Tuesday, July 24, 2012

PARIT BUNTAR!!! Bakal calon Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong bersama PAS Parit Buntar cari sumbangan Ramadhan


PARIT BUNTAR, 22 Julai : PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Parit Buntartelah berjaya mengadakanMajlis Penyampaian Sumbangan Pengimarahan Masjid dan Surau seluruh Parlimen Parit Buntarsempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak di Masjid Al- Huda , Sungai Kota, Bagan Tiang.

Setiausaha Program Ehya Ramadhan Hairul Nizam Ishak ketika ditemui berkata,  beberapa siri program yang telah diatur sepanjang bulan Ramadhan ini seperti sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, guru-guru al-Quran dan iftar perdana akan diadakan. 

 
" Pada tahun ini program Ehya Ramadhan akan melibatkan bakal calon PAS DUN Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin yang juga Pesuruhjaya PAS Perak dan bakal calon Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa. 
 
" Seperti tahun lepas, lebih RM 100 ribu diperlukan untuk program ini. Sekiranya tahun lepas hanya Dr. Mujahid bersama seluruh jentera PAS Parit Buntar berusaha mencari dana Ramadhan. Pada tahun ini, bakal calon DUN Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin turut bersama mencari dana Ramadhan" katanya 
 
Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa menggesa supaya seluruh masjid dan surau diimarahkan dengan pelbagai program yang boleh dihadiri seluruh umat Islam untuk beramal ibadah di rumah Allah sepanjang Ramadhan ini.

"Kita jangan hanya menggunakan masjid dan surau dalam bulan Ramadhan ini hanya untuk berbuka puasa dan bersolat tarawikh sahaja. Sebaliknya adakan juga program-program lain seperti menghayati Nuzul Al-Quran, Badar Al-Qubra, menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim dan sebagainya." katanya

Majlis ini telah dihadiri seluruh wakil 27 buah masjid dan 100 buah surau menerima sumbangan untuk digunakan bagi mengimarahkan masjid dan surau masing-masing sepanjang bulan Ramadhan.Sejumlah RM18,000.00 disampaikan pada malam tersebut. 

Menurut Mujahid lagi, pihaknya dan Pas Parit Buntar tiada peruntukan khas untuk disampaikan, namun atas usaha dirinya dan juga pimpinan Pas mencari dana telah berjaya mendapatkan sumbangan khususnya daripada individu-individu serta badan-badan korporat yang sudi membantu bagi sama-sama mencari pahala bersempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini.
 
Untuk itu sumbangan dana Ramadhan amat diperlukan dan dialu-alukan dari orang ramai. Sebarang sumbangan bolehlah dibuat atas nama  JAWATANKUASA DANA JPR PARIT BUNTAR -No. Akaun: 0801-0000839-71-1, Bank Muamalat Parit Buntar atau PAS Kawasan Parit Buntar No. Akaun 08022010016590, Bank Islam.Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi di talian 019-5779345 atau 017-5998069.
 
 

 
 
 

No comments:

Post a Comment