Friday, August 26, 2011
Kes Liwat : 'Lelaki Y' ada kemungkinan bukan Anwar
Walhal menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdoanld yang memberi keterangan untuk hari kedua menyatakan perkara itu adalah mustahil.
Peguam Sankara Nair yang ditemui media ketika Mahkamah Tinggi berehat mempersolkan laporan oleh Seah bersabit jumlah sperma yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan mendakwa diliwat.
"Mereka mendapat bacaan tinggi selepas 90 jam. Bagaimana ini berlaku?" soalnya.
Malah beliau berkata ujian yang dilakukan Seah tidak mengikut prosedur makmal standard seperti yang diterangkan Brian.
"Campuran DNA tidak semestinya kepunyaan Anwar. Lelaki Y' yang dicuba dikaitkan salah sama sekali," tegas beliau.
Sesi pembelaan kes Fitnah Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari keenam menyaksikan pakar DNA, Brian memberi keterangan berdasarkan laporan ujian DNA yang dilakukan Seah di makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM).
Beliau mendakwa Seah mengabaikan beberapa prosedur asas bagi memastikan tiada campuran bendasing dalam DNA sperma.
Brian merujuk kepada keputusan ujian 'Deferential Extracting Process (DEP) yang ditunjukkan di mahkamah.
Pakar itu yang disoal peguambela Ram Karpal Singh menyifatkan Seah meneka dalam keputusannya DNA untuk menentukan ianya milik mana-mana individu.
Katanya, Seah gagal memastikan DNA dari sperma diasingkan dengan sempurna.
"Keputusan DNA tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana sperma. Ia mustahil.
"Saya jangka, Seah menganggap ianya dari sampel yang sama berdasarkan laporan. Seah sepatutnya memaklumkan keputusan tetapi dia tidak berbuat begitu," kata Brian.
"Kenapa Seah tidak boleh meneka?" tanya Ram.
"Anda boleh salah (merbahaya). Ia tidak boleh dikaitkan dengan sebarang dakwaan kepada tertuduh," jelasnya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.
Mahkamah Tinggi sebelum ini dimaklumkan bahawa DNA 'lelaki Y' adalah milik Anwar berdasarkan perbandingan DNA yang ditemui pada tiga barang milik Anwar ketika beliau ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur lalu.
Brian kemudian tidak menolak kemungkinan DNA Saiful turut dikesan dalam ujian tersebut selain mencadangkan ianya perlu diasingkan terlebih dahulu.
Katanya punca kesilapan itu berlaku disebabkan Seah tidak melihat sampel DNA menggunakan mikroskop selepas proses pengasingan.
Oleh yang demikian menurutnya sampel tersebut tidak boleh digunapakai kerana ia mengandungi DNA pengadu.
"Itu sahaja cara untuk menentukan." kata Brian.
Sebelum itu pakar dari Australia itu menerangkan kepada mahkamah tentang kemusykilan yang ditemui pada laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kepunyaan Saiful.
Berdasarkan pengalamannya, Brian memberitahu mahkamah bahawa sperma akan menunjukkan tanda-tanda penyusutan selepas terdedah pada kadar maksimum 30 jam.
Namun menurut Brian, laporan itu mencatatkan jumlah tinggi walaupun Saiful hadir ke HKL untuk pemeriksaan 48 jam selepas mendakwa diliwat.
Hakim Zabidin menangguhkan perbicaraan pada 19 hingga 23 September 2011.
TVS News
Munajat pilihanraya : Doa senjata atasi muslihat UMNO / BN menipu dalam pilihanraya
KOTA BHARU, 27 Ogos: Biar pun tanpa nasi bungkus percuma untuk bersahur, namun ribuan anak-anak muda memenuhi Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi bagi mengikuti munajat pilihan raya.
Malah ada membawa beg galas besar, kemungkinan baru kembali ke kampung halaman, bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dua hari lagi. Ada juga yang keletihan tidur di belakang khemah solat tarawih.
Khemah gergasi tempat solat dan munajat itu penuh sesak dengan orang ramai. Khemah tersebut boleh memuatkan sehingga 3,000 orang. Sebahagian lagi terpaksa solat dan munajat di bahagian luar khemah.
Jumlah kehadiran itu dianggap luar biasa memandangkan bulan Ramadan sekarang lebih ramai memilih bersahur bersama keluarga. Malah program agak sendat apabila amanat pimpinan yang disiarkan secara langsung menerusi internet berakhir jam 12 malam tadi, disambung pula dengan munajat.
Sebahagian peserta yang hadir rata-rata golongan muda. Program bermula jam 3 pagi diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim Masri dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.
Bacaan zikir dan munajat pula dikepalai Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak. Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.
Program munajat berakhir kira-kira jam 4.50 pagi, bagi memberi peluang orang ramai yang hadir bersahur. Jualan nasi bungkus disediakan berhampiran Qaryah Ramadan.
Mubarak Kafe di sebelah khemah tarawih kelihatan penuh sesak dengan pelanggan. Beberapa kedai makan dan restoran di Dataran Usahawan juga masih beroperasi.
Berucap ringkas sebelum itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan terus memancak Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini pada akhir 1990.
“Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa,” katanya.
Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.
Ketika ucapan yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk boleh diikuti di Sabah dan Sarawak malam tadi Menteri Besar berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah Taala.
Katanya di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa.
Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar.
“Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan, iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hambaNya,” ujarnya pada program yang diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad , pejabat Perhubungan PAS Kelantan.
Program itu bermula jam 10 malam di mana siaran internet dipancarkan dari dua lagi lokasi iaitu Rusila, Terengganu dan Taman Melewar, Kuala Lumpur.
Sebanyak 19 tempat pemimpin dan penyokong PAS berkumpul bagi mengikuti program berkenaan. Siaran itu boleh diikuti dengan jelas gambar dan audionya. Pengerusi program, Ustaz Idris Ahmad berada di Taman Melewar.
Di Rusila dua pemimpin berucap iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Ahmad Ghazali.
Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar jejaki keluarga kurang bernasib baik
PARIT BUNTAR, 27 Ogos : Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar mengucapkan terima kasih kepada beberapa organisasi yang memberi kepercayaan kepada mereka menjejaki keluarga kurang bernasib baik bagi membantu golongan tersebut khususnya di bulan Ramadan ini.
Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdel Fadel Ahmad berkata, program menjejaki dan seterusnya memberi bantuan kepada golongan tersebut telah diadakan di beberapa buah kampung di Parit Buntar.
“ Antara organisasi yang turun padang menyumbangkan derma ialah Surau An-Nur, Sungai Nibong Pulau Pinang, PAS Cawangan Permatang Pauh dan KTM Perai.
“ Pihak penderma menemui 32 keluarga yang dipilih di rumah keluarga tersebut dan menghulurkan sumbangan” katanya
Hamdan berkata, banyak organisasi meletakkan kepercayaan kepada Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar untuk menjejaki insan yang kurang bernasib baik.
“ Keluarga yang dipilih adalah yang benar-benar memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik.
“ Pihak penderma melihat sendiri keadaan kehidupan keluarga yang dibantu. Bantuan diberikan kepada keluarga yang dipilih ini secara terus “ katanya
Hamdan mengalu-alukan para dermawan yang mahu memanfatkan bulan Ramadan penuh keberkatan ini untuk terus menyumbang dan membantu golongan yang kesempitan di Parit Buntar
"Kami cuba menyalurkan sebaik mungkin sumbangan anda itu kepada pihak yang memerlukan.
" Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyumbang dan penderma yang memberi kepercayaan kepada kami" katanya
Pihak penderma mengunjungi rumah sebuah keluarga yang di bantu
Sebuah keluarga yang dibantu di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau
Ali Rustam timbulkan deklarasi peperangan dengan Gerakan - Timbalan Presiden Gerakan
Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu seharusnya menjaga perpaduan parti-parti komponen terutama ketika menghadapi pilihan raya akan datang.
