Sunday, April 22, 2012

PRU 13 KENA CEPAT!!! Najib dan Zahid mungkin dapat waran tangkap Mahkamah Perancis


Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi berkemungkinan besar akan ditangkap di Eropah, sama seperti bekas Presiden Chile Augusto Pinochet, sekiranya beliau enggan hadir dimahkamah Perancis berkaitan dengan pembelian kapalselam Scorpene.

Menurut seorang peguam terkemuka, sekiranya mahkamah Perancis mempunyai bukti kukuh terhadap pegawai-pegawai Malaysia, tuduhan boleh dikenakan terhadap Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Sama seperti kerajaan Sepanyol, yang merupakan ahli Kesatuan Eropah, yang meminta kerajaan Britain menangkap Pinochet, kerajaan Perancis boleh meminta ahli Kesatuan Eropah untuk menahan pegawai Malaysia sekiranya mereka memijak kaki dimana-mana negara di Eropah.

Pinochet, 82, telah ditangkap pada Oktober 1998 di hospital London Bridge dengan menggunakan waran, yang mendakwa beliau telah mengarahkan pembunuhan terhadap rakyat Sepanyol.

Ketika kematianya pada tahun 2006, Pinochet didakwa dengan 300 tuduhan jenayah.

Khamis lalu, Paris Tribunal Instance menerima senarai saksi-saksi yang dipohon oleh Suaram dalam kes dimana DCNS dikatakan membuat pembayaran komisyen kepada pegawai tinggi Malaysia dalam penjualan kapalselam Scorpene.
Diantara saksi-saksi yang disenaraikan oleh Suaram ialah Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Tun Razak.

Menurut seorang peguam lagi, Najib juga boleh ditangkap di Eropah sekiranya dia enggan hadir di mahkamah Perancis.

6 comments:

  1. alaaamaaaaaakkkk... Adakah GODzilla akan tewasss...?????

    ReplyDelete
  2. Kalau kena tangkap sapa pulak nk jadi pm,

    ReplyDelete
  3. seronok sgt si penulis ni.. sokong sgt la klu france bleh tangkap org Islam.. France kn anti muslim.. pkai purdah pn x bleh.. ni lah org PKR.. kuasa punye pasal, buat dosa besar mne pn x kisah.. sama la mcm bos dia..

    ReplyDelete
  4. Aku benci PR12 May, 2012 01:25

    Itu sebab aku tinggalkan PKR maupun PAS.. Banyak dapat dosa kering jer.. Pasni mesti penulis kata UMNO bayar kat aku... Belah lahh..Apa baranggggg..PASPasBeruk..

    ReplyDelete
  5. inilah melayu umporno muunafik sokong orang rasuah. konon islam tapi munafik

    ReplyDelete
  6. jangan layan org yg umporno ni..bukan level kita..level diorg rendah sampai tak leh nak beza mana betul, mana yg salah..jenis org mcm ni kalau dibagi duit sokong..sokong..sokong..sokong..kalau lah lepas ni ada kerajaan lain yg mungkin baik dgn diorg mesti dia sokong yg tu plak..susah la nak explain..so tak payah layan lagi bagus..

    ReplyDelete