Saturday, February 12, 2011

Mahathir masih mengidam Jambatan Bengkok

Jambatan Bengkok boleh direalisasi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0415/Kosmo/Negara/ne_02.1.jpgKUALA LUMPUR , 13 Feb. : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin jambatan bengkok bagi menghubungkan Johor dan Singapura dapat dilaksanakan sekiranya mendapat sokongan pemimpin negeri itu.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa mustahil untuk menekan agar projek itu diteruskan jika pimpinan negeri tidak melihat keperluan untuk menggantikan Tambak Johor dengan jambatan baru.

“Saya optimistik jika mereka menekan untuk membina jambatan itu, jika mereka tidak ia mustahil (akan dibina),” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai pertemuan beliau dengan pemimpin Johor baru-baru ini mengenai kemungkinan menghidupkan pembinaan jambatan bengkok menggantikan Tambak Johor.

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menekankan beliau mahu meneruskan hubungan mesra dengan Singapura kemungkinan tidak akan meneruskan projek itu tanpa persetujuan bersama republik tersebut.

Idea asal pembinaan jambatan itu dilontarkan Dr Mahathir ketika di akhir era pemerintahannya tetapi dibatalkan pengganti beliau Tun Abdullah Ahmad Badawi.SH

Jenayah bertambah polis tak cukup

MB Selangor : Tambah Polis Jika Penubuhan Polis Bantuan Ditolak


PETALING JAYA 13 Feb. : Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat untuk menambah bilangan anggota polis jika tidak mahu membenarkan penubuhan unit Polis Bantuan bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media di selepas Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu di sini semalam.

"Kerajaan Negeri berpendapat, sehingga polis meningkatkan tenaga kerja, kita minta tambah Auxiliary Police (Polis Bantuan) ini. Jadi kalau Kerajaan Pusat kata tak boleh buat Auxiliary Police ni, tambah sahaja Polis, ini saya rasa tak jadi masalah besar," kata Tan Sri Khalid.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertimbangkan permohonan penubuhan pasukan polis bantuan bagi menangani kadar jenayah yang semakin meningkat di negeri itu.

Langkah ini ekoran timbulnya kebimbangan serius di kalangan rakyat Selangor serta selaras dengan hasrat kerajaan Negeri yang mengambil langkah konkrit bagi mengatasi permasalahan tersebut.

Bagaimanapun kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyatakan cadangan Menteri Besar Selangor itu untuk menubuhkan polis bantuan di negeri itu seolah-olah satu tanda beliau tidak menghargai sumbangan dan kejayaan Polis Diraja Malaysia dalam menangani jenayah serta menegakkan keamanan di negara ini.

Khalid menafikan perkara ini kerana permintaan beliau ialah bagi memenuhi tanggungjawab kepada rakyat dan bukannya memperkecilkan usaha pasukan Polis.

"Kita buat sebab kita tak nak rakyat cakap Kerajaan Negeri tak buat apa-apa. Polis dah buat kerja sedaya upaya. Tak siapa nak masalah jenayah. Saya tak kata Polis tak buat kerja. Mereka jalankan kerja dengan cara terbaik dalam kadar dan terhad," katanya.

Himpunan 30 000 pemuda "PAS Ganti Umno"

Himpunan 30 Ribu Pemuda, Persiapan Hadapi PRU


KUALA LUMPUR 13 Feb. : Pemuda PAS dari seluruh negara akan berkumpul di Kedah dalam kekuatan 30 ribu pada 19 Februari ini sebagai persiapan dan pecutan akhir untuk menggalas agenda kebangkitan anak muda negara menuju perubahan, kata Ketua Pemudanya Nasruddin Tantawi.

"Ironisnya, himpunan ini akan berlangsung seminggu selepas dunia menyaksikan kejayaan kebangkitan generasi muda di bumi Mesir yang membawa kejatuhan Regim Hosni Mubarak yang telah memerintah sejak 30 tahun yang lalu," katanya yang dipetik daripada blognya.

Tambah Nasruddin lagi semangat anak - anak muda di negara utara Afrika itu telah menular ke seluruh dunia untuk membangkitkan kesedaran serta keinsafan rakyat menolak regim yang zalim .

"Saya percaya, semangat dan kesedaran yang sama juga telah sampai ke negara kita dan kini anak - anak muda pula bersedia untuk bangkit menggantikan pemerintahan UMNO dan BN yang telah memerintah negara sejak 50 tahun yang lalu dengan memberi mandat kepada PAS dan PR sebagai pemerintah, pentadbir dan pengurus negara yang baru menjelang PRU yang akan datang," katanya.

Menurut Nasruddin, Pemuda PAS akan diberi suntikan semangat pada himpunan tersebut oleh tokoh - tokoh pimpinan PAS dan sebahagiannya adalah mantan ketua - ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

"Insyaallah, himpunan 30K Pemuda PAS ini akan mendengar ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia [ sessi 2009-2011 ] sebagai "amanah perjuangan" serta "peraturan dan arahan" khas menghadapi gelombang kebangkitan anak muda ke arah memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang," katanya.

Himpunan 30K ini akan disempurnakan dengan penuh gemilang pada jam 8.30 malam dengan Majlis Solat Hajat Perdana di tapak himpunan memohon petunjuk dan pertolongan Allah swt bagi mempertahankan Kerajaan Negeri Kedah dan pidato Perdana sempena semarak Kebangkitan Anak Muda menuntut perubahan memburu keadilan dengan tema Masa Untuk Berubah : PAS Sedia ganti UMNO.

Kelakar cara baru debat ala Ali Rustam

Ali Rustam cabar berdebat bukan berhadapan tapi bersebelah, itu debat orang pengecut

Saya sedia berdebat: Ali Rustam


http://media1.malaysiakini.com/252/c4d8c34f5bd283f6702063b360034142.jpg
MERLIMAU - Kesal dengan tindakan pembangkang sering menimbulkan isu negatif mengenai Melaka, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam melontarkan cabaran untuk berdebat.

Menurutnya, beliau sedia berdebat dengan pembangkang mengenai isu dibangkitkan berkaitan negeri ditadbirnya.

Menurutnya, sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri, beliau sanggup mengadakan ceramah bersebelahan kawasan kempen pembangkang.

“Saya sanggup, saya berani menjawab semua isu dibangkitkan pembangkang mengenai negeri ini termasuk isu Melaka Maju, Sekolah Harapan dan isu lain yang mengutuk tindakan Kerajaan Negeri dalam membangunkan Melaka.

“Lebih baik jika program itu dilakukan dalam satu kawasan, bukan di pentas sama. Cuma saya di sebelah kiri, manakala dia (pembangkang) di sebelah kanan dan setiap kali dia bertanya, saya akan menjawab masa itu juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Gotong Royong Perdana anjuran Invest Melaka dan SWM Environment Sdn Bhd di kawasan perindustrian Merlimau, dekat sini, :semalam.

Mohd Ali berkata, beliau tidak kisah untuk berdepan dengan mana-mana ketua pembangkang sama ada PKR, Pas atau DAP.

“Tidak kisah siapa akan berada di pentas sebelah kanan, sama ada Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Guang Eng atau Lim Kit Siang. Semua saya sanggup berdepan untuk menjawab sebarang isu dibangkitkan mereka mengenai Melaka,” katanya.SH

Mengapa Umno mesti dikalahkan PRU 13?

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita26/masjidbujalhp3.jpgKUALA NERUS – Rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya disuru untuk menyokong dan mengundi PAS dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang supaya dapat mengambil alih pemerintahan dari Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN)

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Umno-BN mesti dikalahkan dalam PRU-12 kerana parti itu memerintah secara zalim.

