Wednesday, January 25, 2012

UNTUNG RAKYAT SELANGOR!!! Kutipan dari pasir terus meningkat tanpa monopoli konsortium kroni UMNO


SHAH ALAM 25 JAN : Hasil perolehan dari perlombongan pasir Selangor terus mencatatkan peningkatan dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) apabila kutipan bagi tahun 2011 mencecah RM16 juta.

Ini berikutan kejayaan kerajaan Selangor menyelesaikan hampir 90 peratus kes kecurian pasir di negeri ini pada tahun lepas kata Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari.

Keuntungan kerajaan Selangor dari kegiatan perlombongan pasir meningkat selepas PR mengambil alih pentabiran dari Umno-BN daripada RM2.9 juta pada tahun 2007 ke RM6.3 juta pada tahun 2008.

Hasil kutipan pada tahun 2009 berjumlah sebanyak RM5.4 juta sebelum meningkat kepada RM10.3 juta pada enam bulan pertama tahun 2010.

Yaakop berkata peningkatan tersebut adalah bukti kukuh pentabiran PR komited dalam memastikan sumber negeri diurustadbir dengan telus dan amanah berbanding di bawah pentadbiran Umno-BN.

"Secara keseluruhannya keadaan kecurian pasir di negeri ini terkawal. Kawasan-kawasan sungai kita sudah uruskan.

"Kawasan tanah kerajaan sudah diuruskan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), kawasan persendirian yang berskala besar kita sudah lesenkan. Ada beberapa kawasan kecil namun terkawal."

Jelas beliau, semua perkara mengenai laporan ini sudah diaudit dan dimasukkan dalam akaun kerajaan negeri.

Yaakob berkata peningkatan hasil kutipan pasir adalah kerana pentadbiran PR menukar sistem pemberian permit melombong secara tander terbuka.

Pada zaman Umno-BN, permit perlombongan pasir diberikan terus kepada sebuah konsortium.
"Sebelum kerajaan Pakatan Rakyat, semasa BN ada konsortium yang menguruskan pasir.

Tetapi selepas kita mengambil alih kerajaan semuanya ditanderkan. Tidak ada Konsortium Melayu Selangor. Boleh semak dengan semua operator kerana mereka dapat melalui tander.

"Konsortium minta semuanya diserahkan kepadanya untuk diuruskan. Tidak boleh, itu zaman BN. Dalam Pakatan rakyat kita tanderkan semua sekali," katanya.

No comments:

Post a Comment