“Cara beliau (Mohd Ali) bangkitkan isu ini akan menimbulkan deklarasi peperangan dengan Gerakan.
“Sebagai Pengerusi BN, beliau bertanggungjawab menyatukan parti-parti komponen serta memajukan kawasan masing-masing dan bukan menjejaskan perpaduan BN,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek peruntukan kepada Sekolah Menengah Yuk Choy, Persatuan Wai Chow dan Pertubuhan Kebajikan Tabung Pemindahan Sum-sum Tulang Ipoh bernilai RM4,000 di pejabatnya di sini, semalam.
Menurutnya, niat mengambil alih kerusi kawasan itu akan membawa kesan negatif BN Melaka.
“Dalam masa tiga tahun, apa yang dibuat di kawasan Bacang? Banyak perkara dirujuk kepada beliau namun, 99 peratus tidak mendapat jawapan.
“Lebih baik isu yang berbangkit di bawa dalam satu mesyuarat dan bukan di dalam akhbar untuk deklarasi. Sikap ini akan menjadi satu perpecahan dalam BN,” jelasnya.
Sementara itu, Ko Youn berkata, Gerakan juga berusaha untuk menambah keyakinan rakyat di Pulau Pinang dengan menumpukan pelbagai program sekali gus memenangi kerusi yang telah kalah.
“Pengambilalihan UMNO di Pulau Pinang tidak seharusnya dibangkitkan sebaliknya biar diputuskan pada pilihan raya akan datang.
“Usaha Gerakan penting bagi memulihkan imej BN terutama di kalangan pengundi cina. BN bersatu dalam mengadakan program bagi menarik sokongan di Pulau Pinang,” jelasnya.SH
PANAS!!! NGO UMNO hentam Najib tidak patriotik
Nampaknya, bukan setakat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mendedahkan skandal terbaru pentadbiran Najib ini minggu lalu, rupanya pencacai dalam Umno-APCO sendiri sudah tidak lagi mampu menahan sabar.
Terbaru, dengan marahnya, Presiden Bekas Tentera Malaysia (PBTM) yang semua orang tahu totok Umno-APCO, Muhammad Abdul Ghani menempelak cadangan Esso dijual kepada San Miguel Corporation (SMC) dari Filipina.
Bukan setakat itu sahaja, kesemua pertubuhan bukan KERAjaan (NGOk) yang berdarah Umno-APCO pun turut mengutuk idea Najib yang sebenarnya tertekan dengan kehendak Mahathir yang mengugutnya.
Tidak hairanlah mengapa sehingga kini Najib berdiam diri membiarkan Esso berunding dengan SMC padahal hampir kesemua NGOk Umno-APCO menempelaknya.
Kasihan Najib , orang lain yang makan nangka, orang lain yang terpalit getahnya.
Makin lama kedudukan Najib semakin goyah dengan desakan demi desakan halus yang mahu dia segera berundur dari Putrajaya.
Tidak hairanlah, yang paling gembira mendengar tentulah Muhyiddin Yassin dan paling teramat seronok, Abdullah Badawi, kerana hukum karma semakin hampir buat Najib.
JALAN PULANG
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini terus mendesak ExxonMobil International Inc. (ExxonMobil) supaya tidak menerima tawaran syarikat minuman keras Filipina, San Miguel Corporation (SMC) yang mahu mengambil alih 65 peratus pegangan dalam Esso Malaysia Berhad (Esso).
Kesemua mereka mahu ExxonMobil supaya menjual pegangannya di dalam Esso Malaysia kepada syarikat tempatan.
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ExxonMobil perlu memastikan syarikat tempatan diberi keutamaan berbanding syarikat asing.
"Kenapa tidak mahu jual Esso kepada syarikat tempatan, Boustead Holdings Berhad yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang turut menyatakan minat untuk membelinya.
"Mereka (LTAT) juga sudah mempunyai pengalaman dalam operasi peruncitan minyak kerana sudah memiliki rangkaian stesen minyak BHPetrol (BHP)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas ura-ura penjualan 65 peratus kepentingan anak syarikat ExxonMobil kepada SMC yang dikatakan membuat tawaran keseluruhan bernilai RM514.25 juta untuk memilikinya.
