Tuesday, May 17, 2011

Video seks kantoi : Kasihan Eskay semakin tidak dipedulikan UMNO

NAMPAKNYA Datuk Shazryl Eskay terpaksa menggigit jari kerana tiada siapa yang peduli apa lagi menghargai umpan video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim yang diletupkannya baru-baru ini.

Ternyata umpan video seks yang dibuatnya langsung tidak menambah peluang untuknya memperolehi RM20 Juta di dalam proses saman terhadap Merong Mahawangsa Sdn Bhd yang terlibat dengan projek jambatan bengkok.

3 Mei 2011 yang lalu, Eskay cuba menambahkan keyakinan, bahawa pendedahan yang lebih besar akan dibuat terhadap Anwar Ibrahim, Eskay cuba memberikan signal bahawa beliau mampu menjatuhkan Anwar, satu lagi pendedahan yang lebih menggemparkan dijanjikan [Utusan]

Akhirnya hanya perasaan kecewa yang tiba. Dua hari selepas Eskay berjanji kononnya untuk mendedahkan rahsia yang lebih besar tentang Anwar Ibrahim, samannya terhadap Merong Mahawangsa Sdn Bhd ditolak oleh mahkamah. Maka RM 20 juta yang diidam-idamkannya hancur lebur [mStar].

Maklumat yang diperolehi daripada orang yang sangat rapat dengan Eskay mendedahkan bahawa beliau kini sudah menghilangkan diri sebaik sahaja kalah perbicaraan samannya, para peguamnya juga gagal menghubungi Eskay, panggilan telefon langsung tidak berjawab. Sehingga kini hutang kos guaman bernilai RM 300, 000 tidak dibayar.

Difahamkan Eskay akan terus menghilangkan diri kerana tidak mahu membayar hutang sebanyak RM 300 ribu kepada peguamnya. Pendedahan lebih besar yang dijanjikannya pula hanyalah gimik meraih simpati. Jelas sekali sumpah laknatnya sudah mula memakan diri, hidupnya kini tidak tenang dibelenggu hutang RM 300 ribu, malah bakal didakwa dibawah seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan bahan lucah.

Apa yang diharapkan Eskay tidak berhasil, dia hanya mampu menggigit jari. Malah lokasi tempat Eskay mendapatkan pelakon video seks sudah dikenal pasti. Terletak 3 jam dari sempadan Malaysia-Thailand, nantikan pendedahan yang lebih besar dari MiLo SuaM kah kah kah...


ReJaM© "Padan muka Eskay kah kah kah..."


6, 532 VCD lucah dirampas oleh petugas PR , polis buat apa ?

(Zaidi [tengah] menunjukkan bukti bahan rampasan dalam sidang media bersama rakan-rakannya)

SELAYANG, 18 Mei: Pakatan Rakyat merampas 6, 532 keping VCD lucah yang kononnya dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ia cuba disebarkan dalam majlis Solat Hajat di Stadium Selayang baru-baru ini.

Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Abdul Talib dalam sidang medianya bersama Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, yang menghairannya bagaimana penyebar VCD ini boleh terlepas dari tindakan polis kerana menyebarkan bahan lucah adalah satu kesalahan.

"Yang menghairankan saya mereka boleh edar VCD dan risalah tersebut secara terang-terangan walaupun program tersebut dikawal oleh polis dari petang sampai ke malam," kata Zaidi yang mempersoalkan kreabiliti polis yang bertugas pada hari berkenaan.

Bagi beliau, tindakan ini adalah tTaktik keji Umno untuk mengekalkan kuasa mereka daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, katanya pada sidang media bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) di pejabat PAS Selayang semalam.

(Gambar: Anggota Unit Amal membawa sebakul VCD lucah yang dirampas ke balai polis untuk dibuat laporan...Gambar Farhan)

"Kami dapat mengesan VCD dan risalah ini pada jam 8 malam di mana selepas solat Maghrib yang diletakan secara terbuka di cermin-cermin kereta serta bertaburan di tepi dan bahu jalan stadium atau diletakkan di motosikal hadirin serta yang hadir pada majlis tersebut.

"Dan kami sangat terkejut dengan lenggok-lenggang polis yang seolah-olah membutakan mata mereka terhadap pekara yang sedang berlaku pada malam tersebut, kami sangat kecewa," jelasnya

Walaubagaimana pun, mereka telah membuat laporan polis dan minta pihak polis buat siasatan dengan segera serta teperinci, "kami sanggup beri kerjasama dengan polis sekiranya pihak polis mahukan bukti dan gambar untuk membantu siasatan," kata Zaidi.

Beliau mula mengutuk keras tindakan itu dan menegaskan kepada pihak pimpinan Umno itu supaya bertanggungjawab dan berhenti melakukan tindakan keji ini atas sebab sensitiviti umum.

"Mereka edar VCD dan risalah itu secara terbuka, orang ramai yang terdiri daripada pakcik, makcik, ustaz, ustazah, remaja sekolah, belia, lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak tak cukup umur pun boleh pegang dan lihat VCD dan risalah lucah ini," jelas beliau dengan nada yang sedikit marah.

"Tindakan Umno ini sangat keji, anak saya pun boleh pegang dan lihat bahan lucah tersebut, mereka tidak fikir akan sensitiviti dan kepentingan umum, mereka seolah-olah merayakan kelucahan dalam masyarakat kita, semua peringkat usia tahu apa itu seks, liwat, lucah dan ini mungkin akan menjadi satu budaya keji dalam masyarakat di mana remaja-remaja dan belia kita, anak Melayu akan terlibat dengan gejala-gejala seperti ini nanti," jelas beliau dengan nada sedih sebagai seorang bapa yang tidak mahu pekara ini berlaku kepada anak-anaknya.

Sementara itu, menurut Haji Asri Buang, 57 yang juga merupakan Timbalan Ketua PKR Selayang menyokong penuh apa yang diluahkan oleh Zaidi.

Beliau juga sebagai seorang bapa tidak mahu minda anak-anaknya punah atau dicemari dengan taktik keji Umno yang disifatnya sebagai pembankang Selangor untuk kepentingan jijik politik parti tersebut.

Bercakap pada sidang media tersebut, beliau juga membongkarkan satu lagi taktik keji Umno melakukan tindakan sabotaj terhadap Pakatan Rakyat di Selangor dengan menyebarkan sebuah akhbar yang menyerupai Selangor Kini yang diubah menjadi "Selangor Terkini".

Beliau juga kesal dengan tindakan Umno menyedarkan media yang seumpama media rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangorkini, iaitu Selangor Terkini yang menggunakan logo kerajaan negeri Selangor.

"Dalam majlis tersebut hadirin diedarkan risalah "Selangor Terkini" yang di letakkan di dalam sebuah beg kertas terpapar muka Najib seolah-olah memberi gambaran jelas bahawa beliau mendalangi taktik keji ini.(gambar)

"Sehubungan itu, kami telah membuat satu laporan polis pada pukul 1.30 pagi di IPD Gombak berkenaan dengan pekara tersebut dan saya sekali lagi mahu menggesa pihak polis melakukan siasatan segera serta tidak dilihat sebagai "dauble Standard" dalam hal ini," jelas beliau dengan tegas.

