Monday, March 28, 2011

Perkasa dah bergolak, masing-masing nak letak jawatan ?

Perkasa: Ketua Wiranita Berundur, Ketua Wira Ikut Langkah?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDhCxOGYnIXeTAHe9NL2n9os1YKVhHgwANyeD27fok_7GBBGpwejNxh_fjWIcnxIbU_oqvGMdZuL9Mjizvt2E0dfPZQ9RguApI-n9lXXwAOMmqdhJw3hwWPeRYZ2glBsJx1Myd6XuFLrvW/s400/tetek+bini+arman.jpg

KUALA LUMPUR 29 MAC : Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, antara pemimpin yang dilihat lantang bersuara selepas Presiden mereka Datuk Ibrahim Ali, disebut-sebut akan melepaskan jawatan tersebut dalam waktu terdekat ini.

Jika ia disahkan, Perkasa dilihat berhadapan dengan satu lagi keputusan mengejutkan selepas keputusan Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.

Bagaimanapun keputusan Raihan itu belum diterima oleh Ibrahim sehingga kini.

The Malaysian Insider difahamkan Arman Azha, yang seringkali berada di barisan depan dalam perhimpunan dan perarakan berkaitan usaha membela orang Melayu, memutuskan demikian ekoran perkembangan dalaman Perkasa.

Arman Azha ketika dihubungi The Malaysian insider enggan menafikan ataupun mengiayakan dakwaan tersebut.

Sebaliknya kata beliau, tunggu sehingga penjelasan petang ini.

“Esok pukul 4 petang (ada) sidang media,” kata beliau ringkas kepada The Malaysian Insider menerusi satu e-mel semalam.

The Malaysian Insider tidak dapat mengesahkan sama ada ia petanda wujudnya pergolakan dalam Perkasa, diterajui Ibrahim yang juga Ahli Parimen Bebas Pasir Mas.

Selain Ibrahim, Arman Azha merupakan salah seorang pemimpin Perkasa yang begitu lantang bersuara terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Perkasa atau Pertubuhan Pribumi Perkasa adalah sebuah pertubuhan ditubuhkan tiga tahun lalu bagi menyediakan landasan bagi kaum pribumi untuk menegakkan hak-hak mereka tanpa mengira fahaman politik.

Perkasa juga akan bertindak sebagai badan berkecuali untuk menangani isu-isu semasa yang membabitkan kaum pribumi termasuk soal kontrak sosial dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Beberapa pemimpin Perkasa yang dihubungi menafikan adanya masalah atau perselisihan dalam pertubuhan bukan kerajaan itu membabitkan Arman Azha.

“Tiada apa-apa masalah. Kami tidak dengar apa-apa, lagipun Arman Azha tidak kata apa-apa setakat ini,” kata seorang pemimpin kanan sambil merujuk kepada kehadiran Ketua Wira Perkasa itu pada konvensyen ekonomi Bumiputera anjuran pihaknya di PWTC kelmarin.

Dalam pada itu, Raihan ketika dihubungi lewat semalam mengesahkan beliau telah memutuskan untuk berundur daripada jawatan tersebut.

“Saya sudah meletakkan jawatan tetapi Presiden belum terima keputusan saya lagi,” kata beliau sambil menolak keputusan itu ada kaitan dengan andaian bahawa wujud masalah dalam pertubuhan tersebut.

“Tidak, tidak. Keputusan saya ini kerana sebab peribadi saya, saya tidak dapat memberi tumpuan penuh . . . Perkasa bergerak dengan baik, tiada masalah,” katanya yang dilantik ke jawatan itu dua tahun lalu.

“Walaupun saya letak jawatan, saya masih ahli Perkasa,” kata Raihan lagi.

Kedudukan sayap-sayap Perkasa adalah jawatan lantikan.

Selangor amal prinsip ketelusan beri tanah kepada rakyat

Selangor Beri Tanah Secara Berkelompok



SHAH ALAM 29 MAC : Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan setiap permohonan pemberian pemilikan tanah dibuat dan diproses semula mengikut kawasan atau kampung secara berkelompok bagi memastikan masalah tanah ini selesai secara muktamad.

Justeru, kerajaan Selangor mengarahkan pegawai tanah di negeri ini untuk mengumpul segala data yang diperlukan bagi membuat kertas kerja untuk mengenalpasti golongan yang layak mendapat milikan tanah tersebut.

Menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan dalam Sidang Dewan hari ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri menolak sepenuhnya dasar pemberian selektif hak milik tanah yang diamalkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Katanya, keputusan tersebut diambil berikutan hanya 10 peratus daripada pemohon mendapat hak pemilikan yang sah.

Menurut Khalid lagi, semakan yang dijalankan mendapati pentadbiran sebelum ini tidak pernah memantau secara teliti pemberian hak milik tanah sehingga terdapat kes pemberian tanah kepada golongan yang tidak layak.

"Apabila permohonan sampai ke peringkat exco dan semakan dijalankan, kita mendapati pentadbiran yang Umno-BN sebelum ini tidak terlalu berkira tentang siapa yang berhak memiliki dan tidak memberitahu mereka yang sah. Terdapat pemberian kepada mereka yang tidak sepatutnya," jelas beliau.

Namun menurutnya lagi, pendekatan ini menimbulkan sedikit kelewatan memandangkan pejabat-pejabat tanah daerah perlu membuat siasatan semula terhadap tanah-tanah yang dipohon dengan dasar negeri berkebajikan.

"Kita takut memberi pemilikan tanah kepada mereka yang tidak layak.

"Untuk itu kita telah membuat satu dasar yang mana kita mahu menyelesaikan keseluruhan dengan tidak mengambil kira siapa dan pemahanan mereka," kata Khalid lagi.

