Monday, March 21, 2011
Rupanya Datuk 'T' pakai topeng , tapi tak mungkin polis tak tahu
Video seks : Najib dan Hishamudin terlibat ?
KUALA LUMPUR 22 MAC: Konspirasi skandal video lucah terbaru melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan bermotif politik.
Anwar mendakwa penglibatan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai cubaan melenyapkan karier beliau sebagai Ketua Pembangkang.
"Tayangan video lucah yang merupakan jenayah berat dibiarkan dan ini tidak mungkin tanpa penglibatan Perdana Menteri dan Menteri dalam Negeri termasuk pihak atasan PDRM," jelas Anwar di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Beliau yang selesai membuat laporan jam 12 tengahari tadi menggesa polis bersikap profesional selain tidak membiarkan agensi itu dimanipulasi ahli politik Umno-Barisan Nasional.
Anwar menambah, tayangan video lucah terbuka merupakan kesalahan jenayah dan indvidu tersebut perlu didakwa.
"Ini menunjukkan polis memilih. Kalau saudara tentang dan hina Anwar, boleh lakukan segala jenayah. Boleh pukul boleh sebar kenyataan video lucah. Ini terbukti dan saya mahu tindakan diambil.
Justeru, Ketua Pembangkang itu memberi amaran kepada kerajaan Malaysia untuk tidak mengulangi kekejaman pada 1998 sehingga melibatkan penderaan fizikal terhadap dirinya.
"Saya beri ingatan kepada Menteri dalam Negeri, jangan guna laporan polis untuk menutup kesalahan jenayah mereka dan mengugat kerja saya dalam politik.
"Kenapa kes Port Dickson masih belum disiasat secara terperinci? Saya akan lawan mereka," ujar Anwar disahut laungan penyokong-penyokong yang hadir.
Negara digemparkan dengan pendedahan video seks lucah oleh individu bernama Datuk T di Carcosa Seri Negara semalam dengan bantuan anggota polis.
Dalam laporan polis yang diedarkan kepada wartawan, Anwar memberitahu tindakan jenayah oleh individu-individu tersebut termasuk fitnah berunsur jenayah, intimidasi jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi melakukan jenayah terhadapnya.
Individu yang bergelar Datuk T semalam turut mengugut untuk mededahkan video tersebut kepada umum sekiranya Anwar dan isteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan dalam masa seminggu.
Anwar pagi tadi tiba di IPD Dang Wangi kira-kira jam 10.40 pagi ditemani oleh isteri, peguam Sivarasa Rasiah dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Sekitar 80 orang penyokong Anwar berhimpun di hadapan IPD Dang Wangi sejak jam 8 pagi.
Sambil melaungkan slogan 'Reformasi' dan 'Hidup Anwar', penyokong-penyokong berarak menemani ketua reformasi itu ke bangunan IPD.
Turut kelihatan hadir, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Yusmadi Yusof, Shamsul Iskandar, N Surendren, Lathefa Koya, Tian Chua dan Siti Aisyah Shaikh Ismail.
Video seks : Bukan nak pekena Anwar tapi Najib
NAJIB KENA SABOTAJ?
Sekali pandang orang ramai akan tertanya tanya – video porno siapa pulak kali ini? Ini satu macam punya ‘hot’ punya cerita. Dulu pelakon lelaki utama dan pelakon pembantu wanita datang MCA. Kali ini pelakon pembantu wanita dikatakan datang dari Shandong Selatan China. Pelakon lelaki utama pada awalnya di rahsiakan.
Tetapi Zul Nordin dengan tak sabar–sabar dikaca Tv telah ‘mengsah dan mengsahehkan’ bahawa pelakon utama video ini adalah Anwar Ibrahim. Macam mana Zul Nordin tahu hal ini – walah hu alalam bissawab.
Apa yang menarik ialah menantu Abdulah Badawi dengan cepat telah menafikan bahawa ini video ini kerja tangan United Malays National Organistion.
Kerana itu saya mengajak pembaca untuk bertenang sejenak. Mari kita semua bertafakur. Jangan gopoh gapah. Jangan tolah menolak. Jangan tuduh menuduh. Apakah masuk akal bahawa video ini dilakonkan oleh Anwar Ibrahim?
Biar saya bawa kembali para pembaca ke tahun 1998 dahulu – zaman bertempur di jalan raya. Pada minggu ke dua sesudah Anwar dibuang dari kerajaan telah timbul cerita tentang kewujudan satu video yang di kenali dengan nama ‘choo choo train’. Nama video ini memberi makna - membuat hubungan sex dengan beberapa orang sekali harung.
Heboh seluruh Malaysia. Mat Skodeng dan Minah Skodeng tercari cari. Saya sendiri pun mencari dari satu sumber sampai ke satu sumber. Paling akhir saya diberitahu ada seorang anak muda keluarga diraja Pahang yang memiliki video ini. Anak muda ini murid tua Malay College. Presto ! Dengan sekelip mata saya memerangkap jaringan untuk menemui anak muda ini.
Cisss! Bohong punya cerita. Tetiba saya diberitahu anak muda ini baru berlepas ke London. Cerita video choo choo train ini samalah seperti cerita adanya naga di Tasek Chini. Semua karut. Semua ini pembohongan yang dirancang. Semua ada perancangan rapi. Semua bertujuan untuk memburukkan Anwar.
Jadi kali ini kesah pita video terbaru ini juga di rancang. Tetapi ada sadikit perbezaan. Sekali pandangan pita ini dibuat untuk memburukan Anwar Ibrahim. Jangan silap baca. Bukan untuk memburukkan Anwar. Pada hemat saya pita ini adalah satu langkah untuk mensabotaj Najib Razak.
Harus diakui bahawa pertarungan hebat untuk merebut ghanimah – harta perang – sedang berlangsung dalam kelompok United Malays National Organisation. TigaM - Mahathir, Mukriz, Muhyiddin sedang bertempur dengan 3N – Najib, Nazir dan Nosmah.
Duit Petronas, dana terkumpul KWSP, tanah lapangan terbang TUDM Sungai Besi, tanah bekas tapak RRI di Sungai Buluh, tanah di Jalan Peel – semua ini sedang menjadi harta rebutan. Nilai ini berbilion bilion. Siapa berkuasa dialah yang kaya.
Jangan lupa dalam masa yang sama Mahthir Muhamad masih ‘berbulu’ kerana projek ‘jambantan bengkok’ ke Singapura tidak dipedulikan oleh Najib. Mahathir juga sedang merasa jelak dan karang yakin dengan Najib yang dilihat telah jatuh ke bawah ketiak Singapura. Ini bukan rahsia malah diketahui umum – hanya perang terbuka belum pecah.
Jangan kita lupa bagaimana si Saifol telah berjumpa Najib dan Rosmah dua hari lebih awal sebelum Saifol diliwat. Ini menjadikan berita lawak kepada orang ramai. Bagimana dia tahu lebih awal yang dia akan diliwat? Seluruh Malaysia ketawa terbahak-bahak bila fakta ini diberitahu ke mahkamah.
Kalau kes jubur Saifol tidak diyakini umum mana mungkin pita rakaman video ini akan di yakini? Justeru, amat jelas pita video ini dibuat untuk memperlihatkan Najib sebagai jantan bodoh tidak pandai merancang.
Apa tujuannya?
Tujuan membuat pita video ini untuk membuktikan bahawa Najib ini bodoh. Kerana bodoh, Najib menjadi biawak hidup kepada United Malays National Organisation. Sama bodoh dan sama senyap seperti Abdullah Badawi. Cuma Najib tidak tidor semasa mensyuarat. Kerana bodoh maka Najib perlu digantikan dengan Muhyiddin. Ini game Mahathir. Mahathir merancang untuk menaikkan anaknya.
Kalau tidak yakin dengan apa yang saya tulis ini. Cuba fikirkan dan lihat betapa rosaknya imej antarabangsa Najib bila berita pita video ini menjadi berita dunia.