Semarak Kes Altantuya : Campurtangan politik untuk selamatkan Najib

Altantuya : WikiLeaks Dedah Campur Tangan Politik Selamatkan Najib

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmu1vtGD4q_OaRr9NDjWQIREPAWMDuAnJvFJiTu_tQ1qjCXMFmB2Ug9zS6jeNXGdc9gDY-NqGbLuliuvdWxaAsoykAXYkUDSZ6lBjfUQOuPJ-hMDoyBYosrU9Qw0OufeSxOcvS2uMdLfE/s1600/Najib+Altantuya.jpgSHAH ALAM 18 MEI : Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengesyaki campurtangan politik untuk melindungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada dikaitkan kepada perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut kabel-kabel diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kabel-kabel itu berasaskan maklumat yang diberikan kepada kedutaan itu oleh sumber-sumber Pejabat Peguam Negara, pemimpin kerajaan dan pembangkang, menurut Asia Sentinel yang menyiarkan kabel-kabel berkenaan.

Malah wakil kedutaan AS juga membincangkkan kemungkinan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi menggunakan perbicaraan Altantuya untuk “mengenakan” Najib.

Altantuya dijumpai mati dibom di pinggiran hutan Puncak Alam pada Oktober 2006. Dua daripada pegawai polis yang berkhidmat dengan pejabat Najib ketika itu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar di dapati bersalah membunuh warga Mongolia itu.

Bagaimanapun rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda yang mengaku mengadakan hubungan sulit dengan Altantuya dibebaskan dari tuduhan itu walaupun beliau bersetuju menggunakan khidmat dua anggota polis berkenaan.

Kabel-kabel WikiLeaks mendedahkan pegawai-pegawai kedutaan percaya wujud campurtangan politik untuk menentukan bagaimana pihak pendakwaraya mengendalikan kes itu.

Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan pembelian bernilai USD 1 Billion atau RM3.5 bilion kapal selam Scorpene dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui Najib.

Altantuya dikatakan berkhidmat sebagai penterjemah transaksi tersebut yang membolehkan syarikat Perimekar Sdn Bhd pimpinan Razak Baginda menerima komisyen lumayan lebih RM 534.8 juta.

Kabel WikiLeaks juga turut mengandungi maklumat mengenai pertemuan antara Ketua Bahagian Politik Kedutaan AS, Mark D Clark yang diberitahu oleh seorang timbalan pendakwaraya kes itu bahawa “hampir pasti tidak ada peluang untuk mensabitkan Razak Baginda atas tuduhan (membunuh).”

Selain itu Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Wan Ahmad Farid Wan Salleh juga memberitahu kedutaan AS bahawa beliau yakin pendakwaraya hanya akan membataskan siasatan kepada suspek dalam perbicaraan dan bukan kepada pihak-pihak lain atau pun dakwaan-dakwaan rasuah berkaitan pembunuhan itu.

Pada tahun Januari 2007, pejabat kedutaan AS juga menunjukkan minat kepada affidavit Razak Baginda yang mengaku beliau meminta pertolongan pegawai pengiring Najib, Musa Safri, untuk memastikan Altantuya tidak lagi mengganggunya.

Musa bagaimanapun tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

Perkara-perkara lain yang menarik minat kedutaan adalah tindakan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail secara tiba-tiba untuk menggugurkan Ketua Pendakwaraya kes itu Sallehudin Saidin dan menggantikannya dengan seorang yang kurang berpengalaman.

Kabel diplomatik WikiLeaks itu juga merujuk kepada pendedahan Anwar Ibrahim tentang dakwaan-dakwaan rasuah yang dikaitkan kepada Najib dan Razak Baginda berhubung pembelian kapal Scorpene dan Jet Sukhoi Su-MCM-30.

Dalam kabel 24 Januari 2007, kedutaan AS merumuskan bahawa “tanggapan berlakunya salah laku oleh pendakwaraya dan mahkamah serta dakwaan bukti-bukti tertentu dimusnahkan , mencadangkan kepada ramai bahawa kes (pembunuhan Altantuya) menghadapi tekanan politik yang bertujuan melindungi Najib.

Pemuda UMNO nak raih publisiti



KUALA LUMPUR 18 MEI : Tindakan Pemuda Umno meminta kerajaan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95 boleh ditafsirkan melalui dua sudut pandang yang berbeza, kata Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Pertamanya tentu sekali ia bersifat serius memandangkan gesaan berterusan Ketua Pemuda Umno itu di laman sosial milik beliau yang mungkin akan menjadi usul utama Mesyuarat Agong Pemuda Umno Malaysia kali ini.

Namun yang keduanya, tindakan berkenaan boleh diibaratkan seperti seekor kucing mendesak kawannya yang juga kucing untuk jangan memakan ikan, kata Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard dalam satu kenyataan media.

Walaupun katanya SAMM menyambut baik gesaan Pemuda Umno itu namun khuatir jika ia hanya sandiwara semata untuk meraih populariti menjelang pilihan raya umum.

“Memahami pemuda Umno sebagai sebuah organisasi politik yang bertanding dalam pilihan raya mungkin saja tindakan ini ekoran untuk meraih populariti kerana mereka sedar kemarahan rakyat kepada parti penguasa yang amat tinggi ekoran siri kenaikan harga yang seolah tidak mampu dikawal regim.

“Namun itu urusan mereka, bagi SAMM selaku organisasi yang cuba menjadi organisasi massa muda sudah tentu turut bersama desakan tersebut bukan sahaja tidak menaikkan tetapi menurunkan semula harga minyak dengan penstrukturan semula subsidi negara dengan mengurangkan bantuan korporat,” katanya.

Malah Chegu Bard juga turut menyindir tindakan ahli-ahli parlimen BN termasuk pemuda Umno yang menyokong kenaikan harga bahan bakar sebelum ini.

“Masalah sebenar negara ialah bukan harga pasaran dunia, selaku pengeluar minyak yang nilai kegunaan domestik masih jauh kurang dari yang dieksport maka sudah tentu kenaikan harga petroleum dunia boleh menjadi rahmat.

“Masalah utamanya ialah pembaziran dalam pengurusan, ketirisan, rasuah, salah guna kuasa dan pengaliran wang haram yang didalangi oleh mereka yang rapat dengan regim merupakan punca sebenar negara hilang daya saing dan daya mampan untuk menjaga kepentingan rakyat seperti mengawal harga bahan bakar,” katanya.

Tambahnya SAMM memandang serius kenaikan harga bahan bakar yang begitu membebankan pengguna.

“SAMM juga tidak menolak ini mungkin saja propaganda menjelang pilihan raya umum Menteri akan mengumumkan di mana kononnya harga minyak akan dinaikkan tetapi oleh kerana desakan pemuda Umno maka harga minyak kekal.

“Lebih malang lagi seperti biasa selepas pilihan raya harga naik mendadak pula,” katanya.

MB UMNO tak peduli bantahan rakyat



KUANTAN 18 MEI : Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak peduli kepada rayuan orang Pahang apabila mengambil sikap berdiam diri sahaja dalam pemilihan pakar yang menganggotai panel penilai loji memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga merupakan Naib Presiden PKR turut mempersoalkan sikap Adnan yang pada mulanya bersetuju panel itu sepatutnya membariskan pakar dari pelbagai disiplin tetapi kini berdiam diri sahaja apabila panel itu tidak langsung membariskan jurutera alam sekitar, pakar toksikologi alam, pakar kesihatan awam, dan juga pakar sains sosial.

Malah, panel itu juga tidak membariskan mana-mana pakar yang mengkaji kesan pendedahan radiasi tahap rendah dalam jangka masa panjang.

“Pakar-pakar dalam dalam bidang ilmu yang saya sebutkan itu tiada dalam panel itu tetapi amat mustahak dalam menentukan keselamatan orang Kuantan,” kata Fuziah.

Fuziah seterusnya menjelaskan bahawa pakar yang dipilih Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) sebenarnya terdiri daripada pakar yang sememangnya mengambil pendirian pro-nuklear.

“Saya tidak nafikan kepakaran mereka tetapi panel itu perlu dibarisi oleh pakar dari bidang ilmu yang betul,” kata Fuziah.

Beliau turut kesal apabila Adnan kini hanya meminta orang ramai menunggu hasil siasatan panel itu.

Fuziah seterusnya menggesa agar Adnan tidak melakukan kesilapan lagi apabila mengambil sikap berdiam diri kali ini.

“Kita harap beliau tidak melakukan satu lagi kesilapan kali ini. MB Pahang sudah melakukan kesilapan kali pertama apabila memberikan Lynas lesen premis untuk beroperasi tanpa merujuk kepada orang ramai terlebih dahulu,” kata Fuziah.

Orang Pahang kini memerhatikan dengan teliti tindakan kerajaan BN Pahang jika benar mereka mahu membantu menangani kerisauan penduduk Pahang berhubung isu pembinaan loji memproses nadir bumi ini, kata Fuziah.

Loji itu yang dijadual beroperasi sepenuhnya September tahun ini mendapat bantahan orang ramai di Kuantan dan negeri Pahang kerana apabila ia beroperasi kelak ia akan menghasilkan sisa radioaktif thorium yang merbahaya kepada penduduk sekitar.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menghalang pembinaan loji itu namun ia sehingga kini tidak diberikan perhatian serius oleh kerajaan negeri malah empat peserta perhimpunan aman membantah loji itu pula ditangkap polis 15 Mei lalu.

Usaha membantah loji itu kini giat digerakkan di peringkat nasional dan antarabangsa oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

UMNO yang cemburu, Pemuda UMNO yang bangang, TV 1 yang pembohong

Pada 16 Mei lalu berlaku empat peristiwa penting dalam konteks negara.

Peristiwa itu ialah penyerahan nota cemburu projek Ladang Rakyat oleh Pemuda Umno Kelantan kepada Menteri Besar Kelantan, sambutan hari guru, penghakiman kes konspirasi menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan diikuti dengan keperluan penambahbaikan khidmat Jabatan Imigresen Kota Bharu dalam melayani 200 pelanggan sehari kerana mengurus paspot.

Apa pun tulisan ini tidak akan mengulas mengenai hari guru, maruah Anwar Ibrahim dan hal Imigresen. Apa yang akan ditumpukan adalah isu penyerahan nota cemburu projek Ladang Rakyat oleh Pemuda Umno Kelantan kepada Menteri Besar Kelantan.


Pemuda UMNO bangang

Sesungguhnya kandungan nota cemburu yang ditulis sebagai ‘memorandum rakyat’ adalah sebenarnya suatu manifestasi pemuda Umno yang jelas ‘bangang’ dengan projek pembangunan anjuran Kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar merangkap al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Meskipun sudah berlembar-lembar penjelasan dibuat oleh pimpinan Kerajaan Negeri, namun kandungan nota cemburu oleh ketua pemudanya, Anuar Safian (foto) membuktikan sifat bangang itu.

Nota cemburu itu mengandungi lima butiran, iaitu meminta butiran perjanjian syarikat yang menjalankan kerja-kerja perladangan, mahu tahu penglibatan Bumiputera Kelantan dengan syarikat yang menjalan usahasama dengan Syarikat Ladang Rakyat, minta disenaraikan syarat-syarat dan kelayakan peserta, mahukan perincian perolehan pendapatan atau laporan kewangan dan hasil tahunan diperolehi, dan inginkan penjelasan mengenai lokasi, keluasan dan status tanah yang dimajukan (kononnya dirampas dari rakyat).


Lima butiran itu, ternyata pengetahuan Pemuda Umno tidak bertambah-tambah meskipun pihak Ladang Rakyat dan Kerajaan Negeri sudah menjelaskan tanah pembangunan Ladang Rakyat adalah atas tanah kerajaan dan tidak pernah merampas tanah rakyat.

Berlaku dakwaan rampasan tanah tidaklah tepat. Sebenarnya di situ ada segelintir rakyat yang melakukan teroka atas tanah kerajaan. Apa pun, bayaran pampasan dibuat oleh Ladang Rakyat kepada rakyat (peneroka) yang meneroka tanah kerajaan.

Demikian pula, syarikat yang diberi hak hanya pemaju bukannya pemilik yang diberikan tanah.. Tanah tetap dimiliki oleh Ladang Rakyat.

Justeru Ladang Rakyat telah meraih untung bukannya rugi. Buktinya, 4,300 peserta diberikan dividen dan mana-mana rakyat yang tanahnya terlibat dengan pembangunan Ladang Rakyat tetap dibayar pampasan. Jika rugi pasti dividen dan pampasan tidak akan dibayar.

Demikian pula, Pemuda Umno bangang dalam memahami tujuan projek pembangunan Ladang Rakyat yang semestinya untuk membantu rakyat, khususnya yang miskin.

Justeru penerima dividen adalah individu yang berada dalam lingkungan miskin, tanpa pilih kasih dan tidak mengira fahaman politik. Ia tidak sama dengan kerajaan Umno yang tebal dengan amalan diskriminasi, pilih bulu dan terpilih kerana ia Umno.

Terbaru, Negeri Terengganu di bawah kerajaan Umno diberikan wang royalti minyak sedangkan Kelantan yang layak telah dinafikan. Belum lagi mengambil kira kegagalan menyiapkan projek atas semata-mata kontraktor adalah kroni.

Lihat sahaja kemajuan pembinaan jambatan kedua ‘Jambatan Sultan Yahya Petra’ yang merentasi Sungai Kelantan. Ia adalah melibatkan kontraktor kroni yang cukup terkenal di Kelantan.

Pemuda Umno Kelantan gagal nampak (jambatan tidak siap) kerana mereka bangang.

TV1 pembohong

Bangang pemuda Umno ditambah lagi dengan pelapor peristiwa menyerah nota cemburu itu telah dilapor secara ‘pembohongan‘ oleh TV1 melalui siaran berita jam 5.30 petang dan jam 8.00 malam pada hari sama.


Sekurang-kurang tiga pembohongan dibuat TV1. Pertama bantahan dikatakan kerana Kerajaan Kelantan merampas tanah rakyat, sedangkan tidak berlaku rampasan tanah.

Kedua nota itu dilapor sebagai diserahkan kepada Timbalan Speaker Kelantan, sedangkan penerima sebenar ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Ketiga berlaku provokasi dicetus oleh pihak Timbalan Speaker yang dikatakan menyebabkan kekecohan, sedangkan pencetusnya adalah pemuda Umno yang mengampit di sebelah kiri Anuar Safian terlebih awal menarik tangan Timbalan Speaker ketika meminta pemuda itu menjarakkan kedudukan semasa penyerahan hendak dibuat.

Dan pembohongan keempat, pihak TV1 melaporkan seramai 1,000 orang mengiringi Anuar Safian menyerahkan nota cemburu itu. Sebenarnya hanya 200 orang termasuk beberapa Orang Asli yang diupah.

Atas pembohongan tersebut, pemuda Umno dan TV1 jelas tiada kredibiliti untuk dipercayai rakyat Kelantan.

Kenapa UMNO cemburu?

Meskipun Pemuda Umno berjaya mengumpul 200 orang pengiring semasa penyerahan nota cemburu itu, apa pun rakyat Kelantan harus tahu, kenapa Umno amnya begitu cemburu terhadap kejayaaan Ladang Rakyat.

Tidak lain kerana di sebalik kejayaan itu kesannya adalah ia membangun negeri dan membantu rakyat miskin.