Kerajaan Selangor sehingga kini telah menerima sebanyak 400 permohonan dan akan disemak secara berperingkat untuk diselesaikan secara komprehensif dan sistematik.

Katanya, proses semakan akan mengambil sedikit masa berikutan penyelarasan yang kurang mantap oleh pemerintahan terdahulu.

Permohonan tersebut menurut Khalid berasaskan pemilik sah yang tinggal di kawasan tersebut melebihi 10 hingga 15 tahun.

Tambah Khalid, perkara tersebut dibuat selaras dengan prinsip ketelusan yang diamalkan kerajaan negeri Selangor agar semua pemilik tanah yang layak diberi hak sepenuhnya.

Polis berjanji tidak langgar undang-undang, boleh percayakah?

Azmin Tuntut Akujanji Polis Agar Tidak Langgar Undang- undang



KUALA LUMPUR 29 MAC : Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menuntut polis memohon maaf secara terbuka kerana mengganggu majlis pelancaran Datuk Najib Altantuya (DNA) Jumaat lalu, di pusat khidmatnya, Parlimen Gombak.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengemukakan empat tuntutan termasuk permohonan maaf.

Tiga tuntutan lain yang disenaraikan dalam surat itu ialah membekalkan nama-nama dan nombor polis kesemua anggota polis yang terlibat dalam serbuan minggu lalu.

Azmin turut mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar memberi akujanji bertulis bahawa mereka tidak akan mengulangi tindakan yang jelas menyalahi undang- undang seperti itu.

“Kami diarahkan pada malam 25 Mac 2011, suatu ceramah politik telah diadakan di pusat khidmat Parlimen Gombak. Pihak polis telah secara mala fide, menyalahi undang-undang dan tanpa alasan munasabah menyerbu, mengganggu dan menamatkon ceramah tersebut.

Surat tuntutan itu dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Daerah Ampang ACP Amiruddin Jamaluddin.

Azmin turut menyenaraikan beberapa kesalahan serius yang dilakukan oleh polis pada malam tersebut termasuk pencerobohan jenayah, intimidasi jenayah, serangan dan gangguan yang menyalahi undang- undang.

Peguam yang mewakili Azmin, N. Surendren menyifatkan tindakan polis pada malam tersebut cendrung kepada berniat jahat dan bermotifkan politik.

Azmin diberikan notis hadir di ibu pejabat polis daerah Ampang tengah malam kelmarin berhubung insiden tersebut.

Azmin bagaimanapun meminta mengangguhkannya kerana beliau terpaksa menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Turut menerima notis tersebut adalah ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Saari.

Majlis pelancaran DNA yang pada awalnya berjalan lancar tiba- tiba kecoh apabila polis dengan bantuan polis simpanan persekutuan (FRU) mara ke pentas ceramah semata- mata mahu menghentikan ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar sebelum itu diberikan masa selama 15 minit sahaja untuk berucap oleh polis. Namun Anwar dilaporkan hanya sempat berucap sekitar 13 minit sahaja sebelum dihalang polis untuk meneruskan ucapannya.

Dianggarkan lebih 50 anggota polis termasuk FRU terlibat dalam tindakan serbuan pada malam tersebut.

Ceramah yang dihadiri lebih 2000 orang penyokong Pakatan Rakyat itu diadakan bagi menjelaskan fitnah ke-3 terhadap Anwar berhubung pendedahan video lucah oleh 'Datuk T', 18 Mac lalu.

'Datuk T' dibarisi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Ahli perniagaan, Datuk syazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Anwar kemudiannya tampil membuat penafian terhadap dakwaan yang cuba dikaitkan terhadapnya.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang dipelawa menonton video lucah itu olah 'Datuk T' menegaskan, daripada pengamatannya, si pelaku kegiatan seks itu bukanlah Anwar berdasarkan beberapa faktor.

Antaranya :-

- Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Anwar.

- Bahagian belakang si pelaku (punggung) jug aberisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Anwar.

- Diakhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakan dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Anwar.

Penafian itu turut dinyatakan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shaharin yang turut menonton video tersebut.

' Syaitan Bisu ' bercakap jika untungkan perut

Pemimpin Agama Tidak Harus Jadi 'Syaitan Bisu', Kata Hadi



SHAH ALAM 29 MAC : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama tertentu sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap kepada lebih 20,000 orang di Stadium Malawati malam tadi, Hadi, menegur pemimpin agama yang enggan tampil menyatakan pendirian terhadap fitnah video seks awal minggu lalu.

Setakat ini hanya bekas Mufti Dr Mohd Asri Zainu Abidin menyatakan rasa keji beliau atas taktik kotor yang digunakan untuk menjatuhkan musuh politik dan menggesa rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk menolak perbuatan seumpama itu.

Namun Mufti-mufti yang lain khusus Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh pembangkang berdiam diri atas serangan peribadi terbaru ke atas Anwar Ibrahim.

“Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu. Siapa yang diarahkan untuk berkata benar tapi tidak melakukannya adalah syaitan bisu,” kata Hadi lagi.

Semalam, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu.

Presidennya Rev. Dr Thomas Philips berkata, menyifatkan penayangan video lucah itu sebagai perkembangan politik yang menjijikan.

Abdul Hadi menegaskan pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu adalah i “permainan politik” kotor dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kita sedang mengalami satu peristiwa permainan politik yang sangat kotor bukan sahaja mengikut ajaran Islam yang sepatutnya umat Islam menjadi contoh kepada umat lain bahkan bercanggah dengan amalan-amalan demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat sejagat,” katanya.

Abdul Hadi meminta Umno supaya bertaubat dan berhenti menggunakan taktik keji untuk kelangsungan politiknya.

