Friday, August 26, 2011

Kes Liwat : 'Lelaki Y' ada kemungkinan bukan Anwar

http://www.tvsnews.net/images/news_images_upload/Kes%20Fitnah%20II.jpgKUALA LUMPUR 26 OGOS: Laporan pakar kimia Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Dr Seah Lay Fong mengesahkan bacaan tinggi pada ujian sperma walaupun selepas 90 jam ianya terdedah.

Walhal menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdoanld yang memberi keterangan untuk hari kedua menyatakan perkara itu adalah mustahil.


Peguam Sankara Nair yang ditemui media ketika Mahkamah Tinggi berehat mempersolkan laporan oleh Seah bersabit jumlah sperma yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan mendakwa diliwat.



"Mereka mendapat bacaan tinggi selepas 90 jam. Bagaimana ini berlaku?" soalnya.

Malah beliau berkata ujian yang dilakukan Seah tidak mengikut prosedur makmal standard seperti yang diterangkan Brian.


"Campuran DNA tidak semestinya kepunyaan Anwar. Lelaki Y' yang dicuba dikaitkan salah sama sekali," tegas beliau.


Sesi pembelaan kes Fitnah Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari keenam menyaksikan pakar DNA, Brian memberi keterangan berdasarkan laporan ujian DNA yang dilakukan Seah di makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM).


Beliau mendakwa Seah mengabaikan beberapa prosedur asas bagi memastikan tiada campuran bendasing dalam DNA sperma.


Brian merujuk kepada keputusan ujian 'Deferential Extracting Process (DEP) yang ditunjukkan di mahkamah.


Pakar itu yang disoal peguambela Ram Karpal Singh menyifatkan Seah meneka dalam keputusannya DNA untuk menentukan ianya milik mana-mana individu.


Katanya, Seah gagal memastikan DNA dari sperma diasingkan dengan sempurna.


"Keputusan DNA tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana sperma. Ia mustahil.


"Saya jangka, Seah menganggap ianya dari sampel yang sama berdasarkan laporan. Seah sepatutnya memaklumkan keputusan tetapi dia tidak berbuat begitu," kata Brian.


"Kenapa Seah tidak boleh meneka?" tanya Ram.


"Anda boleh salah (merbahaya). Ia tidak boleh dikaitkan dengan sebarang dakwaan kepada tertuduh," jelasnya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.


Mahkamah Tinggi sebelum ini dimaklumkan bahawa DNA 'lelaki Y' adalah milik Anwar berdasarkan perbandingan DNA yang ditemui pada tiga barang milik Anwar ketika beliau ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur lalu.


Brian kemudian tidak menolak kemungkinan DNA Saiful turut dikesan dalam ujian tersebut selain mencadangkan ianya perlu diasingkan terlebih dahulu.


Katanya punca kesilapan itu berlaku disebabkan Seah tidak melihat sampel DNA menggunakan mikroskop selepas proses pengasingan.


Oleh yang demikian menurutnya sampel tersebut tidak boleh digunapakai kerana ia mengandungi DNA pengadu.


"Itu sahaja cara untuk menentukan." kata Brian.


Sebelum itu pakar dari Australia itu menerangkan kepada mahkamah tentang kemusykilan yang ditemui pada laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kepunyaan Saiful.


Berdasarkan pengalamannya, Brian memberitahu mahkamah bahawa sperma akan menunjukkan tanda-tanda penyusutan selepas terdedah pada kadar maksimum 30 jam.


Namun menurut Brian, laporan itu mencatatkan jumlah tinggi walaupun Saiful hadir ke HKL untuk pemeriksaan 48 jam selepas mendakwa diliwat.


Hakim Zabidin menangguhkan perbicaraan pada 19 hingga 23 September 2011.



TVS News

Read more ...

Munajat pilihanraya : Doa senjata atasi muslihat UMNO / BN menipu dalam pilihanraya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigpGYuQpplxeqIICGG5Mj9XI3EzlRM5FfIXdO3Sc9x-Jd24QT41X9sA0x6ED3bU-cQ8tzwBMp8NaYTQsTwAbJFeN6CI7zkKmCNCDloGiE8Y35zF2zqifZsv-yfUiFDI2qjgLp2tqFlPOE/s1600/munajat1.jpgKOTA BHARU, 27 Ogos: Biar pun tanpa nasi bungkus percuma untuk bersahur, namun ribuan anak-anak muda memenuhi Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi bagi mengikuti munajat pilihan raya.

Malah ada membawa beg galas besar, kemungkinan baru kembali ke kampung halaman, bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dua hari lagi. Ada juga yang keletihan tidur di belakang khemah solat tarawih.

Khemah gergasi tempat solat dan munajat itu penuh sesak dengan orang ramai. Khemah tersebut boleh memuatkan sehingga 3,000 orang. Sebahagian lagi terpaksa solat dan munajat di bahagian luar khemah.

Jumlah kehadiran itu dianggap luar biasa memandangkan bulan Ramadan sekarang lebih ramai memilih bersahur bersama keluarga. Malah program agak sendat apabila amanat pimpinan yang disiarkan secara langsung menerusi internet berakhir jam 12 malam tadi, disambung pula dengan munajat.

Sebahagian peserta yang hadir rata-rata golongan muda. Program bermula jam 3 pagi diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim Masri dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Bacaan zikir dan munajat pula dikepalai Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak. Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Program munajat berakhir kira-kira jam 4.50 pagi, bagi memberi peluang orang ramai yang hadir bersahur. Jualan nasi bungkus disediakan berhampiran Qaryah Ramadan.

Mubarak Kafe di sebelah khemah tarawih kelihatan penuh sesak dengan pelanggan. Beberapa kedai makan dan restoran di Dataran Usahawan juga masih beroperasi.

Berucap ringkas sebelum itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan terus memancak Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini pada akhir 1990.

“Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa,” katanya.

Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.

Ketika ucapan yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk boleh diikuti di Sabah dan Sarawak malam tadi Menteri Besar berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah Taala.

Katanya di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa.

Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar.

“Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan, iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hambaNya,” ujarnya pada program yang diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad , pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Program itu bermula jam 10 malam di mana siaran internet dipancarkan dari dua lagi lokasi iaitu Rusila, Terengganu dan Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Sebanyak 19 tempat pemimpin dan penyokong PAS berkumpul bagi mengikuti program berkenaan. Siaran itu boleh diikuti dengan jelas gambar dan audionya. Pengerusi program, Ustaz Idris Ahmad berada di Taman Melewar.

Di Rusila dua pemimpin berucap iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Ahmad Ghazali.

Read more ...

Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar jejaki keluarga kurang bernasib baik


PARIT BUNTAR, 27 Ogos : Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar mengucapkan terima kasih kepada beberapa organisasi yang memberi kepercayaan kepada mereka menjejaki keluarga kurang bernasib baik bagi membantu golongan tersebut khususnya di bulan Ramadan ini.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdel Fadel Ahmad berkata, program menjejaki dan seterusnya memberi bantuan kepada golongan tersebut telah diadakan di beberapa buah kampung di Parit Buntar.