Difahamkan, sebelum ini Boustead Holdings Berhad yang dimiliki oleh LTAT dikaitkan untuk membeli ekuiti Esso Malaysia dengan tawaran keseluruhan RM1 bilion.
Azwanddin berkata, kerajaan perlu memainkan peranan dalam memastikan agar syarikat tersebut tidak jatuh ke tangan syarikat asing apatah lagi syarikat tersebut melibatkan arak.
"Penjualan tersebut juga boleh menjatuhkan imej Malaysia kerana SMC merupakan syarikat pengilangan arak dan ini sudah tentu melibatkan kepentingan dan sensitiviti rakyat Malaysia kerana ramai pekerja Esso Malaysia ialah rakyat tempatan," katanya.
Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Zubir Harun berkata, Perkasa mendesak kerajaan supaya campur tangan menggunakan apa jua cara yang dibenarkan undang-undang bagi tidak membenarkan Esso dijual kepada SMC.
Kerajaan, katanya, perlu memastikan LTAT diberi peluang untuk membeli Esso Malaysia bagi memastikan institusi bumiputera dapat menguasai sektor minyak dan gas yang strategik melalui pembelian ekuiti tersebut.
Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Kesejahteraan Ummah, Senator Datuk Akbar Ali berkata, sudah sampai masanya syarikat tempatan seperti LTAT mengambil peluang untuk memiliki Esso bagi meningkatkan lagi industri peruncitan minyak dalam negara.
"Dalam soal ini, Esso Malaysia perlu peka kepada sensitiviti negara kita, saya percaya pasti ada syarat-syarat atau terma yang memerlukan syarikat itu memberi tawaran kepada syarikat tempatan terlebih dahulu," katanya.
Persatuan Bekas Tentera Malaysia berharap Esso Malaysia Bhd akan dijual kepada pihak tempatan kerana ia adalah aset strategik dan berharga yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi domestik.
Ketika membuat saranan itu, Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani, berkata ExxonMobil International Holdings haruslah mempertimbang langkah itu dengan menjual 65 peratus kepentingannya dalam Esso Malaysia kepada pihak tempatan.
Beliau juga meminta kerajaan menghentikan penjualan kepada pihak asing. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berminat untuk membeli ekuiti dalam Esso Malaysia.
LTAT memiliki sebuah anak syarikat, Boustead Holdings Bhd, yang bergiat dalam perniagaan petroleum hiliran.
Saranan persatuan itu dibuat susulan rancangan ExxonMobil untuk menjual 65 peratus kepentingannya dalam syarikat senaraian awam perniagaan petroleum, Esso Malaysia, dan anak syarikat milik penuhnya, ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd (EMMSB) dan ExxonMobil Borneo Sdn Bhd (EMBSB) kepada San Miguel Corp dari Filipina dengan harga RM614.25 juta atau RM3.50 sesaham.
Muhammad berkata, ExxonMobil harus mengambil kira faedah meluas yang terakru kepada negara dan rakyat Malaysia dan tidak semata-mata memberikan tumpuan kepada keuntungan kewangan daripada penjualan ekuiti itu kepada pihak asing.
"Menjual saham-sahamnya kepada sebuah syarikat asing akan hanya mengakibatkan pengaliran keluar dana," katanya.
Kedangkalan Utusan, porak perandakan UMNO
Kerajaan pula, selepas Bersih 2.0, walau pun cuba mencuci kekotoran – tungging terbalik kenyataan, janji-janji palsu, omong kosong, tindakan ganas polis, sikap SPR seperti suara UMNO – masih gagal meyakinkan rakyat.
Cadangan Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) dilihat masih tidak konsisten kerana sekali lagi, tunggang langgang kenyataan berbeza antara Menteri manakala SPR pula awal-awal lagi bersikap takbur enggan menerima sebarang keputusan PSC.
Matlamat UMNO-Barisan Nasional ini amat mudah untuk kita fahami jika diketepikan porak peranda propaganda mereka:
Pihak berkuasa yang kononnya mempunyai bukti keganasan peserta Bersih 2.0, masih gagal mendakwa mereka yang melakukannya. Walau pun RTM dan segala TV yang dikawal oleh kerajaan BN telah berulang kali menyiarkan “bukti” keganasan itu, tiada siapa yang yakin kecuali mereka yang hidup di bawah tempurung.
Kes gas pemedih mata polis yang ditembak ke dalam kawasan hospital Tung Shin Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu juga masih senyap walau pun keterangan saksi seperti Ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Teo Nie Ching serta beberapa orang lagi telah diambil oelh pihak polis.
Kes kematian Baharudin Ahmad ketika perhimpunan aman Bersih 2.0 masih gagal disahkan secara rasmi oleh pihak hospital mengenai punca kematiannya.
Dolak-dalik Najib mengenai PSC dan pelaksanaan reformasi sistem pilihan raya masih tergantung. Malah pada masa yang sama, kes-kes manipulasi daftar pemilih dan undi pos semakin terserlah seperti pengundi mati yang masih hidup, pengundi dilahirkan dua kali, pengundi tentera berusia lebih 100 tahun yang masih aktif menjadi askar dan pelbagai penipuan lain.
Malah, dalam kes perbicaraan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukan sahaja diadili di mahkamah tetapi juga sedang dijatuhkan hukuman saban hari oleh lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia dan TV serta radio milik UMNO-BN.
Kedangkalan Utusan
Dalam keghairahan mengaibkan Anwar, Utusan melalui pengarang kanannya Zaini Hassan tidak berasa malu untuk mendedahkan kecetekan minda dan kepandiran tentang seni budaya apabila menggambarkan Anwar yang sedang dibicarakan sebagai seorang ‘Renaissance man who likes ‘naked men’ (Insan Renaissance yang suka kepada lelaki bogel).
Kedangkalan wartawan Melayu ini yang hanya dapat melihat bogel dan kelucahan daripada kegemilangan seni zaman pembaharuan Eropah adalah amat memalukan dunia kewartawanan Malaysia.
Apakah itu sahaja pengetahuan yang mampu dipelajari oleh Zaini mengenai tamadun zaman Renaissence dan dari tokoh ilmuan era tersebut? Nampaknya keghairahan Zaini untuk mempelajari Renaissance amat terpilih, dan citarasa beliau amat ‘unik’ sekali.
Mungkinkah ada sesuatu yang tersimpan dan terbangkit keghairahan di hati wartawan Utusan itu apabila melihat ukiran “David” karya agung Michelangelo yang telah diiktiraf dunia? Atau dia tidak sedar bahawa karya teragung Leonardo da Vinci iaitu “Mona Lisa” juga lahir dari zaman Renaissance?
Utusan Malaysia pada 23 Ogos 2011 dalam muka hadapan meletakkan tajuk ‘Anwar cari salah hakim’ yang bunyinya sangat prejudis kepada orang yang didakwa. Langsung tiada rasa hormat pada mahkamah yang sedang membicarakan Anwar.
Malah Utusan terus mempertikaikan pilihan Anwar untuk membela diri di kandang saksi. Ingin sekali kita bertanya, dalam kes seperti ini bukankah itu hak orang yang dituduh untuk memilih kaedah pembelaannya?
Adakah UMNO-BN yang perlu menentukan bagaimana pasukan pembelaan harus membela? Janganlah kita buat jenaka bodoh di bulan Ramadhan sebegini.
Dan bukankah pilihan Anwar itu juga sebagai gambaran bahawa mahkamah di Malaysia telah memberi hak seadilnya kepada orang yang dituduh? Atau UMNO sudah tidak tahu beza apa itu keadilan, apa itu gila kuasa?
Porak-peranda UMNO-BN
Namun, jelas sekali peluru-peluru ini tidak berisi dan terbabas dari sasaran. Ini menjadi tanda kepada satu tindakan yang amat terdesak dan bersimpang-siur dari UMNO.
