Sekurang-kurangnya dua individu membaling batu, botol minuman dan cat ke atas bas yang membawa Anwar dan kepimpinan PKR.
SEREMBAN: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa walaupun beliau telah memberikan bukti yang kukuh kepada pihak polis berhubung serangan sekumpulan lelaki ke atas bas yang membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Rim, Jasin, Melaka Sabtu lepas tetapi sehingga ke hari ini (semalam) polis masih belum menahan atau menangkap mereka yang terlibat.
Bercakap di sebuah program ceramah PAS di Ampangan, Seremban malam tadi, Shamsul berkata beliau turut berada di dalam bas bersama Anwar dan mengenali sekurang- kurangnya dua individu di dalam kumpulan yang melakukan serangan dengan membaling batu, botol minuman dan cat ke atas bas yang membawa Anwar dan kepimpinan PKR.
“Pada 9 September saya membuat empat laporan polis dan dalam laporan-laporan itu saya
menyebut dua penjawat awam turut terlibat di dalam serangan itu.
“Mereka ialah Jezlee Pit, seorang penghulu mukim dan Ahmad Baharuddin yang merupakan seorang Pengerusi JKKK dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin.
“Pada 8 September saya juga ada membuat satu laporan polis dengan memberikan foto, alamat dan nombor telefon salah seorang individu yang membaling objek ke arah bas.
“Tetapi sehingga hari ini polis masih belum menangkap sesiapa pun yang terlibat di dalam serangan itu. Saya difahamkan esok (11 September) polis akan melakukan proses kawad cam dan pemandu bas serta dua kakitangan PKR Pusat iaitu Maisuri dan Hadi yang turut berada di dalam bas dan melihat insiden itu akan hadir untuk mengecam individu-individu tersebut,” kata Shamsul Iskandar.
Tidak puas hati
Bagaimanapun Shamsul Iskandar yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka berkata beliau tidak puas hati dengan tindakan polis yang lambat ambil tindakan.
“Apabila saya tanya kenapa polis masih belum menahan individu-individu yang saya nyatakan tadi, mereka (polis) berkata mereka masih menyiasat kes tersebut.
“Saya nak tanya katalah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak atau pemimpin Umno lain membuat lawatan ke Melaka dan cukuplah saya cuma baling botol atau telur busuk pada kenderaan mereka, saya rasa masa itu juga saya ditangkap.
“Mungkin saya tidak dapat hadir ceramah pada malam ini kerana mungkin saya telah ditahan di lokap kerana membaling objek ke atas kenderaan pemimpin Umno.
“Amat malang apabila polis mengambil pendekatan ‘double standard’ ketika mengambil tindakan,’ katanya.
Samsul Iskandar turut melahirkan rasa kesal apabila polis yang tidak memakai uniform dan gagal mengambil tindakan atau menangkap individu-individu yang membaling objek ke arah bas walaupun polis turut berada di lokasi kejadian.
“Polis turut berada di dalam ‘crowd’ tetapi kenapa mereka (polis) tidak membuat tangkapan
terhadap individu yang membuat provokasi dengan membaling objek ke atas bas?
“Hanya ketika mereka menahan pengawal Anwar barulah kami tahu memang ada beberapa anggota polis berpakaian preman di dalam ‘crowd’.
“Tuan-tuan boleh melihat visual di dalam berita NTV7, bagaimana individu-individu ini membaling cat ke atas bas secara terbuka. Kalau polis nak tangkap memang boleh. Malangnya mereka (polis) tidak berbuat demikian.
“Saya mendesak pihak polis tangkap individu yang menyerang bas Anwar dan dakwa mereka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,’ ujar Shamsul Iskandar.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/09/11/ada-bukti-tapi-polis-belum-bertindak/
polis takut kot ?
ReplyDeletePolis nak wat kawat cam supaya tak buat tangkapan salah.. baling barang sama ngan keluar pistol ke... he he he...
ReplyDeletekeluar pistol ikut SOP, baling kasut dalam masjid ikut syaitan
ReplyDeletekeluar pistol ikut SOP, baling kasut dalam masjid ikut SOP syaitan UMNO/BN...hihihihihi
ReplyDeleteTERBALIKKAN KERETA POLIS IKUT SOP.
ReplyDeletePUKUL POLIS IKUT SOP.
LOMPAT ALA SARKAS ATAS KERETA POLIS IKUT SOP.
LGBT IKUT SOP.
FITNAH IKUT SOP.
ACU PISTOL IKUT SOP.
LIWAT IKUT SOP.
kenapa ko benggap sangat lembu umno hoi
ReplyDelete