Sementara itu, di sebalik pembangunan tanah untuk projek Ladang Rakyat, turut terbongkar broker teroka tanah Kerajaan Negeri secara tidak sah.

Dikatakan broker itu membabitkan pimpinan Umno tertentu, di samping beberapa individu kroni pemimpin tersebut. Ia sudah menjadi kerugian dari segi ‘politik anak buah’ tatkala anak buah yang dijanjikan dengan geran tanah sudah terpaksa menagih janji yang tidak kesampaian.

Justeru politik menghasut rakyat agar membangkang usaha Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz dilakukan oleh pemimpin Umno.

Mungkin pemimpin tersebut sudah lupa, bahawa membangkang Ladang Rakyat bermakna menyekat rezeki untuk rakyat miskin. Apakah maruah pemimpin sedemikian?

Sokongan majoriti

Apa pun asakan pemuda Umno dan cubaan menjatuhkan kredibiliti Kerajaan Negeri di sebalik Ladang Rakyat, seramai 4,300 penerimanya tetap berdiri teguh menyokongnya. Ia simbolik sokongan majoriti rakyat Kelantan.

Pada hari yang sama, pihak Ladang Rakyat turut melancarkan koperasi milik penerima dividen.

Dua deklarasi diungkapkan iaitu pertama menyatakan sokongan sepenuhnya atas usaha Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan keduanya bersetuju memperkukuhkan Ladang Rakyat sebagai satu badan untuk membantu rakyat dan meneguhkan kerajaan pimpinan ulama.

Deklarasi yang disampaikan oleh ketua pegawai eksekutifnya, Dr. Nazmi Ghazali Azmi adalah jawapan tunai kepada sikap membangkang dan menentangnya pemuda Umno Kelantan.

Sekaligus, ia petanda kegagalan gerakan rakyat oleh pemuda Umno yang bersimbolkan warna merah. Maka, merah itu sudah bermakna kematian idea politik Umno Kelantan.

Hanya rakyat yang mendapat hidayah Ilahi bakal menjadi hakim atas ketulusan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran untuk sekalian warga Negeri Kelantan.

UMNO sanggup gadai negara demi kuasa


SHAH ALAM 17 MEI : Tindakan memberikan hak kerakyatan sewenang- wenangnya kepada warga asing dilihat sebagai cubaan mahu menggadaikan negara.

UMNO Hulu Selangor sebelum ini dikesan menghantar surat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan menyenaraikan 2000 nama warga asing yang dikenalpasti berpotensi menjadi pengundi BN pada pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Namun pendedahan itu dinafikan Ketua UMNO Hulu Selangor, Datuk Mohamad Idris Abu Bakar dengan ugutan mahu menyaman PKR.

Ugutan saman itu bingkas disambut Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida yang bertanggungjawab membuat pendedahan itu berkata, surat rasmi yang dihantar UMNO Hulu Selangor kepada KDN diperolehi dari seorang penjawat awam yang sudah tidak tahan dengan pengkhianatan kepada negara itu.

"Mereka ini adalah pengkhianat, pengkhianat kepada demokrasi, pengkhianat kepada perlembagaan, mengancam keselamatan negara kita dengan membawa warga asing.

"Kita tak marah warga asing yang datang untuk bekerja di sini tetapi kenapakah kerajaan yang rakus dan korup ini sanggup menggadai negara ini menjadikan mereka warganegara untuk mengekalkan kuasa mereka dalam negara," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang menegaskan, UMNO perlu memikirkan strategi yang lebih baik, bukannya dengan melakukan perbuatan khianat kepada kedaulatan negara.

"Ini memang memundurkan politik melayu, memang UMNO suka nak memundurkan orang Melayu dengan politik bodoh, lucah dan porno.

"Bila pendatang itu digunakan sebagai warganegara, apa akan terjadi kepada persekitaran kita? Kalau perkara ini digunakan, maka negara kita akan lebih mundur daripada apa yang ada sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan seramai 1,400 orang yang hadir dalam program ceramah majlis penerangan Jelajah Selangor atau 'JELAS- Tawan Malaysia' malam tadi di Dewan Kg Labohan Dagang, Dengkil (Markas PAS).

Pemuda PAS : Nasaruddin akan pertahan jawatan, Azman Shapawi berdepan Firdaus untuk jawatan timbalan




KUALA LUMPUR 18 MEI : Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan at-Tantawi secara rasmi mengumumkan akan mempertahankan jawatannya yang disandang itu sejak 2009 pada pemilihan awal bulan depan.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Nasrudin yang memegang jawatan itu dengan menggantikan Salahuddin Ayub berkata, beliau membuat keputusan mempertahankan jawatan itu atas alasan masih banyak agenda yang dirancang belum dilaksanakan.

“Ya, saya bersedia untuk mempertahankan jawatan ketua Pemuda PAS, insya-Allah saya akan melaksanakan tugas dan tanggungawab ini dengan baik.

“Atas semangat berlumba-lumba untuk mencari kebaikan saya akan (pertahankan jawatan) dan saya percaya calon-calon lain juga mempunyai potensi serta kelayakan yang baik,” katanya.

Bagaimanapun jelas Nasrudin, beliau akan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan nasib dan barisan kepimpinan Pemuda PAS.

“Tugas adalah amanah... jawatan adalah amanah dan ia berasaskan kepercayaan yang diberikan oleh ahli.

“Dan tekad Pemuda PAS adalah untuk memastikan sokongan anak muda berpihak kepada PAS yang mana kita mempunyai pelan tindakan yang mesti dilaksanakan,” katanya.

Justeru jelas beliau, sama ada terpilih untuk kekal jawatan itu tidak penting, sebaliknya Pemuda PAS harus memastikan segala strategi yang dirancang dilaksanakan terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Dewan Pemuda PAS berkewajiban untuk melaksanakan pelan strategi dan pelan tindakan yang telah dirancang.

“Ia adalah tanggungjawab yang mesti dipikul bersama sebagai sebuah pasukan kerana barisan kepimpinan kita adalah berwibawa , jadi Pemuda PAS harus tunaikan tanggungjawab yang sepatutnya,” katanya.

Turut layak bertanding jawatan ketua Pemuda PAS ialah timbalan Nasrudin iaitu Azman Shapawi Abd Rani, Ketua Penerangan Pemuda Suhaizan Kaiat dan Pengarah Pilihan Raya sayap itu, Mohd Firdaus Jaafar.

Bagaimanapun Azman Shapawi ketika dihubungi berkata, sekiranya Nasrudin mempertahankan jawatannya, maka beliau akan bertanding kerusi timbalan yang disandangnya sekarang.

“Saya ambil sikap begini, jika Nasrudin ingin kekal atau mempertahankan jawatan itu saya tidak akan bertanding,” katanya.

Keputusan akhir calon-calon yang akan bertanding hanya akan diketahui selepas 26 Mei ini.

Dalam pada itu, Mohd Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai dan Ketua Pemuda PAS Jerai berkata, beliau memutuskan untuk bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda PAS sahaja.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kawasan yang mencalonkan saya untuk jawatan itu tapi hasrat saya adalah untuk bertanding bagi jawatan timbalan ketua Pemuda PAS sahaja.

“Saya buat keputusan ini kerana mahu membantu memperkuatkan organisasi Pemuda PAS, biar saya hanya jadi orang nombor dua sahaja,” katanya.

Sementara itu, Suhaizan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

“Saya masih belum buat apa-apa keputusan lagi, beri saya sedikit masa untuk berbincang.

“Mungkin selepas 20 Mei nanti boleh hubungi saya kembali,” katanya.