Kesemua ini menjadi sangat signifikan dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat di mana, tindak-tanduk pemimpin tertinggi kerajaan termasuk instrumennya, harus berjalan dengan betul dan telus.
Dari aspek keselamatan, badan-badan seperti SPR, SPR, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan Jabatan Peguam Negara harus jelas dan mengikut sistem betul baik pada dasar dan pelaksanaannya.
Ketelusan dan akauntabiliti badan-badan penting inilah yang akan memastikan kejayaan dasar ekonomi, sosial dan pembangunan insan.
Malah tidak keterlaluan juga untuk dikatakan bahawa keadaan ini juga menjadi pentunjuk kepada karisma kepimpinan tertinggi pentadbiran negara kita iaitu Perdana Menteri.
Akibat dari salah tafsir, salah mendengar nasihat, salah urus dan ketirisan maka semua jabatan-jabatan ini tidak dihormati dan tidak mendapat kepercayaan dari rakyat.
Apa pun, dasar UMNO BN telah rosak sejak 50 tahun dahulu. Lidah rasminya seperti Utusan hanya memburukkan lagi keadaan.
Rakyat kini di persimpangan. Cara terbaik untuk memperbetulkannya ialah membuat perubahan besar. Berikan mandat kepada kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Siapa tahu, bila UMNO-BN duduk di kerusi pembangkang, mungkin mereka akan muhasabah diri dan akhirnya akur kepada amalan dan budaya demokrasi yang selama ini telah mereka pincangkan.
Pada masa itu, jika UMNO-BN kembali bertaubat atas kezaliman terhadap rakyat sejak lebih 50 tahun, mungkin budaya politik Malaysia akan benar-benar matang apabila semua pihak menghargai dan mengamalkan kebebasan, demokrasi dan keadilan serta hak dan peluang saksama. – Roketkini.com
Pendedahan Harussani bukti tuduhan terhadap Anwar fitnah
Sebaliknya, Ketua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty mendakwa perpecahan Melayu-Islam hari ini adalah berpunca daripada "politik kotor" pemimpin Umno sendiri.
Malah, ia didakwa bermula daripada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad lagi.
"Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim," kata Dr Muhammad Nur dalam kenyataan hari ini.
"Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu,"katanya.
Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.
Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.
Ditanya kembali mengenai pendedahan itu, Harussani berkata perpecahan Melayu berlaku disebabkan tiga faktor itu.
“Najib tanya kepada saya mengapa jadi macam ini (perpecahan Melayu), saya kata ia berlaku sebab kerajaan sekarang cukup lemah, tidak amanah dan rasuah.
“Sebab itu saya minta Najib perbetulkan, cari jalan... bukan hanya Najib, kerajaan dan rakyat juga perlu cari jalan untuk bersatu,” katanya.
Justeru beliau meminta Najib supaya mencari jalan untuk menyatukan semula perpaduan orang Melayu yang semakin parah.
Malah, langkahnya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk dari dalam Umno sendiri.
Dalam pada itu, Manuty menyeru pemimpin UMNO supaya memuhasabah diri sekali gus menghentikan kezaliman ke atas Anwar demi perpaduan ummah dan seluruh masyarakat Malaysia amnya.
Tambahnya, beliau yakin selagi kezaliman terhadap Anwar tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas.-Tvsnews
MALANG UMNO!!! Ada Ketua Penerangan macam Mat Maslan
MEMALUKAN!! Blogger UMNO salah Fakta kerana tak faham Bahasa Inggeris?
Dalam pendedahannya, Brian menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa. Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.
Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober nanti.
Namun, anehnya tiba-tiba berlumba-lumbalah dalam blog-blog pro kerajaan mengatakan Dr.Brian dan pihak pembelaan Anwar telah "terkantoi" dengan tuduhan tersebut. Malah dalam blog seperti Empayar Pemuda, dengan jelas memaparkan tajuk "Terkini: Surat Dan Sijil Yang Mengkantoikan Dakwaan Anwar Dan Peguambelanya".