“Jangan kita anggap kezaliman itu adalah kekuatan kepada sesuatu kerajaan. Kezaliman menandakan kerajaan sudah nyanyuk, mengalami kelemahan dan meraba-raba serta membuat apa sahaja untuk mengekalkan pemerintahan,” katanya.

Beliau mengingatkan Barisan Nasional bahawa bahawa setiap fitnah dan penyelewengan yang berlaku merupakan tanda-tanda perubahan bakal disaksikan.

“Percayalah wahai pemimpin-pemimpin Barisan Nasional kamu tidak boleh kekal selama-lamanya dan percayalah kita semua bahawa fitnah-fitnah, kezaliman yang disebar, penyelewengan yang berlaku adalah tanda-tanda awal perubahan akan berlaku,” ujar beliau sambil disambut dengan laungan Takbir.

Rakyat tak percaya fitnah 3, sokongan kepada PR bakal mendadak naik

Taktik Keji Umno Hanya Mengundang Benci Rakyat



SHAH ALAM 29 MAC: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya sebagai langkah terakhir Umno menghalang kemaraan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Berucap kepada lebih 20,000 orang di Stadium Malawati di Shah Alam malam tadi, Anwar berkata taktik licik dan keji UMNO hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap parti itu.

"Isu dia apa?Isunya adalah kesediaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan. Justeru ini adalah langkah terakhir Barisan Nasional menggunakan apa juga cara yang mungkin...tipu helah, jijik untuk menghalang kemaraan rakyat Malaysia."katanya.

Sebelum itu Anwar bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan masyarakat Islam di sekitar Lembah Kelang menunaikan solat hajat susulan pusingan terbaru Umno melemparkan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu dalam bentuk video lucah.

Antara dalang video itu adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay yang dikatakan menemui Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Selasa lalu setelah identiti mereka dibongkarkan oleh PKR.

Selain membuat laporan polis, Pejabat Anwar mengemukakan bukti catitan Twitter dan Facebook Anwar sebagai bukti beliau berada di rumah ketika video lucah itu dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Polis setakat ini hanya mengambil keterangan daripada Rahim, Shazryl serta Bendahari Perkasa Shuib Lazim walaupun ketiga-tiga mereka mengaku mendalangi penayangan video itu kepada media di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu.

Perbuatan itu adalah jenayah yang membawa hukuman penjara tiga tahun.

Anwar merujuk kepada Rahim sebagai 'tokoh akhlak baru' Umno, meskipun terpalit dengan tuduhan merogol seorang gadis sekolah sehingga terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Anwar juga membuat perbandingan tindakan polis menangani video lucah membabitkan Presiden MCA Chua Soi Lek dan fitnah video yang dibawa oleh Rahim untuk menjatuhkannya kali ini. .

"Dalam kes Chua Soi Lek siapa yang edar video itu ditangkap. Tapi dalam kes ini, siapa yang edar diraikan. Kebetulan orang yang diraikan Rahim Thamby Chik. Ini tokoh akhlak baru yang didokong oleh UMNO-BN sebagai pejuang moral baru." katanya.

Anwar turut meminta penyokong Pakatan Rakyat tidak terpesong daripada perjuangan gagasan itu untuk menerangkan 'Buku Jingga' kepada rakyat dengan mengutamakan isu tata kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Buku Jingga menggariskan program-program Pakatan Rakyat untuk memastikan penyelwengan kuasa dan rasuah dibendung, kronisme dihapuskan, subisidi untuk rakyat ditambah dan undang-undang zalim dimansuhkan sekiranya gagasan itu diberi mandat menawan Putrajaya.

Pemimpin Umno tak layak jadi pejuang moral

Pekung Pejuang Moral Sejati Terbongkar



SHAH ALAM 29 MAC : Pekung Tan Sri Rahim Thamby Chik yang menggambarkan dirinya sebagai pejuang moral sejati sekali lagi terdedah dengan kewujudan laporan mengenai kes aduan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim melihatkan RM 40 juta pada tahun 1999.

Anwar mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail yang menutup kes tersebut.

"Rekodnya ada pada saya, ditandatangani oleh Gani Patail. Disahkan. Boleh rompak negara RM 40 juta setahun lepas tu takda pendakwaa. Dia penipu sebab yang tandatangan ialah Gani Patail. Ini masalahnya 'rule of law' tidak ada. yang ada 'law of the jungle' pemimpinya Najib dan Rosmah," kata Anwar dalam pidato khas sempena Majlis Solat Hajat tolak Fitnah 3, semalam.

Hal itu didedahkan dalam Surat Terbuka kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar oleh bekas Pegawai Polis SAC 11 Mat Zain Ibrahim, semalam.

Zain yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumour menangani laporan tersebut menyatakan dokumen itu telahpun disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah dan disahkan oleh Gani yang ketika itu bertugas di Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam negara.

Bagaimanapun menurut Zain, Jabatan Peguam Negara turut telah mengesahkan bukti dan keterangan laporan tersebut telah mencukupi sebagai 'prima facie' di Mahkamah namun dihalang oleh dalang-dalang terbabit.

Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang pula hairan bagaimana Peguam Negara dapat memberikan 'indemnity' atau pelepasan siasatan kepada Rahim yang bersetuju menarik diri dan meletakkan jawatan yang disandangnya di UMNO.

"Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk “indemnify” kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan," tegas Lim dalam majlis yang sama.

Lim turut membidas promosi berlebihan Pembentangan Program Tansformasi Kerajaan dan Bidang keberhasilan Utama (NKRA) yang diwar-warkan Najib sebagai mencapai semua matlamat walau pada hakikatnya berbeza.