“Sesungguhnya semulia-mulia dan sebesar-besar perjuangan adalah berhadapan dengan pemerintahan yang zalim, malam ini kita akan dedahkan dan senaraikan kenapa Umno zalim,

“PAS mesti disokong dan Umno mesti dikalahkan, dalam pilihanraya akan datang untuk PAS memerintah negeri Terengganu dan negara kita,”ujarnya ketika menyampaikan ceramah sempoena program Himpunan Pemuda Islam Terengganu, 11 Februari.

(Gambar - masjid Bujal sebelum dirobohkan (atas) dan setelah dirobohkan kerajaan Umno-BN (bawah)

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita26/rtb%20bujal%20roboh%20masjid%20009.jpgMenurutnya, PAS mesti disokong dan diundi kerana aqidah perjuangan yang berbeza dengan Umno –BN kerana PAS mengajak rakyat memperjuangkan Islam secara lengkap dan menyeluruh.

Manakala, katanya, Umno-BN yang mendakwa membela agama tetapi telah merobohkan masjid Bujal di Kemaman dan menghancurkan rumah-rumah rakyat serta merampas tanah-tanah rakyat.

“Saya mengingatoi semula, Umno menyatakan mereka membela agama tetapi hancur tersungkur masjid Bujal adalah kerana sikap pemimpin dan perjuangan Umno,

“saudara juga jangan lupa, Umno lah yang telah memusnahkan rumah-rumah rakyat dan merampas tanah-tanah rakyat,”jelasnya.

Menurut Ustaz Mohd Nor yang juga ADUN Bukit Payung, anak-anak muda juga menjadi mangsa, dibuang kerja dan terpaksa menganggur kerana kilang-kilang telah ditutup.

Kemudian, dakwanya lagi, tanah kilang yang ditutup itu telah diserahkan kepada duia individu bukan Melayu dan bukan Islam.

Kerajaan Umno Terengganu 'rompak tanah' rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/banggoldonas2.jpgKUALA NERUS – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) Terengganui telah bertindak zalim, merompak tanah-tanah rakyat tanpa bayaran setimpal di kawasan Paya Bunga, Ladang dan Gelugor dalam daerah Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas, Encik Salleh Embong menggelarkan pula projek jalan dari Jeram ke Banggol Tuan Muda sebagai ‘jalan air mata’.

Menurutnya, penduduk kampong Banggol Donas yang terlibat dengan pembinaan jalan tersebut mengalir air mata kerana tanah mereka akan ‘dirompak’.

“Di akhir-akhir ini kiita banyak mendengar cerita bagaimana kerajaan (Umno-BN Terengganu) merompak tanah dengan bayaran yang tidak setimpal,

“saya namakan jalan (Jeram ke Banggol Tuan Muda) sebagai jalan air mata, apa yang berlaku kepada orang kampung Banggol Donas,

“mereka mengalir air mata kerana mengenangkan rumah-rumah mereka yang mereka duduk diatas tanah warisan,”ujarnya ketika berucap di Kamgpung Petai Bubus disini semalam.

Menurutnya kerajaan mahu mengambil tanah penduduk kampung tersebut tanpa berbincang terlebih dahulu sedangkan tanah terbabit bukan tanah kerajaan, bukan tanah TOL bukan pula tanah haram.

Menurut sebanyak 22 buah rumah yang terlibat dengan dengan pembinaan jalan tersebut tidak langsung dipanggil untuk berbincang oleh kerajaan.

Walaupun Encik Salleh telah membuat bantahan sehingga ke pihak Perdana Menteri, namun tidak ada apa-apa tindakan yang diambil.

Pada bulan Oktober tahun lalu, Encik Salleh telah mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan (SUHAKAM) setelah tiada mendapat apa-apa jawapan dari bantahan yang telah dikemukakannya.BO

Mesir, dari negara polis ke negara tentera?

http://mit.zenfs.com/102/2011/01/egypt-army.jpgPemimpin yang telah memimpin Mesir selama 30 tahun, Hosni Mubarak telah diturunkan daripada jawatannya sebagai presiden, selepas hampir tiga minggu protes rakyat.

Mesir kini di bawah kuasa majlis tertinggi tentera negara itu, dipimpin oleh Mohammed Hussein Tantawi yang juga menteri pertahanan.

Selepas Naib Presiden Omar Suleiman, Mohammed juga sangat terkait dengan rejim zalim Hosni, walaupun imej tentera positif di mata rakyat negara Mesir.

Malah, ada yang menyifatkan perubahan ini hakikatnya ialah satu rampasan kuasa oleh pihak tentera.

Dua pemimpin yang ditonjolkan ekoran protes ini ialah mereka yang jelas sekali mempunyai bagasi yang besar melibatkan rejim Hosni.

Tidak seperti pihak polis, tentera mendapat penghormatan daripada rakyat negara itu, dan seperti disaksikan pada laporan media tentang protes di Medan Tahrir, tentera lebih bersikap lembut terhadap rakyat yang memprotes.

Hal ini telah meletakkan tentera Mesir sebagai pihak yang menyebelahi rakyat dan membantu menjatuhkan Hosni dalam revolusi ini.

Walau bagaimanapun, seperti yang terakam dalam sejarah, tentera Mesir ialah penerima ganjaran berbilion daripada Amerika Syarikat selama ini, dan menjadi pihak yang sangat berkepentingan dalam memastikan bantuan ini berterusan.

Sejak 1983, bantuan ketenteraan dari Amerika Syarikat untuk Mesir ialah sekitar AS$1.3 bilion setahun, satu jumlah yang sangat besar, yang secara logiknya mampu menyebabkan perubahan yang besar dan bermakna terhalang.

Bantuan ini kekal pada jumlah yang besar walaupun keseluruhan bantuan untuk Mesir merosot. Untuk 2011, jumlah yang telah diminta untuk tentera Mesir mencecah AS$1.5 bilion.

Kuasa yang memberi habuan ini turut berkepentingan dalam bantuan tersebut, kerana syarat program bantuan ini ialah semuanya perlu dibelanjakan untuk senjata dari AS.

Mohammed dan tentera Mesir walaupun dilihat sebagai pihak di sebelah rakyat, juga tidak bertindak dalam menyaksikan kekejaman rejim Hosni selama ini.

Elit politik dan tentera ialah sebahagian pusat kuasa yang menjadikan Mesir dalam keadaan yang ada hari ini.

Sudah tentu, harapan untuk melihat perubahan tetap wujud, dan tidak ada apa yang pasti dalam tempoh beberapa minggu dan bulan selepas ini.

Tetapi apa yang jelas ialah pihak yang kini berkuasa dalam tempoh peralihan ke arah demokrasi seperti diharapkan rakyat Mesir ialah yang bertanggungjawab membina Mesir di bawah diktator Hosni.

Simbol dan figura kuasa, Presiden Hosni Mubarak telah diturunkan daripada tampuk kekuasaan, tetapi struktur yang membenarkan individu ini berkuasa masih kukuh.

Pelantikan Omar sebagai naib presiden, tekanan oleh kuasa besar yang kelihatan tersekat-sekat dan berperingkat-peringkat dan berhati-hati memberi gambaran kepentingan kuasa besar terhadap Mesir.

Kepentingan tersebut kelihatan masih menjadi faktor utama yang membentuk respons kuasa terbabit dalam menangani perubahan di Mesir.

Selepas 18 hari protes secara berterusan, fasa terbaharu perlu dilalui rakyat Mesir dalam memastikan janji-janji revolusi ditunaikan.