Dalam sedar atau tidak ada sesuatu yang melucukan ketika mereka ghairah menyebarkan info terbaru ini. Seolah-olah pakar dari Australia yang mendedahkan perkara itu telah tersalah maklumat.
dan Surat lanjut tempoh berakhir pada 18 Oktober 2011
Namun, apa yang melucukan kami ialah rupa-rupanya mereka (Blogger UMNO) yang terkantoi dan tersalah maklumat dalam hal ini sebenarnya.
Apa yang mereka paparkan itu hanyalah surat yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors untuk memberi peluang kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dilanjutkan tempoh permohonan mendapatkan Sijil ISO17025 yang diperkatakan itu.
Sedangkan sijil sebenar memang masih belum diperolehi oleh pihak terbabit sebenarnya. Sila lihat bukti dibawah sebagai mengukuhkan lagi maklumat terbaru kami ini.
Maknanya disini, siapakah yang terkantoi sebenarnya. Oleh itu, dinasihatkan kepada mereka supaya mengkaji terlebih dahulu sebelum mempertikaikan fakta yang telah didedahkan itu.
Bukti, Sijil sebenar ISO17025 yang sepatutnya diperolehi oleh JKM
[Dengan pendedahan ini juga, maka ia jelas sekali membuktikan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) memang tidak pernah mendapat sijil ISO seperti yang dinyatakan. Cuma yang ada ialah beberapa surat dan lanjutan terhadap permohonan mereka selama ini.
Ia jelas membuktikan yang jabatan terbabit sememangnya tidak diiktiraf oleh antarabangsa terutamanya dalam melakukan ujian DNA itu sendiri.
Oleh yang demikian benarlah laporan Dr.Brian Mcdonald bahawa Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober tahun ini.
Tidak ada manipulasi atau sebarang fakta bercanggah seperti yang diperkatakan oleh Blogger UMNO terbabit. Ini bermakna mereka sebenarnya yang telah "terkantoi" dan bukannya pihak pembelaan dalam kes yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sebenarnya. Sama-samalah kita fikirkannya].
Pahang Daily Online
Adakah Ketua UMNO Padang Serai seorang peliwat?
40 OOO Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal buat bising sokong Saifol
Saiful adalah seorang pekerja parti PKR apabila beliau mendakwa serangan seksual itu, tetapi sebelum itu dia adalah seorang ketua pelajar UNMO dan ayahnya adalah seorang pemimpin UMNO.
Rakyat Malaysia telah membuat keputusan terhadap kes itu
Hilang kredibiliti sebagai kerajaan dan sebagai sebuah parti politik
Surat kepada Suhakam
Liwat Fasa 2: Pakar DNA pelik Saiful boleh "Kemam" sperma 100 JAM
Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald yang memberi keterangan semasa perbicaraan Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai “masih baik,” Dr McDonald memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia “tidak konsisten dengan sejarahnya”.
“Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik,” kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .
Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.
Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira – dalam keterangannya sebelum ini – berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.
Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius, lapor MalaysiaKini.
Pasukan peguambela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berjaya merobek hujah pendakwa raya dengan menimbulkan keraguan dalam analisa kimia yang dibuat dalam kes Fitnah II.
Semalam mahkamah mengetahui bahawa makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia tiada sijil akreditasi antarabangsa dan tidak mengikut standard antarabangsa dalam menganalisa sampel bukti dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari Azlan.
Pendedahan itu dilakukan pakar DNA, Dr Brian McDonald, yang menyambung keterangannya hari ini.
Menurut Dr McDonald, sebarang sampel air mani yang hendak dianalisa perlu bebas dari sebarang pencemaran dalam bentuk kehadiran sel bukan sperma yang lain.
Justeru, sampel air mani yang diambil dari rektum Saiful perlu melalui proses pengasingan yang dinamakan Differential Extraction Process untuk memisahkan sel sperma dan sel bukan sperma.