"Adakah kita sudah percaya sudah berjaya untuk membasmi rasuah? Kadar jenayah turun? Adakah kita rasa lebih selesa dan selamat. Sebenarnya Ada satu lagi NKRA dalam program GTP tertinggal. Tak pernah politik Malaysia begitu kotor dalam masa seminggu. Betul?

Siapa percaya siasatan sekarang? Bukan saja rakyat, malah polis tidak percaya. hari ini seorang bekas pegawai polis tulis surat terbuka kepada Ketua Polis Negara, ditulis oleh Datuk Mohd Zain"katanya.

Media dan blogger Umno sengaja kelirukan rakyat

Media Umno Berpura Dungu Berhubung Facebook dan Twitter



Manusia merancang namun Tuhan menentukan – ungkapan ini yang dikitar berulang kali, sekali lagi menyerlah dan menunjukkan hikmahnya dalam fitnah video lucah yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perancangan begitu licik yang disusun untuk oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay termasuk mendapatkan pelakon yang mirip wajah Anwar (tetapi bukan perutnya) terbongkar apabila berdepan dengan aturan hidup Anwar yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Kepemimpinan Umno yang merestui fitnah yang didalangi oleh Rahim dan Eskay tidak mengambilkira kebarangkalian Anwar menggunakan Twitter pada masa sama perbuatan sumbang itu dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Tetapi hakikatnya itulah yang berlaku dan bukti diterjemahkan menerusi sembilan pesanan Twitter yang di hantar sendiri oleh Anwar mulai 10.38 malam hingga 11.06 malam pada 21 Februari lalu.

Rakaman video lucah, sebagaimana yang diterangkan oleh Eskay sendiri kepada wartawan, dibuat di antara pukul 10.20 hingga 10.41 malam.

Seperti yang diperjelaskan pula oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, semua laporan oleh mereka yang menonton video itu setakat ini tidak mengesan si pelaku melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan Twitter.
Jika ada, maka tentulah hebat orangnya!.

Bukti Twitter Anwar itu diperkuatkan dengan pengakuan tiga orang yang menyaksikan video lucah itu atas jemputan Eskay dan Rahim Thamby Chik iaitu Ahli Parlimen Sungei Petani Datuk Johari Abdul, bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shahrin dan wartawan Harakah Wan Nordin Wan Yaakob.

Ketiga-tiga mereka menonton video itu secara berasingan tetapi memberi perakuan sama – iaitu pelaku dalam rakaman mempunyai iras wajah Anwar tetapi bukan susuk badan dan bahasa tubuh (body language atau mannerism) Ketua Pembangkang itu.

Segala pengakuan tiga individu ini sama ada dipadamkan begitu sahaja atau dimanipulasi oleh Utusan Malaysia dan blogger upahan Umno.

Manakala bukti-bukti catatan Twitter oleh Anwar seperti yang dijelaskan oleh Rafizi tidak langsung diberikan ruangan dalam Utusan Malaysia.
Sebaliknya akhbar itu dan blog-blog upahan Umno terus mendakwa kononnya twitter Anwar hanya menunjukkan catatan pada pukul 11.38 malam, kononnya apabila rakaman video lucah itu selesai.

Laporan itu jelas bermotif fitnah semata-mata, kerana, sebagaimana yang diterangkan oleh Rafizi, catatan Twitter di Malaysia adalah sejam lebih awal kerana ia berlandaskan waktu yang dirakam oleh server Twitter di San Francisco, Amerika Syarikat.

Server berkenaan terikat kepada zon waktu Amerika Syarikat yang diubah ketika musim sejak antara November hingga Mac dan memberi kesan kepada waktu catatan twitter di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Apa yang jelas ialah fitnah Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay digunakan secara licik oleh pucuk pimpinan Umno untuk menggerakkan serangan terbaru terhadap Anwar menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak.

Justeru media arus perdana Utusan Malaysia sekali lagi kelihatan diarah untuk memainkan isu Twitter dan Facebook bagi menguatkan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu.

Namun kedangkalan dan niat jahat Umno, Utusan dan blog-blog upahan parti itu mengenai Twitter dan Facebook tetap terserlah dan memerangkap diri.

Penjelasan Rafizi hari ini bukan maklumat rahsia. Ia boleh diperolehi daripada sesiapa yang arif mengenai Twitter dan Facebook.

Namun maklumat yang benar hanya akan diperolehi oleh orang yang mencari kebenaran, bukan pihak yang mahu menghalalkan fitnah dengan pembohongan demi pembohongan.

Bagaimanapun persoalan yang masih tinggal adalah sama ada Anwar akan “dibebaskan” oleh polis bersabit video lucah ini.

Mereka yang arif mengenai politik Umno tidak akan terkejut jika fitnah video ini dibiarkan berlarutan dan polis “memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan terperinci.”

Pada masa sama, Utusan Malaysia, blog dan media kawalan Umno yang lain akan terus “memerah” fitnah video seks ini sebaik mungkin dalam perang untuk menghakis sokongan rakyat terhadap Anwar.

Janganlah terkejut, jika pada hari-hari yang menjelang ini, video itu dimuatkan dalam Youtube dan rakyat digesa persetankan bukti Twitter dan Facebook Anwar bahawa rakaman itu adalah fitnah semata-mata.

Siri demostrasi dan tunjuk perasaan oleh Perkasa, Umno dan badan-badan bukan kerajaan akan sekali lagi dianjurkan di seluruh pelosok negara, mendesak Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berundur dari politik.

Malah, jangan tolak kemungkinan Tan Sri Rahim dan Eskay dianugerahkan darjah kebesaran (mungkin oleh Yang di Pertua Melaka) dan diangkat menjadi wira baru Umno sebagai penyelamat bangsa Melayu.

Umno amat berpengalaman dalam permainan ini.

