Tuesday, October 2, 2012

KANTOI!!! Pengerang tolak Azalina, UMNO terus bercakaran!


Sebahagian besar rakyat Pengerang mahu calon lain menggantikan Azalina Othman Said mempertahan kerusi Parlimen itu dalam pilihanraya umum ke 13.
Perkara ini didedahkan oleh bekas Setiausaha Umno bahagian itu, Sairy Raasiban yang dihubungi hari ini.
“Rakyat tidak puas hati dengan Azalina termasuk caranya menangani isu petroleum di Pengerang. 

Nelayan-nelayan yang terpaksa berpindah tidak berpuas hati soal pampasan.
“Orang politik (Azalina) kena selesaikan isu supaya mereka mendapat pampasan setimpal,” katanya.
Azalina yang merupakan bekas ketua Puteri Umno dan bekas menteri kabinet sudah dua penggal menjadi ahli Parlimen Pengerang iaitu pada 2004 dan 2008.
Beliau menang tanpa bertanding dalam kedua-dua pilihanraya itu.
“Orang Pengerang ada calon lain…mereka mahu orang tempatan.
“Azalina bukan orang sini (tempatan),” tambah Sairy.


Azalina Tolak Pinangan Penduduk Pengerang


Adat melayu bila sebut sahaja soal peminangan pasti ia menyentuh soal yang sensitif apatah lagi bila soal peminangan itu mendapat suatu jawapan yang negatif. Suasana pasti akan dirasakan dukacita tatkala pinangan dari jejaka ditolak oleh ‘si dara’.

Siapa yang tidak kenal anak dara yang bernama Azalina Othman. Bagi sesiapa yang tidak mengenalinya, cuba lihat di ‘Google’ dengan menaip ‘Ahli Parlimen Pengerang’. Ternyata wajah anak dara yang terhangat ini akan tersiar gagah di komputer anda.

Menyentuh soal tajuk di atas, ia berkaitan soal pinangan dari penduduk Pengerang terhadap diri ‘si dara’ yang dimaksudkan. Pinangan kali ini berlainan. Pinangan dari penduduk Pengerang bukanlah atas dasar untuk mendirikan rumahtangga atau atas dasar ‘cinta’.

Tetapi, pinangan yang dimaksudkan adalah berkenaan dengan isu debat. 8 Februari yang lalu, penduduk Pengerang yang diketuai oleh Taufik bin Tahir telah menghantar sepucuk surat sebagai syarat peminangan kepada Ahli Parlimen Pengerang untuk berdebat berkenaan isu tanah yang kini sedang kronik melanda kawasan tersebut.

Namun sehingga hari ini, Azalina Othman (Ahli Parlimen Pengerang) masih diam tidak memberi sebarang tindak balas terhadap hajat yang telah dilemparkan oleh penduduk tersebut. Kalau dari segi asas peminangan untuk perkahwinan, diam itu tandanya setuju.

Tetapi dalam hal yang berkaitan dengan pinangan debat, diam itu tandanya takut. Inilah dilema yang sedang dihadapi oleh penduduk di tanah Pengerang. Sedang dalam masa yang sama, tanah yang mereka duduki kini sedang dalam pertimbangan untuk diambil oleh pihak kerajaan bagi menjalankan projek Hub Industri Minyak dan Gas.

Justeru itu pinangan debat telah disuarakan oleh sesetengah pihak khususnya Jawantankuasa Bertindak Penduduk Pengerang bagi mendapat penjelasan ahli parlimen di kawasan mereka yang juga selaku wakil kepada rakyat untuk turun menerangkan status tanah yang mereka diami kini.

Sayang, sehingga kini jawapan yang ditunggu masih belum terjawab. Sudah hampir sebulan lamanya surat cadangan tersebut dihantar tetapi masih belum terjawab. Keraguan ini membuatkan penduduk di Pengerang merasakan diri mereka sebenarnya telah diabaikan oleh ahli parlimen di kawasan mereka.

Ternyata secara konklusinya, Azalina seperti dilihat takut untuk berhadapan dengan isu atau dilema yang sedang melanda di kawasan parlimennya sendiri. Kebenaran harus didatangkan bersama keberanian bukan dengan cara mendiamkan diri seperti bersembunyi.
 
JALAN PULANG

No comments: