Dr. Ali Abdullah, Wakil FJP Ismalia mengatakan bahawa jentera dan kempen Ahmad Syafiq sudah tidak lagi
menghiraukan etika berkempen.. Mereka menjalankan kempen kotor dan
fitnah terhadap calon Dr Mursi dan FJP. Mereka juga
mendakwa disokong oleh pentadbiran setempat.
Dia menjelaskan bahawa ada sogokan wang yang sangat besar untuk
membeli pengundi. Di beberapa tempat satu undi bernilai seribu
pound Mesir. Begitu juga ada SB yang membayar
orang-orang yang mahu membuat keganasan samseng supaya wujud rasa takut di tengah
masyarakat.
Namun Abdullah yakin bahawa rakyat Mesir sudah bijak menilai dan bersedia
menghadapi berbagai macam kempen kotor, terutama kerana hasil
pengundian di luar negeri menunjukkan sokongan kuat bagi calon Dr. Mursi. Ia juga menyatakan bahawa Syafiq tidak akan menang kecuali dengan penipuan , dan kami serta rakyat Mesir akan menghadapi penipuan ini
dengan segenap kekuatan kami. [io]
No comments:
Post a Comment