SHAH ALAM 30 JULAI: Tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri
Selangor berjaya menyelesaikan proses mengenal pasti pengundi dalam
Program Selangorku Bersih.
Tujuh DUN terbabit adalah Rawang, Batu Caves, Bukit Melawati, Sungai Pinang, Sri Kembangan, Morib dan Tanjung Sepat.
Manakala dari 56 keseluruhan kawasan DUN di Selangor, hampir 20 DUN
yang lain turut berjaya menyelesaikan lebih 90 peratus dalam program
sama.
Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika
mengumumkan status terkini program yang dijalankan di bawah Program
Pendemokrasian Rakyat Selangor oleh Kerajaan Negeri itu.
“Saya harap proses pendemokrasian ini dapat diselesaikan dalam masa
dua minggu lagi,” kata beliau di Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar
Bersama Pemimpin Masyarakat yang diadakan di kediaman rasminya.
Program Selangorku Bersih diadakan bagi mengenal pasti kewujudan pengundi berdaftar yang sah di Selangor.
Program yang menerima peruntukan sebanyak RM5 juta dari Geran
Selangorku ini membabitkan kerjasama antara Adun kawasan, Ahli-ahli
majlis dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung.
TV Selangor difahamkan keputusan kajian tersebut akan diumumkan setelah keputusan penuh dan analisa dari kajian tersebut dibuat.
Harap2 PR kekal di Selangor.. Walaupun kerajaan PR juga bermasalah namun prestasi PR jauh lebih baik dari zaman BN. Mampus UMNO/BN..
ReplyDeletex lebih baik guano boh....natang anak toyo bahang pitih doh mule
ReplyDeletebetul amat berbeza, PR perintah baru 4 tahun lebih dah buat bermacam program untuk kebajikan rakyat, BN lak dah perintah selangor 50 tahun apa yang diberi kat rakyat selangor? x lebih janji jer kata mudahnya Habuk pun tarak.. Terus sokong PAS dalam PR
ReplyDeletePR akan terus kekal di selangor.....selepas PRU13... MB Khalid juga akan kekal di selangor....untuk terus membela rakyat selangor...
ReplyDelete