PETALING JAYA, Sept 11 — Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bukti terbaru pemindahan wang haram melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil kepada Global Biofuture Pte Ltd yang didakwa mengendalikan urusan pembelian dan jualan pukal (trading) lembu.
Dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Rafizi mengemukakan satu transaksi Global Biofuture — sebuah syarikat broker berpusat di Singapura yang dikawal oleh keluarga Shahrizat — yang disyaki melakukan pemindahan wang bertentangan dengan fungsi dan tujuan Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Menerusi bukti dokumen e-mel, cek dan invois yang didedahkan, Rafizi mendakwa wang NFC telah dipindahkan secara haram kepada Global Biofuture melalui National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang mana ia diluluskan oleh anak Shahrizat, Wan Shahinur Izran Mohamed Salleh selaku ketua pegawai eksekutif.
Rafizi juga mempersoalkan tujuan pemindahan wang berjumlah US$990,402 (RM3,065,000) kepada Global Biofuture, yang didakwanya langsung tiada kena mengena dengan NMLC atau NFC.
Bagi mengesahkan lagi dakwaan tersebut, Rafizi mengemukakan satu invois bernombor V14/10 dari South East Asian Livestock Services Pty Ltd (SEALS), yang berpusat di Darwin, kepada Global Biofuture bagi menguatkan buktinya berlaku pemindahan tersebut.
Berdasarkan bukti-bukti tersebut, Rafizi menggesa Bank Negara dan pihak berkuasa mengambil tindakan dan menyiasat keluarga Shahrizat atas kemungkinan melanggar Akta Anti Pengubahan Wang Haram (AMLA).Kedah La
PRU13 ditangguh sehingga 'anak bulan' Najib kelihatan.
ReplyDelete