk isteri PM, iaitu dia sendiri,” menurutnya lagi.

Beliau juga memberitahu, keputusan untuk menghantar memorandum kepada Istana Negara tersebut dibuat apabila melihat Najib dan pemimpin Umno lain gagal menasihati Rosmah apatah lagi untuk mengambil tindakan yang wajar.

“Memandangkan situasi sekarang seolah-olah menggambarkan tiada apa yang dapat dibuat oleh Najib dan pemimpin Umno lain, maka kerana itulah kami berharap pihak istana campur tangan dalam hal ini.
Lebih-lebih lagi isu wanita pertama ini memang melibatkan pihak istana secara langsung,” ujar beliau.

Perkasa tidak bersuara


Menurut salah seorang dari kumpulan tersebut yang mengaku sebagai ahli Perkasa berkata, beliau kecewa apabila pemimpin tertinggi Perkasa tidak bersuara berhubung isu yang melibatkan pihak istana ini.

“Selalunya Perkasa tegas dengan sebarang isu yang membabitkan institusi raja-raja Melayu. Tetapi dalam isu ini, yang jelas nampak ada pihak yang sewenang-wenangnya guna gelaran yang sepatutnya untuk Permaisuri Agung, Perkasa tak keluar apa-apa kenyataan pun.

“Itu yang saya kecewa. Sebab itulah saya sertai kumpulan ini tetapi bukannya kapasiti sebagai ahli Perkasa, ini adalah secara peribadi saya dan dua rakan saya yang lain juga dari Perkasa.

Menurutnya lagi, selain individu dari Perkasa, beberapa pemimpin dan ahli beberapa parti politik yang berlainan idealogi daripada Pakatan Rakyat dan BN turut terlibat dalam rancangan itu.

“Selain saya dan dua rakan dari Perkasa, rakan kami yang lain ialah dari Umno, PKR dan PAS. Mereka sama juga seperti saya, bertindak bukan atas kapasiti parti politik masing-masing.

“Lagipun tiada sesiapa di antara kami yang memegang sebarang jawatan di peringkat pusat dalam parti atau pertubuhan masing-masing. Paling tinggi pun hanya dua, tiga orang peringkat daerah dan mungkin akan disertai oleh seseorang di peringkat negeri nanti,” katanya lagi.

Menyeru parti politik dan NGO turut bertindak

Jurucakap kumpulan ini juga menyeru agar mana-mana pihak tanpa mengira parti politik yang mampu mengatur gerakan penyerahan memorandum ini turut berbuat demikian.

“Saya menyeru kepada mana-mana pemimpin tak kira parti politik atau NGO, agar turut mengatur satu rancangan untuk menyerahkan memorandum ini kepada Seri Paduka seperti yang telah dibuat dalam isu air negeri Selangor.

Mungkin jika mereka yang mengaturnya ia lebih mendapat sambutan rakyat, ada pengalaman untuk menyusun dan merancang strategi berbanding kami dan boleh beri kesan yang lebih baik,” ujar beliau.

Manakala, memorandum yang dirancang untuk diserahkan kepada PM pula akan menyentuh penglibatan Rosmah dalam urusan rasmi kerajaan termasuk membantah kewujudan Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya.

Menurut mereka penglibatan Rosmah dianggap semakin serius sehingga membelakangkan menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam sesuatu kementerian seperti Kementeriaan Pelajaran dan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rosmah mencampuri urusan negara


“Nampaknya semakin lama, Rosmah semakin galak mencampuri urusan kerajaan hinggakan kadang-kala lagaknya seperti seorang Menteri Pelajaran, Menteri Hal Ehwal Wanita pun ada dan sebagai duta pun ada,” menurut sumber itu lagi.

Beliau turut mempersoalkan dan melahirkan kekesalan apabila Najib bukan sahaja dilihat gagal untuk menegur isterinya itu, malahan turut pada masa tertentu menyerlahkan pendirian beliau yang menggalakkan tindakan isterinya itu.

“Mengapa Najib tidak menegur atau mungkin juga PM sendiri yang memberikan galakan kepada Rosmah?” soal beliau.

“Yang hairannya, takkanlah Najib tidak nampak apa-apa yang tak kena tentang ini? Penasihatnya butakah untuk memahami ia memberi impak negatif kepada PM?

“Terus terang saya katakan isu ini bukan sahaja menjadi bahan serangan PR tetapi orang-orang dalam Umno sendiri pun ramai yang mengadu meluat dengan situasi ini,” tambah beliau.

Jamil Khir jangan 'double standard'

Jamil diminta arah ALP undur dari syarikat haram

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom diminta memberikan peringatan kepada para elitis politik dan perniagaan Melayu beragama Islam yang berada dalam lembaga pengarah syarikat perjudian dan arak agar mengundur diri.

Ini kerana, mereka semua tidak ada sebab yang sah untuk berada di syarikat sedemikian berbanding dengan pekerja bawahan yang terpaksa bekerja di tempat-tempat yang menghidangkan arak dan judi untuk sesuap nasi.

Demikian kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad ketika mengulas kenyataan Jamil Khir sebelum ini.

Media sebelum ini Jamil Khir berkata exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak sebagai menghina Islam.

"Perkara itu termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Ronnie tidak boleh sentuh. Kita berusaha mempertahankan moral dan akhlak orang Islam tetapi yang berlaku ada pihak mahu umat Islam melakukan sebaliknya," katanya.

Sehubungan itu, Jamil Khir emberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan isu-isu agama supaya segera menghentikannya dan menilai kesan perbuatan mereka.

Liu Khamis lalu berkata pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan “kerajaan negeri tidak menyedarinya.”

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah melantik satu penal untuk menubuhkan satu tabung bagi membolehkan mereka yang kehilangan pekerjaan atau ingin meninggalkan pekerjaan dalam tempat-tempat yang haram dibantu.

Bagi Dr Dzulkefly, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan negeri Selangor perlu memikirkan nasib pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan sebelum menyokong mereka diberhentikan oleh majikan mereka.

"Namun, para ahli perniagaan yang duduk dalam lembaga pengarah syarikat judi dan arak ini tidak ada alasan sedemikian. Oleh itu, kita cadangkan Jamil Khir mengarahkan mereka berhenti atau melaksanakan undang-undang itu," kata Dr Dzulkefly.

Surat jemputan debat telah dihantar, Najib kena jawab

Debat: Anwar Hantar Jemputan Kepada Najib


KUALA LUMPUR 18 Jan. : Parti Keadilan Rakyat(PKR) menghantar surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Surat jemputan ini disahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Jelasnya, debat itu perlu dibuat berikutan Najib sebelum ini membuat kenyataan tanpa bersandar fakta, kononnya negara bankrap jika Pakatan Rakyat melaksanakan janji yang termaktub dalam Buku Jingga.

“Ini bukan persoalan pertemuan antara dua tokoh atau antara individu tertentu tetapi ia berkaitan kandungan Buku Jingga yang mengandungi pelbagai dasar kebajikan untuk rakyat.

“Isu harga barang naik, bukan isu politik. Ini isu rakyat yang terus terbeban setiap kali harga barang meningkat. Buku Jingga ada cara untuk menurunkan harga barang,” katanya.

Ketua Eksekutif, di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu berkata, Pakatan Rakyat akan melaksanakan 10 perkara penting dalam masa 100 hari sebagaimana yang termaktub dalam Buku Jingga.

“Najib dakwa kononnya Malaysia bankrap jika melaksanakan dasar dalam Buku Jingga. Kalau betul bagai didakwa, beranikanlah diri untuk berdebat.

“Anwar sudah bersedia, Najib bagaimana,” katanya.

Najib nak tipu rakyat lagi

PM Manipulasi Tanda Aras Golongan Miskin- Azan Ismail


SHAH ALAM 18 Jan.: Bagi membuktikan kejayaan pentadbirannya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sanggup menurunkan tanda aras kemiskinan rakyat di negara ini.

Bagi Azan Ismail, tindakan ini umpama menafikan hak golongan miskin mendapat bantuan daripada kerajaan.

Tambah Ahli Parlimen Indera Mahkota itu, Perdana Menteri (PM) yang bangga dengan memanipulasi jumlah palsu taraf kemiskinan bertujuan mengaburi mata masyarakat bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional berjaya mengurangkan golongan miskin dalam masa singkat.

"Kerana mahu menunjukkan kejayaan, dia (PM) sanggup menurunkan garis kemiskinan yang terlalu dahsyat. Mahu suruh nampak kononnya tiada orang miskin, sedangkan kerajaan tidak sedar menurunkan garis kemiskinan, menafikan orang itu perlu bantuan," ujar beliau kepada Tv Selangor.

Azan yang dihubungi petang tadi berkata, ketetapan kadar kemiskinan RM750 sebulan merupakan kadar ukuran yang tidak boleh digunapakai kini, berdasarkan kos sara hidup yang telah pun meningkat.

Tambahnya, jumlah itu tidak menggambarkan sebarang kejayaan membasmi kemiskinan oleh kerajaan selama ini.

"Sekarang patut kita ukur garis kemiskinan baru pada kadar RM1,900. Sebab itu kita perlu ukur balik takrifan kadar kemiskinan. Kita desak gaji minima kepada RM1500 sebab ia dianggap garis kemiskinan. Di bandar RM1500 itu memang miskin tegar. Itu justifikasi yang patut Najib (PM) ambil kira," jelas beliau.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan kerajaan berjaya menurunkan kadar kemiskinan pada 99.74 peratus sehingga 31 Disember 2010 ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-10 penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di ibu negara semalam.

Azan yang juga Pengerusi Pimpinan Negeri (PPN) Terengganu Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata kerajaan Pakatan Rakyat telahpun menyediakan beberapa dasar yang akan digunapakai untuk membasmi kemiskinan tegar di negara ini.

Antaranya menurut beliau, definasi kemiskinan diketegorikan mengikut geografi bagi mengenalpasti tahap kemiskinan selain menggunakan kadar kaedah tahunan untuk mendapatkan jumlah tepat kemiskinan tegar di negara ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat dijangka akan mengadakan Konvensyen Ekonomi Pakatan Rakyat Mac nanti menjemput rakyat menilai keberkesanan ekonomi yang akan dicadangkan oleh kerajaan itu.

ADUN Umno pulau sidang DUN boleh dianggap derhaka ?

Sultan Perkenan Sidang DUN Selangor


SHAH ALAM 18 Jan. : Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Januari ini.

Menurut Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Januari lalu untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Ketiga-tiga jawatan itu sebelum ini terletak pada kerajaan negeri, ditarik balik berikutan pindaan Perlembagaan pada 1993 oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang menjadi perdana menteri yang turut menyebabkan undang-undang di Selangor dipinda bagi memusatkan kuasa Kerajaan Persekutuan.