Sebahagian
besar rakyat Pengerang mahu calon lain menggantikan Azalina Othman Said
mempertahan kerusi Parlimen itu dalam pilihanraya umum ke 13.
Perkara ini didedahkan oleh bekas Setiausaha Umno bahagian itu, Sairy Raasiban yang dihubungi hari ini.
“Rakyat tidak puas hati dengan Azalina termasuk caranya menangani isu petroleum di Pengerang.
Nelayan-nelayan yang terpaksa berpindah tidak berpuas hati soal pampasan.
Nelayan-nelayan yang terpaksa berpindah tidak berpuas hati soal pampasan.
“Orang politik (Azalina) kena selesaikan isu supaya mereka mendapat pampasan setimpal,” katanya.
Azalina
yang merupakan bekas ketua Puteri Umno dan bekas menteri kabinet sudah
dua penggal menjadi ahli Parlimen Pengerang iaitu pada 2004 dan 2008.
Beliau menang tanpa bertanding dalam kedua-dua pilihanraya itu.
“Orang Pengerang ada calon lain…mereka mahu orang tempatan.
“Azalina bukan orang sini (tempatan),” tambah Sairy.
Azalina Tolak Pinangan Penduduk Pengerang
Adat
melayu bila sebut sahaja soal peminangan pasti ia menyentuh soal yang
sensitif apatah lagi bila soal peminangan itu mendapat suatu jawapan
yang negatif. Suasana pasti akan dirasakan dukacita tatkala pinangan
dari jejaka ditolak oleh ‘si dara’.
Menyentuh
soal tajuk di atas, ia berkaitan soal pinangan dari penduduk Pengerang
terhadap diri ‘si dara’ yang dimaksudkan. Pinangan kali ini berlainan.
Pinangan dari penduduk Pengerang bukanlah atas dasar untuk mendirikan
rumahtangga atau atas dasar ‘cinta’.
Tetapi,
pinangan yang dimaksudkan adalah berkenaan dengan isu debat. 8 Februari
yang lalu, penduduk Pengerang yang diketuai oleh Taufik bin Tahir telah
menghantar sepucuk surat sebagai syarat peminangan kepada Ahli Parlimen
Pengerang untuk berdebat berkenaan isu tanah yang kini sedang kronik
melanda kawasan tersebut.
Namun
sehingga hari ini, Azalina Othman (Ahli Parlimen Pengerang) masih diam
tidak memberi sebarang tindak balas terhadap hajat yang telah
dilemparkan oleh penduduk tersebut. Kalau dari segi asas peminangan
untuk perkahwinan, diam itu tandanya setuju.
Tetapi
dalam hal yang berkaitan dengan pinangan debat, diam itu tandanya
takut. Inilah dilema yang sedang dihadapi oleh penduduk di tanah
Pengerang. Sedang dalam masa yang sama, tanah yang mereka duduki kini
sedang dalam pertimbangan untuk diambil oleh pihak kerajaan bagi
menjalankan projek Hub Industri Minyak dan Gas.
Justeru
itu pinangan debat telah disuarakan oleh sesetengah pihak khususnya
Jawantankuasa Bertindak Penduduk Pengerang bagi mendapat penjelasan ahli
parlimen di kawasan mereka yang juga selaku wakil kepada rakyat untuk
turun menerangkan status tanah yang mereka diami kini.
Sayang,
sehingga kini jawapan yang ditunggu masih belum terjawab. Sudah hampir
sebulan lamanya surat cadangan tersebut dihantar tetapi masih belum
terjawab. Keraguan ini membuatkan penduduk di Pengerang merasakan diri
mereka sebenarnya telah diabaikan oleh ahli parlimen di kawasan mereka.
Ternyata
secara konklusinya, Azalina seperti dilihat takut untuk berhadapan
dengan isu atau dilema yang sedang melanda di kawasan parlimennya
sendiri. Kebenaran harus didatangkan bersama keberanian bukan dengan
cara mendiamkan diri seperti bersembunyi.
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment