Ramai orang tengah hot sekarang.
Especially mereka2 yang bekerja dan ada simpanan KWSP. Yang takde KWSP
memang takde pasey nak hot lah kan. Pasal benda tue sebenarnya
membabitkan KWSP. So kalau takde KWSP, ko nak hot apa ke hel pula.
kah kah kah
Korang tengok jap berita kat bawah neh ;
Umur bagi melakukan pengeluaran penuh
simpanan KWSP telah dinaikkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun. Neh
punca utama orang hot sampai serang laman facebook KWSP.
Rujuk sini.
Sebelum tue dalam penerbitan akhbar beberapa hari yang lepas ada menyatakan hal kat bawah neh ;
Owhh oke.
Kerajaan pinjam duit kita ek? Nak buat
modal bagi bantu rakyat? Takde hal. Tapi jangan pinjam duit kita buat
jalanraya then charge kita tol. Itu yang kita marah sangat. Dah larh ko
bina jalan guna duit kita then ko charge kita lagi, tak ke bodoh namanya
tue?
Pinjaman berjumlah RM144.5b tue
sebenarnya adalah sangat2 tinggi. Bajet pun 200b plus plus. Pinjam dari
KWSP plak lebih separuh dari bajet. Heran aku. Kerajaan dah takde duit
sangat ka apa?
Itu tak masuk hutang apa seme. Memang
betul2 mengelirukan. Cara bn menggunakan wang rakyat juga sangat pelik.
Buktinya korang boleh tengok kat bawah neh ;
Orang sabah sekarang dah marah dengan
najib. Pasal ada ka patut dia mai sabah dia cakap dia luluskan pinjaman
juta2 ringgit untuk bina loji air rawatan bersih. PINJAMAN? Apa tue?
PINJAMAN untuk menyediakan kemudahan asas? Bukan kah itu tanggungjawab
kerajaan negeri dan kerajaan pusat?
Kenapa perkara seperti neh pun nak
berkira? Bukan kah SABAH antara negeri yang mengeluarkan banyak hasil?
Apa pasal nak sediakan kemudahan asas pun mereka terpaksa meminjam? Agak
tak logik disitu.
Adakah ini cara kerajaan membelanjakan
wang KWSP kita? Atau, adakah ini caranya hasil2 di sabah telah habis
digunakan oleh pemimpin sabah sehinggakan terpaksa meminjam untuk
membangunkan negeri?
Jika ya, kenapa gunakan wang KWSP? Mana
pergi wang hasil pemerolehan kerajaan persekutuan selama neh? Kenapa nak
memohon kemudahan asas pun di anggap pinjaman? Aku rasa, gamaknya
negeri2 yang berhutang kat kerajaan persekutuan selama neh adalah sebab
nak sediakan kemudahan asas.
Jadi, ini bermaksud kerajaan negeri
terpaksa membayar setiap satu sen yang digunakan untuk membangunkan
setiap negeri2 kepada kerajaan persekutuan. Dan kerajaan negeri terpaksa
cari wang untuk membayar hutang dengan mengutip dari penduduk negeri2
tersebut.
Dan jika ini betul, ini juga bermaksud
setiap satu kemudahan asas yang kita gunakan di malaysia, kita bayar
sebanyak 3 kali. Pertama sebelum siap, modal guna wang rakyat. Kedua
selepas siap, setiap kali guna mesti bayar. Ketiga time bayar hutang,
kita disuruh bayar cukai apa seme untuk tanggung kos akibat membina
kemudahan asas.
Alamak aii. Kalau lah dapat selongkar
seme dokumen2 tersebut kan bagus. Ingin sangat aku selidik macam mana
cara nya mereka mengunakan wang rakyat.
Demm.
Ameno : Heran den..
No comments:
Post a Comment