KUALA TERENGGANU
- Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) diberi ingatan, mereka tidak
selamanya boleh melakukan pembohongan serta menipu rakyat, kerana rakyat
telah mula sedar akan kepincangan serta kegagalan Umno-BN mentadbir
urus negara selama lebih 50 tahun lalu.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata,
memilih pemimpin adalah amanah dan pilihan raya merupakan hak bagi
rakyat untuk memilih kepimpinan serta kerajaannya.
“Memilih pemimpin adalah amanah. Pilihan raya adalah hak bagi rakyat untuk mereka memilih pemimpin dan kerajaannya.
“Umno jangan tipu rakyat, jangan tipu orang ramai kerana tidak selamanya rakyat boleh dibohongi oleh pemimpin khianat,” ujarnya
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Himpunan
Hijau ke Putrajaya dan PAS Ganti Umno 4.0 Peringkat Negeri Terengganu di
Batu 10, Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong, Marang pada 30 Jun
lalu.
Katanya, Umno-BN sudah tidak mampu lagi memikul amanah dan tanggungjawab mentadbir negara dengan baik.
Oleh
itu, kata Dato’ Seri Abdul Hadi, orang Melayu Islam mesti menyokong PAS
serta memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan
datang.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan PAS
akan bertanding lebih 70 kerusi Parlimen dari 222 kerusi yang
dipertandingkan.
“Pada pilihan raya (PRU13), lebih 70 kerusi parlimen PAS akan bertanding dan mungkin hingga 80 kerusi.
“PAS
ada jentera yang ramai dan PAS diakui boleh jadi tulang belakang kepada
tampuk pemerintahan negara menggantikan Umno, Insya’Allah,” tegasnya
disambut laungan takbir para hadirin.
Menurutnya, sudah tiba masa rakyat melakukan perubahan dan orang Melayu juga perlu bertindak menolak kepimpinan Umno-BN.
Tambah
Presiden PAS lagi, Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman
juga meninggalkan Umno dan tidak bersama parti itu akhirnya.
Hadir
sama pada majlis tersebut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua
Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Pesuruhjaya PAS
Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Presiden KERABAT, Lt. Kol.(B) Mohd
Nazari Mokhtar dan pelakon filem ‘Leftenan Adnan’, Hairie Othman yang
baru menyertai PAS.BO
No comments:
Post a Comment