Jika tidak, DNA yang diekstrak dari sel sperma akan bercampur dengan DNA dari sel bukan sperma yang hadir dalam air mani dan menjejaskan analisa yang dilakukan, kata Dr McDonald.
“Berdasarkan bukti Dr Seah, ia dijalankan dengan tidak sempurna.
“Sebab beliau tidak tahu sama ada terdapat sel epitelium (kulit) dalam sampel sperma yang diambil,” kata Dr McDonald.
Beliau turut membidas laporan Dr Seah yang tidak jelas dan menambah, mereka yang membaca laporan itu tidak dapat meneka dengan jelas graf elektroferogram yang merujuk kepada calitan kapas dari bahagian-bahagian tertentu.
“Beliau tidak mencatatkan sebarang nombor (atau apa-apa).
“Kita mungkin silap teka,” kata Dr McDonalds
Peguam Anwar, Sankara Nair pula menyifatkan Dr Seah tidak objektif secara saintifik.
“Dr Seah meneka yang pengasingan (DNA sperma dan DNA bukan sperma) muktamad tanpa sebarang pengulangan (proses pengasingan).
“Proses yang beliau lakukan tidak memastikan bahawa kepala sperma yang diekstrak dan dijumpai dalam air mani adalah kepala sperma semata-mata dan tidak bercampur dengan sel-sel lain.
“Dr Seah secara saintifiknya tidak objektif,” kata Sankara.
Perbicaraan kes Fitnah II yang ditangguhkan hari ini akan bersidang semula pada 19 sehingga 23 September depan.
130 fakir miskin DUN Kuala Kurau terima sumbangan
Seramai 130 orang fakir miskin yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya menerima bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan dapur
Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan Pengarah program Abdul Bahrain Desa.
Semasa berucap dalam majlis berkenaan, Dr. Mujahid memberitahu usaha membantu fakir miskin di Parit Buntar menjadi tanggungjawab PAS dan wakil rakyat.
“ Penyumbang dalam bulan Ramadhan berlumba-lumba menghulurkan sumbangan dan kami melalui Jawatankuasa Dana Infaq Ramadhan yang kami tubuhkan bagi membantu sampaikan hajat mereka”
“ Saya berasa terharu dengan simpati kawan- kawan dan mereka yang memahami situasi kami” katanya
Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim berkata sumbangan kepada fakir miskin di bulan Ramadhan ini adalah program tahunan PAS Parit Buntar.
“ Majlis ini diadakan bukan semasa PAS menang sahaja, semasa PAS tiada wakil rakyat pun majlis sumbangan sebegini sudah diadakan setiap tahun” katanya
Sementara itu, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari mengucapkan terima kasih kepada PAS Parit Buntar kerana berkerjasama dengan Pejabat ADUN Kuala Kurau mengadakan majlis sumbangan ini.
Dr. Mujahid sedang memberi ucapan
Dr. Mujahid sedang menyampaikan sumbangan
Abdul Rahman Mahamud lepaskan jawatan Ketua UMNO Padang Serai
Pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Abdul Rahman telah melepaskan jawatan itu berikutan nasihat pucuk pimpinan parti atas sebab-sebab kepentingan parti tetapi masih kekal sebagai penyelaras DUN Merbau Pulas.
Ahmad Bashah bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab yang membawa kepada peletakan jawatan itu.
“Inilah satu keindahan pada pentadbiran Umno, tiada penyisihan sepenuhnya terhadap bekas ketua bahagian itu kerana pucuk pimpinan masih menghargai khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat dan parti selama ini," katanya.
Beliau memberitahu Bernama demikian selepas majlis Iftar Ramadan dan penyampaian bantuan Aidilfitri anjuran Umno Bahagian Padang Serai di Masjid Sungai Karangan di Padang Serai malam tadi.
Hampir 500 orang yang terdiri daripada warga emas, orang susah dan miskin, Orang Kurang Upaya (OKU), anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam Parlimen Padang Serai mendapat bantuan barang-barang keperluan dapur, pakaian dan “duit raya' sempena Aidilfitri.
- Bernama