Thursday, June 28, 2012

GANTUNG AMBIGA!!! MIC akan gulung tikar, orang India akan hukum UMNO/BN

Oleh: V. Sivakumar

UMNO dan ‘rasism’ tidak boleh dipisahkan. Politik UMNO adalah politik perkauman. Tanpa isu perkauman, UMNO tidak tahu berpolitik. Pemimpin-pemimpin UMNO menggunakan perkauman sebagai senjata untuk menimbulkan salah faham dan permusuhan antara kaum di negara ini. 

UMNO menggunakan sentimen perkauman untuk meraih undi daripada orang-orang Melayu. Ini adalah permainan politik kotor kerana mewujudkan ketegangan antara kaum di negara ini.

Peristiwa yang berlaku di Parlimen hari ini sungguh menyedihkan apabila Ahli Parlimen BN Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz mahu Pengerusi Bersama Bersih Datuk S.Ambiga ‘digantung’ kerana didakwanya sebagai seorang pengkhianat.

Perkara ini tidak patut disebut oleh seorang ahli parlimen. Beliau tidak boleh dan tidak patut berhujah di parlimen dengan bahasa yang boleh menyinggung perasaan seseorang individu atau satu kaum tertentu. Imuniti untuk berucap di parlimen telah disalah gunakan oleh beliau. Tindakan beliau memalukan Parlimen Malaysia.

Kenyataan beliau pastinya mempunyai niat perkauman. Beliau mahu Datuk S. Ambiga ‘digantung’ semata-mata kerana dia seorang wanita India. Ini merupakan satu penghinaan kepada keseluruhan masyarakat India dan kaum ibu di negara ini. Rakyat Malaysia tidak patut memaafkan orang seperti ini. Mereka perlu dihukum melalui peti undi dalam PRU13.

MIC mahu UMNO berhenti mencemuh Datuk S. Ambiga. MIC sudah berasa takut dan ragu kerana hilang lebih banyak undi orang-orang India terutamanya kaum ibu kerana tindakan-tindakan UMNO yang keterlaluan. Datuk S. Ambiga telah melalui penghinaan dan cemuhan yang melampau daripada orang-orang UNMO dan segelintir NGO yang tidak bertanggungjawab.

MIC hanya mampu memberi teguran lembut kepada UMNO ibarat menyurat di atas air. UMNO tidak akan menghormati pemimpin-pemimpin MIC yang sudah pasti telah kehilangan sokongan masyarakat India. 

UMNO tidak peduli terhadap MIC dan undi orang-orang India di negara ini. Itulah sebabnya mereka seringkali menghina kaum India di negara ini. Pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya bersandiwara menunjukkan keprihatinan mereka terhadap kaum India.

Kalau MIC banar-benar berani, saya mencabar pemimpin-pemimpinnya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Muhamad Aziz yang mengeluarkan kenyataan yang sensitif di parlimen hari ini. 

Jika tidak, MIC harus mengaku bahawa parti itu adalah boneka UMNO dulu, sekarang dan selama-lamanya. Rakyat akan memastikan MIC akan menggulung tikar bersama-sama dengan UMNO dalam PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment