Wednesday, June 20, 2012

KENAPA UMUR 60 TAHUN!!! Bajet Malaysia RM 200 bilion, RM 144.5 billion duit KWSP dipinjam kerajaan ?

Ramai orang tengah hot sekarang. Especially mereka2 yang bekerja dan ada simpanan KWSP. Yang takde KWSP memang takde pasey nak hot lah kan. Pasal benda tue sebenarnya membabitkan KWSP. So kalau takde KWSP, ko nak hot apa ke hel pula.

kah kah kah

Korang tengok jap berita kat bawah neh ;


Umur bagi melakukan pengeluaran penuh simpanan KWSP telah dinaikkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun. Neh punca utama orang hot sampai serang laman facebook KWSP. 

Rujuk sini.

Sebelum tue dalam penerbitan akhbar beberapa hari yang lepas ada menyatakan hal kat bawah neh ;

Owhh oke. 

Kerajaan pinjam duit kita ek? Nak buat modal bagi bantu rakyat? Takde hal. Tapi jangan pinjam duit kita buat jalanraya then charge kita tol. Itu yang kita marah sangat. Dah larh ko bina jalan guna duit kita then ko charge kita lagi, tak ke bodoh namanya tue?

Pinjaman berjumlah RM144.5b tue sebenarnya adalah sangat2 tinggi. Bajet pun 200b plus plus. Pinjam dari KWSP plak lebih separuh dari bajet. Heran aku. Kerajaan dah takde duit sangat ka apa? 

Itu tak masuk hutang apa seme. Memang betul2 mengelirukan. Cara bn menggunakan wang rakyat juga sangat pelik. Buktinya korang boleh tengok kat bawah neh ;


Orang sabah sekarang dah marah dengan najib. Pasal ada ka patut dia mai sabah dia cakap dia luluskan pinjaman juta2 ringgit untuk bina loji air rawatan bersih. PINJAMAN? Apa tue? PINJAMAN untuk menyediakan kemudahan asas? Bukan kah itu tanggungjawab kerajaan negeri dan kerajaan pusat?

Kenapa perkara seperti neh pun nak berkira? Bukan kah SABAH antara negeri yang mengeluarkan banyak hasil? Apa pasal nak sediakan kemudahan asas pun mereka terpaksa meminjam? Agak tak logik disitu. 

Adakah ini cara kerajaan membelanjakan wang KWSP kita? Atau, adakah ini caranya hasil2 di sabah telah habis digunakan oleh pemimpin sabah sehinggakan terpaksa meminjam untuk membangunkan negeri?

Jika ya, kenapa gunakan wang KWSP? Mana pergi wang hasil pemerolehan kerajaan persekutuan selama neh? Kenapa nak memohon kemudahan asas pun di anggap pinjaman? Aku rasa, gamaknya negeri2 yang berhutang kat kerajaan persekutuan selama neh adalah sebab nak sediakan kemudahan asas.

Jadi, ini bermaksud kerajaan negeri terpaksa membayar setiap satu sen yang digunakan untuk membangunkan setiap negeri2 kepada kerajaan persekutuan. Dan kerajaan negeri terpaksa cari wang untuk membayar hutang dengan mengutip dari penduduk negeri2 tersebut.

Dan jika ini betul, ini juga bermaksud setiap satu kemudahan asas yang kita gunakan di malaysia, kita bayar sebanyak 3 kali. Pertama sebelum siap, modal guna wang rakyat. Kedua selepas siap, setiap kali guna mesti bayar. Ketiga time bayar hutang, kita disuruh bayar cukai apa seme untuk tanggung kos akibat membina kemudahan asas. 

Alamak aii. Kalau lah dapat selongkar seme dokumen2 tersebut kan bagus. Ingin sangat aku selidik macam mana cara nya mereka mengunakan wang rakyat. 

Demm.

Ameno : Heran den..

No comments:

Post a Comment