Selain jawatan ketua Pemuda PAS, keempat pemimpin itu turut dicalonkan bagi jawatan lain termasuk timbalan ketua Pemuda dan juga naib ketua Pemuda.-The Malaysian Insider

Mai tengok berapa ADUN UMNO sentai masa jadi CEO

Rekod menunjukkan Seri Temin beri sumbangan untuk CEO sendiri

Oleh: SAIBURI SUDIN

Dato’ Syed Sobri Syed Hashim ADUN BN Kuala Nerang adalah bekas CEO Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC). Sebagai CEO dia sudah menerima gaji dan elaun berdasarkan kedudukannya.

Tetapi dalam rekod catatan akaun dan baucer STDC menunjukkan STDC telah memberi sumbangan kepada Syed Sobri (selain dari gaji dan elaun yang diterimanya). Di bawah item ‘sumbangan’ semua pembayaran adalah kepada pihak yang tiada kaitan dengan urusniaga syarikat. Berikut adalah antara catatannya:

1) Tarikh 07.05.2003, (No. cek) 985494 - RM 300.00

2) 12.06.2003, (985515) - RM 84,000.00

3) 29.08.2003, (37725) - RM 5,000.00

4) 08.07.2003, (28915) - RM 2,249.00

5) 23.06.2004, (133223) - RM 5,720.00

6) 27.04.2005, (269735) - RM 6,900.00

7) 02.05.2005, (269748) - RM 2,350.00

8) 13.07.2005, (310274) - RM 1,211.90

Persoalannya, mengapa CEO STDC luluskan sumbangan untuk dirinya sendiri? Syed Sobri dan BN Kedah kena jawab. Pendedahan dan pendedahan yang dibuat satu pun tidak pernah dijawab. Berdasarkan pengalaman BN, mereka cukup pantas beri penjelasan dalam apa-apa isu kontroversi… siap dengan sumpah laknat dalam masjid, tapi mengapa dalam isu Skandal RM7.5 juta STDC BN Kedah hanya menyepi?

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

http://kedahla.blogspot.com

Cerita Penjual Karpet &Tukang Bawa Beg Ro$mah

Penjual Karpet, Tukang Bawa Beg Rosmah dan banyak lagi…


Syarikat tersebut bernama Carpet Raya Sdn. Bhd (492434-H).

Modal berbayar syarikat tersebut ialah RM8.7 juta. Syarikat itu mempunyai lima pengarah yang juga merupakan pemegang saham, setiap seorang mempunyai jumlah saham yang sama banyak.


Tetapi saya berminat dengan hanya seorang daripada pengarah/pemegang saham yang bernama Deepak…berumur 37 tahun, masih bujang, dan cukup tampan untuk diambil berlakun dalam filem Bollywood.


Syarikat tersebut didaftarkan sepuluh tahun lalu pada 26 Ogos 1999.


Akaun terakhir yang difailkan dengan Pendaftar Syarikat pada 24 November 2006 menunjukkan syarikat tersebut mempunyai aset berjumlah hampir RM90 juta, tanggungan keseluruhan kira-kira RM67 juta, dan jumlah simpanan yang lebih daripada RM12 juta.


Pendapatan syarikat pada tahun 2005 adalah RM122 juta dan keuntungan melebihi RM7 juta.


Tapi jangan lupa, keuntungan RM7 juta itu adalah jumlah rasmi ataupun keuntungan yang diisytiharkan.


Tidak ada syarikat di Malaysia mengisytiharkan jumlah keuntungan yang sebenarnya.


Oleh itu, berdasarkan pendapatan berjumlah RM122 juta, anda boleh mengagak jumlah keuntungan sebenar ataupun keuntungan sebenarnya mungkin beberapa kali lebih tinggi daripada itu.


Tetapi itu adalah akaun pada tahun 2005, kira-kira empat tahun lalu.


Berapa pula keuntungan yang telah diperolehi oleh syarikat tersebut sejak empat tahun kebelakangan ini, yang disembunyikan dari pengetahuan umum?

Jangan terkejut, kalau jumlahnya mencapai ratusan juta ringgit.

Syarikat tersebut sepatutnya menjalankan perniagaan menjual karpet.

Adakah perniagaan karpet benar-benar lumayan sehinggakan seseorang itu boleh mendapat ratusan juta ringgit? RM122 juta ringgit merupakan jumlah yang begitu banyak untuk perniagaan karpet.


Tetapi itu bukanlah urusan sebenarnya yang dilakukan oleh syarikat ini.


Perniagaan karpet hanyalah sebagai pengabur mata.


Sudah tentu, mereka menjual karpet, tetapi wang yang diperolehi bukanlah dengan menjual karpet.


Perniagaan sebenarnya ialah menjadi Tukang Bawa Beg Rosmah Mansor.


Saya bertemu dengan Penjual Karpet ini lebih setahun lalu.


Dia meminta berjumpa saya melalui seorang rakan kerana dia risau bahawa saya akan mendedahkan bahawa Penjual Karpet ini merupakan Tukang Bawa beg Rosmah Mansor.


Tetapi bukan itu sahaja yang dirisaukannya.


Apa yang merisaukannya ialah saya juga akan mendedahkan bahawa dia bukan sahaja Penjual Karpet, tetapi merupakan juga Pemuas Nafsu Rosmah Mansor.


“Saya hanya berniaga dengan Rosmah.” kata Penjual Karpet.


“Hubungan saya dengan Rosmah hanyalah mengenai perniagaan.

Saya tidak tidur dengan Rosmah.”

Dia merayu. “Tolong jangan beritahu kepada umum, saya merupakan Pemuas Nafsu Rosmah.”


Dia cuba meyakinkan bahawa hubungannya dengan Rosmah hanyalah berlegar dengan perniaagaan dan tidak sampai kedalam bilik tidur.


Tetapi…itu bukan apa yang dikatakan oleh Mumtaz Jaafar!


Dan siapa Mumtaz Jaafar?


Hey!! Kalau saya bercakap tentang Mumtaz Jaafar, maka saya terpaksa menyebut tentang hubungannya dengan Saiful, orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim.


Dan kalau saya mula bercakap tentang hal tersebut, sudah tentu ia akan meleret kepada kes Liwat 2.


Jadi, lebih baik kita kembali kepada kisah Penjual Karpet, Tukang Bawa Beg Rosmah Mansor yang juga merupakan Pemuas Nafsunya.


Seluruh negara tertumpu kepada kisah hubungan luar nikah Najib Tun Razak.


Sudah tentu…setiap rakyat Malaysia mengetahuinya.


Dan setiap rakyat Malaysia juga tahu tentang bagaimana Najib ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Port Dickson dengan Ziana Zain.

Sebenarnya, Isa Samad mempunyai gambar-gambar Najib hanya bertuala dengan pasangannya di atas katil.

Dan Isa menyerahkan gambar-gambar tersebut kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. (dan itulah sebabnya mengapa Mahathir tidak faham mengapa Najib memilih Isa untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, sedangkan Isalah orangnya yang mahu menjatuhkan Najib dengan menggunakan gambar tersebut).

Seperti yang saya katakan, setiap rakyat Malaysia mengetahui tentang hubungan luar nikah Najib.


Tetapi berapa ramai yang tahu bahawa Rosmah juga mempunyai nafsu..terutamanya dengan mereka yang menyerupai aktor Bollywod?


Hey..dia juga akan mengaturkan supaya mereka ini diberi gelaran Datuk, sekiranya mereka sanggup melayan beliau dengan baik….anda tahu apa maksud saya.


Dan Penjual Karpet a.k.a Tukang Bawa Beg a.k.a Pemuas Nafsu ini jauh lebih segak dari Shah Rukh Khan. (Datuk Shah Rukh Khan?)…malah jauh lebih muda.


