Monday, July 23, 2012

PANAS!!!Kak Midah ngamuk lagi...

Kadang-kadang seghonok juge aku nyakat Kak Midah. Makin disakat..makin dia merapu. Haji Nizar kena belajor dari aku macam mana nak nyakat Kak Midah dalam sidang DUN nanti. Jangan sampei dia nyelak kain dah le.

Bila aku balas balik posting Sungairapatonline pasai gambor mediaperak yang keluor dalam blog Manjongmari, Kak Midah ngamuk lagi kulu kelior.
Tiba-tiba dia keluorkan gambor budak Paeh ni lagi. ha.ha.


Pasai apa pulak tanya kat aku sapa budak dua ekor ni? Bukan ke hari tu, Sungairapatonline juga yang “membongkar” sapa budak Paeez ni?


Apa kaitan Haprakdaily..Keldaidaily atau Batu Gajahmari dengan Mediaperak? Tu pasai aku kate, Sungairapatonline ni produk Utusan sebab mengadakan apa yang tak ada.  Hari tu kome bukan main lagi menelanjangkan si Faez ni..tiba-tiba hari ni tanya budak ni keluaran sapa. Dah tentu la keluor dari perut mak dia!!.  he.he..jangan marah Kak Midah…nanti batal puasa.

“Sungai Rapat Online agak terkejut kerana Media Perak melenting kerana digelar bangsat.”

Yang ni aku kata bebudak yang nulih kat blog tu tak cukup seringgit. Aku tulis macam ni..

“Tapi kalau Manjongmari yang tulis dan balaci Kak Midah membangsatkan Mediaperak..yang tu pun aku masih boleh terima!! Sebab dah memang itu kerja balaci Kak Midah.”

See…aku tak marah pun. Sebab aku tau memang itu perangai Kak Midah. Aku akan marah kalau orang Pas mencuri sebab demer selalu kata demer baik. Tapi kalau orang Ameno mencuri…aku tak marah. Sebab dah memang itu perangai demer. Kalau orang Ameno mencarut pun aku tak marah sebab mulut demer dah memang capui.

Aku tak mau la kata Mediaperak ni hebat. Mediaperak dilancarkan pada 6 April 2012. Maknanya baru tiga bulan setengah.  Sungairapatonline dilancarkan sejak Julai 2010. Maknanya sudah dua tahun. Tapi kalau dibandingkan pencapaian diantara Mediaperak dengan Sungairapatonline…aku berani kata..balaci Kak Midah makan gaji buta. Takat copy-paste artikel orang lain..kemudian modify sikit-sikit.

Tapi jangan ghiso Kak Midah…kami ni bukan le samseng benor. Kalau kami jumpa Kak Midah nak kena patok ulor…kami tetap akan pukui ulor tu dulu.


Ngape le kome tengin benor??!!! Kalau kome tak kenei Hadie Manchester..maknanya intelligence kome tak boleh pakai. Cer kome tanya kat Minaq Jinggo..mesti dia kenei punyer. Hadie Manchester adalah jurugambar professional yang membantu Mediaperak. 

Kalau nak kata dia ni balaci Mediaperak pun tak apa la. Kalau nak jumpa dia, setiap kali ada lawan bola kat Stadium, kome cari dia belakang tiang gol..dengan kamera besornya..siap dengan telephoto lens. Selalu pakai baju merah macam baju Unit Amal.

Tapi tak kan nak pergi ceramah Ustaz Kazim pun nak bawa telefoto lens!! Dia pakai Samsung S3 saja. Ambik gambor, bubuh watermark dan hantor saja kat sapa-sapa pun boleh.Hadie tak payah hantar kat Mediaperak untuk dibubuh watermark sebab dia sendiri ada watermark Mediaperak. 

Kat bawah tulisan mediaperak tu ada nombor unik untuk semua blogger dan fotografer Mediaperak. Aku tengok nombor tu saja aku dah tau sapa yang empunya gambor.
   
Ishhh….kalau Kak Midah nak belajor dari kami pun boleh…tak ada masalah.
Manjung Mari dapat gambar dari Hadie Manchester. Tu pasai dia bagi kredit kat Hadie Manchester. Manjongmari dah tulih dalam blognya…takkan yang tu pun tak tau. Ngape le tengin benor?

Takpe le komer nak kata aku pun..kata le. Takat ni…Mediaperak belum pun lagi tulih apa-apa pasai DAP. Kesiaaannn  demer!!

Ehhh…Komer tak nak ke sokong Chua Soi Lek tu? Kesiaan dia sorang-sorang “memperjuangkan” pasar Sungai Rapat. Tak kan le Presiden MCA berjuang untuk peniaga pasar Sungai Rapat. Kak Midah tak buat apa-apa ke?

Lagi satu Yong!…Hari tu Mediaperak tulih pasai tanah kubor di Sungai terap, Batu Gajah sudah dimansuhkan pewartaannya. Takde ke ndak kata kami buat fitnah? Panjang lebor teman tulih..langsung tak mau komen. Nyengap macam keli bawah bangkor.

Kalau belum baca..boleh baca kat sini. Skandal tanah kubur Batu Gajah.

No comments: