Thursday, July 5, 2012

TANIAH!!!Kerana ketangkasan polis selamatkan Najib dan UMNO


KUALA LUMPUR 5 Julai: Ketangkasan polis menubuhkan pasukan khas kononnya bagi menyiasat dokumen skandal projek Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang mengesahkan persepsi rakyat bahawa pasukan itu mengutamakan Umno berbanding keselamatan rakyat, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, sehingga kini polis enggan menyiasat dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara yang dijual kepada syarikat asing seperti didedah di Mahkamah Perancis baru-baru ini.


“Apakah beliau (Datuk Seri Bakri Zinin) tidak memahami bahaya jutaan rakyat yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang jika sebuah syarikat yang tiada pengalaman dalam sistem LRT dianugerah kontrak ini?

“Adakah beliau sendiri berani menaiki LRT sistem laluan Ampang saban hari ke tempat kerja jika beliau sedar seluruh kerja-kerja pembinaan dikendali oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air,” soalnya dalam kenyataan.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu mengumumkan penubuhan pasukan itu bagi menyiasat pendedahan dokumen tender kontrak sambungan projek LRT Ampang yang disifatkannya sebagai rahsia kerajaan.

Gambar menunjukkan kawasan projek yang terlibat.

“Kenyataan Bakri ini sebenarnya mengesahkan bahawa dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani Datuk Seri Najib Razak dan dokumen lain berkaitan tender adalah benar dan asli.

“Malah kenyataan beliau juga menunjukkan Najib bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas,” tegas beliau.

Kata Rafizi, sebarang usaha menakutkannya dari terus membongkar skandal itu adalah sia-sia.

“Saya juga meneruskan siri pendedahan seterusnya 9 Julai ini. Mulai minggu depan, kami mula turun ke stesen LRT untuk mengedar risalah maklumat dan melancar kempen ‘Utamakan Keselamatan Rakyat’ di seluruh LRT laluan Ampang,” kata Rafizi lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32330

3 comments:

  1. Sebagai negara yang membangun kita perlu mempunyai sistem pengangkutan awam yang mampan serta maju .Dengan kemajuan dan pertambahan penduduk dinegara kita ,adalah perlu untuk kita memasuki era baru ia itu menyediakan kelengkapan tersebut dengan membinanya sendiri .Perkembangan penganggkutan awam akan berterusan buat jangka masa yang panjang .Dan adalah menjadi kerugian bagi negara kita jika berterusan mengimportnya dari luar .Kerajaan mesti mempunyai rerancangan jangka panjang unyuk ini .Kita mesti mampu untuk membina Bas,kereta api serta monorail kita sendiri .walaupun diperingkat awal hanya untuk sendiri dan bila kita sudah boleh menguasainya kita boleh eksport dan jadikan sumber ekonomi negara .Apakah perancangan pihak yang mendapat tender tersebut kepada kemajuan serta pemindahan kepakaran yang akan diperolehi oleh negara ?Mungkin ia mempunyai rerancangan yg baik sehinga boleh membuat najib memilehnya .
    kerajaan perlu mengorak langkah dengan mencari syarikat yang mampu untuk membawa teknologi serta kepakaran tersebut dan tempatkan disatu kawasan perindusterian berteknologi tinggi .Dimana didalamnya terdapat kilang membina kereta api ,Bas dan monorail .Bangunkan kawasan ini dengan kelengkapan ujian rail,monorail dan bas .saya dapat melihat Kulim High tech sangat sesuai memandangkan ianya berdekatan dgn pelabuhan .
    Dulu kita pernah membina Monorail kita sendiri dan ianya masih beroperasi dengan baik .Kita yakin kita mampu membinanya .Lihatlah hasilnya kita mengunakan barang buatan Malaysia sepenuhnya .Hasil usha anak anak tempatan dan gabungan pakar dari luar kita berjaya .....yang lebih manisnya anak anak tempatan sudah mampu menguasai Monorail .Lihatlah sekarang ini scomi pula mempelopori pembuatan monorail tersebut dan sudah berjaya menembusi pasaran luar negara ........

    ReplyDelete
  2. RAFIZI ?

    BARU BARU NI CERAMAH DI SAUK. ADALAH 100 ORANG LEBIH TERMASUK AKU. LEPAS DIA HABIH CERAMAH, PUAK PUAK PAS NI TANYA AKU " DIA NI CAKAP APA HAH !!?"

    HE!HE!HE! HANGPA PULAK PERCAYA...

    ReplyDelete
  3. ko komen apa luncai, bohong terlampau. ko ingat ko saja dok sauk

    ReplyDelete