IPOH, 13 Jun : Wawancara Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak bersama Ustaz Abu Bakar Hussin
Wartawan : Assalamualaikum Ustaz
Ustaz Abu Bakar : Waalaikumsalam WarahmatuLlahi Wabarakatuh
Wartawan : Berikutan
Himpunan Hijau yang akan diadakan di Masjid Tinggi Bagan Serai pada 16
Jun yang jatuh pada hari sabtu ini, bolehkah ustaz ceritakan sedikit
sebanyak berkenaan objektif pelaksanaannya?
Ustaz Abu Bakar : Himpunan
Hijau yang diadakan 16 Jun ini cuba membawa satu persepsi kepada
masyarakat umum tentang kesempurnaan Islam yang dibawa oleh PAS, dan
memberi kefahaman yang jelas tentang matlamat sebenar mengapa PAS dan
Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk ke Putrajaya selepas PRU 13 ini.
Wartawan : Bolehkah Ustaz huraikan serba sedikit berkenaan matlamat ke Putrajaya dan kesempurnaan Islam yang cuba diterapkan oleh PAS
Ustaz Abu Bakar : Perkara
pertama yang perlu kita ketahui, dasar perjuangan PAS adalah Islam dan
PAS akan memelihara keadilan sejagat seluruh bangsa dan kaum yang ada di
Malaysia. Selain itu, PAS berusaha sedaya upaya untuk memahamkan semua
lapisan masyarakat tentang kesempurnaan Islam, yang merangkumi sistem
pendidikan, ketenteraan, politik,ekonomi, hiburan, cara pakaian, adat,
tatasusila dan banyak lagi.
Dakwah
yang dipersembahkan oleh PAS berbentuk mesra terhadap semua lapisan,
termasuk golongan muda, kakitangan kerajaan, atlit sukan, artis hiburan,
pakar akademik dan banyak lagi, termasuk golongan non-muslim bagi
memahami erti sebenar kehidupan yang disusun oleh Allah yang menciptakan
semua makhluk.
Manakala
objektif menuju ke putrajaya adalah satu hala tuju bagi mendapatkan
pemerintahan Malaysia, untuk memastikan pemerintahan Malaysia
berteraskan Islam yang sebenar. Kita melihat selama 50 tahun
pemerintahan Barisan Nasional, kerajaan Barisan Nasional telah
merosakkan kefahaman Islam di dalam minda masyarakat dengan begitu
teruk.
Antaranya memisahkan politik daripada Islam, sedangkan Islam itu
melengkapi semua elemen termasuk politik. Apabila politik dipisahkan
daripada Islam, maka kita akan lihat kecelaruan pemerintahan Barisan
Nasional sepertimana yang berlaku pada hari ini.
Alhamdulillah, sejak
kebelakangan ini kita mendapati sambutan daripada pelbagai lapis
masyarakat yang sudah pun mengenali Islam, hasil daripada usaha yang PAS
lakukan selama ini, dan bantuan daripada Allah SWT sendiri.
Wartawan : Apakah aktiviti yang diadakan di sepanjang Himpunan Hijau di Bagan Serai ini?
Ustaz Abu Bakar : Antara
aktiviti yang menarik ialah konvoi motosikal dan kereta anak muda
bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, persembahan artis terkenal tanah air,
pidato anak muda, ikrar rakyat memenagkan PAS dalam PRU-13 ini serta
amanat dari Mursyidul Am PAS.
Wartawan: Boleh Ustaz maklumkan apakah program kemuncak dalam himpunan ini?
Ustaz Abu Bakar:
Untuk makluman semua, program kemuncak dalam himpunan ini ialah kita
akan umumkan beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan dan aktivis tegar
UMNO menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS kepada Tuan Guru Nik
Abdul Aziz ( Mursyidul Am PAS ).
Wartawan : Baik, terima kasih Ustaz atas kesudian untuk ditemubual. Assalamualaikum.
Ustaz Abu Bakar : Waalaikumsalam warahmatuLlahi wabarakatuh.
Perakite daily
No comments:
Post a Comment