Anwar makin ditolak rakyat, hanya 1000 je yang hadir

Gambar-gambar mimpi ngeri bik mama najib








Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.

Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu.

Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Program berkenaan dibuat berikutan amalan fitnah semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air, khususnya melibatkan Anwar.

Selain perbicaraan kes Fitnah II, umat Islam digemparkan dengan penayangan video seks palsu yang bertujuan meranapkan reputasi Ketua Pembangkang itu di mata rakyat tetapi usaha jahat itu gagal memikat hati rakyat.

Ternyata penerbitan video lucah oleh kumpulan Dato T telah menaikkan semangat rakyat. Inilah hikmat di sebalik pendedahan video berkenaan. Rakyat bukan mempercayai apa yang didedahkan itu tetapi semakin menaikkan kemarahan dan kebencian kepada kerajaan umno dan b-end. Rakyat yakin video ini didalangi dan dilindungi olah kerajaan umno b-end sebab itu Nazri dan Hishammuddin bermati-matian mempertahankan Dato T.

Kemunculan video ini ibarat seketul batu yang terlalu besar dilontarkan ke dalam air yang tenang dan mengakibatkan gelombang kebangkitan ledakan reformasi ke dua selepas era reformasi 98.

Inilah igauan mimpi ngeri bik mama walaupun bik mama pernah menghabiskan wang rakyat RM100 ribu hanya untuk tidur semalaman di hotel terkemuka di Dubai. Mengapa Mat Sembab langsung tidak respon tentang video ini dan mempertahankan Dato T? Mengapa hanya Hishammuddin, Nazri dan Rais sahaja yang bermati-matian mempertahankan Dato T?

Semoga Allah memberi kekuatan dan InsyaAllah kerajaan umno b-end akan dapat ditumbangkan pada PRU13.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mari mencantum gambar blogger Umno yang kedarah arak



Gambar No. 1 - Hanya nampak jari dan Tiger Beer


Gambar No. 2 - Hanya lengan yang besar mengambarkan besarnya blogger Umno ni



Gambar No. 3 - Jelas badan yang besar ,perut yang boroi dan suku dari muka. Dah dapat agak dah kot sapa blogger Umno yang kedarah arak ni

Nantikan Gambar No. 4 untuk dicantumkan

Gambar diceduk dari blog Milo Suam


Novandri blogger Umno mungkin ada pengalaman buat 'kerja' tergesa-gesa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheHqMEL5vyR7Flkx0rnoB5o8RObGdncp7cXnrA5zJE1_8z4Cl5T1JmNApqiSkSesXr0NehDfDzY58v0C2R6iOslBLlHKY_M4MhjiNy3ERCMXZSEUWi6cCAeN42qh1-2fu3rLzUCgrMUBOs/s400/cctv.pngNovandri blogger Umno sekali lagi menimbulkan kekeliruan bahawa Anwar hilang 2 jam . Novandri mungkin mengabaikan pengakuan Ketua PKR Dungun Abd Rahman Yusuf bahawa Anwar ada di rumah pada malam 21 Februari.

Dalam kepala Novandri si pencacai Umno ini mungkin Anwar bergegas dari rumahnya ke hotel terdekat secara menyelinap tanpa diketahui orang lain.

Namun dalam masa 2 jam apa yang boleh Anwar lakukan. Mungkin Novandri ada pengalaman keluar dari rumahnya masuk hotel buat 'kerja' lepas tu balik ke rumah. Hebatla Novandri boleh buat tergesa-gesa begitu, ikuti ulasan GB pula dibawah :

Katalah benar 2 jam Anwar "hilang", hotel terdekat mana yang Anwar pergi, lakukan kerja terkutuk itu dan kemudian balik, yang hanya memakan masa 2 jam?

Naik apa? Motorsikal dengan membonceng Velentino Rossi? Super Lumborghini? Jumbo jet?

Atau Anwar mempunyai keistimewaan sebagaimana pak menteri dan polis boleh memasang dan membunyikan siren pada kenderaannya meredah lampu trafik dan supaya orang lain ketepi di jalanraya untuk memberi laluan kepadanya supaya cepat sampai ke hotel berkenaan?

Justeru itu, keseluruhan episod video seks tersebut JELAS satu rekaan, satu konspirasi yang dilakukan oleh Datuk T yang disokong kuat oleh UMNO termasuk para blogger yang mencari sedikit habuan populariti dan tumpang sekaki dengan harapan jerat dan fitnah itu menjadi.

Dari segi teknikalnya sahaja sudah out, video hitam putih. Kenapa hitam putih sednagkan kedai runcit paling cokia pun sekarang ini guna CCTV berwarna? Sebab tidak mahu bagi nampak sebarang kesan "doctored" ke atas video berkenaan.

Dah ler pelakon yang diambil tidak menepati ciri-ciri fizikal Anwar, cuma wajahnya sahaja yang berjaya diubah.

UMNO hidup bertunjangkan fitnah. Itulah kebenarannya!


Sesungguhnya mereka yang memfitnah mukmin yang lelaki mukminah yang perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka ke atas mereka neraka jahanam, dan azab yang membakar. (Al-Buruj 85:10)

Ulasan GB

Pakatan perintah Malaysia, bayaran saman ekor yang rakyat terpaksa bayar akan dipulangkan ?

Bayaran saman ekor boleh dipulang?

Oleh Haji Abdul Subky Latif
Alangkah sengsaranya orang yang dikenakan saman ekor untuk menjelaskan beban yang dikenakan kepada pada hari akhir ia perlu dijelaskan bagi mendapatkan kemudahan separuh denda.

Setiap satu saman dikenakan denda RM300. bagi menunjukkan kerajaan bermurah hati maka diberi tawaran membayar separuh denda saja sehingga minit terakhir bulan Februari 2011.

Saman yang perlu diselesaikan itu bukan sekadar memandu lebih dari had laju yang ditetapkan tetapi melibatkan berbagai kesalahan lalulintas termasuk saman tidak menjelaskan pakir kereta di majlis bandaran tertentu. Ada yang tertonggak lebih seuluh tahun lalu.

Ada orang yang terlibat dalam berbelas saman. Jika ia tidak dijelaskan pada hari 28 Febuari lalu, maka mereka tidak boleh membaharui cukai jalan. Mahu tidak mahu, baik senang atau susah, ia terpaksa dibayar.

Sekalian yang menyerbu pusat membayar saman dua tiga hari sebelum tamat tempoh bayaran saman separuh itu terasa perit dan amat payahnya bagi menjelaskan beban itu. Ia tidaklah seperit yang dialami oleh pelarian warga asing dari Libya untuk mendapat perlindungan di sempadan Tunisia, tetapi ia ada satu ujian kesabaran.

Manusia seluruhnya yang tidak sunyi dari dosa akan teruji dan sengsara yang tidak terkira menunggu waktu diadili di hari mahsyar sehinggalah datang Rasulullah memberi syafaat. Apa yang dihadapi di pusat membayar saman tiada apa-apa dibandingkan dengan deraan di alam mahsyar, tetapi ia adalah satu deraan dari kerajaan untuk rakyatnya.

Manusia tiada hak untuk membantah pehit di hari mahsyar. Tetapi rakyat ada asas dan hak untuk membantah dera saman ekor itu, tetapi mereka tidak diberi hak sama dengan tiadanya hak membantah di hari mahsyar.

Pakatan Rakyat menyokong jawatankuasa yang ditubuhkan PAS yang dipengerusikan oleh Datuk Mahfuz Omar membantah saman ekor itu berdasar ada saman seperti itu telah ditolak oleh mahkamah, dan orang yang disaman belum tentu bersalah selagi tidak disahkan bersalah oleh mahkamah.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong tuntutan jawatankuasa Mahfuz itu supaya semua saman itu dibatalkan, setiap yang mohon membaharui cukai jalan dibenarkan.

Mahfuz membuat anjuran yang menasabah supaya mangsa saman tidak menjelaskan saman itu. Tetapi masalah akan bertambah payah kiranya saman itu tidak dijelaskan kerana cukai jalan tidak dapat dibaharui. Memandu tanpa cukai memandu menjadi satu kesalahan lagi.

JPJ dan kerajaan menyumbat telinga tidak mendengar bantahan dari mangsa menahan jerat di tempat genting. Bantahan itu ada asasnya.

Maka Presiden PAS membuat tawaran kepada pemilik kenderaan, kiranya Pakatan dapat menguasai Putrajaya, maka saman ekor akan dimansuhkan. Saman separuh itu dilanturkan hingga 10 Mac. Lepas itu saman ekor masih berterusan. Dendanya tetap RM300 atas satu saman.

Jika Pakatan berkuasa saman ekor tidak ada lagi. Tetapi rakyat tetap menanggung beban deraan kerajaan BN itu hingga hari PRU 13. Berjuta-juta duit rakyat disapu oleh kerajaan.

Tindakan kerajaan itu sama seperti anak-anak raja zaman dulu, apabila mereka tidak ada duit, maka mereka mengadakan sekatan di jalan lalu lintas, mengenakan cukai bagi yang melaluinya. Itulah yang diperi bahasakan menahan jepat di tempat genting atau menahan lokah di pergentingan.

Pakatan telah membuat polisi akan membatalkan saman ekor. Tetapi bagaimana dengan berjuta ringgit yang telah disapu oleh kerajaan menjelang hari ujian 28 Februari lalu dan hari-hari selepas itu hingga PRU 13?

Bagaimana dengan korban yang ditanggung fakyat itu?

Tidak berbangkit Pakatan mempolitikkan isu itu. Apa yang Pakatan buat ia satu tawaran membela rakyat dari penindasan menahan jerat di tempat genting. Ia cara mudah bagi kerajaan mendapatkan duit dari poket rakyat.

Rakyat tiada pilihan terpaksa menjelaskan beban dan deraan itu bagi membolehkan membaharui cukai jalan hingga hari PRU 13 nanti. Sama ada mereka ada duit atau tidak mereka terpaksa membayar saman ekor jika mahu motokar bergerak.

Tidak menabah mngajar orang ke jalan raya seperti di Mesir dan di Libya atas kezaliman saman ekor itu. Apa yang Pakatan boleh buat bagi membela rakyat yang diperas ugut itu mendapatkan wangnya semula?

Bagaiman kalau Pakatan menjadikan ia sebagai satu polisi yang berjalan serta merta? Orang yang disaman terpaksa bergada bergolok menyelesaikan saman itu. Amat malang kalau mencari bantuan Along bagi memenuhi beban itu.

Apa kata kalau Pakatan berjanji kiranya ia berjaya mengambil Putrajaya, maka segala denda itu akan dipulangkan, sama ada saman itu dipulangkan melalui tuntutan dengan menunjukkan resit saman itu atau diselesaikan dengan cara dijadikan bayaran cukai jalan apabila membaharui cukai jalan kelak.

Orang yang membayar saman mestilah menyimpan resit bayaran saman supaya dikembarkan ketika membuat tuntutan nanti. Pastikan resit itu jangan dibuang.

Ia adalah satu cadangan yang munasabah kepada Pakatan Rakyat. Ia adalah satu sikap yang selari dengan dasar yang dikemukakan oleh Mahfuz yang minta supaya saman itu dibatalkan atau mangsa tidak menjelaskannya.