“ Antara organisasi yang turun padang menyumbangkan derma ialah Surau An-Nur, Sungai Nibong Pulau Pinang, PAS Cawangan Permatang Pauh dan KTM Perai.

“ Pihak penderma menemui 32 keluarga yang dipilih di rumah keluarga tersebut dan menghulurkan sumbangan” katanya

Hamdan berkata, banyak organisasi meletakkan kepercayaan kepada Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar untuk menjejaki insan yang kurang bernasib baik.

“ Keluarga yang dipilih adalah yang benar-benar memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik.

“ Pihak penderma melihat sendiri keadaan kehidupan keluarga yang dibantu. Bantuan diberikan kepada keluarga yang dipilih ini secara terus “ katanya

Hamdan mengalu-alukan para dermawan yang mahu memanfatkan bulan Ramadan penuh keberkatan ini untuk terus menyumbang dan membantu golongan yang kesempitan di Parit Buntar

"Kami cuba menyalurkan sebaik mungkin sumbangan anda itu kepada pihak yang memerlukan.

" Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyumbang dan penderma yang memberi kepercayaan kepada kami" katanya


Pihak penderma mengunjungi rumah sebuah keluarga yang di bantu


Sebuah keluarga yang dibantu di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau


Read more ...

Ali Rustam timbulkan deklarasi peperangan dengan Gerakan - Timbalan Presiden Gerakan

http://www.nst.com.my/articles/7WEN/singleIPOH – Kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menempatkan calon UMNO atau MCA di kawasan tunggal Parti Gerakan di Bacang, Melaka untuk meraih kemenangan umpama membangkitkan satu peperangan kepada parti itu.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu seharusnya menjaga perpaduan parti-parti komponen terutama ketika menghadapi pilihan raya akan datang.

“Cara beliau (Mohd Ali) bangkitkan isu ini akan menimbulkan deklarasi peperangan dengan Gerakan.

“Sebagai Pengerusi BN, beliau bertanggungjawab menyatukan parti-parti komponen serta memajukan kawasan masing-masing dan bukan menjejaskan perpaduan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek peruntukan kepada Sekolah Menengah Yuk Choy, Persatuan Wai Chow dan Pertubuhan Kebajikan Tabung Pemindahan Sum-sum Tulang Ipoh bernilai RM4,000 di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, niat mengambil alih kerusi kawasan itu akan membawa kesan negatif BN Melaka.

“Dalam masa tiga tahun, apa yang dibuat di kawasan Bacang? Banyak perkara dirujuk kepada beliau namun, 99 peratus tidak mendapat jawapan.

“Lebih baik isu yang berbangkit di bawa dalam satu mesyuarat dan bukan di dalam akhbar untuk deklarasi. Sikap ini akan menjadi satu perpecahan dalam BN,” jelasnya.

Sementara itu, Ko Youn berkata, Gerakan juga berusaha untuk menambah keyakinan rakyat di Pulau Pinang dengan menumpukan pelbagai program sekali gus memenangi kerusi yang telah kalah.

“Pengambilalihan UMNO di Pulau Pinang tidak seharusnya dibangkitkan sebaliknya biar diputuskan pada pilihan raya akan datang.

“Usaha Gerakan penting bagi memulihkan imej BN terutama di kalangan pengundi cina. BN bersatu dalam mengadakan program bagi menarik sokongan di Pulau Pinang,” jelasnya.SH

Read more ...

PANAS!!! NGO UMNO hentam Najib tidak patriotik

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjV_ogvZAeXVBLvriiJJoq9FSSK0w1PNuyfRiRDmf_4ramdEu8GGHUgZEAdpeElxwg1Dg5kQwuxKCmWSFQpw6hfowCqnCuYw1Dbf5jhjQ_dcIIjfXST48Nt-kq7S37kp9vsRf4Wr1ge58GK/s200/najib_pening.jpgNajib semakin ditolak oleh pencacai Umno-APCO yang menjilatnya selama ini.

Nampaknya, bukan setakat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mendedahkan skandal terbaru pentadbiran Najib ini minggu lalu, rupanya pencacai dalam Umno-APCO sendiri sudah tidak lagi mampu menahan sabar.


Terbaru, dengan marahnya, Presiden Bekas Tentera Malaysia (PBTM) yang semua orang tahu totok Umno-APCO, Muhammad Abdul Ghani menempelak cadangan Esso dijual kepada San Miguel Corporation (SMC) dari Filipina.


Bukan setakat itu sahaja, kesemua pertubuhan bukan KERAjaan (NGOk) yang berdarah Umno-APCO pun turut mengutuk idea Najib yang sebenarnya tertekan dengan kehendak Mahathir yang mengugutnya.


Tidak hairanlah mengapa sehingga kini Najib berdiam diri membiarkan Esso berunding dengan SMC padahal hampir kesemua NGOk Umno-APCO menempelaknya.


Kasihan Najib , orang lain yang makan nangka, orang lain yang terpalit getahnya.


Makin lama kedudukan Najib semakin goyah dengan desakan demi desakan halus yang mahu dia segera berundur dari Putrajaya.


Tidak hairanlah, yang paling gembira mendengar tentulah Muhyiddin Yassin dan paling teramat seronok, Abdullah Badawi, kerana hukum karma semakin hampir buat Najib.


JALAN PULANG



Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini terus mendesak ExxonMobil International Inc. (ExxonMobil) supaya tidak menerima tawaran syarikat minuman keras Filipina, San Miguel Corporation (SMC) yang mahu mengambil alih 65 peratus pegangan dalam Esso Malaysia Berhad (Esso).


Kesemua mereka mahu ExxonMobil supaya menjual pegangannya di dalam Esso Malaysia kepada syarikat tempatan.


Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM),
Azwanddin Hamzah berkata, ExxonMobil perlu memastikan syarikat tempatan diberi keutamaan berbanding syarikat asing.

"Kenapa tidak mahu jual Esso kepada syarikat tempatan, Boustead Holdings Berhad yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang turut menyatakan minat untuk membelinya.


"Mereka (LTAT) juga sudah mempunyai pengalaman dalam operasi peruncitan minyak kerana sudah memiliki rangkaian stesen minyak BHPetrol (BHP)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas ura-ura penjualan 65 peratus kepentingan anak syarikat ExxonMobil kepada SMC yang dikatakan membuat tawaran keseluruhan bernilai RM514.25 juta untuk memilikinya.


Difahamkan, sebelum ini Boustead Holdings Berhad yang dimiliki oleh LTAT dikaitkan untuk membeli ekuiti Esso Malaysia dengan tawaran keseluruhan RM1 bilion.


Azwanddin berkata, kerajaan perlu memainkan peranan dalam memastikan agar syarikat tersebut tidak jatuh ke tangan syarikat asing apatah lagi syarikat tersebut melibatkan arak.