Peraturan-peraturan yang mengekang proses demokrasi yang adil, seperti halangan calon presiden bebas dan tempoh presiden tanpa had perlu dilaksanakan dan pemisahan kuasa yang sebenar perlu terlaksana.

Perkembangan dalam tempoh beberapa minggu selepas ini – terutama melibatkan Omar Suleiman dan pihak tentera – akan memberi beberapa gambaran keadaan Mesir baharu.Haris Zalkapli

Apa beza Regim Mubarak dengan Regim Najib

Iktibar: Perangai Umno BN macam rejim ditewaskan

KUALA LUMPUR, 12 Feb: “Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, katanya PAS mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Hosni Mubarak meletakkan jawatan Presiden Mesir berikutan bantahan berterusan rakyat selama 18 hari.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menyingkirkan rejim Hosni Mubarak yang telah menzalimi rakyatnya sejak sekalian lama. Keberanian dan sikap konsisten rakyat yang dahagakan perubahan ini wajar dicontohi oleh masyarakat dunia yang juga berhadapan dengan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat. Benarlah firman Allah SWT dalam Al Quran bahawa nasib sesuatu kaum itu akan diubah oleh Allah sekiranya kaum itu sendiri ingin mengubahnya.

Cabaran terbesar selepas ini ialah tentunya mengemudi kerajaan peralihan yang dipimpin sementara oleh pihak tentera supaya perubahan yang digerakkan oleh rakyat ini akhirnya akan kembali kepada kuasa rakyat dalam menentukan hala tuju dan bentuk pemerintahannya, dengan menjadikan peluang keemasan ini untuk menegakkan keadilan menyeluruh, demokrasi telus dan tulen, dan akhirnya menjadi contoh kepada kerajaan lain di rantau Asia Barat yang masih dibelenggu demokrasi tempang. Pihak Majlis Ketenteraan pula diminta supaya tidak menggunakan ruang ini untuk berdolak dalih dan berhelah dalam membina negara Mesir baru nanti.

Kuasa besar dunia juga perlulah menghormati kuasa rakyat dengan tidak cuba mencaturkan suasana pemerintahan baru di Mesir itu. Sebarang campur tangan kuasa luar akan hanya memburukkan keadaan dan menyebabkan suasana kacau-bilau berterusan dialami oleh rakyat Mesir.

Peristiwa bersejarah ini tentunya menjadi iktibar kepada masyarakat dunia, termasuklah kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN. Inilah natijahnya apabila undang-undang negara dipergunakan untuk menahan tanpa bicara, darurat diisytiharkan sewenangnya dan kuasa rakyat tidak dihormati sejak sekian lama.

Tempoh itu juga meyaksikan bahawa media dikuasai oeh kerajaan memerintah dan dipergunakan tanpa segn silu dengan matlamat untuk mengekalkan kuasa kerajaan memerintah. Parti politik yang wujud pula dipaksa berdepan dengan sistem pilihanraya yang berat sebelah, dan seterusnya menafikan kuasa rakyat. Sistem pendidikan pula menjadi bahan eksperimen, budaya hidup hedonisme dan penuh dengan rumpunan hiburan yang melekakan telah melupakan rakyat kepada realiti kehidupan sebenar, rasuah bermaharajalela dan rakyat dipaksakan untuk menerima satu bentuk kehidupan yang tujuannya entah ke mana. Akhirnya rakyat Mesir bangkit melakukan perubahan pada hari yang bersejarah ini.

Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu. PAS dengan ini mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.

GEMPAR Satu Dunia : Exco Perkasa hilang setelah buat laporan polis terhadap Anwar

SAKSIKAN SANDIWARA TERBARU PERKASAM DAN UTUSAN MELOYA

Exco Perkasa ditemui kebingungan selepas hilang secara misteri

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEho8-F3lbA6JG1FyuCAdFR6Wd93eLzyB-wO8sPjPM4cCwNlCVN_PhG-7ZpLrkKH5m3cT3k7_O7yQK6uIFjzpHKce8svzKBEArnvnhuUMy-yj9W58eQX4hyphenhyphenFEL6M_m1Y1kyiZbVxS8lU1UE/s1600/perkasa+armand+budakbalun.jpg
Mana satu exco yang hilang?
KUALA LUMPUR 12 Feb.: Seorang Exco Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dilaporkan hilang secara misteri beberapa jam sebelum pertubuhan itu membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Mohd. Farid Abdullah, 27, yang juga Setiausaha Kerja kepada Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah dikatakan keluar rumah dan gagal dikesan sebaik sahaja menerima panggilan daripada seorang individu pada pukul 2.30 pagi.

Kehilangan Mohd. Farid disyaki ada kaitan dengan tindakan Perkasa membuat laporan terhadap Anwar.

Ini kerana beliau merupakan individu diamanah untuk memegang dokumen penting mengenai salah laku Anwar yang baru dibongkar dan dilaporkan kepada polis.

Bagaimanapun setelah hampir 48 jam dilaporkan hilang, Mohd. Farid berjaya ditemui tengah hari ini oleh polis tetapi dalam keadaan kebingungan dan langsung tidak mengingati apa terjadi ke atas dirinya.

Menurut Arman Azha, malah semua dokumen penting mengenai salah laku Anwar yang dipegang oleh Exco Perkasa itu turut didapati hilang.

Katanya, Mohd. Farid sepatutnya menemani beliau untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada pukul 3.30 petang semalam.

"Saya menyerahkan dokumen asal mengenai maklumat salah laku Ketua Pembangkang itu kepada Mohd. Farid pada petang kelmarin, untuk disimpan kerana mempunyai urusan di tempat lain.

"Dia sepatutnya membawa dokumen tersebut bersama kenyataan media yang disediakannya semasa menemui saya untuk membuat laporan polis di IPD Dang Wangi petang semalam," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Arman Azha bersama dua Ketua Wirawati Perkasa iaitu Zaira Jaafar dan Raihan Sulaiman Palestine semalam, membuat empat laporan polis terhadap Anwar memohon supaya pihak berkuasa menghalang beliau daripada bebas ke luar masuk dari negara ini.

Laporan polis itu dibuat di IPD Dang Wangi dan Sentul di Kuala Lumpur, selain IPD Shah Alam, Selangor dan Putrajaya.

Berdasarkan laporan polis itu, Perkasa mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport milik Ketua Pembangkang itu.

Menurut Arman Azha, beliau yang hairan kerana Mohd. Farid tidak hadir menemuinya di IPD Dang Wangi telah menghubungi keluarga setiausaha kerjanya itu.

"Saya bagaimanapun terkejut apabila dimaklum oleh keluarganya bahawa Mohd. Farid telah keluar rumah sejak pukul 2.30 pagi iaitu sebaik sahaja menerima panggilan daripada seseorang.

"Keluarganya bagaimanapun tidak mengesyaki perkara buruk berlaku kerana menyangka Mohd. Farid menemui ahli-ahli Perkasa," katanya.

Arman Azha berkata, sebaik sahaja mengetahui Mohd. Farid hilang, keluarganya segera membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya dekat sini dan berusaha mencarinya.

Beliau berkata, beberapa rakan Mohd. Farid yang turut membantu mencarinya kemudian berjaya menemui kereta Proton Persona milik mangsa di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Raja Laut.

Namun, katanya, Mohd. Farid sendiri gagal ditemui begitu juga dengan dokumen penting yang dibawanya.

"Setelah puas mencari, pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini, saya dihubungi oleh keluarganya memaklumkan bahawa Mohd. Farid telah ditemui polis dalam keadaan selamat di suatu tempat.