Ya. Saya telah menyimpan cerita ini lebih dari setahun yang lalu.


Tetapi sekarang, saya merasakan ianya patut didedahkan.


Ada banyak lagi!! Deepak a.k.a Penjual Karpet a.k.a Tukang Bawa beg a.k.a Pemuas Nafsu ini cukup nakal.


Dan semua kenakalan ini dilakukan bagi pihak Rosmah.


Dalam jangka masa terdekat ini, banyak lagi akan didedahkan tentang peranan Penjual Karpet ini dan bagaimana dia ‘berkhidmat’ untuk Rosmah.


Hari ini bukan masa yang sesuai.


Oleh itu…tunggu episod seterusnya tentang Penjual Karpet a.k.a Tukang Bawa Beg a.k.a Pemuas Nafsu kepada dia yang bergelar Wanita Pertama Malaysia.


(Artikel ini adalah terjemahan dari artikel asal tulisan Raja Petra
The Carpetman who is Rosmah’s Bagman and much more dalam Malaysia Today)


Kes Fitnah Ke Atas Anwar Mudah Dibaca Rakyat


Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk membela diri berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dilihat seperti plot sandiwara lama yang diulang tayang.


Barisan pemimpin Pakatan Rakyat yang ditemui Tv Selangor di perkarangan Mahkamah Jalan Duta rata-rata berpandangan, ia membuktikan betapa sistem kehakiman di negara ini masih dikongkong oleh pihak yang berkepentingan demi melunaskan agenda politik masing-masing.


Bekas Menteri Kabinet, Datuk Seri Chua Jui Meng yang ditemui Tv Selangor berkata, keputusan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah yang memanggil Anwar membela diri jelas menunjukkan sikap berat beliau.


Malah menurut Jui Meng, hakim seolah-olah berhujah sebagai pendakwaraya.


“Satu kes yang cukup sempurna dari pandangan hakim ini dan dia sudah membuat keputusan muktamad sekarang, yang Anwar salah.


Pada pendakawa raya, kes sangat baik dan sempurna segalanya.


“Bila saya dengar dia, saya dengar suara peguam negara, bukan seorang hakim yang percaya untuk menegakkan keadilan sebagai seorang hakim” katanya.


Sementara itu, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei berkata, tidak banyak yang boleh diharapkan daripada sistem kehakiman di negara ini dalam membela nasib rakyat terutama jika ia melibatkan pemimpin pembangkang.


“Saya percaya, apa yang diputuskan hari ini akan menaikkan semangat rakyat untuk terus bangkit menentang kezaliman dan ketidakadilan.


Dalam pemerhatian rakyat, apa yang dilakukan hari ini adalah mengikut skrip yang telah disusun lebih awal.


Rakyat akan sedar walaupun ianya mengmbil masa yang panjang,” katanya.


Bagi Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Haniza Talha, beliau melihat keputusan yang dibuat memang lebih menyebelahi Saiful memandangkan bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya adalah lemah dan bertentangan dengan apa yang diperkatakan.


“Saya melihat pembelaan diadakan begitu cepat berbanding proses sebelum ini.


Saya nampak ini memang ada niat untuk memastikan juga pembelaan yang akan memihak kepada Saiful,” ujar beliau.


Sementara itu, bagi Ketua Serikandi Parti Keadilan Rakyat, Siti Aishah Shaik Ismail, apabila undang-undang dikawal oleh sistem kepimpinan kerajaan maka ia akan jadi tempang sehingga membenarkan panggilan ‘Mahkamah Kangaroo’ seperti yang dilaungkan rakyat.


“Saya kesal dengan sistem perundangan yang ada kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diberikan ruang sepenuhnya untuk menyatakan beliau bukan individu yang bersalah tetapi sebaliknya perancangan ini diatur dan tidak terkejut jika Anwar ibrahim itu akan ke penjara akhirnya,” katanya.


“Kita ingatkan kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, Najib Razak dan Rosmah Mansor, tunggu giliran kamu, kita akan bawa kamu ke mahkamah dan kita akan pastikan kamu juga akan berada di sini kerana kamu yang memulakannya dan rakyat yang hadir akan bangkit untuk menyatakan kebenaran," katanya.


Dalam pada itu, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar menyatakan Barisan Nasional memanfaatkan peluang kes liwat ini sepenuhnya sebagai ‘talian hayat‘ mereka memandangkan strategi Video lucah yang sebelum ini dimainkan mereka menemui kegagalan.


“Saya nak tegaskan, saya memina Datuk Najib, Rosmah dan mereka-mereka yang ada kaitan dengan kes ini jangan mengelakkan diri untuk hadir ke mahkamah untuk memberikan kenyataan seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir dahulu.


Kita akan soal balas mereka dengan bersungguh-sungguh demi mencari kebenaran,” katanya.


Hakim Mohamad Zabidin menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes ini dalam peringkat bela diri.


Pasukan pendakwaraya diketuai oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dan dianggotai oleh timbalan ketua bahagian pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalan pendakwaraya CK Wong dan Noorin Badaruddin.


Pihak pembelaan pula terdiri daripada peguam kanan Karpal Singh dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, Sankara Nair, CV Prabhakaran, Marissa Christopher Fernando dan Ram Karpal Singh.


Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.


Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.Jalan Pulang

Keputusan hakim sahkan sistem kehakiman alat kerajaan

Keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan Ketua Pembangkang, DatuK Seri Anwar Ibrahim membela diri bersabit tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, “memalukan dan tidak mempunyai kredibliti”.

Pengamal undang- undang yang juga aktivis Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri ketika dihubungi Tv Selangor berkata, keputusan itu adalah tamparan hebat kepada sistem kehakiman di Malaysia sekaligus mengiyakan institusi ini sebagai alat kepada kerajaan pemerintah untuk mengekalkan kuasa.


“Ini adalah sesuatu yang sangat menghina sistem kehakiman di Malaysia terutamanya sistem keadilan jenayah dan ini meletakkan kita semua Rakyat malaysia di bawah satu ancaman dimana kehakiman itu sendiri tidak telus dan tidak bebas sebab juri-juri terbabit melebihkan untuk memepertahankan kuasa pemerintahan BN (Barisan Nasional) daripada mendaulatkan undang-undang dan mempertahankan kehakiman yang bebas,” katanya.


Menurut Fadiah, sejak awal lagi proses ini pincang dan usaha pembelaan disifatkan sia-sia ditambah dengan sistem perundangan yang tidak adil dan sudah dicabuli.


“Sebenarnya sistem itu sendiri sudah tidak adil dan sudah dicabuli.


Kalau kita nak cakap kenapa pula orang yang dituduh itu perlu membela diri sedangkan proses yang dari mula itu sendiri sudah tidak telus dan tidak adil.


Jadi perkara yang dibangkitkan ini adalah sia-sia sebab kita membela kepada sesuatu yang tidak adil, soa apa yang kita nak bela,” katanya.


Ujar beliau lagi, pembelaan berlaku sekiranya sesuatu kes itu mempunyai asas dan untuk kes ini banyak bukti- bukti bercanggah ditambah dengan saksi yang tidak mempunyai kreadibiliti.


“Kalau ikut perundangan sebenar kes ini tidak ada ‘prima facie’ atau asas langsung dan sepatutnya dibuang setia tiada pembelaan.


Pembelaan ini berlaku sekiranya ada asas dan bukti-bukti yang diketengahkan pada peringkat pendakwaan itu ada asas.


Kita lihat bukti-bukti bercanggah, saksi tidak kreadibel, jadi apa yang emreka cuba buktikan sekarang,” katanya.


Hakim Mohamad Zabidin semalam menetapkan 6 hingga 30 Jun untuk Anwar membela diri.


Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dan dianggotai oleh timbalan ketua bahagian pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalan pendakwaraya CK Wong dan Noorin Badaruddin.


Pihak pembelaan pula terdiri daripada peguam kanan Karpal Singh dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, Sankara Nair, CV Prabhakaran, Marissa Christopher Fernando dan Ram Karpal Singh.


Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.


Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

Najib hina rakyat Malaysia

TERKINI!!


Najib: Subsidi ibarat candu, kos politik tak boleh dielak

Subsidi bahan api ibarat “candu” kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini semalam.


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.


“Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu.


Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik,” kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford.


Pada Mac lalu, Najib berkata, beliau berkomited untuk memotong subsidi jangka panjang dan penjimatan seharusnya disasarkan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.


“Pengurusan ekonomi yang baik dan makro membolehkan anda mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat.


“Maka, anda membolehkan faktor pasaran untuk memperuntukkan sumber-sumber dengan berkesan,” katanya lagi.


Dipetik laporan Reuters, Najib berkata, keperluan untuk menarik balik subsidi secara berperingkat-peringkat perlu diseimbangkan dengan keperluan Malaysia untuk mengurangkan defisit bajet.


Kerajaan meletakkan sasaran untuk mengurangkan defisit sehingga 5.4 peratus tahun ini berbanding 5.6 peratus sebelum ini, kemudian sehingga 2.8 peratus menjelang 2015.


“Kami perlu menaikkan harga (bahan api) secara berperingkat-peringkat, kami tidak boleh melakukannya dalam satu malam. (Jadi) ada kos politik dalam mengurangkan subsidi,” katanya lagi.


“Saya perlu menguruskannya antara urus tadbir yang baik dan dapat dipilih semula,” katanya.


Pentadbiran Najib memperkenalkan dasar pelarasan subsidi sejak tahun lalu, yang sekali gus membawa kepada kenaikan harga beberapa barang kawalan.


Semalam, Pemuda Umno mendesak agar Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat.


Pergerakan itu juga berkata pihaknya gusar dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin yang menggesa rakyat agar bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON95.


Laporan media memetik Ismail Sabri berkata, kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.


Beliau berkata, kemungkinan itu ada memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.


“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” katanya.


Pagi semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan harga barang kemungkinan naik kerana kemungkinan kerajaan mengkaji balik subsidi ekoran peningkatan kos subsidi tahun ini berbanding tahun lalu.


Justeru, dalam satu kenyataan dikeluarkan petang semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak.


Harga RON97 telah mengalami kenaikan 20 sen seliter awal bulan lalu.


Harga gula pula naik 20 sen sekilogram berkuat kuasa minggu lalu.

RON 95 naik sukarkan hari-hari terakhir Najib

ANALISIS

Di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan harga, Najib Altantuya dan Rosmah Mansor
sempat lagi berbelanja ke empat negara dalam dua minggu!!

Gambar fail Najib Altantuya tiba di Qatar kelmarin dan mengakhiri

percutiannya di Amerika Syarikat!!

Pengumuman Ismail Sabri Yaakob disusuli pula dengan kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa kenaikan petrol jenis RON 95 dan kenaikan sekali ganda nilai subsidi dari RM10.38 bilion kepada 20.58 bilion sebenarnya tidaklah mengejutkan.

Sudah dijangka, malah ada di antara penganalisis ekonomi "menyindir" kabinet Najib Altantuya dengan mengatakan mereka sudah "tidak sabar-sabar" untuk melihat harga petrol khusus dijual untuk rakyat Malaysia itu dinaikkan lagi bagi mengimbangi defisit kerajaan yang sangat tinggi, sekitar 5.7 peratus dari Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) seperti yang dinyatakan dalam unjuran suku tahun pertama 2011.


Bermula dengan kenaikan harga gula di pasaran sebanyak 20 sen sekilogram atas nama "rasionalisasi subsidi", kini Malaysia bakal menghadapi saat-saat penentuan kenaikan bahan bakar bersubsidi yang kini berharga RM1.90 seliter.


Harga semasa RON 95 tanpa subsidi kerajaan adalah RM2.80 seliter.


Bermakna, setiap liter petrol RON 95 yang mengalir masuk ke dalam tangki kereta atau motosikal rakyat Malaysia, 90 sen ditanggung kerajaan.


Akan tetapi dengan kenaikan berterusan satu lagi jenis produk petroleum tanpa subsidi, RON 97, bermula dari RM2.30 sehingga yang terkini berharga RM2.90, apakah kerajaan kini sudah tidak mampu membiayai subsidi yang sepatutnya menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan yang memerintah di dunia ini??


Kegagalan tadbir urus kerajaan sendiri dikatakan menjadi punca berlakunya pembaziran dan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan hinggakan setiap kali berlakunya tekanan harga komoditi di pasaran dunia, tidak lain tidak bukan akhirnya rakyatlah yang terpaksa menanggung segala beban yang dilepaskan kerajaan!


Jangan diungkit berapa banyak kerajaan perlu berbelanja untuk subsidi rakyat, kerana itu adalah tanggungjawab hakiki yang mesti dilaksanakan untuk mengekang inflasi dan menstabilkan harga optimum barang keperluan seharian.


Tetapi, kesan inflasi yang berterusan terhadap ekonomi negara bakal mempengaruhi keputusan Najib Altantuya untuk memanggil pilihanraya umum yang pada awalnya dijadualkan sekitar Jun atau Julai tahun ini.


Sekiranya Najib Altantuya menaikkan juga harga RON 95 dahulu sebelum pilihanraya, kesannya terhadap keputusan pilihanraya umum amat besar, walaupun Barisan Najis berjaya membentuk kerajaan persekutuan atau sebaliknya.


Akan tetapi sekiranya dia menahan kenaikan petrol dan membubarkan parilmen, dan memilih untuk menaikkannya selepas Barisan Najis memperoleh mandat (harap BN kalah), kesannya terhadap prestasi Barisan Najis dapat diminimumkan.

Penganalisis ekonomi, penasihat-penasihatnya di Kementerian Kewangan serta sumber dalaman Jabatan Perdana Menteri meramalkan Najib Altantuya akan memilih cara kedua walaupun berisiko.

Tetapi dengan kekangan kewangan kerajaan yang semakin kritikal, Najib Altantuya akan terpaksa juga manaikkan harga petrol RON 95 secara berkala walaupun telah menjangkakan berlaku kecaman Pakatan Rakyat terhadap kerajaan seperti mana keputusannya menaikkan RON 97 sebanyak tujuh kali dalam tempoh kurang dua tahun.


Dilema Najib Altantuya menentukan sama ada agenda apakah yang perlu dilakukannya dahulu, antara naikkan RON 95 dan berdepan dengan bantahan rakyat, atau kekalkan harga sekarang dan kantung kerajaan makin terhimpit sehingga defisit bakal mencecah 7 peratus, semakin dapat dirasakan.


Maka tidak harianlah semasa berucap di Universiti Oxford, London, semalam, Najib Altantuya menghina rakyat Malaysia sebagai "penagih candu tegar" yang merujuk kepada rakyat Malaysia tetap mahukan subsidi diteruskan walau apapun keadaan semasa kewangan kerajaan.


Seperti kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, meramalkan Najib Altantuya hanya akan memanggil pilihanraya selepas pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober tahun ini atau paling lewat akhir suku pertama 2012, iaitu sekitar Mac.