"Penjualan tersebut juga boleh menjatuhkan imej Malaysia kerana SMC merupakan syarikat pengilangan arak dan ini sudah tentu melibatkan kepentingan dan sensitiviti rakyat Malaysia kerana ramai pekerja Esso Malaysia ialah rakyat tempatan," katanya.


Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),
Dr. Zubir Harun berkata, Perkasa mendesak kerajaan supaya campur tangan menggunakan apa jua cara yang dibenarkan undang-undang bagi tidak membenarkan Esso dijual kepada SMC.

Kerajaan, katanya, perlu memastikan LTAT diberi peluang untuk membeli Esso Malaysia bagi memastikan institusi bumiputera dapat menguasai sektor minyak dan gas yang strategik melalui pembelian ekuiti tersebut.


Sementara itu,
Yang Dipertua Pertubuhan Kesejahteraan Ummah, Senator Datuk Akbar Ali berkata, sudah sampai masanya syarikat tempatan seperti LTAT mengambil peluang untuk memiliki Esso bagi meningkatkan lagi industri peruncitan minyak dalam negara.

"Dalam soal ini, Esso Malaysia perlu peka kepada sensitiviti negara kita, saya percaya pasti ada syarat-syarat atau terma yang memerlukan syarikat itu memberi tawaran kepada syarikat tempatan terlebih dahulu," katanya.



Persatuan Bekas Tentera Malaysia
berharap Esso Malaysia Bhd akan dijual kepada pihak tempatan kerana ia adalah aset strategik dan berharga yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi domestik.

Ketika membuat saranan itu,
Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani, berkata ExxonMobil International Holdings haruslah mempertimbang langkah itu dengan menjual 65 peratus kepentingannya dalam Esso Malaysia kepada pihak tempatan.

Beliau juga meminta kerajaan menghentikan penjualan kepada pihak asing. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berminat untuk membeli ekuiti dalam Esso Malaysia.


LTAT memiliki sebuah anak syarikat, Boustead Holdings Bhd, yang bergiat dalam perniagaan petroleum hiliran.


Saranan persatuan itu dibuat susulan rancangan ExxonMobil untuk menjual 65 peratus kepentingannya dalam syarikat senaraian awam perniagaan petroleum, Esso Malaysia, dan anak syarikat milik penuhnya, ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd (EMMSB) dan ExxonMobil Borneo Sdn Bhd (EMBSB) kepada San Miguel Corp dari Filipina dengan harga RM614.25 juta atau RM3.50 sesaham.


Muhammad berkata, ExxonMobil harus mengambil kira faedah meluas yang terakru kepada negara dan rakyat Malaysia dan tidak semata-mata memberikan tumpuan kepada keuntungan kewangan daripada penjualan ekuiti itu kepada pihak asing.


"Menjual saham-sahamnya kepada sebuah syarikat asing akan hanya mengakibatkan pengaliran keluar dana," katanya.

Read more ...

Kedangkalan Utusan, porak perandakan UMNO

http://inksensei.files.wordpress.com/2011/04/utusan-meloya.jpgPerhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu masih terus kekal dengan agenda mendesak kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk melaksanakan reformasi menyuluruh sistem pilihan raya di Malaysia.

Kerajaan pula, selepas Bersih 2.0, walau pun cuba mencuci kekotoran – tungging terbalik kenyataan, janji-janji palsu, omong kosong, tindakan ganas polis, sikap SPR seperti suara UMNO – masih gagal meyakinkan rakyat.


Cadangan Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) dilihat masih tidak konsisten kerana sekali lagi, tunggang langgang kenyataan berbeza antara Menteri manakala SPR pula awal-awal lagi bersikap takbur enggan menerima sebarang keputusan PSC.


Matlamat UMNO-Barisan Nasional ini amat mudah untuk kita fahami jika diketepikan porak peranda propaganda mereka:


Pihak berkuasa yang kononnya mempunyai bukti keganasan peserta Bersih 2.0, masih gagal mendakwa mereka yang melakukannya. Walau pun RTM dan segala TV yang dikawal oleh kerajaan BN telah berulang kali menyiarkan “bukti” keganasan itu, tiada siapa yang yakin kecuali mereka yang hidup di bawah tempurung.


Kes gas pemedih mata polis yang ditembak ke dalam kawasan hospital Tung Shin Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu juga masih senyap walau pun keterangan saksi seperti Ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Teo Nie Ching serta beberapa orang lagi telah diambil oelh pihak polis.


Kes kematian Baharudin Ahmad ketika perhimpunan aman Bersih 2.0 masih gagal disahkan secara rasmi oleh pihak hospital mengenai punca kematiannya.


Dolak-dalik Najib mengenai PSC dan pelaksanaan reformasi sistem pilihan raya masih tergantung. Malah pada masa yang sama, kes-kes manipulasi daftar pemilih dan undi pos semakin terserlah seperti pengundi mati yang masih hidup, pengundi dilahirkan dua kali, pengundi tentera berusia lebih 100 tahun yang masih aktif menjadi askar dan pelbagai penipuan lain.


Malah, dalam kes perbicaraan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukan sahaja diadili di mahkamah tetapi juga sedang dijatuhkan hukuman saban hari oleh lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia dan TV serta radio milik UMNO-BN.


Kedangkalan Utusan


Dalam keghairahan mengaibkan Anwar, Utusan melalui pengarang kanannya Zaini Hassan tidak berasa malu untuk mendedahkan kecetekan minda dan kepandiran tentang seni budaya apabila menggambarkan Anwar yang sedang dibicarakan sebagai seorang ‘Renaissance man who likes ‘naked men’ (Insan Renaissance yang suka kepada lelaki bogel).


Kedangkalan wartawan Melayu ini yang hanya dapat melihat bogel dan kelucahan daripada kegemilangan seni zaman pembaharuan Eropah adalah amat memalukan dunia kewartawanan Malaysia.


Apakah itu sahaja pengetahuan yang mampu dipelajari oleh Zaini mengenai tamadun zaman Renaissence dan dari tokoh ilmuan era tersebut? Nampaknya keghairahan Zaini untuk mempelajari Renaissance amat terpilih, dan citarasa beliau amat ‘unik’ sekali.


Mungkinkah ada sesuatu yang tersimpan dan terbangkit keghairahan di hati wartawan Utusan itu apabila melihat ukiran “David” karya agung Michelangelo yang telah diiktiraf dunia? Atau dia tidak sedar bahawa karya teragung Leonardo da Vinci iaitu “Mona Lisa” juga lahir dari zaman Renaissance?


Utusan Malaysia pada 23 Ogos 2011 dalam muka hadapan meletakkan tajuk ‘Anwar cari salah hakim’ yang bunyinya sangat prejudis kepada orang yang didakwa. Langsung tiada rasa hormat pada mahkamah yang sedang membicarakan Anwar.