"Dia sudah dihantar pulang ke rumah tetapi langsung tidak mengingati apa berlaku ke atasnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi hari ini mengesahkan ada menerima laporan mengenai kehilangan Mohd. Farid yang kemudian ditemui dalam keadaan kebingungan. - Utusan Meloya
Blog Lagi berita

Rakyat Algeria pula turun ke jalan raya

Terbaru :Demonstrasi di Algeria..30,000 Polis di Kerahkan

Ribuan polis anti rusuhan menangkap beratus-ratus penunjuk perasaan di ibu negara Algeria hari ini , cuba untuk menghentikan kumpulan pro demokrasi yang dilarang sehari selepas pemimpin diktator Mesir digulingkan.

Polis bersenjata menyekat jalan-jalan di Algiers dan mendirikan barikade keamanan di titik-titik strategik sepanjang laluan perjalanan dan luar bandar untuk cuba menghentikan kehadiran para demonstran dari memasuki ibukota.

Polis bersenjata juga diarah berkawal dekat kantor pusat pentadbiran dan bangunan surat khabar.

Penganjur perarakan dianggarkan sekitar 10,000 orang telah membanjiri Algeria, di mana mereka bertelagah dengan polis anti huru hara yang cuba untuk menyekat dari jalan-jalan dan membubarkan penunjuk perasaan.

Laporan Berita menyatakan pasukan keselamatan kurang dari jumlah demonstran. Akhbar Algeria La Liberte mengatakan sekitar 30.000 polis anti rusuhan telah dikerahkan di ibukota.

Ali Yahia Abdenour, seorang aktivis hak asasi manusia, mengatakan lebih dari 400 orang – termasuk wanita dan wartawan asing – telah ditangkap.

Abdenour, yang memimpin Kumpulan Algeria untuk Pertahanan Hak Asasi Manusia, berkata sebanyak 28.000 orang anggota pasukan keselamatan dikerahkan di Algiers untuk menghalang perarakan ini.

Para demonstran melaungkan slogan-slogan termasuk ‘Tidak untuk negara polis’ dan ‘keluar Bouteflika,’ rujukan kepada Presiden Abdelaziz Bouteflika, yang telah berkuasa sejak tahun 1999.

Di bawah undang undang kecemasan, protes dilarang di Algiers, tetapi amaran kerajaan nampaknya tidak diendahkan oleh penunjuk perasaan yang semakin bertambah ramai.

Hanya sehari selepas pemberontakan di Mesir Hosni Mubarak yang dipaksa untuk meninggalkan kerusi presiden selepas 30 tahun. Hal ini juga bermula pada tapak dari ‘revolusi rakyat’ negara jiran Algeria yang mendorong Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali melarikan diri pada tarikh 14 Januari lalu.

Beberapa pemerhati menganggarkan Algeria boleh menjadi negara Arab seterusnya dilanda gelombang protes penunjuk perasaan selepas ini.

La Liberte

Imbasan Operasi Lalang 1987

Imbasan 1987 : Operasi Lalang Rejim Mahathir


Artikel : Operasi Lalang atau Weeding Operation, atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh Polis Di Raja Malaysia bersama-sama Kementerian Dalam Negeri.

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah tahanan ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.


Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti:

1)
Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.

2)
Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain.

3)
Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan 'stail' pendidikan sekolah Cina.

4)
Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiau Zong telah berhimnpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid boikot sekolah ini selama 3 hari.

TAHANAN ISA
Antara mereka yang ditahan ialah :

Lim Kit Siang - ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP
Chandra Muzaffar
- Presiden ALIRAN
Karpal Singh
- Timbalan Pengerusi DAP
Dato' Lim Kim Sai
- Timbalan Presiden MCA
Chan Kit Chee
- Ketua Perak
Kua Kia Song
- Dong Jiau Zong
Lim Fong Seng
- Pengerusi (Chinese Education Assosations)
Halim Arshat
- Ketua Pemuda PAS
Ibrahim Ali
- Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO
Mohamed Fahmi Ibrahim
- Pemuda Pengerusi Pendidikan UMNO.
Walaupun kebanyakan tahananan telah dibebaskan sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, 40 orang telah dikeluarkan perintah penahanan dua tahun. Ini termasuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh, 5 pemimpin parti DAP , beberapa pemimpin PAS dan ramai aktivis sosial.

Perhimpunan di Stadium TPCA sebelum Operasi Lalang

KETIDAK ADILAN OPS LALANG 1987

Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas.

Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting Taiping selama 2 tahun atau lebih.

Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak.

Malaysia telah mendapat kritikan di peringkat antarabangsa pada ketika itu.

Ramai yang percaya ISA bertentagan dengan Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan al Quran sendiri.
Ironinya, Amerika Syarikat juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan menahan tahanan di Kem Guantanamo Bay, Cuba.

Ku Li dan Mahathir - Pencetus OPS Lalang 1987
Rais Yatim dari Semangat 46 turut hadir

Pada bulan April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Mahathir - Tengku Razaleigh di mana Mahathir hanya mendapat majoriti 3 undi sahaja. Jadi Operasi Lalang dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.

Sumber :
Klik

Ku Li dan Mahathir - Pencetus OPS Lalang 1987


Pada bulan April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Mahathir - Tengku Razaleigh di mana Mahathir hanya mendapat majoriti 3 undi sahaja. Jadi Operasi Lalang dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.


Kini hal yang sama kembali lagi, KUALA LUMPUR 14 Jun – Kumpulan militan, Jemaah Islamiah (JI) warga asing kini dikesan aktif cuba menghidupkan kembali perjuangan mereka dengan merekrut golongan remaja di negara ini termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Sebaik melihat aksi demo dan kemarahan umat Islam seluruh negara, wakil zionis dan sekutu barat di negara ini segera mendapat arahan dan perintah untuk menutup isu ini dari menjadi berita sensasi umat Islam negara ini dan "pengalihan isu" perlu dibuat dengan segera yang dapat memadamkan dan mematahkan kembali semangat jihad umat Islam tanahair.


Maka terbitlah semula isu JI yang sudah lama dilupakan orang.


Pihak yang menjadi proksi zionis didapati terpaksa menghidupkan semula isu murahan ini dan kita tidak hairan jika selepas ini berlaku beberapa insiden kecil yang digerak cipta (dirancang) oleh pihak zionis yang menyamar sebagai "pejuang Islam" untuk melakukan aktviti terorisme agar orang ramai mencemuh dan menjauhi sebarang usaha ke arah jihad menentang barat dan Zionis.


Inilah perang saraf dan penipuan terhadap masyarakat yang sangat licik dan jahat


Umat Islam akan dibiarkan bergaduh, berselisih dan sibuk mengurus kucar-kacir yang ditaja oleh Zionis di dalam negara mereka sendiri sehingga mereka lupa dan tidak mampu untuk berfikir tentang masalah umat Islam di Palestin dan lain-lain.


Media, suratkhabar, televisyen, wartawan semuanya tiada yang bebas sebaliknya dikawal dan ditentukan tajuk headline (tajuk utama) oleh pihak tertentu di dalam negara dan apa yang akan dipaparkan dan perlu disembunyikan semuanya adalah mengikut arahan pihak atasan. Hal itu bukanlah suatu rahsia tetapi ramai yang masih jahil dan tidak mengetahui apakah kesannya.


Kawalan minda dan masyarakat, itulah hasilnya apabila masyarakat dikawal dan dipaksa menuruti sistem yang telah sedia ada dan anda akan beroleh apa yang anda mahu dengan syarat memintanya melalui sistem. Seorang yang sakit tidak akan dirawat jika tidak mempunyai wang atau jika ke hospital kerajaan maka surat beranak atau kad pengenalan sebagai bukti bahawa anda adalah warga yang tunduk kepada sistem dan undang-undang pendaftaran.