Ia juga selari dengan dasar yang dibuat oleh Tok Guru Haji Abdul Hadi bahawa saman ekor akan dibatalkan bila Putrajaya dikuasai Pakatan. Cuma tawaran itu boleh buat lebih awal, semua denda saman ekor yang dijelaskan akan dipulangkan semula apabila rakyat memberi mandat untuk mentadbir Putrajaya.

Ia boleh dimasukkan dalam Buku Jingga.

Saman ekor, PAS pun tak bersunggguh



http://www.star-motoring.com/getattachment/News/2010/Saman-ekor-has-to-go-on/009264918.jpg.aspx?width=427&height=286
Saman banyak untung pun banyak
Oleh : Tulahan

Kes saman ekor dah sampai ke tahap membosankan, kerajaan pimpinan Umno tak hirau langsung kesusahan rakyat. Yang penting duit rakyat mesti dikaut sebanyaknya , peluang melalui kutipan kompaun saman ekor diguna sepuas-puasnya memeras rakyat.


Caranya mudah saja, JPJ senarai hitam kenderaan pemilik yang tak bayar saman. Jadi , rakyat tiada pilihan terpaksa bayar saman beribu RM kerana kereta, motor adalah keperluan. Tak bayar maknanya cukai jalan tak hidup, kena tahan polis kena saman lagi.

Rakyat terpaksa bayar, bukan orang PAS, PKR, DAP sahaja kena bayar. Orang Umno , MCA , MIC pun kena juga. Tak tahulah orang Umno, boleh tunjuk kad Umno maka tak perlu bayar, sebab tu mereka tak kisah.

Mungkin juga kerana kesetian tak berbelah bagi kepada Umno maka biar beratus, beribu RM melayang orang Umno rela. Bagi orang Umno biarlah hilang beratus RM kerana bayar saman , asalkan dapat RM 50 semasa pilihanraya. Itulah standard orang Umno.

Tak lama lagi kerajaan nak bagi syarikat swasta pula buat operasi saman ekor, syarikat swasta ini pula kroni punya. Belum lulus akta, tender dah diberi punya la hebat kerajaan Umno. Syarikat swasta kroni pastinya mahu kaut untung, nak untung saman kena banyak.

Kalau kurang saman maka untung sikit, walau macam mana sekalipun saman kena banyak. Sebelum swasta ini pun, polis buat banyak silap sehinggakan motor kapcai 120 cc boleh bawa selaju 500cc. Bila beri kepada swasta sahih ada motor kapcai 70cc yang hanya guna di kampung, tup!tup! terima saman bawa laju 1000 cc nun kat KL.

Saman tetap saman, polis selalu tak mengaku salah. Jika tak bayar , cukai jalan bukan sahaja kenderaan yang kena saman kena senarai hitam. Kenderaan lain yang tak kena saman pun cukai jalan tak boleh hidup sebab pemiliknya sama, alamatnya kena bayar juga.

Nak buat macam mana, kerajaan Umno dah rasa kuat menang tiga berderet PRK . Bagi Umno rakyat tak kisah kena saman ekor, sebab tu Umno masih menang. Rakyat tak kisah pun harga barang naik, harga minyak naik, cukai tanah naik. Hanya Pakatan Rakyat sahaja yang bising.

Betulkah Pakatan Rakyat pun bersungguh nak bantu rakyat dalam kes saman ekor, nampak macam ala kadar aja. Benarlah PAS dah wujudkan KASE tapi setakat mana KASE membantu rakyat yang kena saman ekor.

Pernah dengar PAS Perak tawarkan peguam secara percuma kepada rakyat yang nak lawan di mahkamah. Ada ka rakyat yang berani lawan? jawabnya tak ada, kenapa? kerana kalau lawan, kes ambil masa nak berjalan, kereta nak pakai jadi bayar saman je la.

Betullah pandangan KASE bahawa kerajaan salah, itu hanya notis bukan saman dan kerajaan dah langgar perlembagaan. Sekadar bagi tahu rakyat, jangan bayar saman sebab tak sah. Rakyat mana nak ikut, tak bayar tak boleh guna kereta.

Tunjukkanlah kesungguhan PAS nak perjuang isu ini, entah-entah pemimpin PAS pun ramai yang dah bayar saman. Sebab tak bayar, kereta tak berjalan. Pemimpin PAS kena buktikan kepada rakyat, mereka juga jangan bayar saman dan mesti ada pemimpin PAS saman kerajaan berdasarkan saman kenderaannya.

Bila ada pemimpin PAS yang saman kerajaan, barulah betul tindakannya dan barulah nampak bersungguh PAS menangani isu saman ekor. Jika nak nanti rakyat yang di bawah saman dulu payah la.

Kes pemimpin PAS saman kerajaan ini akan mendapat perhatian rakyat dan jika menang kes ini. Barulah rakyat ada keyakinan untuk saman kerajaan dan tuntut balik saman yang mereka sudah bayar.

Pakatan Rakyat pun janganlah berjanji dengan janji yang tak bersungguh. Setakat berjanji bila menang PRU 13 akan mansuh tak jadi. Boleh menangkah dengan janji sebegitu?. Kenalah bersungguh nak bantu rakyat, berjanjilah akan bayar semula semua saman ekor yang telah dibayar oleh rakyat.

Biarlah Umno nak kata negara akan muflis, dah memang perangai busuk Umno macam tu. Bila Pakatan Rakyat dah memerintah negara, penjimatan dari rasuah dan penyelewengan macam amalan kerajaan Pulau Pinang akan mampu mengembalikan semua saman ekor yang dibayar oleh rakyat.