Malah Utusan terus mempertikaikan pilihan Anwar untuk membela diri di kandang saksi. Ingin sekali kita bertanya, dalam kes seperti ini bukankah itu hak orang yang dituduh untuk memilih kaedah pembelaannya?


Adakah UMNO-BN yang perlu menentukan bagaimana pasukan pembelaan harus membela? Janganlah kita buat jenaka bodoh di bulan Ramadhan sebegini.


Dan bukankah pilihan Anwar itu juga sebagai gambaran bahawa mahkamah di Malaysia telah memberi hak seadilnya kepada orang yang dituduh? Atau UMNO sudah tidak tahu beza apa itu keadilan, apa itu gila kuasa?


Porak-peranda UMNO-BN


Namun, jelas sekali peluru-peluru ini tidak berisi dan terbabas dari sasaran. Ini menjadi tanda kepada satu tindakan yang amat terdesak dan bersimpang-siur dari UMNO.


Kesemua ini menjadi sangat signifikan dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat di mana, tindak-tanduk pemimpin tertinggi kerajaan termasuk instrumennya, harus berjalan dengan betul dan telus.


Dari aspek keselamatan, badan-badan seperti SPR, SPR, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan Jabatan Peguam Negara harus jelas dan mengikut sistem betul baik pada dasar dan pelaksanaannya.


Ketelusan dan akauntabiliti badan-badan penting inilah yang akan memastikan kejayaan dasar ekonomi, sosial dan pembangunan insan.


Malah tidak keterlaluan juga untuk dikatakan bahawa keadaan ini juga menjadi pentunjuk kepada karisma kepimpinan tertinggi pentadbiran negara kita iaitu Perdana Menteri.


Akibat dari salah tafsir, salah mendengar nasihat, salah urus dan ketirisan maka semua jabatan-jabatan ini tidak dihormati dan tidak mendapat kepercayaan dari rakyat.


Apa pun, dasar UMNO BN telah rosak sejak 50 tahun dahulu. Lidah rasminya seperti Utusan hanya memburukkan lagi keadaan.


Rakyat kini di persimpangan. Cara terbaik untuk memperbetulkannya ialah membuat perubahan besar. Berikan mandat kepada kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.


Siapa tahu, bila UMNO-BN duduk di kerusi pembangkang, mungkin mereka akan muhasabah diri dan akhirnya akur kepada amalan dan budaya demokrasi yang selama ini telah mereka pincangkan.


Pada masa itu, jika UMNO-BN kembali bertaubat atas kezaliman terhadap rakyat sejak lebih 50 tahun, mungkin budaya politik Malaysia akan benar-benar matang apabila semua pihak menghargai dan mengamalkan kebebasan, demokrasi dan keadilan serta hak dan peluang saksama. – Roketkini.com

Read more ...

Pendedahan Harussani bukti tuduhan terhadap Anwar fitnah

Pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, kata PKR.

Sebaliknya, Ketua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty mendakwa perpecahan Melayu-Islam hari ini adalah berpunca daripada "politik kotor" pemimpin Umno sendiri.


Malah, ia didakwa bermula daripada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad lagi.



"Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim," kata Dr Muhammad Nur dalam kenyataan hari ini.


"Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu,"katanya.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Ditanya kembali mengenai pendedahan itu, Harussani berkata perpecahan Melayu berlaku disebabkan tiga faktor itu.

“Najib tanya kepada saya mengapa jadi macam ini (perpecahan Melayu), saya kata ia berlaku sebab kerajaan sekarang cukup lemah, tidak amanah dan rasuah.

“Sebab itu saya minta Najib perbetulkan, cari jalan... bukan hanya Najib, kerajaan dan rakyat juga perlu cari jalan untuk bersatu,” katanya.

Justeru beliau meminta Najib supaya mencari jalan untuk menyatukan semula perpaduan orang Melayu yang semakin parah.

Malah, langkahnya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk dari dalam Umno sendiri.

Dalam pada itu, Manuty menyeru pemimpin UMNO supaya memuhasabah diri sekali gus menghentikan kezaliman ke atas Anwar demi perpaduan ummah dan seluruh masyarakat Malaysia amnya.

Tambahnya, beliau yakin selagi kezaliman terhadap Anwar tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas.-Tvsnews

Read more ...

MALANG UMNO!!! Ada Ketua Penerangan macam Mat Maslan

Baru-baru ini saya menghadiri sebuah majlis dialog dan berbuka puasa antara wakil-wakil mahasiswa daripada beberapa universiti dengan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Saya sudah biasa membuat liputan berita yang membabitkan beliau dan faham sangat apabila rakan-rakan media selalu “fobia” nak bertanya soalan pada dia. Selalunya jawapan dia memang jarang boleh pakai.

Tetapi pada majlis dialog itu barulah saya nampak “his true colours”. Terserlah amat sangat bukan sahaja kecetekan PRnya, tetapi juga kejahilannya mengetepikan isu dan kesombongannya sebagai seorang wakil rakyat.


Pertanyaan wakil pelajar yang disampaikan dengan tertib dan berhemah dibalasnya dengan jawapan bangang dalam nada sinis dan tidak sesuai bagi seorang berstatus Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri.

Cara Ahli Parlimen Pontian itu berinteraksi dalam dialog itu bukan sahaja memalukan dirinya, tetapi juga menjatuhkan air muka UMNO. Beberapa kali saya menepuk dahi kerana terkejut dengan cara dia menjawab soalan mahasiswa.


Selain gagal menjawab pertanyaan dengan bijak, Ahmad Maslan juga tidak pandai mengawal emosi. Apabila fikirannya tersangkut mencari jawapan, dia menggunakan pendekatan memperkecilkan mahasiswa dan mendabik dada mengenai kejayaan peribadinya.

Saya tak tahu bagaimana nak gambarkan dalam Bahasa Malaysia. Tapi yang jelas, Ahmad Maslan had made a fool of himself and UMNO sehinggakan beberapa pelajar mengadu kepada saya, “akak, malunya kami mendapat menteri seperti ini.”


Berikut adalah antara ringkasan beberapa soal jawab antara Ahmad Maslan dengan beberapa pemimpin Mahasiswa yang membuat saya dan suami berdekah-dekah ketawa dan ramai hadirin terpinga-pinga dan ada yang menepuk dahi!

Pemimpin Mahasiswa:
“Bagaimana sebenarnya sistem demokrasi di negara kita berfungsi? Mengapa setelah pelbagai dasar dan agenda dilakukan sejak merdeka hingga sekarang, kaum Melayu masih terkebelakang di segi ekonomi. Bagaimana pemimpin mahu menjelaskan proses demokrasi kepada mahasiswa, remaja dan pelajar sekolah? Mengapa pelajar universiti tak dibenarkan berkempen?”

Ahmad Maslan:
“Saya tak takut dengan sesiapa. Saya hanya takut dengan Allah. Saya langsung tak gementar kerana saya tahu perjuangan kami adalah perjuangan yang benar. Sebab itu di Dewan Rakyat saya minta naikkan soalan saya supaya dapat berdepan dengan Anwar Ibrahim.

“Tahun ini soalan saya naik ke nombor 2 saya dapat berdepan dengan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat sebab saya tak takut berdepan dengan manusia. Saya hanya takut Allah.

“Mengapa kita tak kuasai ekonomi? Ketika dijajah Inggeris, kalau orang Melayu dan India awal-awal lagi ditempatkan di bandar, kita pasti tak ada pilihan lain, kecuali berniaga sebab kita tak boleh bercucuk tanam di atas jalanraya.

“Tetapi mereka diletak di kampung, nak jadi apa? Mereka jadi penoreh getah, macam mak ayah saya. Mereka jadi peneroka dan nelayan. Itu kesilapan pertama dalam proses demokrasi.

“Kemudian negara ditadbir urus oleh kerajaan mengikut sistem demokrasi berparlimen, demokrasi terpimpin. Semua orang demokratik di negara kita boleh menjadi calon dalam pilihanraya. Siapa saja boleh jadi calon berdasarkan akta-akta yang ada.”

Pemimpin Mahasiswa:
“Tahun lalu beberapa mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikenakan tindakan di bawah AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kerana didakwa berkempen pada pilihanraya kecil (PRK) Hulu Selangor.

“PRU 2008 berat sebelah sehingga membuatkan orang tidak mahu mengundi pihak tertentu kerana meluat. Mengapa pihak pembangkang susah dapat permit dibandingkan kerajaan. Apakah peranan mahasiswa dalam membantu memperbaiki demokrasi dalam negara kita.”

Ahmad Maslan:
“Malaysia adalah satu-satunya negara yang membenarkan berkempen 365 hari 7 kali seminggu 24 jam sehari. Asalkan ada permit, boleh buat ceramah. Pembangkang juga boleh kata apa sahaja dalam internet. Boleh keluarkan suratkhabar tiap-tiap hari. Kenapa kerajaan negeri Selangor tak keluarkan suratkhabar hari-hari dan bagi kepada rakyat Selangor? Kalau mereka nak buat, silakan.”

Mahasiswa:
“Mengikut AUKU pelajar tak boleh jadi calon atau berkempen.”

Ahmad Maslan:
“Akta itu ciptaan manusia. Kenapa kamu mesti takut dengan ciptaan manusia? Langgar ajalah. Jangan takut pada manusia. Terus langgar sajalah. “

Pemimpin Mahasiswa:
Pada PRU 2008 di Kepala Batas mahasiswa cuba menjadi calon menentang Tun Abdullah Badawi tetapi digagalkan oleh SPR.”

Ahmad Maslan:
“ Pada saya kalau rasa nak bertanding, langgar aja. Kemudian kalau dibuang dari universiti, pergilah belajar di universiti luar negara. “

Pemimpin Mahasiswa:
“Tujuan kami adakan dialog dengan pemimpin bukan untuk menakutkan sesiapa. Kami hanya mahu dua perkara. Pertama, suara kami didengari dan kedua, mahasiswa mahu peranan kami diiktiraf. Adakah kerajaan selepas ini bersedia membenarkan mahasiswa bertanding dalam pilihanraya. Adakah Datuk bersedia berdialog dengan Mazlan Aliman?.”

Ahmad Maslan:
“Saya dah berjanji untuk berdialog dengan Mazlan Aliman dan bila masanya, terpulang pada dia. Tetapi untuk berdebat, saya rasa dia tak layak.

“Kalau saudara nak terus adakan dialog dan dapat pandangan orang-orang tertentu, silakan. Yang saya khuatir ialah demonstrasi kerana bila berlaku demonstrasi boleh berlaku orang bakar bangunan dan ketawa selepas membakar bangunan itu. Bila berlaku demonstrasi jalananan dan melihat orang cedera, daripada nak tolong orang cedera, dirompaknya pula.

“Saya tidak khuatir dengan pandangan berbeza. Saya berdebat sejak sekolah menengah. Pada 1983 saya masuk final debat. Pendebat pertama dari Kolej Islam Kelang ialah Idris Ahmad. 27 tahun selepas itu beliau menjadi ketua penerangan PAS dan saya jadi ketua penerangan umno. Perdebatan tak jadi hal bagi saya.

Pemimpin Mahasiswa:
“Semasa PRK Hulu Selangor, ada mahasiswa kena tangkap di bawah AUKU. Mereka ditangkap dengan alasan pelajar universiti tak boleh masuk politik.”

Ahmad Maslan:
“Kalau anda semua nak masuk politik, silakan. Apa nak ditakutkan AUKU. Ia adalah akta-akta di atas kertas. Yang korang takut sangat, kenapa? Masuk ajalah dalam politik. Itu jawapan saya.

Pemimpin Mahasiswa:
“Kita tak takut, tetapi kita fikirkan mak ayah yang susah payah cari duit nak hantar kita belajar.”

Ahmad Maslan:
“Masuklah IPTS dan kemudian bekerja. Saya buat MBA tak ada siapa sponsor pun. Saya bekerja sambil belajar dan jadi pelajar terbaik UKM dan dapat 3.85 CGPA. Saya dapat anugerah emas pelajar. Masa itu pelbagai jawatan politik saya ada.”

Pemimpin Mahasiswa:
“Benar, kami tak takut AUKU, tetapi kami tertakluk kepada undang-undang. Jika langgar, masa depan habis.”

Ahmad Maslan:
“Saya dulu bekerja sambil belajar. Saya pernah sembelih biri-biri di New Zealand untuk cari duit lebih. Itu kat luar negara. Apa hal korang manja sangat.”

Pemimpin Mahasiswa:
“Datuk cakap mengenai kebebasan media, kenapa letak syarat? Kenapa pembangkang susah nak dapat permit buat ceramah. Datuk suruh langgar AUKU, tapi di peringkat kerajaan sendiri, apa kah penyelesaiannya? “

Ahmad Maslan:
“Tunjukkan kepada saya permohonan ceramah dari mana-mana parti pembangkang yang tak dapat kebenaran polis? Bagitau pada saya bila dan tempatnya.

“Saya boleh bagitahu Ketua Polis Negara, apahal tak bagi dia orang ceramah? Nak ceramah siang malam, pagi petang, silakan. Yang tak boleh demonstrasi jalanan. Sebab ia merosakkan ketenteraman awam.

“Ceramah pembangkang jauh lebih banyak dari ceramah kerajaan. Kalau parti pembangkang buat 100, parti kerajaan baru buat satu. Saya tahulah sebab saya Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Kalau pembangkang tak dapat permit buat ceramah, bagi tahu pada saya. Saya akan telefon Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein supaya bagi permit.

