Setiausaha Program Ehya Ramadhan Hairul Nizam Ishak ketika ditemui berkata, beberapa siri program yang telah diatur sepanjang bulan Ramadhan ini seperti sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, guru-guru al-Quran dan iftar perdana akan diadakan.
" Pada tahun ini program Ehya Ramadhan akan melibatkan bakal calon PAS
DUN Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin yang juga Pesuruhjaya PAS Perak dan
bakal calon Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa.
" Seperti tahun lepas, lebih RM 100 ribu diperlukan untuk program ini.
Sekiranya tahun lepas hanya Dr. Mujahid bersama seluruh jentera PAS
Parit Buntar berusaha mencari dana Ramadhan. Pada tahun ini, bakal calon
DUN Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin turut bersama mencari dana
Ramadhan" katanya
"Kita jangan hanya menggunakan masjid dan surau dalam
bulan Ramadhan ini hanya untuk berbuka puasa dan bersolat tarawikh
sahaja. Sebaliknya adakan juga program-program lain seperti menghayati
Nuzul Al-Quran, Badar Al-Qubra, menyampaikan sumbangan kepada fakir
miskin, anak yatim dan sebagainya." katanya
Majlis ini telah dihadiri seluruh wakil 27 buah masjid dan 100 buah surau
menerima sumbangan untuk digunakan bagi mengimarahkan masjid dan surau
masing-masing sepanjang bulan Ramadhan.Sejumlah RM18,000.00 disampaikan
pada malam tersebut.
Menurut Mujahid lagi, pihaknya dan Pas Parit Buntar
tiada peruntukan khas untuk disampaikan, namun atas usaha dirinya dan
juga pimpinan Pas mencari dana telah berjaya mendapatkan sumbangan
khususnya daripada individu-individu serta badan-badan korporat yang
sudi membantu bagi sama-sama mencari pahala bersempena kedatangan
Ramadhan yang mulia ini.
Untuk itu sumbangan dana
Ramadhan amat diperlukan dan dialu-alukan dari orang ramai. Sebarang
sumbangan bolehlah dibuat atas nama JAWATANKUASA DANA JPR PARIT BUNTAR -No. Akaun: 0801-0000839-71-1, Bank Muamalat Parit Buntar atau PAS Kawasan Parit Buntar No. Akaun 08022010016590, Bank Islam.Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi di talian 019-5779345 atau 017-5998069.
No comments:
Post a Comment