Pita video ini telah mensabotaj segala kerja baik Jamaluddin Jarjis di Amerika. Rosak juga kerja Apco yang cuba membina imej Najib. Obama dan Hillary Clinton pasti menganggap kes pita ini sebagai tak masuk akal. Mereka menjadi lebih yakin untuk melihat bahawa memang ada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.
Paling memalukan Najib ialah apabila berhadapan dengan Endorgan dari Turkey. Tak berapa lama dahulu Najib telah cuba memperbaiki hubungan dengan kawan baik Anwar Ibrahim ini. Berita pita video ini pasti akan memperlihatkan kebodohan Najib dihadapan Endorgan.
Datuk T – si Pembuat pita rakaman ini mungkin hanya saorang Tambi – budak suruhan - yang tidak sedar bahawa apa yang dilakukan ini telah mensabotaj imej Najib. Najib sedang dilihat bodoh kerana membuat sesuatu yang tidak masuk akal. (TT)
Laporan Utusan berniat jahat
MB Sanggah Laporan Utusan Isu Tanah Kuala Langat
SHAH ALAM 21 MAC : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak laporan Utusan Malaysia kelmarin kononnya kerajaan negeri ghairah memunggah hasil tanah adat orang asal di Kuala Langat.
Menurut Khalid, tanah yang dimaksudkan oleh akhbar kawalan Umno itu sebenarnya dipindahkan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) semasa parti itu memimpin kerajaan negeri.
" Saya telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri membuat semakan tentang pemilikan tanah-tanah tersebut dan apa yang dinyatakan kepada saya ialah perkara pemberian tanah kepada PKPS ini sudah melebihi 10 tahun yang dahulu, dan ketika itu tiada sebarang yang dibangkitkan tentang isu pemilikan tanah tersebut,"jelasnya.
Tanah tapak lombong 120 ekar di Olak Lempit itu diserahkan anak syarikat Kerajaan Negeri Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Merujuk rekod Pentadbir Tanah Kuala Langat, tanah terbabit bukanlah tanah yang di wartakan sebagai kawasan rizab Orang Asli (OA) atau kawasan rayau orang asli sebaliknya sebahagian hutan simpan Kuala Langat Utara yang dibatalkan bagi tujuan perlombongan bijih timah.
Khalid menjelaskan individu yang mempunyai hak boleh membuat semakan pemilikan tanah di pejabat tanah daerah berkenaan.
"Mereka-mereka yang merasakan mempunyai pemilikan tanah boleh membuat semakan di Pejabat daerah Kuala Langat dan jika perlu kita juga ada senarai pemilikan tanah di Pejabat pengarah Tanah dan Galian, mereka juga boleh mengemukan pandangan daripada exco, ini adalah proses yang boleh dilakukan.
"Sekiranya mereka rasa mereka mempunyai hak pemilikan tanah mereka juga boleh membawa perkara ini ke mahkamah,"jelas beliau lagi.
Semakin ramai menyokong Anwar
PETALING JAYA 21 MAC: Walaupun dikaitkan dengan pelbagai fitnah termasuk digelar agen Yahudi, pengamal hemoseksual dan terbaru dikaitkan dengan video rakaman seks yang diedarkan hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah hilang sokongan rakyat.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, semakin liar tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar, ia hakikatnya menguatkan sokongan rakyat kepada Ketua Umum PKR itu.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang tadi, Saifuddin menganggap kebangkitan rakyat tidak akan disekat melalui klip video lucah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang.
Malah katanya, sejak dari awal penubuhan parti itu telah dikecam dengan pelbagai tomahan namun masih berjaya dibuktikan dengan sokongan rakyat untuk membebaskan negara daripada cengkaman politik Umno-Barisan Nasional (BN).
