Tuesday, July 3, 2012

UMNO JANGAN TIPU!!!Rakyat sudah tahu

KUALA TERENGGANU - Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) diberi ingatan, mereka tidak selamanya boleh melakukan pembohongan serta menipu rakyat, kerana rakyat telah mula sedar akan kepincangan serta kegagalan Umno-BN mentadbir urus negara selama lebih 50 tahun lalu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, memilih pemimpin adalah amanah dan pilihan raya merupakan hak bagi rakyat untuk memilih kepimpinan serta kerajaannya.


“Memilih pemimpin adalah amanah. Pilihan raya adalah hak bagi rakyat untuk mereka memilih pemimpin dan kerajaannya.

“Umno jangan tipu rakyat, jangan tipu orang ramai kerana tidak selamanya rakyat boleh dibohongi oleh pemimpin khianat,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Himpunan Hijau ke Putrajaya dan PAS Ganti Umno 4.0 Peringkat Negeri Terengganu di Batu 10, Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong, Marang pada 30 Jun lalu.

Katanya, Umno-BN sudah tidak mampu lagi memikul amanah dan tanggungjawab mentadbir negara dengan baik.

Oleh itu, kata Dato’ Seri Abdul Hadi, orang Melayu Islam mesti menyokong PAS serta memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan PAS akan bertanding lebih 70 kerusi Parlimen dari 222 kerusi yang dipertandingkan.

“Pada pilihan raya (PRU13), lebih 70 kerusi parlimen PAS akan bertanding dan mungkin hingga 80 kerusi.

“PAS ada jentera yang ramai dan PAS diakui boleh jadi tulang belakang kepada tampuk pemerintahan negara menggantikan Umno, Insya’Allah,” tegasnya disambut laungan takbir para hadirin.

Menurutnya, sudah tiba masa rakyat melakukan perubahan dan orang Melayu juga perlu bertindak menolak kepimpinan Umno-BN.

Tambah Presiden PAS lagi, Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman juga meninggalkan Umno dan tidak bersama parti itu akhirnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Presiden KERABAT, Lt. Kol.(B) Mohd Nazari Mokhtar dan pelakon filem ‘Leftenan Adnan’, Hairie Othman yang baru menyertai PAS.BO

No comments:

Post a Comment