“Kita tak takut dengan ceramah. Kita takut orang yang memanupulasi kebenaran. Perkara yang tak betul diadakan-adakan. Fitnah bermaharajalela. Apalah kau orang takut dengan AUKU. Ia adalah kertas-kertas yang ada tulisan. Langgar ajalah kalau kamu anak jantan.”

Pemimpin Mahasiswa:
“Tadi Datuk sarankan kami langgar akta. Ini bukan cara kita. Akta perlu dihormati. Kita sepatutnya perjelaskan akta ini secara betul. Tadi Datuk pun persoal kenapa Kerajaan Negeri Selangor tak terbit akhbar hari-hari. Tahukah Datuk bahawa kita ada akta mesin cetak dan penerbitan? Dalam akta itu, setiap akhbar harian mesti mendapatkan permit daripada menteri.

“Dalam AUKU, seksyen 15 hanya menyebut mahasiswa tak boleh nyatakan pandangan atau simpati kepada mana-mana parti politik. Tetapi sekiranya orang bertanding atas tiket bebas, bolehkan mahasiswa menyokong mereka? Adakah ia bercanggah dengan AUKU?

“Jangan salah tafsir atau seleweng maklumat kepada mahasiswa. Saya yakin mahasiswa berfikiran terbuka dalam isu atau pandangan yang disebutkan oleh parti-parti yang berkempen dalam pilihanraya. Tetapi kenapa UMNO guna RTM untuk berkempen kerana ia hak rakyat Malaysia yang membayar cukai . Mengapa mereka tak buka media kepada semua orang, temasuk mahasiswa?”

Ahmad Maslan:
“Kalau saudara tak suka melihat apa yang ada di TV tutup ajalah TV itu. Tengok internet atau Harakahdaily atau Suara Keadilan. Silakan. Saya tak takut melihat internet sebab tak ada siapa yang boleh mengawal. Silakan. Kalau saudara nak layari blog, saya pun tak takut langsung.”

Pemimpin Mahasiswa: (menyindir, tapi sindiran itu nampaknya tak difahami Ahmad Maslan)
“Saya seronok mendengar penjelasan YB yang suruh kita main langgar aja.”

Ahmad Maslan:
“Ya, boleh langgar saja. Kalau kena saman, bayar sajalah.

Pemimpin Mahasiswa:
“Perdana menteri kata PRU ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tak terikat kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Kenapa tak tunggu dulu penubuhan jawatankuasa itu?”

Ahmad Maslan:
“That is the priviledge of incumbency.”

Mahasiswa 1:
“Maaf, kami kurang faham.

Ahmad Maslan:
“Hai! Belajar Inggeris 13 tahun tak faham lagi?”

Pemimpin Mahasiswa:
“Di Singapura setiap parti politik diberikan ruang nyatakan manifesto di media, berbanding di Malaysia hanya sebelah pihak. “

Ahmad Maslan:
“Utusan Malaysia suratkhabar UMNO, tak kanlah nak masuk cerita pembangkang. 60% UMNO punya. Kalau saudara tak mahu beli Utusan Malaysia, tak ada hal. Orang lain boleh beli

Selesai majlis dialog itu saya sempat bersembang dengan beberapa mahasiswa. Ramai daripada mereka kecewa dengan cara Ahmad Maslan menjawab soalan. Malah mereka terkejut Perdana Menteri boleh melantik menteri yang pada pandangan mereka, kurang pandai.

Lantas saya memberitahunya, tidak semua pemimpin UMNO berfikiran cetek macam Ahmad Maslan. “Lain kali kami akan jemput Menteri yang pandai sikit,” kata mahasiswa itu.Pak Karamu

Read more ...

MEMALUKAN!! Blogger UMNO salah Fakta kerana tak faham Bahasa Inggeris?

Semalam saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald menggemparkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan pendedahannya bahawa Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Dalam pendedahannya, Brian menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa. Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.


Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober nanti.

Namun, anehnya tiba-tiba berlumba-lumbalah dalam blog-blog pro kerajaan mengatakan Dr.Brian dan pihak pembelaan Anwar telah "terkantoi" dengan tuduhan tersebut. Malah dalam blog seperti Empayar Pemuda, dengan jelas memaparkan tajuk "Terkini: Surat Dan Sijil Yang Mengkantoikan Dakwaan Anwar Dan Peguambelanya".

Dalam sedar atau tidak ada sesuatu yang melucukan ketika mereka ghairah menyebarkan info terbaru ini. Seolah-olah pakar dari Australia yang mendedahkan perkara itu telah tersalah maklumat.


Sijil tamat tempoh berakhir pada 18 Oktober 2010


dan Surat lanjut tempoh berakhir pada 18 Oktober 2011


Namun, apa yang melucukan kami ialah rupa-rupanya mereka (Blogger UMNO) yang terkantoi dan tersalah maklumat dalam hal ini sebenarnya.

Apa yang mereka paparkan itu hanyalah surat yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors untuk memberi peluang kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dilanjutkan tempoh permohonan mendapatkan Sijil ISO17025 yang diperkatakan itu.

Sedangkan sijil sebenar memang masih belum diperolehi oleh pihak terbabit sebenarnya. Sila lihat bukti dibawah sebagai mengukuhkan lagi maklumat terbaru kami ini.

Maknanya disini, siapakah yang terkantoi sebenarnya. Oleh itu, dinasihatkan kepada mereka supaya mengkaji terlebih dahulu sebelum mempertikaikan fakta yang telah didedahkan itu.


Bukti, Sijil sebenar ISO17025 yang sepatutnya diperolehi oleh JKM

[Dengan pendedahan ini juga, maka ia jelas sekali membuktikan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) memang tidak pernah mendapat sijil ISO seperti yang dinyatakan. Cuma yang ada ialah beberapa surat dan lanjutan terhadap permohonan mereka selama ini.

Ia jelas membuktikan yang jabatan terbabit sememangnya tidak diiktiraf oleh antarabangsa terutamanya dalam melakukan ujian DNA itu sendiri.

Oleh yang demikian benarlah laporan Dr.Brian Mcdonald bahawa Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir pada Oktober tahun ini.

Tidak ada manipulasi atau sebarang fakta bercanggah seperti yang diperkatakan oleh Blogger UMNO terbabit. Ini bermakna mereka sebenarnya yang telah "terkantoi" dan bukannya pihak pembelaan dalam kes yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sebenarnya. Sama-samalah kita fikirkannya].


Pahang Daily Online

Read more ...

Adakah Ketua UMNO Padang Serai seorang peliwat?

SEKITAR dua bulan lalu (6 Jun 2011), heboh di laman sosial facebook tentang kisah atau boleh dikatakan sebagai khabar angin yang bertiup kencang bahawa Ketua Umno dari utara terlibat dengan skandal liwat.

Berita kisah liwat Ketua Umno dari utara ini tersebar bagaikan api marak di laman sosial facebook. Malah mereka mendakwa satu laporan Polis telah dibuat terhadap Ketua Umno ini kerana meliwat pemandu peribadinya [Facebook].