"Ujian sokongan sebenarnya pada pilihanraya. Kita bermula dengan lima kerusi Dewan Undangan Negeri. Datuk Seri Anwar turut diserang (sebagai) agen asing, agen Yahudi, pengkhianat Melayu dan bermacam lagi. Kita masuk pilihanraya lagi sehingga 2008, kita mampu memenangi sehinggi 31 parlimen dan 43 Dewan negeri dengan 1.5 juta sokongan pengundi," ujar Saifuddin.
Negara hari ini digemparkan dengan tayangan video lucah yang didakwa melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh individu
bergelar Datuk T.
Dengan kehadiran ketua-ketua editor media arus perdana dan anggota Unit Khas PDRM, video tersebut ditayangkan selama 21 minit.
Namun pengamal media tidak dibenarkan mencatat sebarang nota atau membuat rakaman ketika ianya ditayangkan di Carcosa Seri Negara pagi tadi.
Rakaman tersebut dilakukan pada 21 Februari tahun ini dengan peralatan kamera canggih bertujuan untuk memerangkap Anwar dan kepimpinan PKR.
Seterusnya individu bergelar Datuk T itu turut mengugut untuk mendedahkan video itu sekiranya Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu.
Anwar seterusnya menafikan perkara itu dalam sidang media yang sama dan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 10.30 pagi esok.
Akhbar seleweng kenyataan Presiden PAS
KUALA LUMPUR 22 MAC : PAS menafikan presidennya, Datuk Seri Hadi Awang bercanggah pendapat dengan DAP isu pengharaman judi di negara ini, lapor Harakahdaily.
Sehubungan itu, setiausaha politik presiden PAS itu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan, berkata parti itu membantah laporan berita yang dimuatkan dalam portal berita Malaysiakini dengan tajuk 'DAP clashes with PAS over gambling ban, again' semalam dan laporan di the Star, hari ini dengan tajuk 'Hadi: Pakatan will ban all gambling in Islamic state'.
“Adalah dengan ini ingin dipertegaskan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menyebut sama sekali perkara yang dinyatakan sebagaimana di atas dalam ceramah beliau di Jerteh pada Sabtu lepas atau bila-bila masa di mana-mana tempat,” katanya.
Justeru, kata Ahmad Samsuri persoalan bahawa PAS bercanggahan dengan DAP dalam isu berkenaan adalah tidak berbangkit sama sekali.
Tambahnya, rakaman ucapan presiden PAS itu boleh dirujuk di web www.terengganukini.net.
“Kami amat kesal dengan pemberitaan yang salah ini dan meminta kepada pihak yang melaporkannya untuk memohon maaf secara terbuka dan seterusnya menarik balik berita berkenaan dengan membuat pembetulan terhadap kesilapan yang sangat besar itu,” katanya.
Artikel berita yang yang dimuatkan dalam Malaysiakini dengan tajuk di atas itu dipetik daripada beberapa akhbar harian Cina yang melaporkan Hadi sebagai berkata PAS akan melaksanakan dasar Islam apabila berkuasa nanti. Ini termasuk mengharamkan perjudian di seluruh negara dan persetujuan mengenai perkara berkenaan telah dicapai dengan parti-parti Pakatan lain.
Ia merujuk perenggan enam dan tujuh iaitu: “According to reports by Chinese dailies Nanyang Siang Pau and China Press, Hadi allegedly announced during a rally in Jerteh last Saturday that PAS would implement Islamic policies should the party come to power, including a nationwide ban on gambling.
“He was quoted as saying that the other Pakatan parties had reached a consensus with PAS over the matter.”
Manakala the Star hari ini pula 2011 juga melaporkan berita dengan tajuknya: 'Hadi: Pakatan will ban all gambling in Islamic state.'-Malaysiakini
Bukti Anwar guna twitter sama waktu dakwaan salah laku seks
Hebat! Bukti Anwar lakukan seks sambil berFacebook!
Umno akui ramai pensyarah anti kerajaan BN
Sudah banyak video dicipta untuk Anwar, video dengan Mak Nyah Siam pun ada
Video Anwar Ibrahim seks dengan Maknyah Thailand pulak
Pencipta video lucah terlupa kempiskan perut pelakonnya yang buncit
Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.
“Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang media di sini petang ini.
Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tayangan video khas yang dibuat tengah hari tadi telah dirancang serta didalangi pihak tertentu.
“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar menghentikan segera politik kotor dan lucah ini, jangan heret rakyat dan negara terjebak ke dalam politik kotor kamu.
“Tayangan itu telah dirancang dengan penuh teliti, malah rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor arus perdana, malah saya difahamkan ia turut melibatkan pasukan cawangan khas,” katanya.
Hari ini satu rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.
Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.
Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu ditunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.
Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.
Kata Anwar, ketika rakaman video seks itu berlaku beliau berada di rumah bersama keluarga.
“Ketika itu saya ada di rumah, sebelum itu saya berada dengan kakitangan PKR, saya juga ada melayan Twitter, malah ia boleh dibuktikan.
“Saya diberitahu gambar (lelaki) itu adalah mirip saya cuma perutnya jauh lebih buncit daripada saya, kalau lihat perut saya lain,” katanya.
Jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, pendedahan video seks itu sengaja disebarkan kerana terdesak selepas kes liwat yang membabitkan dirinya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan hampir “berkecai.”
“Politik jahat ini sangat jelas... apabila kes liwat sudah lemah, hampir berkecai, jadi kena buat pertuduhan baru terhadap saya.
“Jadi saya minta rakyat tidak terperangkap dengan politik fitnah dan lucah ini, ini adalah serangan peribadi terhadap saya dan keluarga.
“Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya,” katanya.
Tegas Anwar, fitnah terbaru terhadap dirinya itu juga bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu nasional termasuk pilihan raya negeri Sarawak.
“Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan isu rasuah dan kepincangan pentadbiran Ketua Menteri (Sarawak) Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
“Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang dan jelik,” katanya.
Menurut Anwar, beliau tidak akan membuat laporan polis sehingga mendapat kesahihan video seks tersebut.
“Tengok pun belum macam mana nak siasat, jawabnya ringkas.
Sementara itu, isteri Anwar yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau terkejut dengan tuduhan terbaru terhadap suaminya itu.
“Saya terkejut (apabila dapat tahu), yang disuruh letak jawatan adalah saya, apa saya nak buat?
“Ini adalah taktik jahat, kalau selalu kes Anwar dengan lelaki tapi dalam video itu dengan perempuan, ini adalah motif yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Kenapa polis biarkan tayangan video lucah sedangkan tahu satu kesalahan ?
PAS minta polis siasat video lucah fitnah Anwar
Selain itu, pihak polis turut diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang terlibat dalam adegan tidak bermoral itu bagi menjawab kekeliruan kepada orang ramai.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, siasatan yang telus dari pihak polis berhubung perkara itu amat penting bagi mengetahui dalang dalam penyediaan, penyebaran dan penayangan video tersebut.
Menurut beliau, dalam video tersebut Datuk Seri Anwar difitnah sebagai pelakunya bersama seorang wanita Cina dan ia merupakan satu rekaan yang nyata berniat jahat.
Katanya, bagaimana perkara itu tidak boleh diterima sebagai fitnah sedangkan ia dibuat untuk ditonton oleh golongan tertentu sahaja dan tidak pula dinyatakan pihak yang menyediakannya.
"Dengan itu, jelaslah itu semua fitnah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya yakin jika tidak Umno yang terlibat adalah pihak yang menerima upah dari Umno yang melakukannya," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena pada sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Tindakan tetsebut, menurut beliau, jelas merupakan permainan kotor Umno untuk memburukkan Anwar bagi mempengaruhi orang ramai agar tidak mempercayai beliau dan Pakatan Rakyat.
"Ini samalah juga dengan permainan mereka dalam isu kalimah Allah bagi menarik perhatian umat Islam yang akhirny membawa kepada kejadian bakar gereja dan surau.
"Pada hal PAS sejak dulu lagi telah menyatakan tidak ada masalah kepada sesiapa pun nak guna nama Allah termasuk orang Kristian asalkan tidak disalahgunakan,” katanya.
