Kadang-kadang seghonok juge aku nyakat Kak Midah. Makin
disakat..makin dia merapu. Haji Nizar kena belajor dari aku macam mana
nak nyakat Kak Midah dalam sidang DUN nanti. Jangan sampei dia nyelak
kain dah le.
Bila aku balas balik posting Sungairapatonline pasai gambor
mediaperak yang keluor dalam blog Manjongmari, Kak Midah ngamuk lagi
kulu kelior.
Tiba-tiba dia keluorkan gambor budak Paeh ni lagi. ha.ha.
Pasai apa pulak tanya kat aku sapa budak dua ekor ni? Bukan ke hari
tu, Sungairapatonline juga yang “membongkar” sapa budak Paeez ni?
Apa kaitan Haprakdaily..Keldaidaily atau Batu Gajahmari dengan
Mediaperak? Tu pasai aku kate, Sungairapatonline ni produk Utusan sebab
mengadakan apa yang tak ada. Hari tu kome bukan main lagi
menelanjangkan si Faez ni..tiba-tiba hari ni tanya budak ni keluaran
sapa. Dah tentu la keluor dari perut mak dia!!. he.he..jangan marah Kak
Midah…nanti batal puasa.
“Sungai Rapat Online agak terkejut kerana Media Perak melenting kerana digelar bangsat.”
Yang ni aku kata bebudak yang nulih kat blog tu tak cukup seringgit. Aku tulis macam ni..
“Tapi kalau Manjongmari yang tulis dan balaci Kak Midah
membangsatkan Mediaperak..yang tu pun aku masih boleh terima!! Sebab dah
memang itu kerja balaci Kak Midah.”
See…aku tak marah pun. Sebab aku tau memang itu perangai Kak Midah.
Aku akan marah kalau orang Pas mencuri sebab demer selalu kata demer
baik. Tapi kalau orang Ameno mencuri…aku tak marah. Sebab dah memang itu
perangai demer. Kalau orang Ameno mencarut pun aku tak marah sebab
mulut demer dah memang capui.
Aku tak mau la kata Mediaperak ni hebat. Mediaperak dilancarkan
pada 6 April 2012. Maknanya baru tiga bulan setengah. Sungairapatonline
dilancarkan sejak Julai 2010. Maknanya sudah dua tahun. Tapi kalau
dibandingkan pencapaian diantara Mediaperak dengan Sungairapatonline…aku
berani kata..balaci Kak Midah makan gaji buta. Takat copy-paste artikel
orang lain..kemudian modify sikit-sikit.
Tapi jangan ghiso Kak Midah…kami ni bukan le samseng benor. Kalau
kami jumpa Kak Midah nak kena patok ulor…kami tetap akan pukui ulor tu
dulu.
Ngape le kome tengin benor??!!! Kalau kome tak kenei Hadie
Manchester..maknanya intelligence kome tak boleh pakai. Cer kome tanya
kat Minaq Jinggo..mesti dia kenei punyer. Hadie Manchester adalah
jurugambar professional yang membantu Mediaperak.
Kalau nak kata dia ni
balaci Mediaperak pun tak apa la. Kalau nak jumpa dia, setiap kali ada
lawan bola kat Stadium, kome cari dia belakang tiang gol..dengan kamera
besornya..siap dengan telephoto lens. Selalu pakai baju merah macam baju
Unit Amal.
Tapi tak kan nak pergi ceramah Ustaz Kazim pun nak bawa telefoto
lens!! Dia pakai Samsung S3 saja. Ambik gambor, bubuh watermark dan
hantor saja kat sapa-sapa pun boleh.Hadie tak payah hantar kat
Mediaperak untuk dibubuh watermark sebab dia sendiri ada watermark
Mediaperak.
Kat bawah tulisan mediaperak tu ada nombor unik untuk semua
blogger dan fotografer Mediaperak. Aku tengok nombor tu saja aku dah tau
sapa yang empunya gambor.
Ishhh….kalau Kak Midah nak belajor dari
kami pun boleh…tak ada masalah.
Manjung Mari dapat gambar dari Hadie Manchester. Tu pasai dia bagi
kredit kat Hadie Manchester. Manjongmari dah tulih dalam blognya…takkan
yang tu pun tak tau. Ngape le tengin benor?
Takpe le komer nak kata aku pun..kata le. Takat ni…Mediaperak belum pun lagi tulih apa-apa pasai DAP. Kesiaaannn demer!!
Ehhh…Komer tak nak ke sokong Chua Soi Lek tu? Kesiaan dia
sorang-sorang “memperjuangkan” pasar Sungai Rapat. Tak kan le Presiden
MCA berjuang untuk peniaga pasar Sungai Rapat. Kak Midah tak buat
apa-apa ke?
Lagi satu Yong!…Hari tu Mediaperak tulih pasai tanah kubor di Sungai
terap, Batu Gajah sudah dimansuhkan pewartaannya. Takde ke ndak kata
kami buat fitnah? Panjang lebor teman tulih..langsung tak mau komen.
Nyengap macam keli bawah bangkor.
Kalau belum baca..boleh baca kat sini. Skandal tanah kubur Batu Gajah.
No comments:
Post a Comment