RM 52 billion saham bumiputera lesap tapi Perkasa, GAPS, Ghani Jiman tak buat demo pun

RM52b lesap: Najib mesti bertanggungjawab

BUKIT KATIL, 28 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti bertanggungjawab dan digesa meletakkan jawatan kerana gagal menjaga kepentingan orang Melayu.

"Najib mesti letak jawatan kerana gagal memastikan saham Bumiputera dipertahankan. Bukannya hendak menambah saham orang Melayu dan Bumiputera malah yang ada pun lesap,” kata Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab.

Katanya, seorang Perdana Menteri mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan kehilangan kepentingan Bumiputera itu.

Baru-baru ini, Najib mengakui saham Bumiputera RM52 bilion telah hangus dan lesap, yang tinggal cuma RM2 bilion daripada jumlah asal RM54 bilion yang diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera.

Yusof yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukitt Katil hairan bagaimana sebuah kerajaan yang dikatakan sentiasa mendahulukan rakyat termasuk bumiputera sanggup menggadai saham Bumiputera dan memberinya kepada pihak lain dan kroni.

"Kita menggesa Najib membuat laporan terperinci tentang kehilangan saham ini dan pada masa yang sama mesti membuat laporan kepada SPRM jika terdapat salah laku dan penyelewengan kuasa sehingga berlakunya perkara yang memalukan ini.

"Mungkinkah kroni dan rakan-rakan yang rapat dengan pihak tertentu yang mendapat keuntungan dari lesapnya saham ini?" soalnya.

Katanya, pengakuan Najib bahawa saham Melayu lesap sebagaimana disiarkan akhbar Harakah terbaru edisi cetak Bil 1626 edisi tidak cukup untuk mengubati kegagalannya dalam isu itu.

"Beliau mesti meletakkan jawatan dan seterusnya disiasat kerana perkara ini adalah serius melibatkan kepentingan Bumiputera.

"Dahlah saham orang Melayu sedikit, yang ada pun lesap entah ke mana," kata Yusof dengan kesal.

Menurutnya, rakyat berhak mengetahui ke mana saham itu dijual dan siapa yang bertanggungjawab menjalankan kerja yang menggadaikan maruah dan kepentingan orang Melayu.

Pensyarah lain minta hentikan fitnah tapi Kangkung Umno ini minta Anwar berundur

Masa untuk Anwar berundur

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgfho48Kmx3NoyXFFowxohXi28ihzDyiA4L9eEUwU5TmXeJ2lnr90xtBe7RiKviF3hXmjZ_FSGjcglwd8U3n72Znc1yc1eWeRq7vkp1GDfJXvpDskOe_7TA6aELDfo0zwcLb8d8ZxqsZobh/s400/kangkung-belacan-1.jpgSHAH ALAM - Sudah sampai masa bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada kancah politik negara.

Itulah pendapat pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nidzammudin Sulaiman berikutan pendedahan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat (PR) itu.

Dr Nidzammudin berkata, meskipun Anwar belum dipastikan terlibat dalam skandal itu, sedikit sebanyak ia akan turut memberi kesan bagi imej dan reputasinya berdasarkan rekod sedia ada termasuk perbicaraan kes liwat yang sedang berlangsung di mahkamah.

"Orang akan jadi muak. Ini tidak kira sama ada beliau bersalah ataupun tidak kerana bagi seorang pemimpin politik, apa yang lebih utama adalah kepentingan rakyat, bukan permainan politik yang berulang-ulang.

"Kerana itu, saya fikir sudah sampai masa bagi Anwar berundur. Jika beliau mahu menjaga namanya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri, adalah lebih baik bagi beliau memberi tumpuan kepada isu-isu bukan politik melibatkan kepentingan masyarakat termasuk membimbing generasi muda kerana saya percaya, beliau masih diminati dan dikagumi ramai anak muda," katanya.

Menurutnya, setiap individu termasuk pemimpin besar seperti Anwar ada had tertentu dalam berjuang untuk mempertahankan sesuatu.SH

Banner Najib 1Malaysia tak bayar permit



Didepan 'port' gurkah-gurkah politik... kami tengok sendiri 'banner-banner' Najib dan 1Malaysia dia, diturunkan oleh penguatkuasa MPPP.
Tukang yang turunkan poster-poster tu pula kami kenal, apa lagi ..."woit!...pasai apa tuu??!"... "Tak bayaq permit!"... sahabat ini menjerit dari jauh. Kah..Kah..Kah..

Kami tunggu juga kot-kot ada blogger-blogger umno macam Novandri, pisau.net dan lain-lain yang nak
spin dan putarbelitkan cerita-cerita 'banner-banner' Najib dan 1Malaysia ini diturunkan disekitar KOMTAR kerana tidak bayar permit pada pihak majlis perbandaran, tapi masih belum ada lagi. Mungkin lagi dua tiga hari lagi kot.

Gurkah-gurkah pun dok tunggu juga kalau-kalau Ghani Jiman yang hobi dia suka buat demo, nak turun buat demo sebab Lim Guan Eng dah turunkan poster-poster Najib ini, tapi tak nampak pula dia. Sibuk meeting laa tuu, kot-kot dok meeting merancang nak buat demo lagi kat mana-mana...


Operasi menurunkan 'banner' haram ini ialah 'banner' Najib 1Malaysia
untuk mempromosikan satu acara kutipan derma yang akan dihadiri Najib pada 2 haribulan ini dan juga 'banner-banner' karnival kebudayaan yang juga mengundang beliau sebagai tetamu undangan.

Banner Najib dan 1Malaysia ini adalah antara berpuluh banner-banner haram yang telah diturunkan oleh penguatkuasa MPPP kerana didapati
tidak bayar wang permit RM22.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. nama pun majlis kutipan derma... tentulah tak ada duit, nasib baik banner ni pun umno yang sponsor.