ReJaM© pada mulanya menganggap ini sekadar khabar angin yang tidak patut dilayan kerana tiada asas yang boleh dijadikan rujukan. Namun hari ini seorang Ketua Umno dari Utara (Padang Serai), Abdul Rahman Mahamud melepaskan jawatan Ketua Umno tanpa dinyatakan sebabnya [Bernama]

ReJaM© tidak mahu memfitnah, tetapi khabar angin ini sudah tersebar luas di laman sosial Facebook. Sekiranya ia sekadar berita fitnah, maka pihak yang terlibat harus menjelaskan sebab musabab mengapa Ketua Umno dari Utara ini meletakkan jawatan?

Adakah beliau baru meletakkan jawatan, atau sudah lama mengosongkan jawatan itu? Jika pihak terlibat terus berdiam diri, ia boleh mendatangkan fitnah besar, kerana pelbagai spekulasi akan timbul.


ReJaM© "Maklumat dari salah seorang wartawan Sinar Harian mendakwa laporan Polis ini memang wujud..."


Read more ...

40 OOO Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal buat bising sokong Saifol

Sekumpulan kira-kira 40 lelaki mengadakan bantahan mini yang bising terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhampiran hadapan pintu masuk ke kompleks mahkamah Jalan Duta pada hari Khamis. Para penunjuk perasaan memegang sepanduk untuk menyokong pengadu kes liwat Saiful Bukhari Azlan, dengan perkataan 'Justice for Saiful ( Keadilan untuk Saiful )’ dan juga ‘Selamat Hari Raya Peliwat 2.0' '. Kebanyakannya berpakaian baju-T kuning, kumpulan itu juga menjeritkan slogan anti-Anwar.

Ia tidak sukar untuk menduga bahawa ini adalah satu lagi kumpulan yang berkait dengan UMNO untuk menyerang Anwar, yang kepimpinan tertinggi parti itu takut kerana pengaruh yang lalu ke atas pengundi Melayu dan peluang yang tinggi bahawa masyarakat akan sekali lagi memihak kepadanya.

Saiful adalah seorang pekerja parti PKR apabila beliau mendakwa serangan seksual itu, tetapi sebelum itu dia adalah seorang ketua pelajar UNMO dan ayahnya adalah seorang pemimpin UMNO.

Rakyat Malaysia telah membuat keputusan terhadap kes itu

Walau bagaimanapun, gangguan daripada kumpulan yang berpakaian kuning hampir tidak menimbulkan kekecohan, dengan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun membulatkan fikiran mereka terhadap hal yang telah mencengkam negara sejak pertengahan 2008.

"Saya tidak mahu mengulas mengenai kes itu tetapi liwat atau homoseksual adalah pilihan individu. Sebagai seorang bapa, saya tidak mahu anak-anak saya menjadi gay tetapi jika mereka membesar dan menjadi gay, bagaimana saya boleh menutup pintu terhadap mereka. Ini adalah sesuatu yang kita semua perlu fikirkan walaupun ia tidak mudah, "seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Chong memberitahu Malaysia Chronicle. Chong berada di kompleks mahkamah untuk menguruskan beberapa hal peribadi dan telah berhenti untuk melihat kekecohan kumpulan itu.

"Saya rasa ia adalah seperti 1998. Sekali lagi, jadi kita semua tahu apa di belakang itu dan sekarang mereka mengatakan ia adalah Perdana Menteri semasa. Saya fikir terdapat terlalu banyak permusuhan politik. Kita perlu persaingan politik bukannya peperangan. Ia adalah seperti dalam pasar, semua gerai-gerai bersaing untuk perniagaan, tetapi kami tidak membakar atau membuang najis terhadap gerai lain, "Azizi Kamaruddin, yang menjual beg plastik di pasar basah di Selangor, memberitahu Malaysia Chronicle.

Hilang kredibiliti sebagai kerajaan dan sebagai sebuah parti politik

Perkataan bijak yang mudah mungkin perkara biasa tetapi mengikut kepada penganalisis politik, ini adalah mengapa Perdana Menteri Najib Razak dan parti UMNO harus menghadapi kenyataan bahawa rakyat jelata - walaupun di kawasan luar bandar - tidak lagi begitu mudah tertipu. Atau akan kehilangan kredibiliti sebagai jentera kerajaan dan politik

Akhirnya, kejatuhan terbesar Najib adalah kegagalan sendiri kepada kemajuan bagi negara terutama dalam perkara-perkara ekonomi, kata mereka. Mereka juga percaya dia telah dinasihatkan dengan teruk dan bahawa penahanan Anwar pasti akan kembali terkena dirinya sendiri.

Anwar sendiri telah berkata beliau tidak mengharapkan perbicaraan yang adil dan bahawa isu keseluruhan adalah disebabkan oleh musuh-musuh politik beliau yang cuba untuk menahannya. Sekarang 64 tahun, Ketua Pembangkang itu juga telah menuduh Saiful "menipu melalui giginya".

"Dia juga seorang pelajar operatif UMNO utama, pernah menjalani latihan rapi yang dijalankan oleh itu Biro Tata Negara dari Jabatan Perdana Menteri. Dan di sini saya adalah seorang lelaki 60 tahun dengan dengan sejarah kecederaan belakang yang telah menjalani pembedahan dan tidak memegang apa apa kedudukan kuasa. Jika benar saya boleh menjalankan apa-apa jenis pengaruh yang tidak wajar atau tekanan mental kepadanya, ini mungkin dengan mudah dapat dineutralkan oleh panggilan telefon yang cepat kepada sambungannya. Berkenaan dengan ketakutan kecederaan fizikal, ia akan mengambil imaginasi hamparan yang hebat untuk mencadangkan bahawa saya boleh menimbulkan apa-apa kecederaan fizikal kepadanya, "kata Anwar.

"Seluruh proses ini tidak lain hanyalah satu konspirasi oleh Perdana Menteri Dato 'Seri Najib Tun Razak untuk menghantar saya ke dalam kelalaian politik dengan cuba sekali lagi untuk meletakkan saya di penjara. Najib Razak melakukan perkara yang sama sebagai mentornya, yang adalah untuk menggunakan semua cara dalam kuasa melalui media, polis, Peguam Negara dan badan kehakiman untuk menggulingkan perjalanan keadilan dan menghantar saya keluar dari persamaan politik. "

Surat kepada Suhakam

Walau bagaimanapun, Saiful dan bapanya berpegang kepada cerita mereka. Awal bulan ini, Azlan Mohd Lazim menulis surat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia atau Suhakam untuk menyiasat keadaan yang menyebabkan kelewatan dalam perbicaraan kes liwat.