Perkara itu, katanya samalah juga dengan permainan Umno dalam meluluskan penyebaran Bible dalam bahasa Melayu yang jelas akan merbahayakan masyarakat Islam yang dibuat untuk mengambil hati orang Kristian.
Mengulas tayangan video lucah itu dengan lebih jauh, beliau berkata, penipuan Umno dalam hal itu lebih ketara apabila ia turut dimaklumkan oleh para wartawan yang melibatnya sebagai 'superimpose'.
Katanya, menurut para wartawan, perkara itu amat jelas apabila lelaki terbabit itu bukan Anwar, tetapi lelaki lain apabila lelaki itu berperut buncit dan jelas tidak seperti badan Anwar tetapi di bahagian mukanya digunakan muka Anwar.
"Perbuatan tersebut jelas satu fitnah yang amat jahat dan perlu disiasat dengan mendalam bagi membawa mereka yang terbabit itu ke muka pengadilan," katanya.
Beberapa persoalan mula timbul mengenai video seks ciptaan ' Datuk T '
Teknologi Video Dan Kempen Jatuhkan Maruah Seteru Politik
Sekali imbas, ceritanya memang panas – tetapi tidak masuk akal.
Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu Negara?
Dan, apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut.
Itulah yang juak-juak Umno dan blogger upahan mahukan rakyat percaya dalam fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam percubaan terbaru untuk memusnahkan kredibiliti Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu, seorang yang bergelar “Datuk T” hari ini menyewa kemudahan di Hotel Carcosa yang mempunyai kadar sewa paling mahal di Kuala Lumpur.
Beliau berbuat demikian kononnya untuk membolehkan wartawan menonton video itu sebelum ia dihantar kepada Anwar dan isterinya.
“Datuk T” menggambarkan dirinya sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menegakkan kebenaran.
Jika itu tujuannya, mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam?
Mengapa tidak terus “melepaskan” video itu untuk disebarkan kepada orang ramai supaya kesahihan video ini dapat dikenal pasti secepat mungkin?
Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat?
Jelas tujuan untuk “menyembunyikan’ video ini daripada khalayak ramai adalah hanya untuk mendapatkan publisiti maksimum untuk memalukan Anwar, sebelum kesahihan video diperinci oleh golongan profesional.
Bagi mereka yang mengenali selok belok politik Umno dan NGO upahan parti itu, persoalan utama ialah sebagus mana kualiti video fitnah ini. Dalam erti kata lain, apakah teknologi yang digunapakai untuk menghasilkannya.
Pada perbicaraan Anwar yang pertama tahun 1998, pihak pendakwaraya menjanjikan bukti video untuk mensabitkan perlakuan seks Anwar.
Namun akhirnya pihak pendakwaraya sendiri sedar bahawa “video” yang dimaksudkan itu direkacipta dengan kualiti yang begitu buruk dan tidak akan dapat dipertahankan di mahkamah.
Justeru, tidak ada bukti sebegitu ditampilkan, sungguhpun ia dijanjikan.
Sejak itu, teknologi video sudah jauh beranjak ke depan untuk memanfaatkan sesiapa yang bercadang membuat video membabitkan personaliti tertentu.
Kepada mereka yang arif dalam teknologi video, teknik memasang wajah orang tertentu melakukan sesuatu yang haram bukan perkara mustahil, namun ia adalah sesuatu yang boleh dibuktikan menerusi aplikasi teknologi yang ada.
Jika Datuk T “ikhlas” menyelamatkan negara, video itu sudah tentu berada di tangan polis, dan Jabatan Agama Islam serta pakar-pakar yang boleh memperakukan kesahihannya.
Sebaliknya tidak. Datuk T akan “menyimpan’ video itu untuk seminggu manakala polis dan pihak berkuasa Islam pula tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menyiasat dakwaan beliau.
Jelas tangan musuh-musuh politik Anwar sekali lagi terserlah dalam satu lagi percubaan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya.
Dengan bertindak demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ.
Lawan politik Anwar juga amat mengharapkan “pendedahan” video seks itu akan memberikan nafas baru kepada tuduhan liwat terhadap beliau yang kini terjejas selepas hakim memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA terhadap Anwar secara tidak sah.
Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis dalam video berkenaan.
“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” kata beliau.
Hanya Hishamuddin tahu kenapa beliau bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat.
PANAS : Adakah video ini yang mengemparkan ?
Adakah video seperti ini yang sudah diedit sama seperti video yang mengemparkan negara hari ini?
Setelah semuanya gagal, kini datang video palsu?
Peguam yang juga naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah dalam Twitternya secara langsung menghalakan serangannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
"Setelah gagal dengan projek fitnah II, Datuk Seri Najib mengubah hala serangannya. Video yang ditokok tambah mula disebarkan hari ini," tulis Sivarasa dalam Twitternya.
Hari ini, tiga kumpulan wartawan ditayangkan video seks yang didakwa antara Anwar dengan seorang wanita Cina yang dikatakan dirakam di sebuah bilik hotel.
Ia ditayangkan di hotel mewah, Carcosa Sri Negara pagi ini di depan kumpulan para wartawan kumpulan demi kumpulan.
Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.
Berdasarkan modus operandinya, tekanan ini dikenakan kepada Anwar agar beliau berundur dari politik dan jangan mengganggu gugat kepimpinan BN yang ada. Jika Anwar bersetuju berundur, video ini dikatakan tidak akan dilepaskan kepada umum.
Selain tekanan ini, beberapa siri tekanan lain juga dikatakan akan terus dikenakan ke atas Anwar sehingga beliau berhenti dari memberikan gugatan kepada pemimpin BN yang ada.
Harakahdaily pernah dimaklumkan perkara ini sebelum ini. Ketika dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan PAS, mereka yakin, tekanan terhadap Anwar sudah terlalu berlebihan untuk memusnahkan beliau.
"Ia sudah over done," kata seorang pemimpin kanan PAS.
Video seks
Pagi ini, wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.
Menurut laporan media, klip video itu lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.
Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.
Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.
Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.
Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.
Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.
AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.
BN sangat tersepit
"BN mesti sangat tersepit. Mereka fikir boleh musnahkan DSAI dan Pakatan dengan video palsu," tulis Sivarasa yang juga anggota Parlimen Subang lagi.
Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam twitter juga mengulas isu itu.
"Fitnah 1 gagal. Agen asing gagal. Fitnah II sedang gagal. Sekarang, video," tulis beliau dalam Twitternya.
Anggota Parlimen dari PAS dari Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali juga memberikan ulasan dalam Twitternya.
"Apa nak jadi negara kita. Orang lain sibuk nak bina semula negara yang musnah, kita sibuk nak musnahkan maruah dan kredibiliti pemimpin. Fitnah bawa punah pada semua," kata beliau.
Seorang pemimpin PAS ketika mengulas isu ini pula berpendapat, strategi BN silap dalam isu ini kerana gagal memahami saikologi orang Melayu dalam menilai isu seks.
"Sepatutnya seks biasa dulu, lepas itu barulah liwat....ini tidak terbalik kot...," kata beliau.
Video fitnah paling jahat ditunjukkan kepada editor Umno untuk dijadikan bahan berita
KUALA LUMPUR: Akibat terdesak, pihak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak sekarang sedang mengedar video sex palsu kononnya melibatkan tokoh pembangkang.
Video itu telah ditunjukkan kepada editor-editor media milik Barisan Nasional dalam sebuah sidang akhbar rahsia di hotel Carcosa Seri Negara sebentar tadi.
Seorang yang menonton video tersebut memberitahu bahawa ia adalah jelas satu video palsu untuk memburukkan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya Sarawak dan pilihanraya umum yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.
Akhbar-akhbar perdana dan stesen-stesen TV yang dimiliki Barisan Nasional dijangka akan menyiarkan berita mengenainya segera.
Video palsu ini adalah tindakan paling jahat oleh regim BN setakat ini, melebihi kerakusan Nazi di bawah Hitler.