Tanpa keduanya, rawatan tidak akan diberikan atau jika diberi hanya kerana belas kasihan dan budi bicara. Pendidikan, perkhidmatan memerlukan anda menjadi warga yang patut kepada undang-undang, surat nikah (ada kanak-kanak yang tidak dapat bersekolah dan menerima pendidikan kerana ibubapa tidak memiliki surat nikah), surat beranak, surat itu ini dan jangan lupa wang ringgit yang kerananya manusia sanggup melakukan apa sahaja kerja dan tugasan walau tidak disukainya.


Kita menjadi hamba dunia dan sistem yang dipaksakan ke atas kita semenjak lahir.


Persoalannya, apakah anda sedar semua hal ini? baik ianya untuk kebaikan kita sendiri atau ianya telah dipergunakan oleh zionis selama ini bagi menjayakan kempen-kempen mereka menjajah dunia ianya terpulang kepada bagaimana cara anda berfikir.


Permintaan saya cuma satu, jadilah manusia yang berfikir dan melakukan kebaikan walaupun anda tidak mahu beriman kepada Al-Quran dan As-sunnah. Usahlah mengikut telunjuk dan cakap pihak barat dan zonis wahai rakyat dan pemimpin negaraku.
Anak Reformasi

Wallahu'alam.

Merlimau : Ali Rustam buat malu Umno

Merlimau : CERAMAH BN TIADA SAMBUTAN

Umno/BN cuba mensabotaj ceramah PAS apabila mengadakan ceramah berdekatan dengan ceramah PAS semata-mata untuk menarik penduduk setempat supaya tidak menghadiri ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz malam ini.

Ceramah PAS diadakan di perkarangan Markaz PAS Merlimau manakala ceramah Umno/BN diadakan di seberang jalan utama yang jaraknya hanyalah 300 meter. Penceramah utama ialah Lokman Noor Adam bekas pemimpin pemuda PKR yang melompat menyertai Umno.

Namun Umno/BN sendiri dimalukan oleh penyokongnya apabila hanya 60 orang sahaja (gambar atas) yang datang mendengar ceramah mereka berbanding ceramah PAS yang dihadiri lebih 2,000 penduduk setempat.

Cuba tuan-puan bandingkan jumlah pendengar antara ceramah Umno/BN (gambar atas) dengan ceramah PAS (gambar bawah).

Keputusan PRU 12 bagi DUN Kerdau

Jumlah Pengundi: 8,451
Peratusan Kaum: M: 89.04% C:5.62% I: 3.59% L: 1.75 %
1. Zaharuddin Abu Kassim (BN) (4,135)
2. Hassanuddin Salim (Pas) (2,520)
Majoriti: 1,615
Jumlah undi: 6,777
Peratus mengundi: 80.19%
Undi rosak: 122
Penyandang: Redzwan Harun (BN)
(Majoriti: 2,565 undi)

ADUN Kerdau Meninggal Dunia…PRK ke 16!

ZaharuddinKUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia setelah terjatuh di bilik air di kediamannya kira-kira pukul 6.30 petang.

Zaharuddin, 63, pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu setelah berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Beliau meninggalkan balu, Datin Rozlifah Ahmad, 33, yang baru dikahwininya tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Temerloh, Supt. Zundin Mahmood mengesahkan kematian tersebut.

Sejak pilihan raya ke-12 pada 8 Mac 2008, Malaysia menyaksikan sebanyak 14 pilihan raya kecil, termasuk pilihan raya Tenang, di Johor, yang diadakan baru-baru ini

Selepas ini, rakyat Malaysia akan bersiap sedia pula untuk mengadakan pilihan raya kecil kali ke-15 iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, di Melaka, ekoran kematian wakil rakyatnya pada 20 Januari lalu.

Jumlah itu menghampiri jumlah pilihan raya kecil yang berlangsung antara tahun 1987 dengan 1990 tetapi masih kurang dua berbanding angka sepanjang tempoh 1995- 1999.

Malaysia menyaksikan 16 pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ketujuh dan tiga bulan sebelum pilihan raya umum kelapan pada November 1990.

Malah, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan antara tempoh selepas pilihan raya umum 1990 menjelang pilihan raya umum April 1995.

Pun begitu, Malaysia pernah berdepan 17 pilihan raya kecil – jumlah tertinggi sejak awal 1980-an – yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.

Daripada 17 pilihan raya kecil itu, tiga di Sarawak, yang lazimnya mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan.

Berita selanjutnya akan dapat diikuti dalam mynewshub.my dari masa ke semasa.

Jenazah dijangka dikebumikan pagi esok. – AL – FATIHAH

Gagasan 'PAS Ganti Umno' selamatkan negara dan umat

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/gimikhimpit2011.JPGKUALA NERUS - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata gagasan ‘PAS Ganti Umno (PGU)’ merupakan satu tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan umat kerana Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) tidak membawa risalah Islam yang sebenar.

Bahkan, menurutnya, lebih parah lagi, kerajaan Umno-BN yang memerintah hari ini turut dilanda ‘wabak’ rasuah yang boleh menghancurkan negara.

(Gambar - pasukan berkuda pemuda menyerahkan bendera 'PAS Ganti Umno' sebagai simbol pemuda sedang bergerak pantas)

“Kali ini kita perkenalkan kepada rakyat satu slogan ‘PAS Ganti Umno’. Kita kemukakan slogan ini untuk menunaikan satu kewajipan yang besar menyelamatkan negara dan umat seluruhnya.

“Umno-BN tidak membawa mesej dan risalah Islam yang sebenarnya. Kerajaan yang memerintah pula dilanda ‘wabak’ rasuah yang boleh menghancurkan negara,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2011 di Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, Jumaat 11 Februari .

Menurutnya, rakyat pula mengalami masalah kemiskinan dengan kenaikan harga barang dan tidak ada peluang pekerjaan yang boleh menjamin keselesaan hidup.

Kata Dato’ Seri Abdul Hadi lagi rakyat dilanda keresahan hidup yang tidak aman dengan berlaku gejala kemungkaran, jenayah dan maksiat berleluasa.

“Rakyat mengalami masalah kemiskinan, kenaikan harga barang-barang, ramai orang yang tidak ada pekerjaan, tidak ada rumah dan tanah yang boleh menjamin keselesaan hidup mereka.

“Rakyat juga dilanda keresahan hidup yang tidak aman kerana banyaknya berlaku kemungkaran, jenayah dan maksiat. Semua ini, adalah hasil Umno yang memerintah negara dengan sistem yang ditinggalkan oleh penjajah,” jelasnya dihadapan 10,000 peserta Himpit 2011 tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan perubahan tidak akan berlaku tanpa penglibatan seluruh rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Katanya, PAS telah berjaya mengumpulkan sejumlah satu juta ahli di seluruh negara yang istiqamah, jujur dan ikhlas dengan perjuangan tersebut.

“Kita (rakyat) wajib membuat perubahan dan PAS telah berjaya mengumpulkan jumlah ahli yang ramai di seluruh negara hari ini sampai satu juta orang.

“Namun begitu, kita (PAS) tidak boleh buat perubahan sekiranya kita tidak mengambil kira seluruh rakyat, masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama dan pelbagai bangsa,” ujarnya.

Selain itu, kata Presiden PAS kerjasama dalam Pakatan Rakyat berjaya melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti di negara ini.

Menurutnya, PAS memilih DAP kerana parti orang miskin dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) adalah parti orang yang dizalimi dan teraniaya.

“Kita memilih parti DAP, parti orang-orang miskin. Kita memilih Parti KeADILan Rakyat (PKR), parti orang-orang yang dizalimi dan dianiaya.

