SHAH
ALAM 5 JULAI : PKR Selangor hari ini mencabar Datuk Seri Noh Omar
memberikan penjelasan berhubung dakwaan ada pemimpin Umno Selangor yang
diberikan kontrak pembinaan asrama pusat pengajian tinggi dan mendapat
keuntungan ‘atas angin’.
Ketua
Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei pemimpin itu didakwa mengaut
keuntungan sebanyak 524 peratus atau RM508 juta dibandingkan dengan
kosnya hanya RM94 juta.
“Ia dilakukan di atas tumpahan air mata siswa dan siswi anak negeri Selangor dan seluruh negara.
“Sila
jawap persoalan ini, pemimpin Umno dari Permatang usahlah mendabik dada
kononnya ‘menjaga’ Unisel. Tunggu sahaja sidang dewan akan datang,”
tegas Shuhaimi dalam kenyataan medianya.
Ujar
Shuhaimi, pemimpin Umno diseru untuk tidak berlagak cuba menjadi jaguh
dalam isu Unisel, Kuis atau mana-mana institusi pengajian tinggi di
Selangor.
Ia
ekoran daripada tindakan tidak matang mereka membekukan pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dikecam hebat.
Ujar
Shuhaimi, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor
gagal memahami tatacara pentadbiran berhemah dan berkebajikan yang
dipelopori Pakatan Rakyat Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid
Ibrahim.
“PKR Selangor ingin mengingatkan beliau agar menyedari bahawa tahap ‘kurang cerdik’ Noh ini ditertawakan oleh ramai orang.
“Daripada
penyokong Umno sendiri di Tanjong Karang sehingga ke Umno Pusat, yang
menyedari usaha Noh untuk mengampu hanya ‘memakan dirinya sendiri’,”
katanya.
Tegas
Shuhaimi, dakwaan terbaru berhubung Unisel adalah modal terakhir
propaganda Umno-BN yang ‘kebetulan berkembar’ melalui anak pemimpin MCA
yang tercalar maruah, yang di bawah kementerian Noh Omar.
“Tidak syak lagi riwayat Umno di Selangor bakal tamat selepas PRU 13 akan datang,” katanya.
sekali tengok muka pun sudah tahu memang muka tak cerdik tapi berlagak cerdik,lagi samseng celupar pula mulut,mangkuk-mangkuk mana la lantik samdol al kulup parti sekutu apco ni ? lingkop Malaysia jika ramai ada samdol baghal macam ni ! ABU saja penyelamat !
ReplyDeletedia salah seorang spesis yg macam madey ckp tu
ReplyDelete