Dalam suratnya, Azlan berkata beliau percaya Saiful mempunyai hak untuk perbicaraan dalam tempoh yang munasabah. Kebetulan pula, surat itu mencetuskan keinginan kumpulan berkaitan UMNO untuk 'bercakap' bagi Saiful

"GAPS berpendapat bahawa Suhakam, sebagai satu badan hak institusi manusia yang bebas, adalah platform yang terbaik untuk memberi nasihat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mempercepatkan kes itu ," NST telah melaporkan Anti-penyelewengan Persekutuan (GAPS ) Selangor pengerusi Hamidzun Khairuddin sebagai berkata. Anwar dituduh meliwat Saiful pada Jun 2008 di kondominium mewah di Kuala Lumpur. Beliau telah menafikan caj./mc

Read more ...

Liwat Fasa 2: Pakar DNA pelik Saiful boleh "Kemam" sperma 100 JAM


Tiga calitan kapas yang diambil dari dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya.

Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald yang memberi keterangan semasa perbicaraan Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai “masih baik,” Dr McDonald memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia “tidak konsisten dengan sejarahnya”.


“Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik,” kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .


Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.


Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira – dalam keterangannya sebelum ini – berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.


Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius, lapor MalaysiaKini.


Pasukan peguambela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berjaya merobek hujah pendakwa raya dengan menimbulkan keraguan dalam analisa kimia yang dibuat dalam kes Fitnah II.


Semalam mahkamah mengetahui bahawa makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia tiada sijil akreditasi antarabangsa dan tidak mengikut standard antarabangsa dalam menganalisa sampel bukti dari tubuh pengadu, Saiful Bukhari Azlan.


Hari ini pula mahkamah diberitahu bahawa sampel sperma di dalam dubur Saiful berkemungkinan adalah sperma nya sendiri, yang turut mengandungi sel bukan sperma individu lain.

Pendedahan itu dilakukan pakar DNA, Dr Brian McDonald, yang menyambung keterangannya hari ini.

Menurut Dr McDonald, sebarang sampel air mani yang hendak dianalisa perlu bebas dari sebarang pencemaran dalam bentuk kehadiran sel bukan sperma yang lain.


Justeru, sampel air mani yang diambil dari rektum Saiful perlu melalui proses pengasingan yang dinamakan Differential Extraction Process untuk memisahkan sel sperma dan sel bukan sperma.


Jika tidak, DNA yang diekstrak dari sel sperma akan bercampur dengan DNA dari sel bukan sperma yang hadir dalam air mani dan menjejaskan analisa yang dilakukan, kata Dr McDonald.


“Berdasarkan bukti Dr Seah, ia dijalankan dengan tidak sempurna.


“Sebab beliau tidak tahu sama ada terdapat sel epitelium (kulit) dalam sampel sperma yang diambil,” kata Dr McDonald.


Beliau turut membidas laporan Dr Seah yang tidak jelas dan menambah, mereka yang membaca laporan itu tidak dapat meneka dengan jelas graf elektroferogram yang merujuk kepada calitan kapas dari bahagian-bahagian tertentu.


“Beliau tidak mencatatkan sebarang nombor (atau apa-apa).


“Kita mungkin silap teka,” kata Dr McDonalds


Peguam Anwar, Sankara Nair pula menyifatkan Dr Seah tidak objektif secara saintifik.


“Dr Seah meneka yang pengasingan (DNA sperma dan DNA bukan sperma) muktamad tanpa sebarang pengulangan (proses pengasingan).


“Proses yang beliau lakukan tidak memastikan bahawa kepala sperma yang diekstrak dan dijumpai dalam air mani adalah kepala sperma semata-mata dan tidak bercampur dengan sel-sel lain.


“Dr Seah secara saintifiknya tidak objektif,” kata Sankara.


Perbicaraan kes Fitnah II yang ditangguhkan hari ini akan bersidang semula pada 19 sehingga 23 September depan.

Read more ...

130 fakir miskin DUN Kuala Kurau terima sumbangan

PARIT BUNTAR, 26 Ogos: Jawatankuasa Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pejabat ADUN Kuala Kurau telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan peringkat DUN Kuala Kurau di Markas Keadilan Kuala Kurau, Batu 14.

Seramai 130 orang fakir miskin yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya menerima bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan dapur

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim dan Pengarah program Abdul Bahrain Desa.

Semasa berucap dalam majlis berkenaan, Dr. Mujahid memberitahu usaha membantu fakir miskin di Parit Buntar menjadi tanggungjawab PAS dan wakil rakyat.

“ Penyumbang dalam bulan Ramadhan berlumba-lumba menghulurkan sumbangan dan kami melalui Jawatankuasa Dana Infaq Ramadhan yang kami tubuhkan bagi membantu sampaikan hajat mereka”

“ Saya berasa terharu dengan simpati kawan- kawan dan mereka yang memahami situasi kami” katanya

Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim berkata sumbangan kepada fakir miskin di bulan Ramadhan ini adalah program tahunan PAS Parit Buntar.

“ Majlis ini diadakan bukan semasa PAS menang sahaja, semasa PAS tiada wakil rakyat pun majlis sumbangan sebegini sudah diadakan setiap tahun” katanya

Sementara itu, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari mengucapkan terima kasih kepada PAS Parit Buntar kerana berkerjasama dengan Pejabat ADUN Kuala Kurau mengadakan majlis sumbangan ini.



Dr. Mujahid sedang memberi ucapan





Dr. Mujahid sedang menyampaikan sumbangan

Read more ...

Abdul Rahman Mahamud lepaskan jawatan Ketua UMNO Padang Serai

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwqKVSEp_ATyO53GI-baBTxuYQ7i97XSuL5PlOq4cDjycUWOaPPNf8NRSqRw068ChfvkF4H75yLhseI8OizNEi_yvLjF6ONnBIxXNVG9gDE8CTnTcnsGzrkCCNJt5C2EH3mpE1z1rsiaI/s200/Ahmad+Bashah.jpgKetua Umno bahagian Padang Serai, Abdul Rahman Mahamud telah melepaskan jawatannya itu baru-baru ini selepas dinasihatkan berbuat demikian.

Pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Abdul Rahman telah melepaskan jawatan itu berikutan nasihat pucuk pimpinan parti atas sebab-sebab kepentingan parti tetapi masih kekal sebagai penyelaras DUN Merbau Pulas.


Ahmad Bashah bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab yang membawa kepada peletakan jawatan itu.


“Inilah satu keindahan pada pentadbiran Umno, tiada penyisihan sepenuhnya terhadap bekas ketua bahagian itu kerana pucuk pimpinan masih menghargai khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat dan parti selama ini," katanya.


Beliau memberitahu Bernama demikian selepas majlis Iftar Ramadan dan penyampaian bantuan Aidilfitri anjuran Umno Bahagian Padang Serai di Masjid Sungai Karangan di Padang Serai malam tadi.


Hampir 500 orang yang terdiri daripada warga emas, orang susah dan miskin, Orang Kurang Upaya (OKU), anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam Parlimen Padang Serai mendapat bantuan barang-barang keperluan dapur, pakaian dan “duit raya' sempena Aidilfitri.


- Bernama

Read more ...