“Kita telah berjaya mewujudkan Pakatan Rakyat dan berjaya melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti di negara ini, dengan menyatukan pandangan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Operasi Lalang : Jangan nak bohong rakyat

Angin dalam ‘lalang, api dalam sekam

azlanArtikel : Ops Lalang yang lena sejak lebih dua dekad lalu, baru-baru ini dikejutkan dengan hembusan badai supaya kisah itu digamit semula bagi mencari dalang atau alasan bagi pihak berkuasa kembali sibuk memburu ‘anasir-anasir’ yang kononnya membahayakan keselamatan negara.

Suka ataupun tidak, ada yang berpendapat ‘cantasan lalang’ akan berulang. Namun, sebelum kita tatapi signifikan cerita dinihari, molek kita amati dulu peristiwa tempoh hari.

mahathir and operasi lalang14 Mac 1988, – empat bulan selepas operasi tersebut, kementerian dalam negeri (KDN) mempersembahkan kertas puttih berjudul ‘Ke Arah Memelihara Keselamatan Dalam Negeri’ kepada parlimen.

Kertas putih itu memaparkan justifikasi kerajaan untuk penangkapan beramai-ramai dalam operasi yang diadakan tahun sebelumnya.

Operasi yang melihat lebih seratus individu ditahan tanpa bicara, hak berkumpul secara aman disekat dan lesen penerbitan empat akhbar ditarik balik.

Urutan cengkaman totalitarian yang Bapa Kemerdekaan kita sendiri Tunku Abdul Rahman labelkan sebagai anjungan kepada sebuah negara kuku besi!

Siapa saja yang mengeluarkan arahan, sama ada pihak polis atau perdana menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad, kertas putih berkenaan tidak menyatakannya.

Yang dicatatkan hanyalah “kerajaan mengambil keputusan untuk bertindak.”

Tidak salah kalau ditafsirkan ‘kerajaan’ ini adalah pihak berkuasa ketika itu, yang dipimpin oleh Dr Mahathir. Lebih-lebih lagi, laporan berkenaan disediakan oleh KDN, porfolio yang dipegang Mahathir dari 1986 hinggalah 1999.

‘Berakhirnya di pejabat PM’

Walaupun betapa bebalnya bantahan Mahathir yang menafikan beliau bertanggungjawab mengeluarkan arahan itu, telunjuk masih membidik ke dahi bekas perdana menteri yang juga menteri dalam negeri ketika itu.

Namun penulis sajak ‘Melayu Mudah Lupa’ ini mempunya ingatan yang agak berlainan.

Jarinya dituding kepada polis sebagai pihak yang bertanggungjawab memulakan Ops Lalang.

“Saya berjumpa dengan pemimpin pembangkang (terlebih dahulu) dan memberi jaminan yang mereka akan kekak bebas. Tapi apa yang polis buat? Ditangkapnya mereka. Kewibawaan saya musnah,” kata Mahathir kepada wartawan dan penulis Tom Plate.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, seorang daripada tahanan itu menyangkal dakwaan berkenaan.

Katanya, Mahathir tidak pernah berjumpa beliau dan mencabar bekas perdana menteri menamakan ketua-ketua pembangkang yang ditemuinya dan diberi jaminan kebeabasan mereka itu.

NONEBekas ketua polis negara Tun Hanif Omar pula mempertahankan Dr Mahathir. Katanya pihak polis yang bertanggungjawab.

Tetapi beliau sempat menuding jari kepada Dr Mahathir untuk arahan tahanan selanjutnya selepas tahanan tempoh 60 hari dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri luput.

“Dari masa itu, semuanya adalah keputusan beliau,” kata Hanif.

Walhal pun jika polis benar bertindak sendirian, tanggungjawad mutakhir masih berada di tangan perdana menteri yang memerintah, ulas pakar perlembagaan Professor Abdul Aziz Bari.

Katanya, “segalanya berakhir di pintu pejabat perdana menteri”.

Aturan sejarah juga menjadi saksi yang perdana menteri yang disifatkan bagaikan Machiavelli ini, tidak mungkin memberi kebebasan kepada polis untuk bertindak sesuka hati.

Keselamatan negara atau kesinambungan politik?

Soalan cepumas dalam percaturan ini bukanlah siapa yang mengeluarkan arahan. Tetapi yang lebih menggusarkan adalah alasan kerajaan untuk melaksanakan Ops Lalang. Ura-ura serupa seperti sudah kunjung tiba, seperti yang didakwa pihak berwajib.

ops lalang chan tse yuen arrest 271005Terdapat enam bahagian di dalam laporan yang ditulis pada tahun 1988 itu. Setiap bahagian menyentuh perkara yang pihak berkuasa dakwa sebagai pemangkin “aktiviti yang membahayakan keamanan rakyat dan keselamatan negara”.

Antara isu yang disentuh ialah penggamatan isu-isu sensitif, bahaya ‘Kristianisasi’, Islam yang radikal, kebangkitan golongan sosialis dan pelajar, pengganas komunis dan akhbar yang enggan tunduk dek telunjuk kerajaan.

Tidak terlalu liar untuk kita bayangkan yang isu-isu terbabit juga sedang digembar-gemburkan, isu sensitif umpamanya menjadi permainan NGO-NGO belaan sebuah parti Melayu dan pihak berwajib seakan pilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap demonstrasi.

azlanKerajaan pula seperti sedang cuba untuk menghalang kebangkitan aktivis pelajar dan gelombang rakyat sejagat yang makin celik dengan kesedaran sosial.

Begitu juga dengan isu-isu yang dicanagkan PAS, petubuhan Kristian dan juga isu agama yang seperti diapi-apikan menjurus kepada perlanggaran. Timbul juga isu kewujudan sel-sel pengganas di Malaysia kononnya berleluasa walaupun tanpa bukti mantap.

Pihak berkuasa juga dewasa ini asyik menegur suratkhabar dan penerbitan supaya lebih ‘berkerjasama’ dengan agenda pemerintah atau menjadi sasaran amaran dan kawalan. Jika dilihat keadaan sejagat mungkin agak keruh sekali.

azlanTetapi adakah kelodak ini masalah nyata ataupun propaganda? Adakah ia isu keselamatan dalam negara ataupun alasan kesinambungan politik sebuah rejim yang mencecah 53 tahun ini.

Tanpa bayangan rusuhan kaum dan juga pertembungan agama, mungkin sudah tiada ruang untuk institiusi politik rapuh dan lapuk seperti BN. Binaan politik usang seperti ini mungkin patut dimandulkan saja untuk kebaikan rakyat.

Amaran dan peringatan

Tetapi lebih gawat lagi, adalah ketakutan yang menyakat BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila memerhati kan kejatuhan rejim-rejim kuku besi di Asia Barat.

Ini memungkingkan beliau berpatah balik ke taktik usang untuk kekal berkuasa. Lihat saja amaran jelasnya yang “kita tak akan benarkan ia berlaku di sini,” dan juga peringatan berlapik kepada ahli perniagaan untuk terus berkerjasama dengan kerajaan atau menerima akibat yang kurang menyenangkan.

“Ini bukan masa buat uji kaji atau memperjudikan masa depan. Saya rasa anda tahu apa yang saya sedang katakan… Biasalah, orang berniaga senntiasa peka dan pragmatik,” kata Najib di rumah terbuka anjuran SMI Malaysia di Petaling Jaya semalam.