Akan tetapi, semakin lama Najib Altantuya menangguhkan pilihanraya, sebenarnya hanya akan mengundang padah buat Barisan Najis kerana Pakatan Rakyat akan terus menerus menyerang kelemahan pentadbirannya yang hanya lebih banyak akronim "gah" daripada manfaatnya terhadap rakyat terbanyak.


Yang pasti, hari-hari terakhir pemerintahannya semakin "disulitkan" dengan keputusan sama ada mahu atau tidak petrol RON 95 dinaikkan atau sebaliknya.


Sama-samalah kita tunggu "pengumuman rasoinalisasi subsidi" sekali lagi sekembalinya dari luar negara sebagai "Perdana Menteri Malaysia yang terakhir dari Umno-APCO"!!


JALAN PULANG



Kenaikan harga bahan bakar mungkin lewatkan PRU


Dari kenyataan pelbagai pemimpin kerajaan bahawa kerajaan tidak mampu lagi untuk mengekalkan tahap subsidi bahan bakar sekarang, maka kenaikan harga minyak petrol RON95 nampaknya tidak dapat dielakkan lagi.


Ia boleh mempengaruhi tarikh pilihan raya umum akan diadakan, dan beberapa pengulas politik dan ekonomi meramalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin melewatkan tarikhnya untuk meredakan kesan harga minyak dan kadar inflasi yang tinggi, yang boleh menjejaskan kedudukan BN.

Bagaimanapun, langkah melewatkan pilihan raya umum boleh mendedahkan Najib kepada risiko yang lebih besar, memandangkan kesan inflasi akan berlanjutan, ditambah pula keadan masa depan politik dan ekonomi antarabangsa yang tidak menentu.

Berbanding dengan subsidi gula yang dipotong baru-baru ini, rasionalisasi subsidi bahan bakar pasti memberi kesan lebih besar ke atas harga ekonomi dan harga pengguna, memandangkan ia akan menambah kos pengangkutan.


Jika kerajaan BN memilih untuk menaikkan harga bahan bakar sebelum pilihan raya umum, maka ia hanya akan memberi peluang kepada pembangkang memainkan isu kenaikan kos sara hidup yang telah terbukti dapat memudaratkan BN.


Dalam satu temubual, ketua publisiti DAP, DAP Tony Pua memberitahu Malaysiakini bahawa besar kemungkinan kerajaan tidak akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat jika harga minyak RON95 dinaikkan.


"Jika harganya terus meningkat, maka pilihan raya akan ditangguhkan lagi," kata ahli parlimen PJ Utara itu.



Harga petrol RON95 disemak bulan depan


Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.


Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.


"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.


"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di Ipoh hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.90 seliter.


Harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter pada 2 April lepas ekoran krisis Timur Tengah manakala kali terakhir harga RON95 naik adalah pada Disember tahun lalu iaitu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.


Ismail Sabri berkata walaupun sebelum ini beliau berkata harga minyak tidak dinaikkan pada masa sekarang, tetapi ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi.


"Tahun lepas, tanggungan subsidi kerajaan (bagi produk petroleum) adalah RM8 bilion apabila harga minyak dunia meningkat, dan tidak nampak trend itu akan menurun. Kalau keadaan itu berterusan, tanggungan subsidi kerajaan akan menjadi RM18 bilion tahun ini iaitu kenaikan RM10 bilion," katanya.


Beliau berkata sekiranya subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan-jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih banyak bantuan pelajaran.


Katanya rakyat perlu sedar jumlah subsidi besar yang ditanggung kerajaan sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat.

Presiden Kimma dapat habuan setelah lulus ujian memfitnah

http://2.bp.blogspot.com/-pxeSvFoyFN4/TdHkqB0gjqI/AAAAAAAACdM/ZgAF9V3fbrA/s320/syed_ibrahim_kader.jpgBetapa terdesaknya presiden Kimma mengharapkan sesuatu daripada Barisan Nasional (BN) namun dilihat usaha presiden Kimma itu belum cukup lagi tahap ampunya untuk diangkat.

Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader


Sudah menjadi adat, sesiapa yang sanggup serang Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpinnya, Najib akan ambil kira untuk diangkat untuk jadi menteri, timbalan menteri atau senator. Bukan benda pelik pun jika ada yang terlalu terdesak mahu jawatan, sudah pasti PR akan dijadikan mangsa belasahan.

Dilaporkan minggu lalu, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader telah dinobatkan sebagai senator oleh Najib selepas ujian mengampunya telah berjaya mendapat perhatian Najib.


Menurut The Malaysian Insider, Syed Ibrahim telah menerima surat lantikan tersebut Khamis lalu.


“Saya diberitahu Syed Ibrahim telah menerima surat lantikan tersebut Khamis lalu dan tarikh bila akan sumpah akan diketahui esok.


“Syed Ibrahim menerima lantikan tersebut dengan hati terbuka, namun saya difahamkan beliau tidak mahu perkara ini didedahkan terlebih dahulu,” kata sumber ketika dihubungi.


Syed Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas sambil meminta agar menunggu sehingga tarikh angkat sumpah.


Jelas sumber itu, Syed Ibrahim hanya akan membuat kenyataan berhubung pelantikan itu selepas mengangkat sumpah.


Ini merupakan kali pertama wakil Kimma dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Kimma ditubuhkan pada 1976.


Penghujung tahun lalu, Syed Ibrahim memohon kerajaan melantik seorang senator daripada kalangan anggota parti itu untuk mewakili kaum India Muslim negara ini.


Beliau berkata, ini kerana parti itu tidak mempunyai saluran untuk bersuara secara langsung terutama bagi menyuarakan masalah kaum India Muslim terus kepada kerajaan.


Selain itu Syed Ibrahim berkata, Kimma juga memohon kepada kerajaan agar wakil India Muslim ditempatkan di Majlis Kerajaan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan supaya mereka dapat menyalurkan masalah kaum itu kepada pihak berwajib serta mendapat maklumat tentang peluang perniagaan dan perdagangan di dalam mahupun di luar negara.


Beliau juga menyarankan agar kerajaan mewujudkan satu dana khas perniagaan untuk industri kecil dan sederhana dan peniaga kecil India Muslim untuk memudahkan peniaga kecil itu mendapat dana pusingan modal bagi memulakan atau membesarkan perniagaan.


Kimma yang mendakwa ada 80,000 ahli negara telah menyatakan hasrat untuk menyertai BN semenjak 1984 tetapi gagal ekoran bantahan komponennya termasuk oleh MIC.


Ogos lepas, Umno bersetuju menerima Kimma sebagai anggota bergabung parti itu dengan beberapa keistimewaan seperti dijemput hadir sebagai pemerhati dalam perhimpunan agung dan persidangan di peringkat bahagian sekiranya parti itu mempunyai keanggotaan di kawasan berkenaan.


Sebelum itu, presiden Kimma telah menuduh PR telah menyogoknya agar menyertai pakatan itu. Konon beliau disogok RM55 juta dan jawatan dalam PR jika mengajak Kimma menyertai pakatan itu. Baca seterusnya di sini.


Semua orang sedia maklum kenapa sampai begitu terdesak puak Kimma menyerang PR sambil menyatakan kesetiaan kepada BN. Semuanya kerana mahu menjadi Melayu, mahu hak yang sama dengan orang Melayu.


Akhirnya, dengan pelantikan itu, berjayalah ujian mengampu Kimma terhadap Najib dan BN selama ini.


Tak peliklah selepas ini, Kimma akan dinobat pula sebagai kaum bumiputera atau Melayu di negara ini.


Sudah pasti 'kedai mamak' makin bertambah di negara ini selepas ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Warkahdaily