Amaran Najib kepada ahli-ahli perniagaan mungkin ingin menutup kemungkinan ada yang akan menaja kebangkitan rakayt ataupun mencarum kepada dana politik pihak Pakatan Rakyat.

egypt revolution mubarak steps down crowd 1Seperti kita tahu, kebangkitan di Medan Tahrir dan tempat-tempat lain di Mesir tidaklah seampuh itu sekiranya tiada bantuan daripada pihak korporat.

Menjana kebangkitan rakyat, seperti juga menjalan kempen politik pembangkang di sistem politik berat sebelah negara ini, kedua-duanya adalah pertaruhan yang tinggi harganya.

Dengan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak yang telah cabut dari Kaherah dan pertukaran kuasa awal pagi tadi, mesej ini mungkin ingin dicanangkan dengan lebih keras oleh Najib dan BN, agar rakyat tidak teruja untuk mencubanya di Malaysia.

ops lalang 261005 star front page‘Mesir and Medan Tahrir!’

Justeru, jangan terkejut jika tiba-tiba atas arahan perdana menteri ataupun polis yang ‘bebas’, tiupan angin yang berwajib mungkin kembali mencantas ‘lalang’ lagi.

Namun kini, taktik sedemikian jauh sekali akan meredakan tentangan terhadap Najib dan BN, sebaliknya ia mungkin menyemarakkan api dalam sekam, membakar kebangkitan ala Mesir yang cuba dihindari pihak kerajaan.

Di zaman komunikasi segera dan alam maya internet, propaganda dan kawalan berita tidak lagi berkesan. Agak susah untuk pihak berkuasa menakutkan rakyat hanya dengan propaganda.

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur crowd 1Wujudnya rangkaian sosial juga memungkinkan rakyat untuk menjana kebangkitan di peringkat akar umbi, walaupun tanpa arahan pimpinan. Apatah lagi jika pimpinan mereka dipenjarakan, akan marak lagilah semangat kebangkitan.

Lebih-lebih lagi dengan rakyat yang dipaksa mengikat perut masa ekonomi gawat, dibayangi kroni korporat dan golongan elit BN yang masih hidup dalam kemewahan atas duit rakyat, situasi terkini memang agak rapuh sekali.

Jika ada lagi ‘cantasan’ lalang, ia mungkin menjadi percikan api yang menyalakan sekam amarah rakyat.

“Mesir dan medan Tahrir!” patut menjadi amaran kepada BN, dan juga laungan perjuangan rakyat. Ubah haluan sekarang, jika tidak mahu diubah landaan badai melintang.

Kediaman rasmi MB Kedah zaman PAS perintah

Rumah MB Kedah Seri Mentalon - Dulu & Kini..apa bezanya..??




kuliah mingguan di seri mentaloon
kediaman rasmi yab menteri besar kedah

bulan depan genap 3 tahun pas mentadbir negeri kedah
YAB DS ustaz Azizan menjadikan kediaman rasmi MB
sebagai gedung ilmu
kini rakyat yang membanjiri rumah MB setiap minggu
mencecah 2000 orang
ramai yang sanggup berdiri
malah lebih ramai yang sedia untuk duduk bersila
apa yang penting
ILMU diutamakan
deretan kereta disepanjang jalan ...
kawasan parkir dan terlalu padat
nah .... lihat dan saksikan
dan jom rasai serta timba ilmu
di rumah MB kedah
PASTIKAN ANDA ADALAH ANTARA
YANG DALAM PENGAJIAN INI

50 tahun lalu ..... rumah nie ....
nak masuk pun payah
la ..... tiap minggu rakyat masuk

lalu semua yang hadir berdoa
Ya Allah kekalkan kerajaan pimpinan PAS nie
moga suasana ini akan berterusan
terima kasih YAB DS ustaz Azizan
moga rakyat terhindar dalam belenggu jahiliyah

terima kasih kedah lanie
terus mengiklan kelas pengajian ini
tanpa sebarang bayaran.

yang mai mengaji dapat pahala
yang ajak orang mai lagi banyak pahala yang dia dapat
moga usaha kedah la nie
akan lebih diberkati

JADUAL
SABTU MINGGU PERTAMA - kuliah paksi
SABTU MINGGU KEDUA - USTAZ ZAINAL ASRI - KITAB BAHRUL MAZI 17
SABTU MINGGU KETIGA - USTZ AMINUDIN - HADIS
SABTU MINGGU KEEMPAT - DATO DR HARUN DIN - TASAWUR ISLAM
KULIAH MULA JAM 9.00 PAGI HINGGA 11.30 TENGAHARI

JOM PAKAT MENGAJI SUPAYA KITA TAK JAHIL
ya Allah jangan golongan kan kami dikalangan orang yang jahil

amin

Demokrasi berat sebelah zaman Hosni Mubarak sama seperti demokrasi berat sebelah di Malaysia

'Demokrasi Mesir, Malaysia sama'

http://lensafakhri90.files.wordpress.com/2011/02/yb-dato_-ir-phahrolrazi-haji-zawawi.jpg?w=204&h=249ALOR SETAR, 12 Feb.: Corak demokrasi yang diamalkan di Mesir didakwa tidak jauh berbeza dengan amalan di Malaysia, dakwa Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri berkata, terdapat pelbagai persamaan dalam corak pentadbiran kedua-dua negara itu meliputi aspek kebebasan media, penguatkuasaan undang-undang dan kebebasan rakyat menyuarakan hak masing-masing.

Menurutnya, tindakan kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengawal laporan media cetak dan elektronik dan melaporkan berita berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat (PR) antara contoh pelaksanaan demokrasi berat sebelah yang turut diamalkan di Mesir.

“Pada masa sama, pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana individu yang didakwa mengancam keselamatan negara oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) hampir serupa dengan kegerunan rakyat Mesir terhadap pasukan polis negara itu yang dikawal sepenuhnya oleh Presiden, Hosni Mubarak.

“Mana-mana rakyat negara itu yang didapati menentang dasar kerajaan ditahan polis sesuka hati tanpa berpeluang membela diri, malah kebanyakan penjawat awam dipaksa mencurahkan kesetiaan terhadap kerajaan pimpinan Mubarak sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan tatatertib,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Phahrolrazi percaya tuntutan kebangkitan untuk memperoleh demokrasi sebenar akan dilaksanakan rakyat negara ini tidak lama lagi susulan sudah bosan dengan sistem demokrasi berat sebelah amalan Kerajaan BN yang menguntungkan kroni tertentu sahaja.SH

NGO akan hantar memorandum sokong rakyat Egypt kepada PM

Serah memo pada PM minggu depan

http://sebaikbaikcahaya.files.wordpress.com/2010/06/12716.jpgGEORGETOWN , 12 Feb. : Satu memorandum yang ditandatangani lebih 100 badan bukan kerajaan (NGO) akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman minggu depan.

Penyelaras Koalisi Rakyat Menyokong Revolusi di Mesir, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, memorandum yang akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia itu mengandungi sokongan mereka terhadap gesaan pengunduran Presiden Hosni Mubarak.

“Selain itu, ia sebagai tanda kami menyokong perjuangan rakyat Mesir yang membuat perhimpunan secara besar-besaran di Dataran Tahrir, Mesir hari ini (semalam). Kami juga berharap semua pihak termasuk kerajaan Malaysia dan rakyat negara ini menyokong apa yang kami lakukan ini.

“Dengan penyerahan memorandum ini, kami mengajak semua rakyat Malaysia menyokong perjuangan rakyat Mesir ini bagi menolak pimpinan Mubarak dan menggesa semua kerajaan demokratik dan progresif perlu menyokong kebangkitan rakyat dan revolusi di Mesir dan Tunisia,” katanya kepada media semalam.

Sementara itu, wakil Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) cawangan Pulau Pinang, Dr Md Roslan Hashim berkata, sebagai antara NGO yang prihatin terhadap nasib rakyat Mesir, ia berpendapat bahawa sudah tiba masanya rakyat di negara itu bangkit dan menentang kezaliman rejim diktator dan rasuah Mubarak.

“Kami sokong rakyat Mesir dan berharap kerajaan Mesir akur dengan kehendak rakyat,” katanya.

Semalam, lebih 200 penduduk dan 20 NGO berkumpul di hadapan Masjid Hashim Yahaya, Jalan Perak dekat sini bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap usaha rakyat Mesir dalam menolak kepimpinan Mubarak.

Dengan memegang sepanduk antaranya bertulis ‘Selamatkan Mesir’ dan ‘Undur Mubarak’, mereka melaungkan supaya Mubarak mengundurkan diri bagi memberi rakyat Mesir mendapat keadilan dengan kerajaan yang lebih bebas, demokratik dan adil.

Kalah di Terengganu bukan kerana PAS lemah tetapi Umno menipu

Nafi lemah akibat gagal kekal di Terengganu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFoAnN33JMbvryV6VBQqRYNbSRh1270DB8H_Op43P7yV6T3mLeh3nn1bUaQTzfqN3Q-RRL2fad7tOVaQ7BrvPbYR2pG4vdxylwd283NoseynpcB4mB7yCyc8RpG3tCF-dE-uuCtqXCSzeC/s400/Himpit+8.JPGKUALA TERENGGANU , 11 Feb. :Pimpinan Pas menafikan kelemahan parti itu atas kegagalan mengekalkan kembali pemerintahan di Terengganu pada pilihan raya umum 2004.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaliknya menyalahkan UMNO, selain mendakwa berlaku penipuan dalam usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) menawan Terengganu melalui ‘Gelombang Biru’.

Menurutnya, keadaan itu disedari memandangkan rakyat masih tetap bersama Pas walaupun gagal mendapat semula mandat membentuk kerajaan selepas mengambil alih daripada kerajaan BN pada 1999.

“Kekalahan pada 2004 bukan kerana kelemahan kita, bukan kerana rakyat tidak sokong kita tetapi ‘Gelombang Biru’ yang menipu rakyat,” katanya ketika berucap di Majlis Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2011, di padang Batu Enam, Bukit Tunggal, di sini, semalam.

Kira-kira 15,000 pemuda Pas dari seluruh negeri ini berhimpun pada program tersebut dan melebihi jangkaan pihaknya sebelum ini.

Turut hadir ketiga-tiga Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu iaitu Datuk Abu Bakar Chik, Mohd Abdul Wahid Endut dan Satiful Bahri Mamat, Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda Pas negeri, Mohd Nor Hamzah serta wakil daripada parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengulas lanjut, Abdul Hadi meminta perhimpu-nan tersebut dijadikan permulaan untuk mencapai sasaran Pas mengambil alih pemerintahan di negeri ini pada pilihan raya umum kelak.

“Kehadiran hari ini menandakan kita ada tenaga yang banyak tetapi apa yang penting, kita mesti ikhlas dan memohon pertolongan daripada Allah serta jadikan perhimpunan ini sebagai ‘tangga’ untuk ambil alih pemerintahan akan datang,” katanya.SH

‘Alternative Riding Club’ tarik minat anak muda

Konvoi bermotosikal ala Islam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXYCfId0mK6qI2DLJOUtpw8_UfGBljCyut9EVapVKzJuPRFaoQs3lUJPq-7BC_tB-M2tMcHcQKbLjLHENf1EorGqIYxc2Y0_-fFupcEzBqgdlkDYfny1yijXL_9k5lyu0mUBNxcnjyeUQ/s320/A3.jpgKUALA TERENGGANU – Penyertaan ramai golongan ustaz dalam ‘Alternative Riding Club’ memberi faedah kepada ahli dalam mewujudkan cara menunggang motosikal yang berhemah berlandaskan Islam.

Pengerusinya, Wan Ahmad Ridzuan Wan Hussin berkata, golongan tersebut banyak membantu ahli kelab supaya tidak leka sepanjang melakukan aktiviti terutama ketika berkonvoi ke sesuatu tempat.

Menurutnya, keadaan itu mendorong wujudnya suasana seimbang dari segi dunia dan akhirat melalui kesedaran pemanduan selain mampu memberi contoh terbaik di jalan raya.

“Kita bukan sahaja mendapat kesedaran berhubung cara menunggang motosikal yang selamat dengan berkonvoi secara berhemah tanpa mengganggu pengguna jalan yang lain tetapi pada masa sama, kita juga mampu memberi maklumat bermanfaat kepada ahli melalui penyertaan golongan ustaz ini.

“Antaranya apabila tiba waktu solat, kita akan singgah di masjid dan melakukan solat jamak serta qasar. Di sinilah peranan ustaz kerana terdapat ahli yang tidak tahu mengenai solat dan ini secara tidak langsung mendedahkan mereka belajar cara bersolat ketika musafir,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas konvoi dari Kemaman ke Pameran ARC di Dataran Pekan Batu Enam, semalam.

“Saya lihat ustaz terbabit dalam konvoi ini memperlihatkan minat mendalam terhadap motosikal melalui penggunaan motosikal Kawasaki 1100cc, Suzuki 750 dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, mengu­las bilangan keahlian ARC, Wan Ahmad berkata, pihaknya sudah menerima kira-kira 3,000 penyertaan dalam tempoh empat tahun penubuhannya dan menyasarkan pertamba-han sebanyak mungkin.

“Hari ini sahaja kita menerima penyertaan seramai 200 ahli yang berminat untuk bersama ARC tanpa mengehadkan jenis motor dan umur.

“Paling penting mereka memiliki lesen sah dan motosikal,” katanya.SH

30 peratus ekuiti bumiputera tidak tercapai kerana DEB digunakan untuk kayakan kroni

Mahathir Akui DEB Disalahguna


KUALA LUMPUR 12 Feb. : Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah disalah-gunakan oleh orang Melayu bagi mendapatkan kekayaan segera tetapi mempertahankan agar program kontroversial itu diteruskan.

Ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini, Dr Mahathir berkata kumpulan Melayu berkenaan yang sebenarnya menyebabkan sasaran mendapatkan 30 peratus ekuiti bumiputera tidak tercapai.

"Saya malu, saya sering mempertahankan DEB tapi sedar kalau segala peluang yang diwujudkan dalam DEB digunakan oleh orang Melayu, hari ini kita bukan sahaja (akan) mendapat 30 peratus kekayaan negara tetapi lebih daripada itu.

"Kita selalu membuat apa yang membinasakan usaha kerajaan untuk majukan Melayu," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin lapor Malaysiakini.

Namun di sebalik kepincangan itu, Dr Mahathir tegas mahukan DEB dipertahankan kerana membubarkan dasar itu akan menyebabkan orang Melayu kerugian, termasuk mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

"Masalahnya bukan polisi tetapi pelaksanaan. (Sepatutnya) jika mereka salah guna, mereka tidak boleh mendapatkan bantuan lagi," katanya.

Dr Mahathir juga berkata, adalah lebih malang, jika orang Melayu pula tidak mampu mempertahankan diri sendiri.

Ini kerana, katanya, orang Melayu lebih banyak mengalah dan berundur diri kononnya dengan cara itu lebih mudah untuk mendapatkan keamanan.

''Kita selalunya malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kita kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka.

''Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,'' katanya.

Menurut Dr Mahathir akan tiba sehingga pada satu tahap, orang Melayu tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air mereka dan seolah-olah Melayu ini adalah pendatang sama seperti pendatang lain.